Khalid “Gagap” Fikir Dia Seorang Saja Tahu Tentang Teknologi Membran?

Share


Nampaknya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid “Gagap” Ibrahim tetap mahu menegakkan benang yang basah meskipun tahu bahawa pelan teknologi penapis air membran yang cuba diimport masuk dari Kanada bukanlah satu penyelesaian yang praktikal untuk mengatasi krisis air di Selangor.

Dalam kenyataannya baru-baru ini, Khalid mendakwa kononnya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin tidak mendapat maklumat tepat mengenai teknologi itu seolah-olah dia seorang saja yang tahu tentang perkembangan teknologi pemprosesan air tersebut.

Katanya, teknologi membran telah berkembang sejak kebelakangan ini di mana ia digunakan di beberapa buah negara untuk memproses air laut untuk menjadi air mentah di beberapa negara di Timur Tengah.

Mempertahankan pelan bodohnya itu, Khalid dengan bongkak menyatakan bahawa kerajaan pimpinannya tidak memerlukan air dari Pahang dan masalah air yang sedang dihadapi oleh rakyat Selangor dapat diatasi dengan teknologi membran tersebut.

Saya tertanya-tanya, apakah Khalid cukup bodoh untuk memikirkan tentang selok belok perniagaan?

Kata Khalid, dirinya seorang “kampung boy” yang bertukar menjadi seorang “CEO” yang hebat dalam perniagaan, tapi dalam hal ini jelas menunjukkan betapa dia begitu mudah tertewas dengan beberapa “salesman” dari Kanada!

Saya ingin bertanya Khalid, dalam mempromosikan sesuatu perniagaan, apakah pernah dia temui seorang “salesman” yang berkata produk yang dipromosikan itu tidak boleh buat itu dan ini? Dan Khalid begitu mudah dibeli dengan pujuk rayu “salesman” tersebut?

Memang benar teknologi membran berkembang pesat di dunia. Tapi tahukah Khalid bahawa teknologi yang dia katakan itu sudah lama bertapak di selatan negara ini dan dipelopori oleh seorang ahli akademik di UTM, Johor?

Seperkara lagi, apakah Khalid “Gagap” itu fikir maklumat yang diperoleh seorang Timbalan Perdana Menteri bersumberkan dari kajian budak-budak tadika PASTI yang hanya tahu menghafal nama-nama pemimpin pembangkang?

Sudah tentu Muhyiddin memperolehi maklumat kelas pertama yang lebih terperinci tentang kelebihan dan kelemahan teknologi membran berbanding Khalid yang hanya mendapat maklumat dari sekumpulan “salesman” yang datang dari Kanada yang mahu menjual produk mereka!

Khalid memberi contoh bahawa teknologi membrannya itu mampu memproses air laut untuk dijadikan air mentah. Kalaulah benar begitu, maka tak payahlah Selangor memililik 34 loji rawatan air!

Sepatutnya, Khalid arahkan semua loji rawatan air itu ditutup dan dia boleh suruh syarikat dari Kanada itu duduk di persisiran pantai di Selangor untuk memproses air laut untuk disalurkan kepada penduduk negeri itu.

Apa yang Khalid tak tahu ialah negara-negara di Timur Tengah itu tidak mempunyai sumber air seperti Malaysia. Lagipun negara-negara itu merupakan negara-negara kaya yang mampu menanggung kos rawatan air laut yang mahal!

Tidakkah Khalid sedar bahawa dia kini sedang mencadangkan satu pelan yang mahal kosnya berbanding pembinaan loji Langat 2 yang terbukti lebih murah, berkesan dan praktikal untuk menampung keperluan bekalan air bersih untuk rakyat Selangor.

Kini beberapa pakar telah mengatakan teknologi ini hanya untuk merawat dan tidak mampu menambah bekalan air.  Kos permulaannya memanglah tidak sebanyak Langat 2 tetapi perlaksanaannya memerlukan kos yang tinggi akibat dari penggunakan tenaga elektrik yang banyak. “Salesman” Kanada tu ada maklumkan ni tak agaknya.

Dalam akhir kenyataan Khalid, dia kononnya berlakon baik. Kononnya dia “tidak menentang” pembinaan Langat 2 dan mahu projek berkenaan dimasukkan  ke dalam pakej penyusunan perstrukturan semula air di Selangor.

Kononnya lagi, Kerajaan Pusat dan syarikat-syarikat konsesi tidak memberikan komitmen  untuk melaksanakan penstrukturan semula air. Kepala hotak dia! Tak habis-habis nak salahkan orang atas kebodohan diri sendiri.

Padahal, Kerajaan Pusat sudah memberikan kerjasama 300 peratus untuk mengatasi masalah kekurangan air dan sanggup merendahkan ego untuk berbincang mengenai penstrukturan tersebut.

Malah Kerajaan Pusat sudah meluluskan kehendak Khalid untuk membeli keempat-empat syarikat konsesi air di Selangor. Apa lagi yang dia mahu? Pergilah beli syarikat-syarikat itu cepat!

Syarikat-syarikat konsesi air di Selangor tolak tawaran Khalid sebab dia menawarkan harga yang sangat rendah berbanding harga pasaran. Sebagai “CEO terhebat”, gunakanlah kehebatan itu untuk berunding harga yang sepatutnya.

Lagipun, Kerajaan Negeri Selangor ada pegangan saham dalam semua syarikat-syarikat konsesi berkenaan. Pandai-pandailah berunding! Takkanlah itu pun nak minta tolong Kerajaan Pusat? Katanya hebat sangat jadi CEO sampai buat buku “jilat diri sendiri”..!



18 thoughts on “Khalid “Gagap” Fikir Dia Seorang Saja Tahu Tentang Teknologi Membran?

  • October 30, 2012 at 4:49 pm
    Permalink

    dia ingat kapasiti teknologi tu sama dgn kapasiti langat2….bodoh betul la mb selangor ni

    Reply
    • October 30, 2012 at 5:47 pm
      Permalink

      Cakap banyak tara mau… LAPORAN AUDIT 2011 memperakui Selangor negeri TERBAIK… RESPEK sama lu MB kerna mempertahankan duit negeri dari disondol oleh SETAN SETAN DIKENALI…

      Reply
      • October 30, 2012 at 6:36 pm
        Permalink

        Kat mukasurat mana dalam laporan audit yang kata Selangor negeri terbaik tu?

        Reply
        • October 31, 2012 at 1:20 am
          Permalink

          Muka surat pertama HARAKAH !! hehe…dey aneee…depavali tokey hang tk kasi tambang balik bhopal ke ?

          Reply
        • November 1, 2012 at 8:55 am
          Permalink

          neutron,

          Takkan la soalan mudah camni pun tak boleh jawab? Di mukasurat mana dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang memperakui Selangor negeri terbaik tu?

          Reply
    • October 30, 2012 at 6:04 pm
      Permalink

      Lagi sat kita kasi banding itu MB9(UMNGOK) dengan MB Slgor(PR)mamak kopi pe skasi sini….

      “8,616 hektar hutan simpan dibatalkan status

      Menurut Rafizi, pendedahan tersebut berdasarkan Laporan Audit 2010 yang menegur kerajaan negeri berhubung penggantian kawasan hutan simpan.

      “KEADILAN menyemak dokumen-dokumen rasmi secara jelas menunjukkan Kerajaan Negeri Sembilan, mempunyai rekod paling buruk dari segi kegagalan menggantikan hutan simpan yang diambil untuk kegunaan lain.

      “Walaupun ada sedikit penggantian sebanyak 2,400 hektar seperti yang disebut oleh Mohammad, jumlah keluasan hutan simpan di Hutan Simpan Jeram Padang Selatan yang dibatalkan statusnya bagi tujuan pembalakan adalah jauh lebih besar, yang mencatat 8,616 hektar tanah hutan hilang,” katanya.

      Reply
      • October 30, 2012 at 6:45 pm
        Permalink

        Kenapa UNISEL mengalami kerugian? Hari tu dok kata UNISEL tak rugi, bila laporan audit keluar, ternyata UNISEL mengalami kerugian.

        Reply
        • October 30, 2012 at 7:19 pm
          Permalink

          Si jembalang neutron ni baca dari akhbar kilang fitnah ‘haramkah’ sebab itu kita tak boleh dptkan sumber tersebut dari tempat lain yang suci dan tidak ternoda oleh fitnah dan pembohongan.

          Reply
  • October 30, 2012 at 7:23 pm
    Permalink

    Khalid ni jadi ceo dulu pun bukan atas kepandaiannya, dia hanya diangkat sebagai ceo kerana berpengaruh dlm parti serta kuat mengampu. Kalau diharap kepandaiannya, kedai runcit pun belum tentu dia mampu untuk kendalikan.
    Kini dia tadbir selangor sebab negeri itu dah dibangunkan sekian lama oleh BN, dia cuma duduk untuk pastikan kerja sedia ada berjalan serta tengok2 mana ada lobang untuk masyuuuuk dlm poket sendiri serta sahabat senggamanya DAP.

    Reply
    • October 30, 2012 at 10:33 pm
      Permalink

      Maksud hang semua CEO GLC sekarang ni semua bodoh dan hanya kroni pemimpin UMNO?????????

      Reply
      • October 31, 2012 at 1:23 am
        Permalink

        elok la tu kroni UMNO, tak kan nak kasi kat kroni PAS pulak…kohilal yang jual ikan sardin tu pun boleh lingkup…inikan pulak conglomerat.

        Reply
  • October 30, 2012 at 8:36 pm
    Permalink

    Khalid hanya berpolitik dan hendak alh perhatian untuk tutup kes kes yang dibawa oeh BN. Oleh kerana kes2 itu tidak dapat dijawab, Khalid boleh bercakap panjang dengan kes baru ini. Itu saja modal Khalid. Berniaga barang dah tak laku lebih baik mencuri pulak!

    Reply
  • October 30, 2012 at 10:36 pm
    Permalink

    Jangan bimbang, KI dah janji akan bentangkan laporan penuh teknologi MEMBRAN yg. berkali lebih baik dan lebih murah. Malah langat2 hanya mampu menampong air lembah kelang hingga 2016 sedangkan teknologi Mambran boleh d ubah suai mengikut keadaan. TPM mungkin telah d tipu oleh kontraktor langat2… sebab mereka nak projek tu.

    Reply
    • October 31, 2012 at 1:24 am
      Permalink

      janji KI ?????? hahahahahahahaha..

      Reply
    • November 1, 2012 at 11:10 am
      Permalink

      Kajian mendanya?
      Sekejap kata krisis air takkan berlaku
      kemudian kata nak pakai air lombong
      pastu nak sedut air dari empangan kenyir lak.
      yang terbaru nak pakai teknologi membran.
      Bila masa buat kajian sebelum keluarkan kenyataan-kenyataan tu?

      Reply
    • November 1, 2012 at 12:11 pm
      Permalink

      Biasanya teknologi membran ni diguna pakai oleh negeri yang tidak ada sumber air mentah. e.g negara2 Arab dan jiran terdekat kita Singapore (Nuwater). Kat Malaysia ni air mentah mudah didapati, lagipun kos operasi untuk membran ni bukan murah. Sanggup ke rakyat Selangor nak bayar bil air extra?

      Reply
  • October 31, 2012 at 9:47 am
    Permalink

    masa aku kerja kat Jeddah dulu, puas dah mandi air laut diproses ni..walaupun lepas mandi badan rasa melekit-lekit je, tak puas dan tak sama rasanya dgn mandi air tawar dari sumber semulajadi ni…

    lepas tu air laut diproses ni tak boleh buat minum atau masak pulak tu…nak minum atau masak kena beli air mineral pulak…tokeh air mineral masyuukkk..he..he..he

    Reply
    • October 31, 2012 at 10:53 am
      Permalink

      Janji KI??? Janji = Manifesto Pilihanraya 2008 -+ = Hampas dan Tak buleh Percaya….heheheehe Balaci PR ni Mmg BOdoh Sombong sama macam Si Gagap tuh..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *