Krisis Air Selangor: Dimana Khalid Ibrahim Letak Akalnya?

Share


Penulis tertarik untuk mengulas sidang akhbar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim baru-baru ini di Parlimen yang menyatakan bahawa negeri pimpinannya itu sebenarnya tidak menghadapi masalah kekurangan bekalan air sebagaimana yang didakwa ramai pihak sebelum ini.

Kononnya, sumber air mentah begitu banyak sehingga melimpah ruah di Selangor dan kata Khalid negeri di bawah Pakatan Rakyat itu sebenarnya menghadapi masalah kekurangan sumber air terawat.

Oleh yang demikian, Menteri Besar Selangor itu mendakwa bahawa pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 tidak perlu memandangkan kesan positif dari projek berkenaan hanya akan dapat dirasai selepas tiga atau empat tahun kemudian iaitu pada tahun 2016.

Dalam kotak pemikiran beliau, pembinaan Langat 2 tidak masuk akal kerana ia mengambil tempoh yang lama untuk menyelesaikan masalah air di negeri Selangor.

Sebaliknya Menteri Besar itu mahu para pegawainya bermesyuarat dengan pihak syarikat konsesi air, SYABAS, pada setiap hari bagi membincangkan soal mekanisma atau cara mengurangkan air tidak terawat (NRW) sebanyak 33 peratus.

Kononnya, kalau jumlah peratusan NRW berjaya dikurangkan, maka seluruh rakyat Selangor akan menerima bekalan air bersih akan mencukupi.

Sebenarnya penulis tidak pasti di mana Khalid meletakkan akalnya ketika berfikir mengenai soal krisis air di Selangor.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui pakar-pakar industri air sebelum ini telah pun membuat kajian terperinci mengenai masalah air di Selangor selepas mengalami krisis yang menjejaskan kehidupan rakyat negeri itu dan sekitar Lembah Klang pada tahun 1998 dulu.

Dalam kajian tersebut dan berdasarkan peningkatan kepadatan penduduk serta kepesatan industri perniagaan di Selangor, krisis air itu akan berulang lagi pada tahun 2014. Memandang Langai 2 belim dibina, 8 projek mitigasi terpaksa dilaksanakan untuk menampung bekalan air dan mampu bertahun sehingga 2016.

Malah kini, rakyat dan kawasan industri di sebelah selatan negeri itu telah mula merasai bahang krisis di mana beberapa kawasan tidak mendapat bekalan dan mengalami masalah tekanan air rendah sehingga menjejaskan kualiti kehidupan mereka.

Persoalannya, apakah Menteri Besar itu fikir beliau lebih pakar berbanding pakar-pakar SPAN yang membuat kajian menyeluruh pada siang dan malam itu?

Memanglah Loji Langat 2 dirancang oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini untuk dibina bagi memenuhi keperluan jangka panjang dan dijangka siap pada tahun 2014 untuk digunakan.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Pusat telah memberikan komitmen untuk menyediakan dana untuk membina loji tersebut tanpa meminta satu sen pun dari Kerajaan Negeri Selangor. Sememangnya ini adalah sebahagian daripada Water Security Industries Act di mana Pengurusan Aset Air Berhad menguruskan aset air dan operasi dan pengendalian aset tersebut oleh kerajaan negeri ataupun pihak yang telah diberi kuasa.

Itu belum lagi disebut mengenai pelan mitigasi bekalan air bersih bernilai lebih RM606 juta yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat untuk membantu Khalid memujuk rakyat Selangor dari marah atas kedegilannya tidak mahu membenarkan pembinaan loji Langat 2.

Dengan pelan mitigasi yang bersifat jangkan pendek dan terbinanya Loji Langat 2 yang bersifat jangka panjang pada tahun 2016 nanti, rakyat Selangor tidak perlu bimbang lagi dengan ancaman krisis air di kawasan mereka.

Dan disebabkan itulah juga Kerajaan Pusat bertegas mahu meneruskan projek pembinaan Loji Langat 2 meskipun terpaksa berdepan dengan seorang Menteri Besar yang jelas lebih mementingkan politik berbanding kebajikan rakyatnya.

Dengan kadar pertumbuhan penduduk dan kepesatan ekonomi di negeri paling maju di Malaysia itu, loji Langat 2 dijangka mampu menampung bekalan air bersih di Selangor khususnya di kawasan selatan.

Sebenarnya penulis rasa agak lucu bila Menteri Besar itu bercadang untuk mengarahkan para pegawainya bermesyuarat dengan SYABAS pada setiap hari!

Bukan apa, apakah Khalid fikir dengan gebang-gebang di meja mesyuarat setiap hari akan memberikan hasil yang produktif dan mampu menyelesaikan masalah NRW?

Pada penulis, dari menghabiskan wang rakyat membeli kuih muih, minum petang, kertas A4, air mineral, buang masa dan membayar elaun mesyuarat begitu, lebih baik Khalid luluskan saja permohonan SYABAS untuk membuat pinjaman bank bagi membeli paip-paip saliran baru.

SYABAS sebelum ini telah memohon persetujuan dari Kerajaan pimpinan Khalid untuk memohon pinjaman dari bank bagi membeli paip-paip baru menggantikan yang lama bagi mengurangkan Non Revenue Water seperti yang dipinta, tetapi Menteri Besar itu telah membekukan capex.

Kononnya Khalid memberi alasan bahawa SYABAS enggan membeli paip dari syarikat yang direkomen oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Tapi, tahukah beliau bahawa SYABAS wajar memilih syarikat pilihannya sendiri yang dikatakan lebih berkualiti, tahan lama dan praktikal untuk digunakan bagi menggantikan paip-paip bocor yang meningkatkan peratusan NRW?

Saya percaya bahawa sekiranya Khalid meluluskan permohonan SYABAS itu, sudah tentu kadar peratus NRW di Selangor tidak akan mencatat jumlah yang tinggi dan krisis air di negeri “jajahan” Pakatan Rakyat itu tidaklah meruncing seperti sekarang.

Sebenarnya, pelan industri air di Selangor tidak akan bermasalah sekiranya Khalid tidak berdegil dan menerima perancangan terbaik yang telah disusun rapi oleh Kerajaan Pusat.

Dengan paip-paip baru SYABAS, pelan mitigasi dan komitmen Kerajaan Pusat untuk membina loji Langat 2, rakyat Selangor sudah pasti tidak akan diancam oleh krisis air dan segala-galanya akan berjalan dengan sempurna.

Rakyat Selangor sebenarnya sudah bosan dengan sikap dolak-dalih Khalid berkenaan isu air yang mengganggu kehidupan mereka dan penulis diberitahu bahawa ramai di kalangan mereka yang tidak sabar-sabar menunggu Pilihanraya Umum ke-13 bagi menterjemahkan kemarahan mereka…

Takkanlah Khalid sanggup membiarkan Pakatan Rakyat hilang kuasa di negeri paling maju itu hanya disebabkan kedegilannya itu? Khalid mahu terus dipersalahkan seumur hidup? Segalanya terserah pada Menteri Besar itu…



59 thoughts on “Krisis Air Selangor: Dimana Khalid Ibrahim Letak Akalnya?

  • November 3, 2012 at 2:57 pm
    Permalink

    muke dia macam katun ‘Flinstone’..hehe

    Reply
  • November 3, 2012 at 4:49 pm
    Permalink

    Tak akan alami masalah air?
    Habis tu yang sibuk dengan cadangan untuk pakai air lombong, sedut air dari Tasik Kenyir dan yang terbaru nak guna teknologi membran tu apa cerita?

    Reply
  • November 3, 2012 at 5:42 pm
    Permalink

    Jangan lah ditekan sangat khalid nie, dia dah la gagap. Takut makin ditekan penyakit gagapnya makin menjadi.

    Lagipun dengan karenah kerajaan pimpinan dia Selangor akan lagi cepat mundur dan rakyat akan bertambah meluat dengan Pakatan Penipu Rakyat

    Reply
  • November 3, 2012 at 6:13 pm
    Permalink

    nampaknya kalid gagap bodo melantun2..
    orang kata air terawat yang kurang..dia sibok kata air mentah…..

    apa kata soh syabas lencongkan air lombong tu ke paip rumah dia..biar dia minum mandi air lombong tu..baghalll

    Reply
    • November 4, 2012 at 7:32 am
      Permalink

      aaa bagi sekali kat puak penyokong pakatan haram.biar depa pun minum mandi air lombong tu.air longkang pun boleh

      Reply
  • November 3, 2012 at 6:18 pm
    Permalink

    Akulah yang mula2 gelar khalid gagap flintstone, hehehehe. Flintstone betul di zaman batu tapi flintstone zaman moden di S’gor kat kepalanya ada batu besar punyalah degil dan busuk hati masih tak nak luluskan loji rawat air Langat 2

    Akal khalid gagap kadang2 berada di celah2 bulu eli wong, kalau eli wong selak bulu kasi nampak sungai berair barulah khalid luluskan bina loji rawat air tu

    Reply
  • November 3, 2012 at 6:54 pm
    Permalink

    Bila orang tak berapa tahu guna brain bercakap tentang teknologi membrane tentulah nampak baghal….rakyat nak kata baghal pun baghal lah asal si musibat khalid gagap dapat mengkayakan kroninya guna teknologi membrane yang kosnya lebih tinggi & tak efisien seperti pembinaan loji rawat air Langat 2 yang kosnya sangat ekonomik, menjimatkan serta efisien mengikut kajian yang dibuat oleh pakar sebenar.

    Reply
    • November 3, 2012 at 8:30 pm
      Permalink

      Tapi Joned , pemerhati yang anti UMNO dan BN , “lebih” pakar dalam membuat sinopsis akan cadangan untuk menyelesaikan masalah . Macam Kalit berahim cadang teknologi mambrane , puak mereka bukannya nak bagi ‘detail’ tentang teknologi tu , buat homework , cari kelebihannya berbanding dengan yg sedia ada, Tapi dengan angkuh mendakwa tujuan buat logi langat2 adalah bagi kroni kaya , korup.
      Macam ni nak jadi pemerintah ..alamatnya memang kena goreng hidup2!

      Reply
  • November 3, 2012 at 7:12 pm
    Permalink

    Kepada bang joned, kadang2 akal bang khalid kat celah bulu saya juga…tak aci lah kata bulu elizabeth wong je

    Reply
  • November 3, 2012 at 7:38 pm
    Permalink

    Kenapa nak buat Langat 2? kerana kerajaan BN nak bagi kroni projek RM8 billion dgn menghisap darah rakyat Selangor..

    Kenapa nak buat Menara Wawasan ?..kerana kerajaan BN nak bagi kroni projek RM5 billion dan menghisap darah pelabur2 PNB..

    Kenapa nak buat Menara Felda ?..kerana nak bagi kroni projek RM1 billion dgn menghisap darah peneroka Felda..

    Kenapa nak paksa majukan Kg.Baru ?
    Kerajaan BN nak bagi kroni projek2 mega dgn menghisap darah penduduk2 Kg.Baru..

    Kenapa nak buat MRT ? kerana nak bagi kroni2 projek RM40 billion dengan menghisap darah pembayar2 cukai..

    Kesemua projek diatas pada asalnya tanpa tender terbuka dan sengaja melebihi anggaran (overprice)..

    Reply
    • November 3, 2012 at 8:23 pm
      Permalink

      Alyabu …tak cukup maklumat tu …senaraikanlah semua projek dari zaman tengku abdul rahman …banyak lagi projek di bawah kerajaan BN . Agak2nya projek macam mana yang kontraktor tak buleh nak jadi kaya ? Kalau semua kos ada agenda peribadi dah lama malaysia lingkup . Pi lah tengok indon dulu dan selepas reformasi . Aku bukan pakar ekonomi tapi aku rasa macam “lagu tu” juga . Tapi bila dah benci tu apa boleh buat , apa yang baik pun jadi tak baik , jadi korup, rasuah dan apa2 sajalah . Kalau kau memang bijak ekonomi pergi lah ‘pos’ idea2 bernas dan saranan baik di Blog2 Pakatan , takat main tuduh cam ni disini ..tujuan kau adalah untuk memecahbelahkan kesatuan dan penyatuan melayu di sini …baliklah ke laman yang betul !

      Reply
      • November 3, 2012 at 10:06 pm
        Permalink

        Iku teori alyabu ni…kalau pakatan haram memerintah…semua projek kena kasi kat orang BN, sebab kalau bagi kat puak pakatan ni, dah boleh di kira kroni tu !!

        haiiii…alyabu sekolah mana mak bapak hang hantar hang…melantun-lantun piang nya.

        Reply
        • November 5, 2012 at 2:01 pm
          Permalink

          Jawapan terbaik utk Alyabu.

          Reply
        • November 6, 2012 at 1:19 pm
          Permalink

          Aku pulak pelik dengan segelintir manusia yang bila bercakap tak nak guna akal…main belasah jer…last sekali makan diri sendiri…

          Reply
    • November 3, 2012 at 9:01 pm
      Permalink

      Alyabu, tolong jawab perkara-perkara ni boleh?

      1. Berapakah kapasati pengeluaran harian air terawat?
      2. Berapakah kadar permintaan harian air terawat?
      3. Berapakah margin rizab kapasiti pengeluaran terhadap permintaan air terawat?

      Reply
      • November 5, 2012 at 12:07 pm
        Permalink

        Alyabu akan tanya ‘papazola’ tentang jawapannya …hehehe

        Reply
    • November 4, 2012 at 7:47 am
      Permalink

      nak buat putrajaya korang ckp mbazir tapi skarang puak ko yg brebut nakkan putrajaya.nak buat jmbatan p.pinang korang ckp mmbazir tapi puak ko yg lebih lebih guna pakai jambatan tu.nak buat lebuhraya plus korang ckp mmbazir tapi puak ko juga yg lebih lebih guna lebuhraya tu sampai JEM menyusahkan org lain.korang tak payah la gunakan sbb dulu masa nak buat korang tentang.

      Reply
  • November 3, 2012 at 9:05 pm
    Permalink

    Pernah UMNO (TV3) pi interview kjaan selangor on this issue to seek explanation from both sides???

    Sekadar harap berita fitnah TV3 (tiga suku) tak yah la…

    Reply
    • November 3, 2012 at 9:26 pm
      Permalink

      mm, tolong jawab perkara-perkara ni boleh?

      1. Berapakah kapasati pengeluaran harian air terawat?
      2. Berapakah kadar permintaan harian air terawat?
      3. Berapakah margin rizab kapasiti pengeluaran terhadap permintaan air terawat?

      Reply
    • November 3, 2012 at 9:56 pm
      Permalink

      Kepada mm…

      Berani tak khalid gagap umumkan & tunjukkan siapa pakar kerajaan negeri S’gor yang berkata perbelanjaan menggunakan teknologi membrane lebih menjimatkan dapat menjamin bekalan air terawat secukupnya untuk tempoh 15 tahun dari sekarang kepada Selangor?

      Susah sangat ke nak umumkan & tunjukkan sampai terpaksa tunggu TV3 minta berbuat demikian? Kenapa tak umumkan & tunjukkan cepat2 segala statistik & fakta yang dibuat oleh pakar kerajaan negeri S’gor dalam akhbar seperti Sinar Harian berkata teknologi membrane lebih menjimatkan?

      Sebenarnya tak perlu pakar, khalid gagap sendiri pun boleh berikan statistik & fakta itu tetapi disebabkan dia tahu memang menggunakan perbelanjaan besar, tidak viable, tidak praktikkal & tidak ekonomik menggunakan teknologi membrane itu lebih baik dia, xavier & lain2 pemimpin pakatan haram hanya membuat kecoh di mulut sahaja berdolak-dalih cuba melambat-lambatkan pembinaan loji Langat 2.

      Reply
    • November 3, 2012 at 10:08 pm
      Permalink

      Interview khalid moooo ?? memanjang MB tak ada kat office, interview amende ??
      Pulak tu bila tanya soalan…tak boleh jawab buat-buat naik angin macam budak tak sekolah.

      very typical of pakatan haram.

      Reply
  • November 3, 2012 at 9:49 pm
    Permalink

    otak khalid letak dlm jamban tempat azmin bg makan aiskrim tu.

    Reply
  • November 3, 2012 at 11:53 pm
    Permalink

    Ada orang dalam mykmu yg. tinggal d s’gor ni tak mandi ke?

    Reply
    • November 3, 2012 at 11:57 pm
      Permalink

      soalan bodoh dari pembangkang yg bodoh lg hodoh utk ketua pembangkang yg dibodohkan..

      Reply
      • November 4, 2012 at 2:01 am
        Permalink

        bujuk..artikel di atas tu cerita krisis air yg bakal melanda selangor,sekiranya pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dipolitikan oleh si gagap gemok dan bodoh lagi bangang tu…bukan kisah bermandi- manda bersama si gagap…

        hang pun dah mcm MB serabai tu…park akai hang kat kepala lutut keldai…

        Reply
        • November 4, 2012 at 9:59 am
          Permalink

          hmmmmm..bujuk..bujuk, dah tak ketahuan dah komen hang sejak semenjak ni…apasal bujuk ??

          Reply
          • November 5, 2012 at 10:02 pm
            Permalink

            Maksud hang komen aku dulu2 semua bagus?? hehehhh. Dulu hang kata komen aku tak bagus jugak.. aku rasa la..kan, tahun depan hang akan kata komen aku sekarang bagus jugak.

          • November 6, 2012 at 9:00 pm
            Permalink

            hmmmm…dulu betul tak bagus…tapi la ni dah tak ketahuan…tak ada pucuk tak ada pangkal…dah macam c4 jer komen hang.

        • November 4, 2012 at 5:48 pm
          Permalink

          Tolong jawab soalan dan hujah bujuk menggunakan cara luar tabie, ini kerana dia dan mm adalah penganut pakatan dan pemimpin luar tabie….. baru dia senang paham.

          Reply
    • November 4, 2012 at 10:22 am
      Permalink

      bujuk, tolong jawab perkara-perkara ni boleh?

      1. Berapakah kapasati pengeluaran harian air terawat?
      2. Berapakah kadar permintaan harian air terawat?
      3. Berapakah margin rizab kapasiti pengeluaran terhadap permintaan air terawat?

      Reply
    • November 4, 2012 at 8:09 pm
      Permalink

      Depa pi mandi & ambiq ayaq untuk minum & masak kat lombong Kundang. Tu sebab badab depa la ni dah gatai gatai….

      Reply
    • November 4, 2012 at 10:47 pm
      Permalink

      KI kata air cukup… kalau syabas tak mampu urus bagi pada k’jaan negeri urus dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isu air. BERANIIIII????????

      Reply
  • November 4, 2012 at 12:11 am
    Permalink

    Kepada bujuk….

    Tak relevan kau tanya ada orang dalam myKMU yang tinggal di S’gor mandi ke tak, orang bercakap tentang kebimbangan krisis air bakal berlaku lebih cepat disebabkan si lahanat khalid gagap lambat2kan memberi kelulusan pembinaan loji Langat 2.

    Bujuk berak tak cebok sama macam si khalid cuma selet pakai kertas tisu jadi dia & khalid taklah risau sangat air takde sebab berlaku krisis, hehehehehe

    Kepada mm….

    Bila kau nak jawab pertanyaan Delta_Source & aku? Nak tunggu krisis air berlaku di S’gor baru nak jawab ke?

    Reply
  • November 4, 2012 at 1:52 am
    Permalink

    Khalid ni selalu letak akai dia kat kepala lutut keldai…

    Reply
    • November 4, 2012 at 9:23 am
      Permalink

      kat bontot paling tepat..tu sebab rakyat selangor panggil dia kalid jamban!! kalid sampah!! hehehe

      Reply
      • November 4, 2012 at 4:42 pm
        Permalink

        Rakyat malaysia pun panggila Najib Altantuya dan Imelda Mansor….

        Reply
        • November 4, 2012 at 10:38 pm
          Permalink

          rakyat malaysia juga menggelarkan anwar bapak yahudi..

          Reply
          • November 4, 2012 at 11:36 pm
            Permalink

            cai PAS jugak mengelar anwar al juburi…hehe

  • November 4, 2012 at 10:46 am
    Permalink

    Khalid Ibrahim adalah bekas tokoh koperat yang gagal. Khalid Ibrahim terjun kedunia politik kerana marah kepada UMNO yang sudah tidak mampu lagi membantunya kerana setiap kali dibantu, Khalid Ibrahim tetap gagal. Kegagalan Khalid Ibrahim dalam dunia Koperat adalah disebabkan kelemahannya sendiri yang terlalu bergantung dengan tongkat yang diberikan kepadanya hanya kerana seorang BUMIPUTERA.

    Apabila orang yang gagal dan mempunyai terlalu banyak kelemahan diangkat menjadi MB Selangor maka orang yang mengelilinginya berebut2 untuk menjadi ‘penasihat’. Malangnya segala nasihat yang Khalid Ibrahim terima menyerlahkan lagi kelemahan Khalid Ibrahim.

    Hari ini Khalid Ibrahim menggunakan pendekatan ‘Bangau Oh Bangau’ yang sentiasa menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan sendiri. Mungkin lebih cantik ditukar kepada ‘Bangang Oh Bangang’ ditujukan khas kepada Khalid Ibrahim. Wallahualam.

    Reply
    • November 4, 2012 at 11:32 am
      Permalink

      Semakin hari semakin ramai rakyaat selangor yang menolak pakatan haram…alhamdulillah.

      Tektik memperlambatkan PRU dan bekerja keras, nampaknya telah membuahkan hasil…satu demi satu pengkianatan pakatan haram telah di dedahkan..rasa-rasanya kita dah bersedia untuk PRU 13.

      Reply
      • November 4, 2012 at 4:41 pm
        Permalink

        ye ker??? Apa lagi…awak tak annouce PRU13??? Kalau “benar’ ler…

        Reply
        • November 4, 2012 at 10:36 pm
          Permalink

          mm..ko ni buta dan tuli kot…apa guna nak umum PRU13 kalau LGE,khalid gagap,azizan tak nak umum sama..telur makin kecut kot..

          Reply
  • November 4, 2012 at 12:14 pm
    Permalink

    umno nak korek duit lagi !

    Reply
    • November 4, 2012 at 3:27 pm
      Permalink

      ini bukan anwar nak korek2..

      Reply
        • November 4, 2012 at 8:54 pm
          Permalink

          anuwar korek bontot orang,.korek puki chinadoll …hehehe

          Reply
  • November 4, 2012 at 7:44 pm
    Permalink

    Khalid gagap ni umpama pekebun sayor yang disuruh buat kerja kewartawanan. Punyalah jauh lari scope kerja nya.

    Khalid pernah dianggap cemerlang sewaktu meneraju PNB, tiap hari mukanya keluar TV.Lepas tu dia teraju Guthrie, sebelum convert jadi seorang penderhaka.

    Ternyata meneraju satu badan berbeza dengan meneraju sebuah negeri. Khalid sekarang umpama memakai kasut yang terlalu besar untuk saiz kakinya, gedobos dan tak boleh berjalan dengan betul kerana kasut yang tak padan terpaksa dihirit untuk berjalan.

    Reply
  • November 4, 2012 at 10:56 pm
    Permalink

    UMNO s’gor terdesak sebab isu sampah dan PBT kebanyakannya dah selesai sekarang. Yg. tinggal isu air yg. rakyat takda infomasi menyeluruh sebab UMNO kata tahun 2014 air tak cukup bukan sekarang. Tapi kalau UMNO yakin menang d s’gor buat je PRU sekarang, menang boleh terus luluskan projek langat2… tak payah bising2. Kalau PR menang d pusat, umno boleh tutup mulut terus dan lihat cara PR tadbir AIR, jika ada krisis tahun 2014 umno ada peluang perintah semula.

    Reply
    • November 4, 2012 at 11:41 pm
      Permalink

      Laaaa…sedihnya aku dengan rumusan hang bujuk, Pakatan haram di selangor akan berkubur atas isu ketidakcekapan mentadbir urus negeri….asset kerajaan banyak yang telah dan akan di jual, satu pengkianatan sebelum pakatan haram di halau keluar oleh rakyaat selangor.

      Isu munafik…berjanji tapi tak di tepati.

      Reply
      • November 5, 2012 at 12:16 pm
        Permalink

        Ambik statement tu dari bangla , myanmar dan vietnam yg dok berpeleseran masa semua org balik raya .

        Reply
      • November 5, 2012 at 9:59 pm
        Permalink

        Utusan salah faham… sebenarnya PKNS tubuh anak sykt. baru untuk urus 5 aset penting PKNS supaya lebih untung. Tunggulah Utusan kena saman lagi..

        Reply
  • November 5, 2012 at 8:00 pm
    Permalink

    Kepada semua mari tengok paras air di empangan kat kuala kubu dah penuh la …..kau orang gi tengok dan boleh cita sikit kat puak BN …..kenapa KI tak mau buat logi langat 2.

    Reply
    • November 6, 2012 at 2:58 pm
      Permalink

      Bukan setakat empangan jer….ada setengah tempat sampai naik air….banjir..hehe

      Reply
      • November 6, 2012 at 7:45 pm
        Permalink

        Apa yang perlu KI buat sekarang adalah perbanyakan lagi pusat takungan air tersebut .Saya rasa KI sudahpun memulakanya dengan kerja kerja mengorek pasir dan menjadikanya lobang lobang untuk simpanan air .Disamping dapat hasil pasir dalam masa yang sama buat tempat simpanan air ….bijak bijak.Semua air air yang disimpan tersebut boleh diproses untuk dijadikan air minuman dengan teknologi yang KI cakapkan tu ……..betul tak .

        Reply
  • November 6, 2012 at 4:57 pm
    Permalink

    b.Baru-baru ni seorang pakar air negara cakap kenapa kerajaan Selangor macam takut sangat nak ikut jejak langkah Pulau Pinang yang bekerjasama dengan Kerajaan Pusat dalam isu-isu berkaitan industri air. Adakah kerana motif politik? Dan adakah kerajaan Selangor mahu memberi isyarat kepada Pulau Pinang bahawa langkah mereka bekerjasama dengan Kerajaan Pusat adalah salah selama ini? Fikir2kan dan selamat beramal!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *