Krisis Air Selangor: Khalid Gunakan Media Sendiri Untuk Bodek Dirinya?

Share


Saya selalu tertawa sendirian apabila membaca media rasmi terbitan Khalid Gagap, Selangorku, yang sering memutar belit keadaan sehingga mampu mengelirukan rakyat Selangor khususnya berkenaan beberapa isu yang dipolitikkan Kerajaan Pakatan Haram Selangor sejak akhir-akhir ini.

Rakyat negeri termaju itu kini di ambang krisis air dan sangat meloyakan tekak melihat sikap dolak-dalih Khalid dan konco-konconya yang memomokkan rakyat dengan beberapa alasan bodoh dan tidak masuk akal.

Menyedari hakikat krisis air bakal berlaku, Khalid dengan pantas menyalahkan pihak lain, khususnya Kerajaan Pusat yang kononnya tidak memberikan kerjasama untuk Kerajaan Negeri membeli syarikat-syarikat konsesi untuk menjayakan kemahuannya menstrukturkan semula air di Selangor.

Peliknya, Kerajaan Pusat sudah lama memberikan lampu hijau untuk dia membeli syarikat-syarikat tersebut. Jadi, tunggu apa lagi? Belilah cepat!

Tidak cukup dengan itu, dia tanpa rasa bersalah selamba memburuk-burukkan SYABAS sedangkan Kerajaan Negeri Selangor memiliki pegangan saham sebanyak 30 peratus di dalam syarikat konsesi air itu.

Khalid berulang-ulang menyebut “jasanya merasuah” skim air percuma di Selangor sedangkan tindakan itu akan mengurangkan pendapatan Kerajaan Negeri itu dan terpaksa membayar harga air percuma kepada syarikat-syarikat konsesi tersebut.

Dengan air percuma diberi, Khalid secara tidak langsung mengajar rakyat Selangor untuk tidak berjimat dan menggunakan air sewenang-wenangnya. Maklumlah, dapat air percuma…

Bila jumlah rakyat semakin meningkat selama empat tahun dia memerintah dan menyebabkan penggunaan serta permintaan air meningkat, Khalid mula liat nak bayar hutang pada SYABAS dan menyalahkan syarikat itu dalam banyak perkara.

Sedangkan rakyat semakin terhimpit dengan kekurangan bekalan air bersih sehingga ramai dikalangan mereka yang terpaksa mendapatkan air dari masjid untuk keperluan harian. Itu belum lagi disebut mengenai ribuan kediaman yang langsung tidak ada air!

Mujurlah Kerajaan Pusat sudah lama tahu mengenai krisis air yang bakal melanda Selangor dan awal-awal lagi menyediakan sebanyak RM606 juta bagi pelan mitigasi air di negeri itu. Semuanya dibiayai oleh Kerajaan Pusat, tapi Khalid pula yang mendabik dada. Muka tak malu betul!

Itu pelan jangka pendek. Untuk jangka panjang, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Selangor terdahulu sudah menyediakan pelan terbaik dengan cadangan pembinaan terowong air gergasi dari Pahang serta membina loji rawatan air, Langat 2.

Peliknya, Khalid setuju pelan jangka pendek dilaksanakan, tapi dia tak bersetuju pula untuk laksanakan pelan jangka panjang. Kononnya mahal! Padahal, projek itu juga dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat! Tak kacau langsung duit Khalid, apa yang dia risaukan?

Dan dia menjadikan alasan “penstrukturan semula air di Selangor” sebagai modal utama untuk melengah-lengahkan pembinaan Langat 2. Dan berbanding tarikh asal, loji berkenaan sudah lewat dibina selama hampir dua tahun.

Dalam ertikata lain, lebih lambat Langat 2 dibina, lebih lamalah rakyat Selangor dijangka menghadapi masalah bekalan air. Khalid pula tak habis-habis dengan pelan teknologi membran yang membabitkan kos yang mahal dan bersifat jangka pendek!

Media rasmi yang digunakan untuk “membodek” Khalid itu kononnya menyiarkan temubualnya dengan seorang Ketua UMNO Bahagian di Selangor yang mendakwa adalah bodoh untuk Barisan Nasional menyerang Menteri Besat itu dengan isu air. Kononnya, “back fire”.

Betulkah Selangorku temubual Ketua UMNO Bahagian? Bahagian mana? Kenapa tak didedah namanya? Atau dialog tersebut hanyalah rekaan dan imaginasi penulis itu sahaja? Kalau menulis tanpa fakta dan bukti, budak sekolah rendah pun boleh!

Ini bukan soal serang atau tidak. Pokok pangkalnya ialah krisis air di Selangor merupakan masalah rakyat dan bukannya masalah politik.

Atas dasar prihatin Kerajaan Pusat terhadap rakyat yang tinggal di Selangor dan sekitar Lembah Klang yang merupakan kawasan termaju di negara ini, Perdana Menteri meminta Timbalannya sendiri yang menyelesaikan masalah rakyat yang cuba dianiaya Khalid dan konco-konconya.

Biar pun pertolongan tersebut disalah anggap dan Kerajaan Pakatan Haram itu melemparkan berjuta sangkaan buruk, Kerajaan Pusat tetap bersabar serta komited membina Langat 2 meskipun berdepan dengan tindakan saman atau sabotaj dari Kerajaan Khalid “Gagap”.

Pada saya, kalau Khalid nak buat “bapak” penstrukturan semula air di Selangor pun buatlah, tapi Langat 2 wajib dibina segera bagi memastikan rakyat Selangor tidak mengalami krisis air yang pernah berlaku pada tahun 1998 dulu.

Untuk rakyat Selangor, “once bitten, twice shy”. Biarlah sekali saja mereka mengalami masalah air dan krisis air sebegitu tidak sepatutnya berulang di sebuah negeri yang paling maju di Malaysia itu, kan?

Patutnya Khalid perlu belajar dari Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang memberikan kerjasama mengenai industri air di negeri itu. Nak tahu apa yang Guan Eng buat? Pergilah ke Pulau Pinang dan tanyalah anak Kit Siang itu sendiri…



21 thoughts on “Krisis Air Selangor: Khalid Gunakan Media Sendiri Untuk Bodek Dirinya?

  • November 7, 2012 at 9:52 pm
    Permalink

    Minit mesyuarat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 29 November 2007 mengesahkan, projek kondominium bersebelahan Batu Caves turut disokong oleh ahli majlis dari MIC.
    Ulasan dari The SUN.
    Dlm. m’siakini pula Ronnie liew kata projek kondo d batu caves mungkin d batalkan
    UMNO/BN lemah lutut, ingat boleh dapat undi India setelah Melayu dan Cina majoritinya tolak BN. Dengan isu batu caves ini… orang india tentunya hilang kepercayaan pada MIC kerana riuh-rendah pertahankan batu caves dari d cemari kondo, alih2 MIC sendiri yg. sokong dan setuju pembinaannya.
    Untuk cover isu ni, PM sanggup jumpa HINDRAF yg. d maki-hina sebelum ni.

    Reply
    • November 8, 2012 at 6:02 am
      Permalink

      isu air mana sama dengan isu kondo ! oh ya nak cerita yng BN korup la ni macam la hang tak korup , Otak hang tak dak benda baik pasal UMNO !

      Reply
  • November 7, 2012 at 10:00 pm
    Permalink

    Kalau aku jadi KI, lepas PRU13 baru buat keputusan langat2. Terutama jika PR yg. berkuasa d PUTRAJAYA. Boleh jimat sikit, apatah lagi jika Perak pun dapat kembali pada PR. Ambil air dari perak tentu lebih murah dan jimat kerana lebih dekat dan mukabumi yg. lebih baik. Pusat nak buat segera langat2 mungkin sebab nak bagi duit mudah pada Pahang yg. d yakini dapat umno kekalkan. Sedang s’gor dan perak sukar BN pertahankan.
    Pada KI buatlah yg. terbaik untuk negeri dan rakyat negeri… pedulikan UMNO/BN. Depa hanya tahu kaut untung saja.

    Reply
    • November 8, 2012 at 1:33 am
      Permalink

      Bodo la hang ni…kawasan yg kritikal tu kat sebelah selatan Selangor laaa..Perak tu sebelah utara Selangor…kalau tak tau isu, tak payah nak komen la…nampak sangat bodohnya nanti…

      Reply
      • November 9, 2012 at 12:37 pm
        Permalink

        kalau macam tu boleh ambik dari JOHOR, katanya Johor bakal jatuh pada PR jugak. Lagipun johor dah tak bekal air ke s’pore.

        Reply
  • November 7, 2012 at 10:41 pm
    Permalink

    Najib bukan guna Media perdana ka setiap hari setiap masa untuk puji2 diri dia dan condemn org lain???? Yg disaksikan oleh2 org2 kg dan pak cik mak cik yg tak celik internet…

    Berani ka kasi kat PR 15 min slot TV3 setiap hari????

    Yg tu hangpa tak nampak ya???

    Reply
  • November 7, 2012 at 10:43 pm
    Permalink

    Nazri azis kata dia ‘aset”. Aset penygangak ka aset gangster?
    .
    .

    KUALA LUMPUR, Nov 7 — Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini menyifatkan serangan-serangan pembangkang terhadapnya berhubung isu pembalak Michael Chia disebabkan dirinya merupakan “aset”.

    “Tidakkah kamu fikir kerana saya merupakan aset, jadi mereka menyerang saya?” kata Nazri.

    “Saya semestinya sangat penting, jika tidak mengapa mereka menyerang saya?” kata menteri yang bertanggungjawab terhadap portfolio undang-undang itu (foto fail).

    Sabtu lalu, akhbar Utusan Malaysia dilaporkan memetik kenyataan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah berkata, Nazri berkemungkinan menjadi liabiliti politik kepada Barisan Nasional (BN) berhubung dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan Chia.

    “Kita tak tahu sama ada saya akan menjadi liabiliti atau tidak selagi kita belum lagi bertanding di pilihan raya …,” kata Nazri yang turut mencabar Azwanddin untuk bertanding di kerusi Parlimen Padang Rengas yang merupakan kerusi diwakilinya sekarang.

    Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, mendakwa Chia memberikan kereta mewah Hummer bernilai RM500,000 kepada anak Nazri.

    Namun Nazri menyatakan tiada konflik kepentingan antara anaknya yang menggunakan kereta Chia itu kerana bukan beliau yang membersihkan lelaki itu daripada tuduhan rasuah.

    Chia baru-baru ini dikaitkan dengan dakwaan rasuah melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman selepas pihak pencegahan rasuah Hong Kong dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati RM40 juta yang didakwa di bawa masuk ke Malaysia adalah “derma politik” kepada Umno Sabah, dan bukan untuk kegunaan peribadi Musa.

    Nazri turut menegaskan, beliau tidak perlu melayan sebarang kenyataan Azwanddin berhubung kedudukannya dalam politik bersama Umno dan Barisan Nasional (BN).

    “Siapa dia? Saya tak perlu jawab kepada ahli politik jalanan. Saya akan lebih bimbang sekiranya presiden atau timbalan presiden atau setiausaha agung Umno yang membuat komen berkenaan.

    “Sebelum ini beliau anggota PKR? Kemudian dia keluar … jadi dia adalah ‘katak’. Jadi saya anggap kenyataannya sebagai tidak relevan,” katanya lagi.

    Reply
    • November 8, 2012 at 6:06 am
      Permalink

      oh yer ker moo , kau AJK yg terlibat dalam kes ini ker ? . Cuba kau POS kan ‘kebaikkan” yang dibuat oleh PAS dan PKR kat sini kita tengok apa yang boleh di ‘komen” apa kata mula dengan projek LADANG RAKYAT di kelantan …kan ‘baik’ tu !

      Reply
      • November 8, 2012 at 8:51 am
        Permalink

        Yer ke..kot ak rasa org muak dgn umno dgn berita2 mcm ni ka?

        Reply
  • November 7, 2012 at 11:08 pm
    Permalink

    Selangor Maju hanya 1 sejarah saja..tapi sekarang nie…..Perghhhhhhhh dapat MB yg Benggap berlagak Pandai…serupalah dgn Penganut2 PR ie. bujuk@Anak Haram Jadah dan kwn dia si mm@ OKU

    Reply
  • November 7, 2012 at 11:11 pm
    Permalink

    Nak tahu gak apa komen penganut2 PR on subjek Putri Kesayangan SiAnu…..Islam Songang yg dibawanya….apa kata Penganut2 semua??????????

    Reply
    • November 8, 2012 at 9:03 am
      Permalink

      Penganut PR dan PAS akan kata “hallelujah Nurul, you’re the girl.”

      Reply
  • November 7, 2012 at 11:44 pm
    Permalink

    Memang la undi india beralih arah, dan majoriti mereka tahu dan akan memilih Bn. Harapkan pandikuty Khalid Ibrahim, alamat selangor bukan lagi Darul Ehsan yg memberi ehsan kepada anak kelantan dan lain2 negeri cari makan. Selangor akan dikenali sebagai Darul Sampah, sampah milik LGBT

    Reply
  • November 8, 2012 at 8:50 am
    Permalink

    “Ada khabar berita yang kurang senang didengar kebelakangan ini. dikala negara menangung hutang yang amat serius dan juga masalah kemiskinan rakyat masih menebal, golongan mahakaya ternyata punyai cara hidup yang berbeda

    Aizat Fikri anak kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus khabarnya telah membawa seorang gadis yang acap kali dinafikan perhubungan mereka ke Kota London baru baru ini.

    Memang benar, you might say that is your money and its up to you on how to spend it, tetapi pada hakikatnya kamu adalah seorang pemimpin ataupun public figure, di kampung-kampung berkempen tentang ‘kita faham masalah rakyat,kita akan bela dan bantu rakyat miskin terutamanya MELAYU MISKIN. Dikala MELAYU MISKIN, kamu boros berbelanja untuk diri kamu malahan untuk teman wanita kamu.

    Ini adalah satu budaya yang telah dipupuk oleh orang-orang Umno, lihat saja apa yang dibelanjakan oleh seorang menteri dari Umno kepada kekasihnya yang juga seorang artis, dikala negara mungkin berhadapan dengan pilihanraya pada bila-bila masa, masih sempat lagi untuk bercuti dan bercanda ria di luar negara.

    Renungkan, jika pemimpin seperti ini yang kita masih agungkan dan pilih sememangnya negara malaysia ini akan bankrup kerana keborosan golongan mahaya umno seperti Aizat Fikri

    Reply
  • November 8, 2012 at 9:16 am
    Permalink

    Rakyat Malaysia ni miskin ke moon..kesian moon dok pakai cawat je..kalau rakyat malaysia ni miskin sangat disebabkan mereka malas moon..sebab pendatang asing berlumba-lumba datang mencari rezeki dimalaysia sehinggakan sanggup menggadai nyawa dengan menaiki sampan kecil mengharungi lautan…so pikir la sendiri..orang asing datang sehelai sepinggan boleh berlumba-lumba datang mencari dimalaysia..ni asyik dok dibelai dan bantuan daripada kerajaan jee..lepas tu bila dibantu..ada segolongan manusia saperti ko..bujuk..mm..dan melayu islam saperti anjing je tak pernah nak bersyukur dan mengucapkan terima kasih diatas budi dan bantauan yang telah diberikan. Binatang pun tau membalas budi tuannya.

    Reply
  • November 8, 2012 at 11:59 am
    Permalink

    Bujuk..pada minggu depan 14 – 18/11/2012 ko jadi apa dlam Muktamar PAS ke 58 di Kota Baru…jadi perwakilan kee..atau cuma jadi pacacai dok dengan dari luar dewan je..kalau jadi perwakilan boleh la ko tanya kes nurul izah tu ataupun ko tanya berkenaan dengan Hudud PAS..ngape penubuhan AJK untuk perlaksanaa hudud masih tak berfungsi..betul2 nak buat ke ataupun sekadar nak menyedapkan hati penyokong bangang saperti ko..sebab dah setahun ditubuhkan mesyuarat cuma baru sekali je..tu pun diperingkat pemilihan AJK jee..

    Reply
    • November 8, 2012 at 2:53 pm
      Permalink

      budak bujuk@AHJ nie PenganutPR aje….setakat menyendel 2 tepi Dewan saja standard dia,,,pastu pi Gembang 1Malaysia dia lah org yg terarih bab Politik Malaysia…= semua salah UMNO…kah..kah…kah..puitttttttt…

      Reply
    • November 9, 2012 at 12:31 pm
      Permalink

      kalau depa minta aku tolong lapor pada mykmu pun jadilah.. hehehe.

      Reply
  • November 9, 2012 at 10:21 am
    Permalink

    Kerajaan selangor sepatutnya guna kesempatan yang ada biarkan kerajaan pusat bina loji rawatan air langat 2 secepat yang boleh. Mengapa saya berkata demikian? Sebab kos untuk bina loji langat 2 akan ditanggung sepenuhnya kerajaan pusat. Namun manfaatnya akan tetap dapat nikmati oleh rakyat selangor, kuala lumpur dan putrajaya. Khalid ibrahim hanya perlu luluskan tapak lokasi projek tersbut saja. Itulah saya pun hairan mengapa MB Selangor tidak sebijak Ketua Menteri P. Pinang dalam tangani isu air ini. Lagi banyak Khalid bersuara dalam isu air, semakin terserlah kejanggalannya.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *