Beranikah Pak Lebai PAS Sebut Perkara Ini Di Muktamar?

Share


Sememangnya Muktamar PAS ke-58 ini bakal mencuri tumpuan ramai khususnya bagi menilai masa depan PAS yang semakin kelam kehilangan maruah setelah bergabung bersama DAP dan PKR sejak empat tahun lalu.

Ramai rakan-rakan PAS di peringkat akar umbi yang tidak sabar-sabar mahu melihat hala tuju PAS, terutamanya menjelang PRU ke-13 yang dikatakan akan berlangsung sebelum Mac tahun hadapan.

Setelah menandatangani “perjanjian syaitan” dengan DAP dan PKR, PAS telah menggadai banyak prinsip perjuangan mereka, termasuk menggadaikan maruah perjuangan menubuhkan sebuah negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud.

Ketika awal penggabungan Pakatan Haram dulu, PAS hanya boleh diterima masuk di dalam Pakatan “Syaitan” itu sekiranya parti itu bersetuju untuk mengugurkan perjuangannya menubuhkan sebuah Kerajaan Islam (Daulah Islamiyyah).

Akibatnya, PAS tergadai maruahnya apabila menggugurkan prinsip utama mereka itu dengan bertukar kepada perjuangan Negara Berkebajikan.  Di mana maruah PAS dan para penyokong mereka ketika itu?

Setelah bergabung dan berjaya menjajah beberapa buah negeri, PAS semakin hilang maruah apabila perjuangan melaksanakan hukum hududnya pula dipajakkan di “kedai pajak gantung”!

Misalnya, Nizar di Perak sanggup menipu dengan menegaskan bahawa PAS tidak pernah memperjuangkan hukum hudud dan akan menyaman mana-mana pihak yang mendakwa PAS akan melaksanakan hukum berkenaan.

Hasilnya, negeri Perak dan Kedah, meskipun dijajah dan ditadbir oleh pak-pak lebai PAS, mereka langsung tidak berani bersuara berkenaan hukum hudud.

Persoalannya, mengapa jadi begitu bacul, penakut, “bisu”, “pekak” dan “tuli”?

Segalanya kerana “perjanjian syaitan” pucuk pimpinan PAS dengan DAP dan PKR, bukan?

Saya yakin, sekiranya PAS tidak bergabung dengan puak-puak chauvinis ultra kiasu yang menentang keistimewaan Islam dan Melayu itu, sudah tentu PAS akan hilang maruah dengan menggadaikan prinsip perjuangan mereka turun temurun itu, bukan?

Sekiranya PAS tidak bergabung dengan parti “agen Yahudi” dan penyokong LGBT itu yang bersifat opportunis gila kuasa itu, sudah tentu PAS tidak akan “dibisukan”, bukan?

Persoalannya, mengapa dan siapa yang “bijak pandai” sangat membawa PAS bergabung dengan DAP dan PKR sehingga menyebabkan PAS hilang harga diri itu? Nik Aziz atau Hadi Awang?

Pada perkiraan saya, Hadi Awang suatu ketikanya pernah menyokong penuh penubuhan Kerajaan Perpaduan (UG) sebelum Presiden PAS itu berputar 360 darjah disebabkan “fatwa” Mursyidul Am PAS dan golongan “Anwarinas” di dalam parti itu.

Dan Nik Aziz pula dikatakan pernah mengamuk di dalam mesyuarat dan bertindak keluar dari bilik mesyuarat hanya kerana “fatwa”nya yang mahu berdakapan dengan DAP dan PKR tidak dipersetujui oleh pucuk pimpinan PAS Pusat.

Jadi, rasanya kita semua dapat menilai siapa yang perlu bertanggungjawab mengenai hubungan “tahaluf siyasi” di antara PAS dengan “syaitan-syaitan” politik itu, bukan?

Itu hanyalah dua contoh terbesar yang memperlihatkan bagaimana PAS telah melumurkan parti mereka dengan “tahi-tahi syaitan” dan saya percaya ramai dari kalangan kita yang tahu lebih banyak dari itu, khususnya sahabat-sahabat PAS.

PAS kini sudah hilang maruah apabila golongan pro-ulama ditolak mentah-mentah oleh para “penganut agama PAS”, hasil percaturan mudah golongan liberalisme yang telah ditanam oleh Anwar di dalam parti itu sejak sekian lama.

Nama-nama seperti Kamarudin Jaafar, Khalid Samad, Husam Musa dan ramai lagi rakan-rakan karib Anwar kini menunjukkan belang mereka masing-masing sehingga menyebabkan ramai golongan ulama PAS berjaya “dibisukan” dengan mudah.

Persoalannya, apakah para perwakilan di Muktamar PAS kali ke-58 ini berani untuk mengetengahkan isu yang menjadi keluhan majoriti akar umbi PAS di seluruh negara?

Atau PAS akan terus dicemar dengan “sindrom Anwarinas” serta sanggup membiarkan parti mereka dilihat sebagai “keldai pencacai” DAP dan PKR? Sama-samalah kita nantikan Muktamar Pak-Pak Lebai Agama PAS Se-Malaysia kali ini…



29 thoughts on “Beranikah Pak Lebai PAS Sebut Perkara Ini Di Muktamar?

  • November 14, 2012 at 7:49 pm
    Permalink

    Saya tak fikir dasar PAS akan diubah…kalau ada pun keluh resah dari akar umbi dlm muktamar tersebut nanti, maka presiden PAS akan nyanyikan semula lagi tahalul siyasinya..bagi PAS putra jaya lebih penting waima mengakibatkan akidah.

    PAS akan berubah bila??…bila PAS kalah teruk dlm PRU 13 nanti, masa tu keluarlah mulut dari pemimpin2 PAS?, kami akan dengar keluh resah akar umbi..masa tu juga hukum hudud akan didramakan semula..akidah akan dinyanyikan juga.

    Reply
  • November 14, 2012 at 8:06 pm
    Permalink

    Sejak merelakan diri menjadi khadam kepada DAP & PKR, PAS sudah tidak mempunyai identiti sebagai sebuah parti politik yang matang dan berpendirian lagi, walaupun dari segi senioritinya PAS mendahului kedua-dua parti tersebut. PAS dilihat ketika ini tidak lebih sebagai sebuah NGO yang di robot kan oleh Aljuburi dan LKS famili…..

    Muktamar yang mereka adakan sekarang ini pastinya dipantau dengan rapi oleh DAP & PKR, mereka hanya membaca skrip yang telah ditetapkan oleh Majikan besar mereka ( DAP& PKR). Muktamar mereka hanya dipenuhi dengan kutukan2 terhadap kerajaan tanpa ada perbahasan ilmiah bagi meyakinkan rakyat bagaimana mereka ingin menguruskan ekonomi, pentadbiran, keselamatan, kesihatan, pendidikan di negara ini.

    Untuk berhibur, rakyat Malaysia digalakkan menghadirkan diri ke muktamar tersebut, pasti anda tidak kering gusi dengan lawak jenaka dari badut2 sarkas peliharaan Pok Nick Ajis…

    Reply
  • November 14, 2012 at 8:24 pm
    Permalink

    Pork Nick Najis BAPAK KAPIR

    Reply
  • November 14, 2012 at 9:24 pm
    Permalink

    pas takkan berani punya, penakut tahap gaban.

    Reply
    • November 16, 2012 at 11:09 am
      Permalink

      pas ibarat anjing menyalak bila dapat tulang… puihhh

      Reply
  • November 14, 2012 at 11:22 pm
    Permalink

    Sejak bila pulak.. UMNO ambil berat pasal Islam? ada pernah UMNO perjuangkan negara Islam dan HUDUD? UMNO takda hak dan tak layak nak tegur PAS buat masa ni sebab UMNO lebih teruk perangainya. Terbaru Najib RASUAH puak2 HINDU dengan jadikan B.CAVES jadi tapak warisan dunia… bersyarat undi BN. Berbanding PR yg. melakukan kerja ikut standard, dan sentiasa membantu rakyat tampa minta/ugut ganjaran UNDI.
    Apa HAK umno nak pertikai kerjasama PAS bersama PKR dan DAP jika UMNO sejak sekian lama bersekedudukan dengan MCA,MIC, gerakan dan pelbagai lagi parti KAFIR? Tak perlu kata UMNO hebat dan yg. lain ikut perintah sebab hingga hari ni, UMNO masih tak mampu nak buat undang2 ANTI MURTAD dan HUDUD yg. d perintahkan oleh Allah pada setiap pemerintah ISLAM. Bukan nak laksanakan, nak bukak mulut.. cadangkan hudud pun UMNO tak mampu. Sekali bukak mulut.. MCA kata hilang akal, maka sekelian ahli umno akur. Kita lihat PRU13 nanti apakah YB yg. cadangkan hudud d johor masih KEKAL.

    Reply
    • November 15, 2012 at 1:05 am
      Permalink

      Ooo! Kalau PM kamu kata rasuah undi BN untuk jadikan Bt. Caves warisan dunia. Apa pulak yang nak dikatakan kepada Anu-war yang berjanji Kg. Buah Pala akan diberikan geran selepas 2 minggu perintah PP kalau Pakatan Haram menang? Tak rasuah k tu?Rupa-rupanya bukan geran tapi jentolak yang datang.

      Reply
      • November 15, 2012 at 12:28 pm
        Permalink

        hahaha…aku tak boleh lupakan peristiwa bulldolzer ranapkan kampung buah pala, terloncat-loncat keling tu semua….padan muka !! percaya sangat kat anwar.

        Lagi satu mamat bodoh piang ynag buat restaurant atas pokok kat batu feringgi tu…wahhh, masa election tergantung megah bendera PAS kat restaurant dia….bila guan eng hantar bulldolzer ranapkan restaurant tu…baru meleleh air mata ngadu kat UMNO….padan muka ! percaya sangat dengan PAS munafikun.

        Mangkuk-mangkuk ayon Sungai Nibung…seronok bila DAP memerintah, bila bulldolzer datang ranapkan rumah depa yang di dirikan atas tanah kerajaan…baru nak buat piket, baru nak merambu air mata.

        Reply
        • November 16, 2012 at 7:03 pm
          Permalink

          Kg.buah pala d gadai BN, PR sekadar janji untuk membantu… tapi keputusan Mahkamah tak boleh d INJAK kerana ada bukti jelas bukan milik penduduk.
          Apa M’SIA boleh lawan keputusan mahkamah dalam isu Pulau Batu Putih???

          Reply
      • November 15, 2012 at 8:06 pm
        Permalink

        Cerita ni keluar selepas PRU dan bukan sebelum PRU. Aku tak dengar pun Anwar janji camtu sebelum PRU12…. hang ada dengar?

        Reply
        • November 15, 2012 at 11:43 pm
          Permalink

          hang ada telinga…tapi hang pekak, mana hang nak dengar bujuk…sumber rujukan hang hanyalah harakah…menjadikan pengetahuan hang tentang kebenaran hampir kosong !!

          Reply
    • November 15, 2012 at 9:14 am
      Permalink

      Adakah PAS perjuangkan Islam? Oh tidak sama sekali, PAS perjuangkan agenda Kristianisasi PR sahaja. Pas sudah jadi syaitan bisu. Mujahid pun dh pandai kencingkan nik aziz.

      Reply
    • November 15, 2012 at 9:45 am
      Permalink

      oh kalau najib janji tu rasuah. tapi klu pr janji bulan bintang, turun harga itu ini, ptptn mansuh dsb tu adalah kebajikan. bodo gila.

      tapi lagi lawak bila mb selangor boleh cakap yg manifesto bukan perjanjian. sekaligus memberitahu yg manifesto tu tak semestinya dilaksanakan, boleh jadi penipuan utk mengumpan pengundi saja.

      Reply
      • November 15, 2012 at 8:08 pm
        Permalink

        Manifesto bukan perjanjian tapi tawaran. Maknanya PR nak buat begini-begini… jika perjanjian, maknanya kalau tak buat salah. Ada hitam putih…

        Reply
        • November 15, 2012 at 11:45 pm
          Permalink

          hmmmm…hang pernah dapat surat tawaran masuk universiti tak bujuk ??

          Reply
          • November 16, 2012 at 12:03 pm
            Permalink

            penah rasanya,.tpi tawaran ditarik balik sbb tersilap tawar,.hahha

          • November 16, 2012 at 7:00 pm
            Permalink

            ya… tapi kita ada hak nak terima/ tidak. Takkan bila masuk U, gagal nak salahkan U pulak.

          • November 18, 2012 at 2:08 pm
            Permalink

            hehe…maksud aku bujuk…dalam tawaran tu ada tulis tak, pihak universiti berhak menarik balik tawaran tu bila -bila masa saja yang depa suka ???

            Tak dak kan….

          • November 19, 2012 at 2:56 am
            Permalink

            PR juga tak pernah tarik semula tawaran.. tapi mesti penuhi syarat dulu. Mintak kerja pun kalau hang tipu kelulusan dan data peribadi kena buang jugakkan…

  • November 14, 2012 at 11:25 pm
    Permalink

    Bila muktamar tu sedang berlangsung…dunia akan menjadi aman…sebab segala syaitan dan iblis akan tertumpu di situ….

    Sesiapa yang nak selamat..tolong baca ayat Qursi bila melalui kawasan di mana muktamar tu di langsungkan.

    Reply
    • November 15, 2012 at 9:11 am
      Permalink

      Sister Izzah akan dijemput sama untuk membaca Surah Mathew. Liberalisme agama kan…

      Reply
      • November 16, 2012 at 10:29 pm
        Permalink

        Jangan berlebihan…
        Anda tak pasti lebih baik dari Nurul..

        Reply
  • November 15, 2012 at 8:13 am
    Permalink

    Untuk menjawab isu ni mari kita tengok video ni ..bukan besi..dengar baik-baik pada minit 5.15.

    http://www.rbfonline.net/2012/11/videoorang-pas-dedahkan-satu-perjanjian.html

    Lagi satu pimpinan Pas memang cukup fobia kalau dengar nama Cikgu Non.

    Siapa Cikgu Non …..Bujuk..mm..melayu islam.yang kencing belum lurus lagi..kalau nak tau Cikgu Non adalah antara pejuang Pas yang jenis sanggup syahid dalam perjuangan. Orang seperti ini sanggup berhabis atau berkorban apa sahaja demi parti. Dia juga adalah pejuang Pas sejak zaman Ibrahim Libya lagi.

    Cikgu Non tinggal di Kampung Memali, berdekatan dengan sekolah yang diasaskan oleh Ibrahim Libya.

    Sebab apa pimpinan Pas cukup fobia dengan Cikgu Non ?

    Cikgu Non adalah antara penggerak utama untuk ibu-ibu tunggal yang suami mereka meninggal dalam kejadian Memali mencari pendapatan bagi meneruskan hidup.

    Cikgu Non tahu bagaimana Pas mengutip duit dari orang ramai atas nama Tabung Memali yang mencecah juta-jutaan. Walaupun kutip juta-juta tetapi wang yang sampai kepada ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim tidak seperti sepatutnya.

    Setelah melihat wujudnya unsur-unsur penyelewengan dalam menguruskan isu derma itu, Cikgu Non mula bersuara. Mula-mula dia bersuara secara baik atau mengikut saluran parti. Tetapi suaranya tidak dipedulikan. Selepas itu beliau mula lantang bersuara tentang isu berkenaan. Kerana kelantangannya itu akhirnya dia dipecat sebagai ahli Pas seumur hidup.

    Selepas dipecat Cikgu Non mula menulis sebuah buku yang menceritakan tentang kisah penyelewengan tabung Memali. Nak tau tak apa tajuk buku ti..ni ha’a “MOHD SABU AIR MATA DIBUMI MAMALI”

    Pas cukup takut dengan buku itu……Di setiap majlis ceramah PAS, Para balaci Pas akan memeriksa satu persatu gerai-gerai di tempat ceramah untuk memastikan buku berkenaan tidak di jual.

    Bujuk..moon..mm..melayu islam cari lah buku ni kalau nak tau kebenaran dan lihat lah video diatas tu..

    Reply
    • November 15, 2012 at 9:49 am
      Permalink

      tu tak syok abg lenggong. nanti dikatakan fitnah, cikgu non ni cacai umno dsb.

      http://www.youtube.com/watch?v=c2rade458ZM&feature=player_embedded

      link youtube yg cikgu non dedahkan segala penipuan pas terutama tang perjanjian pas takkan bangkitkan hudud dan negara islam. seteruk2 umno pun dah byk berjasa kat negara, so hudud dan negara islam saja senjata terakhir pas nak kutuk umno, tapi even umno tak pernah buat perjanjian sezalim pas ni demi kuasa.

      Reply
  • November 15, 2012 at 8:21 am
    Permalink

    Elehh mana berani PAS nak sebut berkenaan dengan hudud sebab dalam muktamar lepas pun Hj. Hadi dah kata hudud telah ditukar kepada negara berkebajikan..so sape yang berani nak cakap mengenai hudud lagi didalam muktamar kalau sebut nanti kena pecat keahlian..yang dok menyebutnya adalah golongan penyokong bangang saperti Bujuk..moon.melayu islam dan mm..siapa mereka ni cuma pacacai dan kuli batak je..nak jadi perwakilan jauh sekali..nak terjenguk ditepi pintu dewan tempat berlansung muktamar tu pun tak berani..lihat saja lah pabila isu nurul izah..walaupun merupakan soal akidah..ketua ulamak PAS kata itu perkara kecil dan nurul izah tu budak lagi so tak perlu dibincangkan..yang perlu dibincangkan adalah untuk merampas putrajaya…so sekarang ni dah nampak dengan jelas belang sebenar melayu PAS yang berpakaian secara islamik..berjanggut sejemput ..pada mereka islam cuma sebagai topeng untuk menipu rakyat agar menyokong mereka supaya dapat melempiaskan rasa tamakkan kekuasaan dan harta..tu saje perjuangan mereka..

    Reply
    • November 15, 2012 at 10:50 am
      Permalink

      mereka berempat itu bukan ahli mana2 parti pun. Mereka cuma pembaca setia harakah daily dan suara keadilan.

      Otak orang macam ini mudah ditune sama macam tukar chanel TV saja.

      Pendirian mereka akan berubah cepat ikut arah angin.

      Reply
  • November 15, 2012 at 11:02 am
    Permalink

    PAS mana berani…PAS ni cam buih heineken je…berbusa kejap je..

    lom apa apa lagi…isu sister nurul izzah dah jadi kecikkkkk je..

    Isu Nurul Izzah perkara kecil

    KUALA TERENGGANU 14 Nov. – Pas menyifatkan isu kontroversi yang dicetuskan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama dalam kalangan rakyat, termasuk orang Melayu sebagai ‘satu perkara kecil’.

    Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, disebabkan ‘perkara kecil’ itulah, Pas tidak bercadang membawa isu tersebut untuk diperbincangkan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu yang sedang berlangsung sekarang.

    Beliau memberitahu, pada muktamar kali ini, hanya isu besar yang menjurus kepada tumbangnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan diberi keutamaan untuk dibincangkan.

    “Sepanjang muktamar Pas kali ini, kita tidak akan bincangkan isu tersebut. Itu isu kecil sahaja, tak perlu kita bincang.

    “Malah dalam muktamar sebegini, isu seperti itu kita tak perlu bincang. Sebaliknya, kita akan bincang perkara atau agenda yang lebih besar yang boleh menumbangkan UMNO atau BN,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Reply
    • November 15, 2012 at 11:44 am
      Permalink

      Takebeer…!!!

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *