PAS Melabur Di Papua: Mengapa Azizan Melenting Tiba-Tiba?

Share


Marah benar Azizan Razak apabila Kerajaan PAS Negeri Kedah dikatakan telah menyeleweng wang rakyat negeri itu berhubung pelaburan Kedah Corp Berhad (KCB) di Papua New Guinea yang dikatakan melenyapkan wang sebanyak RM6.4 juta!

Kes berkenaan didedahkan melalui Laporan Audit 2011 baru-baru ini di mana anak syarikat Kerajaan PAS Negeri Kedah itu dikatakan mempunyai catatan akaun yang sangat mencurigakan!

Setelah disiasat dengan teliti, sebenarnya pelaburan di Papua New Guinea itu dibuat selepas PAS mengambil alih kuasa di Kedah dan pak-pak lebainya pula dengan “bijak”nya telah mengambil alih saham sebuah syarikat di negara tersebut sebanyak 70 peratus bernilai RM134 juta, hutang!

Bagaimanapun, hutang tersebut dibatalkan oleh peminjamnya, sebuah firma kewangan dari London disebabkan pelaburan yang mahu dilakukan oleh “pak-pak kaduk” PAS itu sangat berisiko tinggi.

Meskipun kantoi begitu, PAS Kedah tidak teragak-agak untuk berbohong, kononnya mereka yang membatalkan pinjaman tersebut dan menyalahkan pengurusan KCB dalam urusniaga melibatkan pinjaman serta pelaburan itu.

Berbalik dengan kemarahan Azizan pada satu sidang media semalam, dia mencabar pihak berkuasa dan SPRM untuk menyiasat serta mengambil tindakan tegas berhubung perkara itu, dan tidak membabitkan kes berkenaan dengan kerajaan pimpinannya.

Kononnya, dia mahu membersihkan nama Kerajaan PAS Negeri Kedah yang katanya dituduh menyeleweng dan menyalahgunakan wang rakyat negeri itu untuk kepentingan peribadi.

Persoalannya, siapa yang menuduh Kerajaan PAS Negeri Kedah menyeleweng atau mengamalkan rasuah dalam kes berkenaan?

Dalam pengamatan saya mengenai kes pelaburan di Papua New Guinea itu, tidak ada seorang pun dari UMNO atau BN yang menuduh Kerajaan PAS Negeri Kedah mencuri, menyeleweng atau menyalahgunakan wang rakyat tersebut.

Yang ada hanyalah desakan supaya isu berkenaan diperjelaskan oleh Azizan dan meminta pihak berkuasa menyiasat sekiranya terdapat unsur-unsur yang mencurigakan. Itu saja!

Tapi, apa yang saya lihat lagi, pihak yang menyebut perkataan “penyelewengan” dan “rasuah” di dalam kes Papua New Guinea itu adalah puak-puak PAS, khususnya Setiausaha Politik Azizan Razak sendiri iaitu Sanusi Mohd Nor.

Sepatutnya, Azizan tanyalah pada Setiausaha Politiknya itu! Apa perlunya marah-marah menuduh orang lain yang bukan-bukan?

Pada saya, kes pelaburan di Papua New Guinea itu adalah bukti jelas tentang kelemahan, kebodohan dan membayangkan betapa pemimpin PAS Kedah tidak tahu buat kerja sehingga mengakibatkan wang rakyat lesap begitu saja.

Bayangkan, projek yang bernilai ratusan juta ringgit itu diluluskan tanpa pengetahuan Penasihat Undang-Undang Negeri dan selepas beberapa tahun perjanjian itu ditandatangani, barulah dikaji semula perjanjian yang berat sebelah itu!

“Sudah terhantuk, baru tengadah”, sudah hilangkan wang rakyat RM6.4 juta baru PAS nak riuh rendah batalkan pelaburan tersebut?

Apakah para pemimpin PAS tidur dibuai mimpi indah di Wisma Darulaman ketika perjanjian tersebut ditandatangani dan apakah pelaburan yang membabitkan ratusan ringgit itu tidak perlu diambil tahu oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah?

Sepatutnya, KCB merujuk terlebih dahulu projek berkenaan kepada Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) dan kemudiaannya diteliti pula oleh Penasihat Undang-Undang Negeri sebelum diluluskan oleh Azizan Razak.

Tapi, mengapa prosedur tersebut tidak dijalankan? Dan selepas timbul perkataan “menyeleweng” dan “rasuah” pada kes itu Azizan nak marah-marah pula? Kenapa nak marah? Azizan terasa “pedas”, kah?

Bak kata pepatah, “siapa yang makan cili, dialah yang akan merasa pedas”. Dan dalam hal ini, apakah memang benar puak-puak PAS itu menyeleweng atau Azizan tersinggung dalam hati merasakan dirinya memang tak reti buat kerja cara Islam?



30 thoughts on “PAS Melabur Di Papua: Mengapa Azizan Melenting Tiba-Tiba?

  • October 24, 2012 at 8:10 am
    Permalink

    Sudah terbukti mereka pun manusia2 Islam yang berjaya dipengaruhi oleh syaitan. Lain kali jangan kata orng lain tak amal ajaran Islam kalau diri sendiri pun terpesong .

    Reply
  • October 24, 2012 at 8:53 am
    Permalink

    Ini mamak kopi pes sikit berita sopaya suma Muslim dapat ambil ini peluang emas… tarak rugi baca…

    “In sha’ ALLAH, jika dipanjangkan umur, kita akan dapat bertemu dengan hari yang paling mulia iaitu Hari `Arafah pada 9 Dzulhijjah 1433. Pada tahun ini, ia jatuh pada 25 Oktober 2012 iaitu hari Khamis ini.

    Disunatkan agar kita yang tidak mengerjakan ibadah haji agar berpuasa sunat padanya dan kelebihannya sangat besar. Antara kelebihan yang disebut oleh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam adalah seperti berikut:

    1) Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.

    Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:

    َََيُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة

    “Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”

    (HR Muslim)

    2) Amalan terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah. [baca sini]

    Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

    مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ

    “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”

    Para sahabat bertanya: ”Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”

    Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”

    (HR al-Bukhari)

    3) Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka.

    Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

    َمَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة

    “Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.”

    (HR Muslim)

    Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa. Malah disunatkan berbuka sebagai mengikut Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan supaya dia tetapkuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari tersebut.

    Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita hidayah dan taufiq untuk dapat melaksanakan ibadah puasa sunat hari `Arafah dan mengecapi kelebihan-kelebihan daripadanya, amin…

    muzir.wordpress.com

    Reply
    • October 24, 2012 at 3:02 pm
      Permalink

      Macam mana org yg hari2 maki hamun org syaitan2 tiba2 keluar dgn ayat2 Allah? Harap2 jko insaf dan jangan bertopengkan syaitan. Islam untuk diamalkan bukan untuk pameran dan dagangan.

      Reply
  • October 24, 2012 at 8:59 am
    Permalink

    di kala kedah termalu dengan pelbagai skandal bisnes yg gagal tu (belum cerita kelantan lagi), Malaysia melonjak ke tempat ke-12 laporan ‘Menjalankan Perniagaan’ Bank Dunia. Jangan plak cakap Bank Dunia ni pun jentera umno sudah la.

    —–

    23 Oktober 2012

    KUALA LUMPUR – Malaysia adalah negara ke-12 paling berdaya saing bagi menjalankan perniagaan, demikian menurut laporan “Menjalankan Perniagaan” Bank Dunia Edisi 2013.

    Kedudukan itu meletakkan Malaysia mengatasi negara-negara seperti Sweden (ke-13), Taiwan (ke-16), Jerman (ke-20), Jepun (ke-24) dan Switzerland (ke-28).

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kedudukan terkini Malaysia itu merupakan peningkatan yang memberangsangkan dari tempat ke-18 sebelumnya dan pada kedudukan ke-23 pada 2010 dan ini menunjukkan haluan daya saing yang meningkat sejak empat tahun yang lalu.

    “Peningkatan enam anak tangga di tempat ke-12 pada tahun ini merupakan lonjakan paling tinggi dalam kedudukan daya saing Malaysia,” katanya.

    Laporan itu mengkaji 185 ekonomi merentasi kriteria daya saing seperti kemudahan memulakan perniagaan, kelulusan mendapatkan lesen, kecekapan pentadbiran cukai dan kemudahan menjalankan perdagangan rentas sempadan.

    Malaysia memperbaiki kedudukan daya saingnya dalam lima bidang menjalankan perniagaan, iaitu Kemudahan Bekalan Elektrik (dari tempat ke-59 ke tempat ke-28); Pendaftaran Hartanah (dari tempat ke-59 ke tempat ke-33);

    Pembayaran Cukai (dari tempat ke-41 ke tempat ke-15); Perdagangan Rentas Sempadan (dari tempat ke-29 ke tempat ke-11) dan Urusan Permit Pembinaan (dari tempat ke-113 ke tempat ke-96).

    Bank Dunia meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-empat di dunia dalam kategori “Melindungi Pelabur” dan di tempat pertama seiring dengan Afrika Selatan dan United Kingdom, dalam kategori “Kemudahan Mendapatkan Pinjaman.”

    Bank Dunia juga mengakui bahawa Malaysia adalah antara 10 negara di rantau Apec yang melakukan pembaharuan yang melakukan paling banyak kemajuan ke arah amalan kawal selia.

    “Malaysia mengalu-alukan penemuan oleh Bank Dunia. Ia mengesahkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berdaya saing dan menggambarkan kejayaan Kerajaan dalam pelaksanaan memperbaiki persekitaran perniagaan serta menjadikannya lebih kondusif untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi,” kata Mustapa.

    Bank Dunia juga memperakui agenda pembaharuan Kerajaan adalah didorong oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) dan Unit Pengurusan dan Prestasi Perlaksanaan (Pemandu).

    Mustapa berkata ini menggambarkan penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan awam dan kecekapan keseluruhan jentera Kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

    Katanya kerajaan juga komited dalam inisiatif pembaharuan strategik untuk menjadikan Malaysia negara paling berdaya saing di dunia.

    “Matlamat kita adalah untuk mencapai kedudukan 10 teratas di dalam Laporan Bank Dunia yang akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelabur tempatan dan asing,” katanya.

    Laporan Menjalan Perniagaan 2013 adalah edisi ke-10 di dalam siri laporan tahunan dan terbitan bersama Bank Dunia dan Perbadanan Kewangan antarabangsa.

    Laporan itu bermatlamat mengukur peraturan perniagaan bagi syarikat domestik secara objektifnya dengan memfokuskan pada transaksi, undang-undang dan institusi yang disempurnakan berbanding persoalan generik, berasaskan persepsi mengenai persekitaran perniagaan.

    Ia mewakili petunjuk kuantitatif mengenai peraturan yang boleh diguna pakai syarikat pada peringkat berbeza pada kitaran kehidupan masing-masing.

    Laporan tahunan itu meliputi 11 bidang dan 185 ekonomi berbanding dengan 183 pada 2012 dengan dua kemasukan baharu, Barbados dan Malta.

    Di rantau Asean, Malaysia menduduki tempat kedua selepas Singapura tetapi di hadapan Thailand, Indonesia, Vietnam, Brunei, Filipina, Kemboja dan Laos.

    Mustapa memberi jaminan bahawa Pemudah akan terus melaksanakan inisiatif untuk meningkatkan persekitaran perniagaan.

    Ini termasuk proses merekayasa perniagaan di dalam pelbagai proses dan prosedur pelesenan, pelaksanaan kemudahan e-pembayaran berasaskan web bagi pembayaran online di seluruh negara dan memperhalusi pusat sehenti bagi proses kelulusan pelan bangunan.

    “Pemudah akan terus menyandarkan pada kerjasama sektor awam-swasta bagi menyediakan input bagi isu-isu dasar yang relevan yang memberi kesan bukan sahaja pada persekitaran perniagaan malah juga kepada matlamat rakyat dan pembangunan negara,” kata Mustapa.

    Bergerak ke hadapan, katanya Malaysia perlu berhadapan cabaran untuk menjadi antara 10 negara teratas mudah melakukan perniagaan dan mencapai ekonomi berpendapatan tinggi.

    “Ini adalah berikutan kemunculan persaingan baharu dan ketidaktentuan ekonomi di seluruh dunia.”

    “Lebih banyak perlu dilakukan dalam tempoh yang singkat jika kita mahu kekal di hadapan. Pemudah akan terus menjadi pemangkin bagi melakukan perubahan kepada daya saing Malaysia,” katanya.

    Mustapa berkata kerjasama awam-swasta akan dihalakan untuk mencari lebih banyak cara menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif dan memudahkan, melakukan semakan semula peraturan untuk memudahkan perniagaan bagi melakukan perubahan peraturan dan peraturan baharu, memastikan lebih banyak ketelusan, kebertanggungjawaban dan kecekapan sektor awam, menggalakkan liberalisasi perkhidmatan, membangunkan, menarik dan mengekalkan bakat dan meningkatkan tahap perkhidmatan sektor swsata. – Bernama

    Reply
  • October 24, 2012 at 9:36 am
    Permalink

    pengurusan MBInc Kedah sekarang ni terutama CEO kaki pelingkup duit kerajaan. mentang-mentang dia ada pertalian keluarga dgn MB dia ingat duit kerajaan duit dia, boleh belanja duit kerajaan sewenang-wenangnya. buat projek besar hanya untuk menunjuk shj walaupun rugi besar.

    Reply
  • October 24, 2012 at 10:15 am
    Permalink

    azizan kan pengerusi kcb, takkan dia tak tau apa2 sbg pengerusi, klu dia tak tau memang dia tak buat kerja la.

    Reply
    • October 24, 2012 at 1:32 pm
      Permalink

      azizan pengerusi KCB , exco PAS pulak dengan pelbagai jawatan yang hebat dan semuanya kontrol kontrak dan perbelanjaan kerajaan kedah .. secara mudahnya azizan dan banyak exco PAS yang kontrol keluar masuk Cek .. tapi akhirnya orang UMNO yang dituduhnya salah .. dasar munafik betul puak PAS ni . bapak segala korupsi rupanya

      Reply
  • October 24, 2012 at 11:38 am
    Permalink

    Ini lah masaalahnya dengan pembangkang Malaysia…dah sah-sah laporan audit mennyatakan ada keraguan dalam pengambilan syarikat balak di PNG, kenapa tak terima dengan hati terbuka…mesti nak angin satu badan, lepas tu kata la ini semua fitnah !!

    Seronok jadi pembangkang malaysia ni…..

    Reply
  • October 24, 2012 at 12:16 pm
    Permalink

    Hahahahahahahah..Gelak guling2 baac Komen Neutron..Dah salah tak Nak ngaku..Taruk lah macam2 hadis dsbgnyer mengenai HAJI dan lain-lain.Konpius aku…Ibadah HAJI, PUASA dan lain2 tuh aper kena mengena dengan KCB lenyapkan RM6.4juta tu woiii. Org gila pun akan kata..KO Giler ker aper.

    Reply
    • October 24, 2012 at 3:03 pm
      Permalink

      Mungkin dia insaf atau mungkin lakonan puak MUNAFIK PAS. Dari cakap mcm org mabuk tiba2 jumping ke hal Ibadah. Boleh terima xdk masalah tp harap lepas ni dia bukan ahli/anjing puak2 jahanam tu lg.

      Reply
    • October 28, 2012 at 3:47 pm
      Permalink

      normal arr untuk hanjeng2 PAS nih, diaorg ni gua tngk sebijik mcm yahudi zionis dh perangai diaorg nih..

      Reply
  • October 24, 2012 at 3:30 pm
    Permalink

    Apa kecoh-kecoh ni..?
    Kan Ust.Azizan offer SPRM untuk siasat jika ada berlaku rasuah dan sebagainya. Bising kat blog buat apa.. lain la kalau rugi tapi tak benarkan SPRM dan polis siasat. Maknanya ada benda yg. nak d selindungkan.

    Reply
    • October 24, 2012 at 6:46 pm
      Permalink

      Bukan kecoh2 mangkok oii, tp nk cerita karutnya pentadbiran PASPISPUS.. menguutk org lebih tp sendiri pun hoyang hayang.

      SPRM siasat itu sudah prosedur, xkn dh menyeleweang Azizan nk halang SPRM pulak? Hujah membelit je ko ni!

      Reply
      • October 29, 2012 at 10:38 am
        Permalink

        Tapi menteri2 UMNO selalu halang tugas pegawai k’jaan. Isu RM40 juta ada sprm siasat??? dah berapa tahun tu..?

        Reply
  • October 24, 2012 at 3:30 pm
    Permalink

    alaaa…jenis depa ni aku kenal sangat….tengok la nanti

    Reply
  • October 24, 2012 at 4:53 pm
    Permalink

    Bujuk…bujuk bila ROS nak siasat SUARAM depa kunci pintu tak kasi masuk…hang tak kata pulak depa nak selindungi sesuatu….

    KEMUNAFIKAN YANG TERSERLAH…CONTOH YANG JITU !

    Reply
    • October 24, 2012 at 5:48 pm
      Permalink

      Aku bukan ahli SUARAM. Yg. aku tau ROS tak tau prosedur kerja… sebab tu kena halau.

      Reply
      • October 24, 2012 at 6:47 pm
        Permalink

        Hang ahli jemaah MUNAFIQ = PAS Laknatullah!

        Reply
      • October 25, 2012 at 12:26 am
        Permalink

        suaram tak bagi ros masuk psl takde waran saja. spt yg kita ketahui, bukan semudah abc nak dapat waran geledah unless memang kes besar yg kena timely geledah klu tak terlepas.

        tapi tiada masalah klu suaram nak bagi masuk wpun tanpa waran, klu takde something to hide. malah menunjukkan keikhlasan suaram sendiri yg klu ada waran, maksudnya suaram terpaksa bagi bukan sukarela.

        Reply
        • October 28, 2012 at 3:51 pm
          Permalink

          sebenaqnya ROS x perlu waran pun kalu kes domestik camtu, mmg terang2 la SUARAM ni cuba cover-up penipuan diaorg… nk wat camna dlm SUARAM kan rmai kapir harbi yg nk melingkupkan islam secara terang2 tp untuk hanjeng2 PAS ni diaorg bkn tau pa pun, sbbnya hanjeng2 PAS nih bknnya pikir guna akal pun dlm kehidupan diaorg, diaorg dok guna nafsu syahwat diaorg je dlm kehidupan harian diaorg…

          Reply
          • October 29, 2012 at 10:37 am
            Permalink

            kalau BETUL rumah menteri KDN pun boleh geledah. kalau SALAH rumah pengemis pun tak boleh rempuh.

        • October 29, 2012 at 10:34 am
          Permalink

          Tapi kalau dah tau ada niat tertentu yg. tak baik.. takkan nak benarkan jugak. Ko nak bagi polis geledah rumah ko tampa waren tak, jika ko tau pegawai tersebut ada masalah/ tak puas hati dengan anak ko.

          Reply
  • October 24, 2012 at 6:43 pm
    Permalink

    banyak kes-kes penyelewengan dilakukan oleh kakitangan kerajaan!kenapa najib selaku ketua kerajaan tak ambil tanggungjawab letak jawatan sajalah

    Reply
    • October 25, 2012 at 1:40 pm
      Permalink

      Kakitangan kerajaan tu pun ramai yang sokong pembangkang. Patutnya bukan suruh Najib letak jawatan, kakitangan kerajaan tu sendiri yang patut dibuang kerja. Tidak amanah dan khianat.

      Reply
  • October 24, 2012 at 7:51 pm
    Permalink

    Woi tony sukamengawan pasai apa pulak suruh Najib pi letak jawatan ? Yang bermasaaah Kedah suruh la MB Kedah Azizan tu letak jawatan.

    Mangkok hayun betoi hang ni la..

    Reply
  • October 24, 2012 at 10:33 pm
    Permalink

    Azizan jadi MB kedah sebagai. MB yg tak tau apa 2.

    Reply
  • October 29, 2012 at 10:43 am
    Permalink

    Tak terbanding dengan PKFZ yg. nilai berbilion ringgit… alasannya d tipu(dulu). Sekarang dah cerita lain pulak.. bila org. cina dah tak caya TunM lagi sekarang kerana makan kawan(lim leong sik).

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *