Bila Ahli Parlimen PAS Bongkak Seperti Firaun!

Share


Bongkak betul bunyinya kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah yang menegaskan bahawa Barisan Nasional tidak akan menang di Kelantan yang telah didominasi PAS selama lebih 22 tahun.

Wan Abdul Rahim bagaikan Tuhan berkata bahawa biarpun Kerajaan Pusat menjanjikan pembinaan lebuhraya berjaya merampas Kelantan, rakyat di negeri Serambi Mekah itu tidak akan sekali-kali menyokong BN.

“Suka saya maklumkan bahawa BN tak payah mimpilah nak ambil Kelantan,” katanya di Parlimen baru-baru ini.

Sungguh saya tidak hairan dengan kenyataan sebongkak ini memandangkan Firaun juga dulu pernah menegaskan bahawa kerajaan miliknya takkan tumbang sebelum musuh Allah itu dikalahkan oleh seekor nyamuk!

Pada saya, kenyataan seperti itu hanya akan terbit dari mereka yang sememangnya gilakan kuasa dan berpendapat bahawa mereka sajalah yang layak memegang kuasa sehingga hari kiamat.

Suka saya ingatkan kepada Ahli Parlimen Kota Bharu itu bahawa BN dulu tidak pernah bongkak begitu meskipun telah mentadbir negara ini dengan cemerlang sejak merdeka dulu.

Meskipun sering disabotaj, dikutuk, difitnah, ditohmah dan diburuk-burukkan oleh pihak pembangkang setiap hari siang dan malam, Kerajaan BN tetap memberikan khidmat terbaik kepada rakyat di negara ini tanpa mengira fahaman politik, agama, bangsa atau budaya.

Pun begitu, sekurang-kurangnya BN redha dengan ketentuan Allah SWT setelah kehilangan Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang pada PRU ke-12 yang lalu tanpa menyalahkan SPR.

Lagipun, BN bukanlah bersifat tidak dapat menerima qadha dan qadar Allah seperti Pakatan Haram yang menyalahkan SPR serta ramai pihak lain setiap kali mereka kalah pilihanraya, kan?

Berbalik mengenai kenyataan Wan Abdul Rahim itu, apakah dia fikir rakyat Kelantan itu semuanya menyokong PAS dan Pakatan Haram?

Apakah dia cuba menafikan hak rakyat Kelantan lain yang selama ini menyokong BN dan begitu setia memberikan undi mereka kepada calon BN para setiap kali pilihanraya?

Dengan undi tersebut, apakah Wan Abdul Rahim fikir bahawa para penyokong BN di Kelantan redha dengan pemerintahan Nik Abdul Aziz yang memperdagangkan syurga dan agama Allah di bumi Serambi Mekah itu?

Suka saya ingatkan Wan Abdul Rahim supaya tidak terlalu bongkak di bumi Allah kerana masih ramai lagi rakyat Kelantan yang celik dan sedar betapa teruknya PAS mentadbir negeri itu!

Sila rujuk kepada rekod-rekod pentadbiran negeri Serambi Mekah itu di mana sarang pelacuran begitu berleluasa tidak jauh dari pejabat Menteri Besar yang kononnya seorang “pemimpin spiritual” yang hebat!

Lihat saja bagaimana Rantau Panjang menjadi “jambatan maksiat” dan bagaimana negeri itu mencatat hatrik sebagai juara pengidap AIDS selama tiga tahun berturut-turut!

Bagaimanapula dengan ekonomi Kelantan yang statik, tidak berkembang dan berada di takuk lama sedangkan Rasulullah SAW dahulu merupakan seorang peniaga yang hebat dan mampu mengembangkan ekonomi umat Islam dengan bijak.

Yakin sangatkah Wan Abdul Rahim tentang kekuasaan PAS di Kelantan?

Apakah dia fikir Allah SWT tidak mampu mengembalikan negeri Serambi Mekah itu kepada BN nanti?

Sekiranya Allah SWT mentakdirkan Kelantan berjaya dirampas kembali oleh BN pada PRU ke-13 nanti, dimanakah Wan Abdul Rahim mahu letak muka? Bolehkah rakyat Kelantan ludah mukanya ketika itu?

Rasanya tidak perlulah Wan Abdul Rahim berkelakuan seperti budak-budak. Lebuhraya yang dijanjikan itu sebenarnya memang berada di dalam perancangan Kerajaan Pusat.

Kerajaan PAS Kelantan saja yang tergedik-gedik mahu mempolitikkan isu lebuhraya itu. Kononnya mengutip derma untuk membina lebuhraya dan siapa yang menderma akan mendapat pahala. Memanglah!

Tapi, bagaimana pula dengan pahala Kerajaan BN yang telah membina leburaya dari utara sehingga ke selatan tanahair? Bagaimana pula pahala BN yang telah membina leburaya karak ke pantai timur? PAS berani nafikan pahala Kerajaan BN itu?

Kalau membina lebuhraya itu tanggungjawab Kerajaan Pusat, cuba lihat betapa banyaknya kerajaan di negara-negara lain yang tidak membina lebuhraya di negara mereka dan apakah kerajaan itu zalim?

Harapnya Wan Abdul Rahim menggunakan akal yang diberikan Allah sebelum berbicara. Bukan apa, terlajak perahu mungkin boleh diundur lagi, namun terlajak kata maka tanggunglah malu itu seumur hidup, kan



32 thoughts on “Bila Ahli Parlimen PAS Bongkak Seperti Firaun!

  • November 10, 2012 at 2:05 pm
    Permalink

    Dari dulu aku membuat keputusan dalam hati bahawa…tak payahlah rebut Kelantan tu…biar kan sahaja…untuk pengetahuan semua…walaupun ada rakyat Kelantan tak suka cara PAS mentadbir…yang tak suka ni tak duduk di Kelantan….yang duduk di Kelantan sangat selesa dengan pentadbiran yang macam tu…orang2 Kelantan tak sama dengan orang2 Johor, Negeri Sembilan kah apa…jangan samakan…cara hidup mereka lain…cara makan lain…bahasa pun lain (kalau di Europe…kira bahasa French laa) berkawan pun puak2 depa jer…kalau bercakap dengan kita pun…datanglah puak depa..senang2 jer depa tinggalkan kita atau bercakap bahasa depa…seolah2 lupa kita duduk sebelah..aku berani cakap macam ni…aku dah hidup dengan masyarakat Kelantan…berkahwin dan bersaudara dengan mereka berpuluh tahun…jadi kepada BN…lebih baik tumpu pada negeri lain…jangan membuang masa dan wang…..rakyat kelantan lebih taksub…kepada bangsa..pemimpin dan budaya mereka…orang luar takkan faham…lupakan sahaja Kelantan…go on and move forward..orang kalau dah tak cinta…dah tak sudi…kenapa hendak ditagih lagi…takkan BN tak der maruah kut…nak terhegeh2 mengemis Negara Kelantan yang tidak membawa apa2 kelebihan kepada kerajaan…fikir2 kan…

    Reply
    • November 10, 2012 at 10:36 pm
      Permalink

      janganlah kata K’tan tak bawa apa2 kelebihan. Berapa ramai pegawai tinggi k’jaan orang k’tan. Mu pun kawin dgn. org. k’tan. RedWarior tu pasukan k’tan bro. Pengarah Amanah saham pun org. k’tan… tu minyak dari k’tan dah jadi hasil negara. Golongan pendidik(guru2) ramai orang k’tan… maknanya anak2 kita d ajar oleh rakyat k’tan. Tapi UMNO tak perlulah bersusah payah rampas k’tan dari PAS… yg. ni aku sokong tuan.

      Reply
      • November 10, 2012 at 11:02 pm
        Permalink

        itu semua kemakmuran yg dikecapi hasil pemerintahan UMNO bro..

        Reply
  • November 10, 2012 at 2:21 pm
    Permalink

    Memanglah syaitan sentiasa sombong, bongkak. Sejarah telah ada sejak dari zaman Nabi Adam lagi

    Reply
    • November 19, 2012 at 9:26 pm
      Permalink

      dah tak ada iman ke nak bongkak2 tu???

      Reply
  • November 10, 2012 at 3:22 pm
    Permalink

    aku pn x stju MP tu kte mcm tu…tp duke x mau mrh skali pengomen2 dlm mykmut yg melebihi pengentahun Allah kononnya amno x kan tewas sampai bile2…same gak mcm sifat firaun yg rse blh memerintah sampai bile2…Allh dh bg pngajaran PRU12 aritu..jgn lah berlagak lg ye…

    Reply
    • November 10, 2012 at 4:32 pm
      Permalink

      ALLAH jugak memberi pengajaran akan keangkuhan pemimpin2 pakatan haram yg menjadi petualang agama dan bangsa..malaysia terus diberikan kpd UMNO dan Barisan Nasional

      Reply
    • November 10, 2012 at 6:39 pm
      Permalink

      melayu yang tak berapa nak Islam…umno tu adalah sebuah pertubuhan, bukannya nama orang…bila umno memerintah negara hampir 60 tahun, kita ada 6 Perdana menteri yang beragama Islam.

      Allah beri pangajaran…bukan dalam PRU saja…malah dalam setiap masa. Alhamdulillah kita belajar melalui pengajaran tersebut…kita ganti perdana menteri…dan sehingga kini masih memikul tanggungjawab memerintah negara..tak sempurna tapi yang terbaik.

      Hangpa ada ke belajar dar pengajaran dan petunjuk Allah ? ada ke ?

      Reply
      • November 10, 2012 at 8:36 pm
        Permalink

        Allah dah tunjuk kan sampai telanjang bulat terjuntai-juntai belalai bakal PM hang pun, tak paham2 lg ke???..

        Reply
        • November 12, 2012 at 9:40 am
          Permalink

          Ikh, ikh, ikh… orang macam tu yang nak diangkat sebagai PM. Nauzubillah.

          Reply
        • November 19, 2012 at 9:28 pm
          Permalink

          ituler pasallllllll

          Reply
  • November 10, 2012 at 4:09 pm
    Permalink

    Saya rasa memang betullah pandangan ahli parlimen Kota Bahru tersebut bahawa BN sukar untuk menawan Kelantan. Ini kerana orang Kelantan mempunyai mentaliti yang amat berbeza berbanding orang-orang Melayu dari negeri lain. Kebanyakan orang-orang Kelantan yang saya temui mempunyai pandangan bahawa PAS itu Kelantan dan Kelantan itu PAS.Maka jika ada parti lain selain daripada PAS atau yang tidak bersekutu dengan PAS mereka akan dianggap sebagai orang luar, pengacau, penjajah dan perampas hasil mahsul negeri Kelantan. Tambahan pula PAS sekarang sudah menguasai Sultan Kelantan yang kerap diberikan imej warak, alim dan zuhud oleh media-media mereka dan sebaran melalui Facebook oleh para penyokong PAS Kelantan. Dengan menguasai institusi istana Kelantan maka mudahlah meraih sokongan politik daripada rakyat. Namun di luar Kelantan memang PAS akan bungkus habis di dalam PRU13 nanti. Lihat sahaja di bandaraya Shah Alam ini semakin banyak rumah yang mengibarkan bendera BN suatu pemandangan yang amat janggal dan luar biasa berbanding sebelum PRU12 di mana banyak bendera PAS yang dikibarkan. Salah satu sebab yang jelas adalah perilaku ahli parlimen Shah Alam itu sendiri yang sekejap jadi paderi Kristian sekejap jadi tok sami Hindu.

    Reply
    • November 10, 2012 at 10:40 pm
      Permalink

      Tuanku sultan k’tan layak mendapat pujian kerana tiada sultan lain yg. lebih merakyat dari baginda. Baginda mampu buat apa yg. rakyat kebanyakan lakukan. Belum jumpa tuanku sultan negeri lain yg. mampu menyembelih korban.. contohnya.

      Reply
      • November 11, 2012 at 3:09 pm
        Permalink

        hmmm…bujuk sedang menghulurkan umpan…tapi sayang tak ada siapa yang makan…hehe

        Reply
      • November 11, 2012 at 11:01 pm
        Permalink

        Tapi ada satu benda sultan negeri lain boleh buat sultan Kelantan tak boleh buat…umur dah masuk 43 tahun belum kahwin lagi.. tiada kemampuan atau memang tiada keinginan?

        Reply
        • November 14, 2012 at 1:01 pm
          Permalink

          Setau aku, baginda dah kahwin… siapa cakap dia belum kahwin???

          Reply
  • November 10, 2012 at 5:27 pm
    Permalink

    Sebenarnya even semasa PRU 12, 40% rakyaat kelantan menolak PAS, 50% lagi mengundi PAS dan 10% lagi tidak menentu.

    so untuk mengatakan PAS adalah kelantan dan kelantan adalah PAS, aku rasakan tidak tepat. Nik ajis si tua kutuk tu pun memenangi kerusi chempaka hanya dengan majoriti 4000 undi lebih kurang.

    PRU 11, PAS hanya mendapat lebihan 1 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri…dan menjerumuskan PAS membuat keputusan zaman batu, mewajibkan ahli dewan undangan negeri bersumpah BA’IAH….tinggalkan PAS maka mereka harus menceraikan Isteri !

    PRU 13, aku rasa peluang PAS untuk berkuasa hanyalah 50/50…malah setelah satu demi satu kemunafikan PAS…satu demi satu pengkianatan mereka kepada Agama Islam di dedahkan…

    ini menyebabkan PAS dalam keadaan tertekan sekarang ni…sampai orang kuat PAS pun terpaksa masuk gereja untuk berkempen sambil megadai agama.

    ITU KENYATAAN !!

    Reply
    • November 10, 2012 at 8:41 pm
      Permalink

      bro rap – aku rasa PAS adalah khawarij..khwarij aalah PAS…

      Reply
      • November 10, 2012 at 9:08 pm
        Permalink

        Yang tu kita semua dah sedia maklum.

        Reply
  • November 10, 2012 at 8:29 pm
    Permalink

    pembetulan fakta sedikit: firaun mati lemas di laut masa mengejar nabi musa. rasanya namrud yg mati kerana nyamuk.

    btw membaca artikel di atas, teringat i tentang bagaimana masa pru yg diterajui paklah, di kelantan pas pernah menang kerusi 23 sahaja berbanding 21 kerusi dun, malah ada di antara kerusi tu kelantan menang majoriti tak sampai 10 undi. kalau nak diikutkan, klulah umno dan spr ni menipu, susah sangat ke nak tipu undi sebanyak tu? tapi tetap kelantan dikuasai pas sampai skrg, seterusnya menidakkan fitnah mereka tiap2 pru iaitu umno dan spr menipu pru.

    Reply
    • November 10, 2012 at 10:43 pm
      Permalink

      Kalau nak rampas k’tan kena orang macam Paklah juga yg. waktu tersebut d katakan Mr.Clean. Tapi PRU12… umno merudum kerana imej Mr.Clean Paklah d kotorkan TunM bila beliau kata UMNO busuk hingga ke USUS.

      Reply
      • November 11, 2012 at 12:19 am
        Permalink

        hmmm…dah sampai masuk gereja gadai agama….aku rasa nik ajis sendiri pun dok gabra tak kebah…

        Reply
      • November 11, 2012 at 2:35 am
        Permalink

        Umno tidak hipokrit. Bila ada PM Umno yang tidak layak jadi PM, Umno tidak berselindung, Umno turunkan PM itu.

        Tun M kata Umno busuk ketika Pak Lah jadi PM. Tun M tidak hipokrit kerana waktu itu Umno dibawah pimpinan Paklah memang busuk. Tetapi sekarang Tun M berkata Umno telah pulih dan bertambah baik.

        Beranikah munafik2 dalam PAS mengakui bahawa sekarang yang busuk sampai ke usus ialah Pas sendiri? Ada ke?

        Bagus juga kamu percaya dengan Tun M walaupun kamu penyokong PAS. Bererti kamu mengaku bahawa Tun M bercakap benar.

        Nah, Tun M berkata bahawa PAS sekarang adalah parti sesat. Bukankah Tun M bercakap benar, bujuk?

        Nah,

        Reply
        • November 14, 2012 at 1:00 pm
          Permalink

          Aku rasakan UMNO waktu Paklah jadi PM lebih baik, tapi orang sekeliling Paklah tak membantu, hanya menarik dia turun atau sokong yg. bawa rebah.

          Reply
  • November 11, 2012 at 7:24 am
    Permalink

    Dalam kebongkakan mereka meluahkan kenyakinan janganlah sampai dia berkata ”

    PAS diKelantan tak akan boleh ditumbangkan oleh sesiapa kerana diKelantan PAS terlalu kuat. Tuhan pun tak larat nak tumbangkan PAS dikelantan”

    Beristighfarkan jika ini bakal diucapkan dan kita mengharapkan tidak ada sesiapa bakal meluah keyakinan ketahap itu . tetapi manusia boleh tersasul.

    Walau apa pun kita tetap yakin PAS akan tumbang juga dan kelantan bakal ditawan Umno. Walau bunyi nya agak berat tapi tatkala Sngor jatuh, Kedah hilang, tiada siapa juga menyangkanya. Bunyinya juga berat diawalnya.

    Bagi orang Kelantan, apalah salahnya. Terima sajalah umno dan BN dinegeri mereka. Pasti mereka akan lihat pembangunan dan banyak pelabur datang lebih dari Tesco yg mereka ada.

    Reply
  • November 12, 2012 at 10:19 am
    Permalink

    Saya melihat kenyataan itu dari beberapa sudut. Sebagai orang poltik, Ahli Parlimen berkenaan tentu ingin menggambarkan kepada umum khasnya rakyat Kelantan bahawa PAS terlalu ‘kuat’ sehingga tidak mungkin BN akan dapat merampasnya dari PAS. Ia juga boleh dilihat untuk mengaburi pandangan rakayat mengenai realiti kelemahan PAS memerintah Kelantan sejak mula memerintah Kelantan lebih dari 23 tahun lalu hingga kini.

    Kenyataan Ahli Parlimen itu juga boleh ditafsirkan akan kebimbangan beliau PAS akan kalah dalam PRU13 dan terpaksa melepaskan kuasa memerintah Kelantan kepada BN. Beliau mungkin telah melihat kebangkitan rakyat Kelantan yang mutakhir ini agak galak ‘menuntut’ perubahan yang ‘merisaukan’ PAS kerana ‘track record’ tidak memberi kelebihan kepada PAS. Justeru kenyataan itu sekadar untuk menutup kelemahan dan kerisauan PAS Kelantan yang banyak kontovesi dalam banyak aspek sejak sekian lama.

    Cuma sebagai orang Islam Ahli Parlimen tersebut perlulah ‘berlapik’ ketika mengeluarkan kenyataan supaya tidak dilihat sombong, angkuh dan riak. Sifat2 tersebut adalah sifat2 tercela dan mengundang persepsi negatif bukan sahaja kepada yang mengeluarkan kenyataan tetapi juga kepada PAS itu sendiri.

    Nampaknya PAS tidak pernah belajar dari kesilapan masa lampau dan berterusan ‘mencipta’ kesilapan dalam setiap langkah mereka sehingga kelihatan seperti hilang arah dan semakin lemah dan goyah sehingga kadangkala kenyataan2 pemimpin mereka menjadi ‘senjata makan tuan’. Wallahualam.

    Reply
  • November 13, 2012 at 11:45 am
    Permalink

    Saya menyeru kepada semua ahli UMNO diseluruh negara samada yg setia atau yg tak kisah supaya hadir beramai-ramai kePerhimpunan Agung UMNO pada 26/11/2012 hingga 1/12/2012 diPWTC kerana ini adalah PERHIMPUNAN AGUNG UMNO YANG TERAKHIR DALAM SEJARAH..tiada lagi perhimpunan dimasa akan datang setelah UMNO/BN gagal meempertahankan Putrajaya dlm PRU13 nanti..Semua maklum bila UMNO/BN tewas tiada siapa yg nak menaja mesyuarat dari peringkat cawangan hingga ke perhimpunan agung..UMNO/BN akan berkubur selama-lamanya..tumpas kerana ketamakan kuasa dan penggunaan wang..SILA MENGHADIRKAN DIRI BUAT KALI TERAKHIR SEBELUM UMNO/BN DIJADIKAN BAHAN TONTONAN DIMUZIUM NEGERI JOHOR BUAT SELAMA2NYA..

    Reply
    • November 13, 2012 at 1:48 pm
      Permalink

      hehe..Alyabu hang yang baru lepas hisap gam ke ??

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *