PAS, Kafir Harbi dan Konsep ISLAH Yang Dilupakan…

Share


Agak menarik untuk mengulas pertikaian tentang istilah kafir harbi dan kafir zimmi yang sedang hangat diperkatakan, apatah lagi istilah tersebut dikaitkan dengan DAP, sebuah parti politik pembangkang yang konsisten membantah kepentingan Islam di negara ini.

Puak-puak PAS merujuk kepada penjelasan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din yang menyatakan bahawa kedua-dua istilah tersebut tidak timbul selagi negara ini belum menepati ciri-ciri sebuah negara Islam mengikut spesifikasi yang beliau mahukan.

Jadi pada mereka, DAP tidak wajar disifatkan sebagai kafir harbi sebagaimana yang dikatakan oleh seorang tok guru pondok di Tumpat, Abdullah Sa’amah.

Bagaimanapun, apakah pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS itu tepat dan tidak boleh dipertikaikan?

Saya bukanlah seorang ulama yang memiliki ilmu agama yang tinggi. Namun rasanya saya mempunyai beberapa soalan untuk Timbalan Mursyidul Am PAS yang cuba menyembunyikan status sahabat “syaitan”nya itu…

Pertamanya, apakah hukumnya sekumpulan golongan bukan muslim yang terang-terangan menolak hukum Allah di muka bumi ini?

Setahu saya, setiap kali PAS merencanakan dan bercadang untuk melaksanakan hukum hudud, DAP merupakan pihak yang paling lantang menentang kehendak parti itu. Ada kalanya penentangan itu sehingga membabitkan nyawa!

Misalnya, PAS mengutarakan perlaksanaan hudud PAS. Tapi DAP menyanggah sehingga Presidennya, Karpal Singh menegaskan bahawa PAS perlu melangkah mayatnya terlebih dahulu sebelum melaksanakan hukum tersebut.

Dalam ertikata lain, DAP sanggup bersabung nyawa asalkan hukum hudud tidak dilaksanakan di negara ini. Dan apakah itu bermakna DAP tidak menentang hukum Allah?

Mujurlah PAS hanya mengutarakan hukum hudud versi PAS yang begitu banyak khilafnya dan tidak mempamerkan keadilan sebagaimana hudud Allah yang sebenar. Jika tidak, sudah pasti ada “mayat” yang sudah “dilangkah”!

Menyebut mengenai negara Islam yang menepati ciri-ciri sebuah negara Islam yang diiktiraf Datuk Dr. Harun Din, apakah lagi ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam?

Saya hairan. Negara-negara Islam di seluruh dunia begitu menghormati dan mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di peringkat antarabangsa. Tapi, ulama PAS tetap tidak mengiktiraf “Daulah Islamiyyah” yang ditubuhkan UMNO ini.

Sekiranya Malaysia bukan sebuah negara Islam, apakah Datuk Dr. Harun Din fikir negara ini akan diterima masuk sebagai ahli OIC dan pernah menjadi negara yang mempengerusikan pertubuhan negara-negara Islam terbesar itu?

Sekiranya Malaysia masih belum sempurna dasar Islamnya, mengapa PAS dan Datuk Dr. Harun Din sendiri tidak tampil membantu UMNO untuk mengimarahkan agama Allah itu di bumi bertuah ini?

Siapa yang melarang PAS dan Datuk Dr. Harun Din untuk berbuat demikian? Atau PAS dan Harun Din bertujuan untuk mengejar kuasa dan jawatan politik melebihi kepentingan agama Allah di Malaysia?

Apakah Datuk Dr. Harun Din tidak pernah mendengar perkataan “ISLAH” di dalam muamalah sesama saudara seagama? Bukankah Allah SWT berfirman supaya umat Islam menggunakan kaedah islah sesama mereka sekiranya ada kekhilafan yang berlaku?

Sebaliknya, PAS dan Datuk Dr. Harun Din memilih untuk bersahabat dengan “syaitan” untuk meruntuhkan sebuah kerajaan Islam di Malaysia! Ini sudah bertentangan dengan kehendak Al-Quran dan Sunnah Nabawiyyah, bukan?

Saya hairan dengan corak pendekatan para ulama PAS dalam hal ini. DAP dipertahankan dengan sepenuh jiwa dan raga, sedangkan UMNO yang merupakan saudara seagama diserang PAS setiap detik mereka bernafas!

Tak malukah PAS menyerang saudara seagama sendiri dan berpihak kepada golongan kuffar yang jelas menentang perlaksanaan Islam di negara ini?

PAS kononnya mahu Islam diutamakan lebih dari politik. Namun dengan cara politik PAS yang terkini, jelas menunjukkan bahawa mereka lebih mengutamakan politik berbanding Islam yang disampaikan oleh Rasulullah SAW!

Justeru itu, PAS perlu bermuhasabah dalam hal ini dan memikirkan hubungan mereka dengan sahabat “syaitan” mereka selagi “nasi belum menjadi bubur”. Gesaan ini bukan untuk menyelamatkan UMNO, tapi demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu!



19 thoughts on “PAS, Kafir Harbi dan Konsep ISLAH Yang Dilupakan…

  • November 9, 2012 at 2:38 pm
    Permalink

    Itu statement zaman dulu la…dulu dapat penerangan Islam dari umno…

    Skg tidak lagi.

    Anyway dia bukan Muslim pun, yg org islam sendiri yg tolak hudud ni ape ke hal???

    Reply
    • November 9, 2012 at 4:26 pm
      Permalink

      sokong hudud dlm masa yg sama duk meliwat,langgan pelacur,fitnah sana sini,maki org..itu boleh ke mooo..atau kura2 dlm perahu..

      Reply
      • November 9, 2012 at 5:07 pm
        Permalink

        Ko nampak ka dia liwat????

        Reply
        • November 9, 2012 at 7:48 pm
          Permalink

          Hmmmm…moooo..moooo,

          hang nampak ke mak hang lahirkan hang ??
          ntah…ntah kutip hang kat tepi tong sampah…

          Reply
          • November 9, 2012 at 9:52 pm
            Permalink

            salah ke apa yg akan cakap mooo..

        • November 10, 2012 at 12:26 am
          Permalink

          Peguam dia kata liwat BERLAKU atas dasar suka sama suka.

          Reply
    • November 9, 2012 at 5:41 pm
      Permalink

      bagitau dan tunjukkan kat aku , karpal sudah menyokong hudud politik PAS tu …

      Reply
    • November 9, 2012 at 9:10 pm
      Permalink

      moo nak menipu sapa lagi? masa ustaz nasaruddin tantawi menipu cakap dap dah terima hudud masa perbahasan dgn ulama umno, esoknya karpal terus cakap pas menipu dan dia tak pernah terima hudud, hudud bukan sebahagian dari pakatan dsb.

      terus senyap pas psl ustaz mereka kantoi menipu dan idola mereka masih menolak hudud. agaknya menipu ni ibadah bagi pas kot.

      Reply
  • November 10, 2012 at 12:24 am
    Permalink

    Diharap timb. Mursyidol pas tu jawab kat mana2 portal atau akhbar, supaya jelas pendirian dia. Banyak umat tertipu dan boleh sesat jika cendikiawan agama mengikut hawa nafsu atau berpolitik.
    Kalau sekadar takut hilang sokongan, pengaruh dan takut menerima cemuhan, maka mereka hanya sama taraf dgn abu tholib, kalau sombong tak mahu terima kebenaran, maka azazil adalah ketuanya… Pilihlah untuk berkata benar walaupun pahit, sebelum nyawa tiba dihalkum…. ( ad-din nun nasihah)

    Reply
  • November 10, 2012 at 11:37 am
    Permalink

    kesian amno..msh berpegang pd isu lapok…wei..skrg zaman dah berubah…. karpal sudah blh tolak ansur dgn hukum islam…skrg dia cuma bilang yg hudud x blh dilaksnakan kerana PERLEMBAGAAN penjajah adalah halangan utama utk pas laksanakan hudud…sbb tu dia kta hudud x blh dilaksanakan…ade die melenting..bersilat dpn TGNA,TGHH ajak langkah mayat die lagi mcm dulu..

    so..nk ubah perlembagaan …nk laksanakan hudud….bg pas/pakatan menang dulu la…nk harap amno…melainkan ade pemimpin amno amalkan ‘amal maaruf nahi mungkar’ dan takut dgn Allah..bkn takut dgn MCA aka golngan anti hudud..sampai bile pon x de hudud di negara ni….

    penulis dok tekan islah sesama islam…sedar ke x,yg x mau bubar perjuangan nasionalis, yg menentang perjuangan islam…meremehkan penubuhan negara islam..yg menghalang hudud, anti-murtad dilksanakan..siapa???bukankan golongan BANGSA yg mengaku melayu dan islam tu sendiri…

    x usahlah bersembunyi dibalik perkataan sentimen ‘SAY NO TO HUDUD PAS” yg dilaungkan rakan MCA kamu…serupa mcm kamu sanggup terjun dlm neraka bersama2 dgn rakan2 bkn islam kamu hanya krn kamu gagal memahami knpe mereka kate sedemikian…x blhke kamu yg mengaku perjuang islam..kalau rsa btl sgt..rsa tahu sgt tentang cara pelaksanaan hudud…knpe bkn kamu sndiri p perbetulkan kononnya ‘kesilapan’ hudud yg pas buat…

    Reply
    • November 10, 2012 at 2:35 pm
      Permalink

      say no to hudud PAS yang membenarkan suami menyodom isteri mereka !!! .. gila punya PAS buat undang-undang pakai kepala lutut .. dasar pelacur agama .. sampai sekarang tak pernah diperbetulkan , sebab ulamak PAS sedang bergelumang dengan puak penyokong murtad , dan menyanjung ambiga yang menyokong murtad di Malaysia … takde masa nak pinda hudud mereka yang banyak salah tu , tapi bila cakap pasal agama merekalah juara dan lebih hebat daripada orang lain

      mehh bawak kasitau kat aku tentang karpal dan DAP sokong hudud .. weiii bodoh pandai pulak nak cakap perlembagaan , selama ni perlembagaan menetapkan agama Islam lebih tinggi , puak DAP ni menentang , perlembagaan menetapkan Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam , DAP menentang dan bagi puak DAP ni Melayu patut bebas menganut agama lain … bila masa pulak DAP mengikut nak perlembagaan ???

      lembu punya pengikut PAS ni , itulah otak dah karat bila hanya pandai melacurkan agama dan mempermainkan hukum agama !!!

      Reply
      • November 10, 2012 at 3:16 pm
        Permalink

        baru keluar dr gua ke…research la skt mklumat…sape kate DAP nk buang perlembagaan…kau dah tuduh sembarangan dah jatuh fitnah tau..buat pengetahuan ko…pakatan x pernah menentang perlembagaan..malah menerimanya…cme nk perelokkan lg spye lbh adil..

        bab halalkan liwat dlm hudud terengganu…jgn jd org jahil bercakap…ko cube bagi aku satu ayat dlm enakmen tu yg tulis perkataan HALAL utk meliwat isteri…aku nasihat ko..tambah la ilmu lg..faham btl2..jgn blajar sekerat2…blh jd gile..dpt dosa free ko fitnah atas bende yg ko sndiri x tahu apekebendenye…pi blaja beza antara hudud dan takzir..

        x pernah pon aku kate karpal dah terima hudud…kalau die nk terima pon dpt ape???ko fikir terima hudud menjadikan dia islam ke???dia kapir..ape nk heran..kisahkan org melayu kite yg msh bengong menolak hukum Allah..DAP cuma terima hukum hudud adalah hak org islam..dan mereka blh bertoleransi dgnnye….rujuk knyataan LGE…skrg ni…sape yg bongok…kapir yg mmg x paham islam tolak hududkah..atau melayu yg mgaku islam tp silap2 IC je yg blh msk syurga sbb x trima/laksana hukum Allah..

        mmg lah dlm islam agama rasmi,lbh tinggi dlm perlembagaan…siape pertikaikan…ape ko dpt fakta dr mne DAP pertikaikan islam agama rasmi..dr utusan???x pyh la ambik mklumat dr surat kabar dah berkali2 kalah kes sbb fitnah org lain….hukum agama mne ko pakai konon melayu tu suma islam…dalam islam x de plak nabi kate sume arab mesti masuk islam..sume org arab tu islam..yg menjadikan melayu tu islam adalah krn kebanyakan melayu memeluk islam…ambil indon cthnye…berape ramai lg org asal indon yg msh bragama hindu x terima islam….

        mmg x salah nk ktekan melayu mesti islam…tp bkn sume melayu tu islam…keturunan melayu+portugal di melaka??islam kah mereka…islam dan kaum adlh sesuatu yg berbeza..

        yg jd isunye adalah org melayu islam yg murtad…dr korang ckp bedegar2 slhkan org tu org ni…ade baik korang bg cdgn najib spye luluskan usul udg2 anti murtad yg dicadanhan TGHH dlm parlimen…

        Reply
        • November 10, 2012 at 4:37 pm
          Permalink

          sekor lagi puak pakatan murtad meroyan..

          Reply
        • November 10, 2012 at 8:18 pm
          Permalink

          Melayu islam ni samalah macam tag islam pada sister in islam SIS, IRF yang terangan nak liberalkan islam, juga macam Parti Islam Semalaysia pun termasuk jugak.
          Nama ja MI, tapi tang spin, dan fitnah… Nombor satu.
          Untuk M-i, apa yang hang tulis tu dah berpuluh kali diulas oleh kami mforumer mykmu dan juga blog writer, toksah dok nak perbetul atau nak auta kat sini.
          Hang samalah mcm bujuk dan moo, beratus kali diterang, diperbetul, tapi tak akan terima kebenaran (ala2 puak jahiliyah zaman nabi).
          So aku tak baca apa yang ko tulis sebab aku tahu apa maksud hang iaitu cuba nak tegak benang basah…. Full stop.

          Reply
    • November 11, 2012 at 9:26 pm
      Permalink

      dalam PAS mana ada istilah melayu islam , ada ka ? nik name cam tu sokong PAS Pas tak pandang pun tak caya gi tanya nik aziz

      Reply
  • November 10, 2012 at 10:05 pm
    Permalink

    Isu KAFIR HARBI ni ingin menarik perhatian pembaca sekelian…
    Kata Ustz.Mashitah… MCA kafir ZIMMI kerana menyokong pemerintah ISLAM(UMNO). Manakala DAP kafir HARBI kerana tak sokong UMNO. Jika inilah tafsiran Ustz. Mashitah.. maknanya d K’tan, S’gor dan Kedah MCA adalah HARBI. Terima akalkah, logikkah alasan Ustz. UMNO ni?
    Yg. kita semua tahu kafir HARBI ini ia menolak ISLAM secara terang-terangan. Ia membantah pemerintahan Islam dan memusuhi agama dan umat Islam. Ia tidak memperakui pemerintah Islam dan menyerang pemerintah. Aku tak berani kata ada/tidak kafir HARBI d m’sia. Tapi secara umumnya semua kafir menghormati perlembagaan dan undang2 negara, jadi mereka bukan HARBI. Jika tidak k’jaan wajib menyerang dan menghukum mereja mengikut undang2 Islam. Wallahualam..
    Maksudnya jika umno kata karpal kafir HARBI, umno telah menghalalkan darah Karpal. Jadi tunggu apa lagi wahai orang umno….

    Reply
    • November 11, 2012 at 3:04 pm
      Permalink

      Betul la tu bujuk…karpal kata langkah mayat kami dulu kalau nak tubuhkan negara Islam….kafir harbi la namanya tu bujuk.

      Reply
  • November 12, 2012 at 4:08 pm
    Permalink

    Harun Din ke, Harun Taib ke ,Taib Azamudin ke sama saja dua kali lima ngan Nik Aziz dan Haji Hadi .Hampir 99 percent ulamak puak puak sereban hijau kopiah putih ni ulamak ulamak politik belaka yang tidak takut pda ALLAH tapi takut ngan Lim kit siang ,dan Anuar Ibrahim .

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *