PRU ke-13: Sunnah Wal Jama’ah VS Syi’ah di Kedah?

Share


Semakin panas keadaan di Parlimen Pendang kini apabila Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dikatakan hampir 90 peratus bakal bertanding di situ pada PRU ke-13 nanti.

Cakap-cakap dikalangan para penyokong PAS tegar di kawasan tersebut juga begitu hangat membincangkan mengenai pencalonan Mat Sabu yang dikhabarkan bakal mencetus pepecahan di kalangan penganut “agama” PAS di situ.

Menurut sumber dalaman yang merupakan salah seorang aktivis PAS yang setia di kawasan itu, para penganut “agama” PASdi Pendang kini terbahagi kepada dua pihak iaitu satu pihak yang menyokong Mat Sabu dan mengalu-alukan pencalonan Timbalan Presiden PAS itu.

Bagaimanapun, dikatakan hampir separuh dari mereka mencebik bibir dan tidak bersetuju sama sekali Mat Sabu dicalonkan di kawasan mereka.

Nak tahu kenapa?

Menurut sumber itu, Mat Sabu tidak diterima oleh sebahagian dari mereka kerana meyakini bahawa Timbalan Presiden PAS itu mengamalkan fahaman Syiah dan tidak mahu fahaman yang terkenal di Iran itu masuk ke Parlimen itu.

Untuk makluman, atas penyelidikan yang dibuat dan sumber-sumber yang diperoleh di sekita parlimen itu menunjukkan bahawa ramai di kalangan pak-pak lebai PAS di kawasan tersebut berfahaman Syi’ah dan berpusat di beberapa buah masjid di situ.

Pengaruh mereka sangat besar dan merebak sehingga ke kawasan Kuala Kedah, Alor Setar, Pokok Sena dan beberapa daerah lain di negeri itu. Namun “pusat”nya dikatakan terletak di Pendang.

Mereka inilah yang mahu Mat Sabu bertanding di parlimen Pendang dan khabarnya kedatangan calon “Syiah” itu dibantu oleh seorang ADUN Kerajaan Negeri Kedah yang sememangnya disyaki sebagai pengikut fahaman itu.

Dengan kehadiran Mat Sabu di Kedah, dijangka negeri itu bakal menjadi “hub” terbesar bagi fahaman tersebut sekiranya Timbalan Presiden itu menang bertanding pada PRU ke-13 itu nanti.

Perkara inilah yang ditakuti dan menjadi kerisauan ramai penganut “agama” PAS yang sebelum ini mengamalkan fahaman Sunnah wal Jama’ah dan berpegang teguh kepada “fatwa-fatwa tiket ke syurga” Nik Aziz Nik Mat.

Menurut salah seorang dari mereka, kehadiran Mat Sabu untuk menjadi calon di parlimen itu membuatkan mereka di dalam dilema. Jika tak berikan undi padanya, maka agak memalukan bagi seorang yang berjawatan Timbalan Presiden PAS kalah pilihanraya.

Kalau diberi undi dan Mat Sabu menang di Pendang kali ini, ia bermakna mereka membuka ruang kepada fahaman Syi’ah untuk terus menular di kawasan tersebut dan merebak lebih teruk di seluruh negeri Jelapan Padi itu.

Persoalannya, apakah benar dakwaan sumber tersebut? Apakah benar Mat Sabu seorang yang mengamalkan fahaman Syi’ah? Dan siapa pula ADUN yang dikatakan berfahaman tersebut?

Saya sempat bertanya kepada “sumber” berkenaan, jika benarlah Mat Sabu itu berfahaman Syi’ah dan bertanding di Parlimen Pendang, apakah mereka akan memberikan undi kepadanya dan sedia membelakangkan fahaman Sunni yang dipegang selama ini?

Sekiranya Mat Sabu menang di parlimen itu, sudah tentu dia akan bermaharajalela di situ dan di seluruh Kedah dan apakah Menteri Besar Kedah, Azizan Razak, tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyekat kemaraan Mat Sabu itu?

Katanya, Azizan sebenarnya memang menolak pencalonan Mat Sabu di Pendang sejak awal lagi, namun apalah sangat kuasa yang ada pada Azizan berbanding jawatan Timbalan Presiden yang disandang oleh suami kepada dua orang Normah itu!

Kata saya padanya, terserahlah pada jema’ah PAS di Pendang. Jika mahu fahaman Syi’ah terus menyinar di Pendang, maka undilah Mat Sabu…

Namun jika tidak rela perkara tersebut berlaku, sewajarnya para penganut “agama” PAS yang berfahaman Sunni patut berbuat sesuatu mengenainya dan menghantar mesej kepada pucuk pimpinan parti mengenai bantahan mereka.

Dan pada saya, sekiranya benar Mat Sabu tercalon di Pendang, maka ia bukan saja menyaksikan pertembungan di antara UMNO dan PAS, malah ia akan menyaksikan perebutan kerusi Parlimen di antara calon berfahaman Sunni dan Syi’ah di Kedah.

Persoalannya, siapakah yang akan menang? Sama-samalah kita nantikan…



14 thoughts on “PRU ke-13: Sunnah Wal Jama’ah VS Syi’ah di Kedah?

  • November 7, 2012 at 11:10 am
    Permalink

    Syiah atau wahabi , golongan ini pada kita yang waras mereka tetap setaraf dengan kaum haprak.

    Sebolih2nya kita tak mahu merendah sesama manusia, lebih2 lagi sesama agama. Tapi puak ini dari dulu, kini dan selamanya cakap tak serupa bikin, terlalu konsisten bersikap tidak konsisten.

    Kita teringin nak iktirafkan mereka, walau pun kita tak suka sokong , tak kan menyanjung..tapi tetap akan iktiraf, jika pengiktirafan ini justify.

    Kita sedia iktiraf kalau mereka boleh tunjukkan kita apakah hasil kerja mereka selama ini demi islam. Apakah master plan mereka dalam menyebar syiar islam dulu dan utk masa akan datang. Dan apakah pencapaian mereka. Misal nya mereka telah buat itu dan ini, sekian banyak kafir sudah masok islam. Mereka buat itu dan ini sekian ramai murtad sudah sedar dan balik kepangkalan jalan.

    Malangnya PAS tak akan ada semua itu. Perjuangan PAS perjuangan untuk dunia, untuk kuasa dimana datangnya segala sumber yang menaikkan nama dan menghasilkan duit utk mereka capai citacita haprak mereka.

    PAS sebuah parti politik yang sembunyi dibelakang satu agama. Agama yang benar dan diterima . Malang sekali mereka seleweng segala2nya.

    Reply
  • November 7, 2012 at 12:12 pm
    Permalink

    UMNO bukan dah lama berpecah ke?? Kalau umno tak berpecah, PRU12 takkan hilang 2/3. Padahal ahli MP melayu lagi byk lagi jadi MP selepas PR12 kalau nak di banding dgn selepas PRU11.

    Bila Mat Sabu tu Syiah??

    Reply
    • November 7, 2012 at 1:42 pm
      Permalink

      dah lama dah..ko tak tahu ke moo..hehe

      Reply
    • November 7, 2012 at 2:13 pm
      Permalink

      Kita akui perpecahan berlaku dalam satu masa hingga berkocak air sampai berlakunya tsunami kecil.

      Kini Umno sudah bangkit secara pantas dan dengan keyakinan yang berganda telah bersiap siaga untuk kemedan perang.

      InshaAllah jika US mengalukan kembalinya Obama ke ofis, Msia bakal meraikan kekalnya satu party pejuang yang tak mengamal putar belit yang memeningkan.

      Reply
      • November 7, 2012 at 6:20 pm
        Permalink

        OBAMA kembali ke jawatannya.. dn Insya Allah UMNO BN akan kembali 2/3 PRU13 nnti.. kita ‘BASUH’ najis2 Pakatan Haram cukup2 lepas tu!

        Reply
  • November 7, 2012 at 12:32 pm
    Permalink

    Mat Sabu merupakan diantara tokoh PAS yang banyak kontrovesi. Dia dikatakan sebagai menaganut ajaran Syiah. Sampai hari ini Mat Sabu tidak pernah mengiyakan atau menafikannya. Mungkin betul. Mat Sabu juga adalah tokoh PAS yang mempertahankan dan mengiktiraf kominis sebagai ‘hero’ dalam perjuagan menuntut kemerdekaan Malaya. Kalau tidak silap kes yang berkaitan masih lagi dibicarakan dimahkamah. Tidak lupa juga Mat Sabu pernah dihadapkan keMahkamah diatas tuduhan khalwat tetapi dibebaskan diatas sebab-sebab teknikal. Mat Sabu juga menghidap sindrom ‘tak ingat’ atau ‘saya lupa’ apabila ditanyakan soalan2an mmengenai kenyataan2 konteroversinya masa lalu.

    Pendek kata kehidupan Mat Sabu penuh kontoversi dari dahulu hingga hari ini. Hari ini, walaupun ada kalnagn ahli2 PAS sendiri yang menyatakan Mat Sabu ‘tidak cerdik’, dia adalah orang no 2 PAS . Jika ditakdirkan Haji Hadi mati hari ini maka mengikut teradisi,Mat Sabulah yang akam memangku jawatan Presiden PAS.

    Saya percaya PAS sendiri pening kepala dalam isu mencalonkan Mat Sabu untuk bertanding dalam PRU13 kelak. Pertimbangan utama PAS bukan tempat bertanding tetapi batang tubuh Mat Sabu sendiri yang dilihat banyak pihak termasuk kalangan akar umbi sebagai pemimpin yang tidak ada kredibiliti.

    PAS dalam keadaan serba salah. Tidak mencalonkan Mat Sabu bermakna PAS terpaksa mencari jawapan yang bakal ditanya oleh penyokong Mat Sabu sendiri. Jika dicalonkan PAS akan menanggung risiko memalukan jika Mat Sabu tewas. Terdapat banyak petunjuk yang boleh menyokong kekalahan Mat Sabu kelak.

    Kesimpulannya; Dicalon salah, tidak dicalokan pun salah. Jadi semuanya serba salah. Wallahualam.

    Reply
  • November 7, 2012 at 2:07 pm
    Permalink

    tugas puak syiah ialah mmporak perandakan puak sunnah

    Reply
    • November 7, 2012 at 6:22 pm
      Permalink

      DI Iran puak Sunni diperangi, puak kafir disayangi.. itulah propaganda SYIAH yg menipu umat Islam seluruh dunia.. pura2 mereka memerangi Yahudi Israel.

      Reply
  • November 7, 2012 at 2:53 pm
    Permalink

    Sekor Syiah menjelma sbg ‘pejuang’ HUDUD ada dlm MyKMU ni.. siang malam kaki bohong dn fitnah.. HUDUD sbg senjatanya utk pancing org jahil!

    Reply
    • November 7, 2012 at 4:52 pm
      Permalink

      Fahaman Syiah ni kalau dah menular dan meresap dalam masyarakat, memang sangat merbahaya…masalahnya sekarang bukan mudah untuk kita mengesahkan bahawa seseorang itu Syiah kecuali mereka mengaku…yang aku tahu..modus operandi mereka memang licik…mula2 dia akan mendekati kita…dia akan praktis Islam sama macam kita…selepas dah baik dengan kita dan boleh masuk jarum…dia akan bagi buku2, ajarkan fahaman2 mereka secara perlahan2…disebabkan fahaman mereka ini agak mudah dan convenient kepada sesetengah orang (contoh kahwin mutaah etc)…maka ada juga lah sorang dua yang akan terhasut dan ter’anut’ fahaman nii…perlu ada satu kaedah untuk mengesan puak2 yang mengamalkan fahaman ni..walaupun orang kata Mat Sabu Syiah..tapi siapa yang boleh tolong sahkan???

      Reply
      • November 7, 2012 at 6:18 pm
        Permalink

        Soheh tu Hamba Ar-Rahman, konsep Taqiyyah mereka sbg bahaya, mereka berupaya berlakon jd sesumpah yg meyerupai kita kemudian, mereka akan cari point/ interest yg boleh pengaruhi kita, perlahan2 mereka akan tarik dgn halus supaya keluar dr ijitihad asal.. sgt2 bahaya..

        YAHUDI + NASRANI + SYIAH + Al-ARQAM + WAHABI + PLURALISME + CAUVANIS = mereka bergabung tenaga skrg utk menghancurkan Aqidah kita di Malaysia melalui politik Pakatan Haram.. masih lg kita anggap ini sbg politik parti semata2? Bukan..inilah musuh2 kita yg sedang menyelinap masuk!

        Reply
      • November 7, 2012 at 9:19 pm
        Permalink

        Cuma orang bebai jerr yang mudah terpengaruh ngan ajaran sonsang kunun islam seperti syiah tu. Napa depa jadi bebai ? Sebab depa tak paham fundamental islam.

        Reply
  • November 7, 2012 at 5:07 pm
    Permalink

    unsur2 sesat dlm parti pembangkang memang wujud. gejala ini harus dihentikan sebelum ia melarat.

    Reply
  • November 9, 2012 at 8:42 pm
    Permalink

    sedangkan sahabat-sahabat besar RasuluLlah s.a.w. pun orang syiah kafirkan dan maki hamun, inikan pula sekadar pemimpin negara. Saya sangkakan kebencian terhadap pemimpin negara sekadar berbeda fahaman politik rupa-rupanya ia melibatkan aqidah dan fahaman mazahab. Justeru kerajaan mesti mempunyai keberanian untuk bertindak kerana tentangan terhadap kerajaan adalah kerana fahaman mazahab mereka yg sesat lagi menyesatkan itu.

    Reply

Leave a Reply to Mohd Taib Kamin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *