Nik Aziz Tetap Mahu Berpolitik Walau Di Dalam Kubur?

Share


Saya sangat tersentuh apabila membaca wawancara ringkas wartawan lidah rasmi PAS, Harakah, dengan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, apabila dia yang juga Menteri Besar Kelantan itu meminta para penganut “agama PAS” meneruskan perjuangannya selepas dia “tiada”.

“Teruskan perjuangan Islam selepas saya tiada…” katanya yang dipetik dari Harakahdaily baru-baru ini.

Pada saya, perjuangan Islam yang Nik Aziz maksudkan itu adalah bermaksud perjuangan yang dia lakukan selama ini semasa berkecimpung di dalam dunia politik PAS dan menjawat jawatan penting di dalam parti itu.

Benarkah dia perjuangkan Islam selama ini? Saya tidak rasa begitu. Nik Aziz sebenarnya memperjuangkan politik, atau lebih tepat lagi Mursyidul Am PAS itu memperjuangkan “agama PAS” yang berkonsepkan “wal halalluku, wal haramumuuu”.

Dalam konteks “wasiat”nya itu pada saya, Nik Aziz mahu para penganut “agama” pimpinannya itu meneruskan perjuangan politik yang dilakukan selama hayatnya di dunia. Jika tidak takkanlah dia kemudiaanya berkata…

“Syukur di Kelantan dan di negeri-negeri lain golongan profesional semakin ramai menyertai PAS termasuk juga di Sabah dan Sarawak. Ramai yang meninggalkan Umno dan menyertai PAS. Rakyat boleh lihat sendiri apa yang berlaku di Kelantan.”

Perjuangan Islam jenis apakah yang Nik Aziz bawa semasa hayatnya sebagai Mursyidul Am PAS?

Selama ini dia menentang perpaduan umat Islam di negara ini dan menyerang serta mengutuk mana-mana pemimpin PAS yang cuba berjuang untuk menyatukan masyarakat Islam yang selama ini dipecah belahkan oleh ideologi politik yang berbeza.

Cuba lihat saja nasib bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, di mana beliau telah berkali-kali diberi amaran, diherdik, disoal jawab, dikutuk dan dihina oleh Mursyidul Am serta konco-konconya semata-mata kerana mempromosikan Kerajaan Perpaduan bersama UMNO/BN.

Malah dikhabarkan sumber dalaman PAS, Menteri Besar Kelantan itu sama sekali tidak menyokong dan meminta ramai penganut-penganut ajarannya supaya tidak lagi memilih Nasharuddin sebagai Timbalan Presiden PAS sehingga menyebabkan tokoh Syi’ah seperti Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden parti itu!

Kemudian, lihat kembali fatwa-fatwa karutnya yang jelas bertentangan dengan firman Allah SWT dan ajaran Islam yang disampaikan oleh junjungan kita, Rasulullah SAW, yang melarang umat Islam untuk bekerjasama atau bersahabat dengan syaitan dalam apa jua perkara.

Namun, mungkin memikirkan bahawa dia adalah “pemegang tiket ke syurga yang bertauliah”, Nik Aziz selamba menghalalkan larangan Allah dan RasulNya itu dengan menegaskan bahawa “agama PAS” sanggup berkawan dengan “syaitan” untuk menjatuhkan UMNO/BN.

Sedangkan, UMNOlah yang bertanggungjawab menjadikan Malaysia sebagai sebuah Daulah Islamiyyah yang dicemburui dan dihormati oleh semua negara-negara Islam di dunia, bukan PAS atau Nik Aziz!

Pada saya, sekiranya Nik Aziz mahu bersara politik menjelang PRU ke-13 ini, bersaralah dengan aman dan dia wajar bertaubat nasuha serta bermunajat memohon keampunan dari Allah SWT atas dosa-dosanya memecah-belahkan ramai umat Islam di negara ini.

Kemudian, sebelum “menutup mata”, Nik Aziz juga bertanggungjawab untuk memohon maaf dari seluruh umat Islam dan bukan Islam atas ketelanjuran serta kebiadapan akhlaknya semasa berpolitik dari awal sehingga habis usianya.

Mungkin Nik Aziz mampu membayar hutang wang ringgit, namun hutang dosa terhadap umat Islam di negara ini wajar dipohon agar dia aman “di sana”.

Lagipun saya yakin bahawa “tiket ke syurga” yang dibawa masuk bersamanya ke kubur kelak tidak laku sama sekali dipandangan malaikat dan dia tetap akan menjawab soal kuburnya sebagaimana umat Islam lain.

Justeru itu, janganlah Nik Aziz harap para penganut PAS akan menyambung perjuangan politik sesatnya dan ketahuilah bahawa mereka memang menunggu persaraan Mursyidul Am itu kerana mereka sudah lama bosan dengan fatwa-fatwa karutnya yang memalukan parti!



18 thoughts on “Nik Aziz Tetap Mahu Berpolitik Walau Di Dalam Kubur?

  • October 24, 2012 at 3:50 pm
    Permalink

    Perjuangan Islam ? perjuangan hatuk dia…memecah belahkan ummah, fatwa ikut suka hati dia, doa kan orang tu pecah perut, orang ni pecah perut, kalau dia dah tiada…kurang la sikit dosa cai-cai PAS !

    itu saja.

    Reply
    • October 24, 2012 at 4:06 pm
      Permalink

      Tadi aku dengar ceramah tentang takwa dan pengertiannya…terasa kecil dan kerdilnya diri ni…bukanlah dikira bertakwa seseorang hamba itu jika dia tidak berhati2 dalam melangkah…lisannya, penglihatannya..pendengarannya dan serba serbi..bukanlah dikira bertakwa seseorang hamba itu jika apabila mendengar sesuatu terus disampaikan tanpa usul periksa…tanpa menyiasat dahulu kebenaran sesuatu fakta tersebut…kadang2 aku nampak…ramai sangat manusia yang mengaku alim…tahu agama…tapi sedih bila tengok perangai…atau cakap tak serupa bikin…dengan jiran tak bertegur sapa…senyum pun mahal harganya…jika bercakap pula lebih senang menyakitkan hati orang lain…itukah yang dinamakan takwa…terlalu ramai manusia bertopeng agama sekarang ini…semoga Allah memelihara hamba2 NYA yang ikhlas dari manusia2 yang kelihatannya takut kepada Allah…tetapi tidak takut kepada Allah ketika mereka bersendirian…

      Reply
      • October 24, 2012 at 5:52 pm
        Permalink

        Terima kasih kongsi ilmu..

        Reply
        • October 24, 2012 at 6:49 pm
          Permalink

          Hang tu patut muhasabh diri bujuk, bukan buat2 terima kasih untuk ambil hati Hamba A-Rahman. Aku kenal watak hang lebih lama dr dia. Sempena hari Arafah esok eloklah hang taubat banyak2 dr sifat Munafiq tu dn mufaraqah dr puak2 PAS Laknatullah!

          Reply
          • October 28, 2012 at 10:04 pm
            Permalink

            hang dengki sangat apasal??
            Nasihat yg. baik, kenalah ucap terima kasih. Agak2 hang dengar ke tidak nasihat HAR dengan tulisan yg. menyakitkan hati orang lain??

    • October 24, 2012 at 11:35 pm
      Permalink

      Teruskan Perjuangan Islam tengkorak hang….dah beratus ribu badut2 PAS hang dah sesatkan, teruskan perjuangan islam konon…Pok Nik, umat Islam akan kembali tenteram selepas hang takda…hang tau tak….hang tau ke tak niiiii….

      Reply
    • October 26, 2012 at 2:51 am
      Permalink

      nik aziz ulamak munafik

      Reply
  • October 24, 2012 at 4:02 pm
    Permalink

    Nik Ajis walau pun dia tahu tidak sempurna Islam sesaorang itu selagi dia tidak berbaik dengan sahabat sesama agama, tetapi bagi Nik Ajis dia dan puak2 nya mereka dipihak benar sentiasa dari dulu, kini dan selamanya. Yang salah adalah orang lain dan yang bermusuh adalah orang lain bukan dia.

    Yang tidak mahu berbaik adalah orang lain yang berprasangka buruk adalah orang lain.

    Tapi yang maki hamun, tuduh menuduh umpat mengumpat siapa pulak?

    Benar sekali Nik Ajis perjuangkan agama PAsnya dia tidak perjuangkan islam. Dalam perjuangan nya Nik Ajis harus ada stastik bakal ditunjuk selepas ketiadaanya berapa kafir yang berjaya Nik Ajis islamkan selama ini?.

    Tentunya tak ada kerana Nik Ajis sebenarkan hanya mengkafir umat yang sedia Islam bukan mengislamkan yang kafir.

    Reply
  • October 24, 2012 at 4:25 pm
    Permalink

    takut nanti malaikat soal dlm kubur dok sebut lagi nama umno.

    Reply
  • October 24, 2012 at 4:52 pm
    Permalink

    kah3 rupanya barua2 dan pencacai2 Be End duk syok sendiri, buat fitnah jadi mainan dan Utusan jadi pegangan hidup. kesiannnn.Be End haramjadah dah nak mampus tunggulah PRU nanti. ABU

    Reply
  • October 24, 2012 at 5:18 pm
    Permalink

    Kalaulah penganut agama pas terus mengikuti ajaran nik aziz maka makin hancurlah perpaduan ummah serta makin ramailah penganut pas yg akan terjun ke lubang najis.

    Reply
  • October 24, 2012 at 6:00 pm
    Permalink

    Aku teringat masa PRK d k’tan, TGNA naik sebuah rumah orang BN yg. sakit jumpa dengan Ulamak UMNO(katanya), TGNA hulur tangan nak salam.. tapi hanya dapat maki hamun. Ada dalam u-tube dulu.. sekarang tak tau ada ke tidak. Tapi ada pulak org. UMNO kata sebaliknya.

    Reply
    • October 24, 2012 at 11:26 pm
      Permalink

      nik aziz cakap celaka

      Reply
      • October 28, 2012 at 10:08 pm
        Permalink

        Memang celaka lah kalau buat berita fitnah untuk merosakkan negeri dia. Aku nak tanya, kalau ada orang sebar fitnah hang ceraikan isteri hang atau halau anak hang sedangkan sebenarnya isteri hang p balik kampung jenguk ayah dia sakit atau anak hang p sambung belajar d pondok atau Universiti… hang kata penyebar fitnah ni CELAKA tak?

        Reply
  • October 24, 2012 at 7:46 pm
    Permalink

    Itu menunjukkan dia Guru politik,.bukan Guru agama

    Reply
  • October 24, 2012 at 10:10 pm
    Permalink

    betul tu..guru politik yang sanggup berkawan dengan setan

    Reply
  • October 24, 2012 at 11:47 pm
    Permalink

    setau i menipu ni ulama ckp fasiq. tapi bukan sahaja bagus bagi penyokong pas malah diangkat bukan sahaja mcm pemimpin pas malah ada yg anggap mcm wali dan even nabi!

    sampai skrg takde sorang pun penyokong pas yg berani menafikan yg tuk guru pernah berjanji nak bersara bila tdm bersara, taknak bertanding parlimen dsb.

    Reply
    • October 28, 2012 at 10:12 pm
      Permalink

      Pandanglah pemimpin UMNO/BN dulu sebelum nak menilai pemimpin PAS. Tunjukkan seorang pemimpin UMNO yg. alim dan Warak melebihi TGNA… bukan nak puji, tapi orang Beriman… dia mintak TERUS PERJUANGKAN ISLAM… DIA TAK SURUH PERJUNGKAN PAS. SEBAB DIA TAHU ISLAM LEBIH PENTING DARI PAS..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *