Azizan Takut Ke Mahkamah, Ke Stadium Di Sebelah Boleh Pula…

Share


Semalam telah berlaku sesuatu yang membuktikan betapa PAS mengamalkan “undang-undang rimba” ekoran sikap Menteri Besar Kedah, Azizan Razak, yang jelas tidak menghormati undang-undang serta Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Azizan Razak yang sepatutnya hadir di mahkamah semalam bagi menjawab pertuduhan tersebut setelah dengan bongkaknya telah mengarahkan pegawai-pegawai di Pejabat Tanah Negeri untuk menukar nama geran tanah wakaf Madrasah Salihiyyah di Kancut, Alor Setar, sebelum ini.

Padahal, pada Mei lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, See Mee Chun telah menetapkan injunksi interim terhadap madrasah yang berusia lebih 100 tahun itu di mana ia tidak boleh “diusik”, dipindah milik atau diubah statusnya sama sekali.

Namun pada 5 Jun kemudiannya, Azizan yang memikirkan kuasa Menteri Besar yang ada padanya itu lebih besar dari kuasa mahkamah telah mengarahkan Pejabat Tanah Negeri untuk menukar status tanah tersebut menjadi milik Syarikat Great Realty Development Sdn Bhd, milik Sonny Ho.

Azizan mungkin berpendapat bahawa tanah wakaf itu lebih baik diserahkan selama-lamanya kepada ahli perniagaan yang banyak menolong DAP di Pulau Pinang itu dari mempertahankan simbol terawal kehadiran Islam di bumi Jelapang Padi itu.

Justeru itu, Majlis Bertindak Madrasah Salihiyyah telah memfailkan kes atas dakwaan menghina keputusan injunksi interim mahkamah itu dan mendesak supaya pertukaran status Tanah Wakaf tersebut tidak sah dari sudut perundangan.

Mengenepikan undang-undang yang melarangnya berbuat demikian, Azizan sekali lagi bertindak secara tidak bertamadun apabila mengarah Pejabat Tanah Negeri yang diketuai oleh kroni PAS di situ untuk memfailkan Afidavit Sokongan terhadap tindakan melampaunya itu pada 26 Ogos lalu.

Dia fikir, dengan Afidavit Sokongan itu, mahkamah akan mewajarkan tindakannya menggadai maruah tanah wakaf orang Islam itu kepada puak kuffar yang mementingkan keuntungan duniawi semata-mata.

Mungkin kerana itulah juga, dia begitu bongkak untuk tidak hadir ke mahkamah semalam bagi mendengar pertuduhan kes yang melibatkan kezaliman dirinya itu.

Bersangka baik, mungkin ramai yang mengandaikan bahawa Azizan tidak dapat hadir ke mahkamah atas masalah kesihatan yang dialaminya.

Namun jangkaan itu jelas meleset apabila Azizan dan konco-konconya dilihat masuk ke perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim di Suka Menanti yang terletak kira-kira 200 meter sahaja dari mahkamah tinggi tersebut!

Dia ke stadium itu bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Lembu-Lembu Korban sempena Hari Raya Aidil Adha yang bakal menjelang tidak lama lagi. Tak tahulah Azizan guna wang sendiri atau wang rakyat untuk membeli lembu-lembu korban itu…

Namun pokok pangkalnya, Azizan mampu hadir ke stadium tersebut bagi menunjukkan dirinya sangat baik hati, tapi nampaknya dia tidak berani “tunjuk batang hidung” di mahkamah dan berdepan dengan kezaliman dirinya terhadap rakyat!

Apakah tindakan dan perlakuan Azizan itu menunjukkan “dia buat kerja cara Islam” sebagaimana yang dia tengking wartawan tempohari?

Nampaknya Azizan fikir dia lebih berkuasa dari undang-undang. Dia fikir dengan jawatan Menteri Besar yang disandangnya itu, dia boleh berbuat apa saja tanpa sekatan perundangan dan menzalimi umat Islam di Kedah.

Saya tidak tahu Menteri Besar jenis apakah Azizan ini, namun saya yakin bahawa dialah Menteri Besar Kedah yang pertama yang begitu bongkak, kurang ajar, biadap dan paling sombong untuk berhadapan dengan permasalahan rakyat.

Dan tidak hairanlah dengan sikap “tidak buat kerja cara Islam” begini, ramai puak-puak PAS Kedah yang berlumba-lumba untuk menjatuhkan Pesuruhjaya PAS Kedah yang sering sakit ini dari kerusi empuk di Wisma Darulaman!



6 thoughts on “Azizan Takut Ke Mahkamah, Ke Stadium Di Sebelah Boleh Pula…

  • October 24, 2012 at 2:59 pm
    Permalink

    PAS melalui MB seorang Ostad GAGAL untuk mempertahan maruah Islam melalui projek Aman Sentral.

    Madrasah ni xdk kena mengena LANGSUNG dengan projek tu, tapi kerana kerakusan pentadbiran org2 PAS dgn kerjasama kafir BellaView company pemaju DAP ini, Madrasah ini diputar belit sbg ‘berdosa’ pula terhadap projek Aman Sentral

    Juak2 macai2 PAS yg bersarang di kedai2 kopi di sekitar Alor Setar membawa fitnah dn perang saraf konon PAS membawa perubahan kepada projek Plaza Tunku Yaacob yg gagal 20 tahun lalu.

    Mereka tipu belit dengan ‘kejayaan’ ini, padahal ia projek komersial bukan projek Rumah Rakyat atau PPRT yg perlu disegerakan. ia satu penipuan dan pencabulan pada hak harta waqaf Islam secara terang2.

    Tapi malang sekali umat Islam ditipu terang2 oleh PAS, bukan Yahudi yang menipu kita tapi Rejim Azizan PAS!!

    Yahudi xperlu masuk utk rosakkan kita, cukup sahaja dengan pemikiran dan proksi.

    Saya masih ingat, masalah mula melanda Azizan dengan pelbagai seperti perang dgn Pahrolrazi, Sabotaj SUK, Isu balak, Isu KUIn, rasuah, sakit yang berterusan sehingga kini bertali arus dan saya yakin itulah peringatan daripada Allah buat Azizan yg terlalu angkuh dan sombong.

    Projek Aman Sentral ini sangat mendukacitakan kerana lambat laun Madrasah ini akan terkena kesannya jika tidak dirobohkan. Zaman BN, kawasan ‘penampan’ anatar Plaza Tunku Yaacob sudah cukup untuk menjaga suasana madrasah ini. Malang dan amat malang PAS lah pelingkup Islam!

    Reply
  • October 24, 2012 at 4:58 pm
    Permalink

    Ni mamak kopi pes cerita fitnah Khir Toyo worang kuat MYKEMUT….

    KUALA LUMPUR 24 Oktober: Yakin kalah perbicaraan mendorong bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo memohon maaf kepada Exco Selangor, Ronnie Liu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

    “Beliau tahu kalau diteruskan (perbicaraan), beliau pastinya akan kalah. Jadi sebelum apa-apa berlaku, beliau harus bertindak cepat.

    “Itulah modal Umno, suka buat fitnah. Apabila tidak yakin menang kerana sudah tiada kuasa, terpaksa mohon maaf,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amirudin Shari kepada Keadilan Daily.

    Permohonan itu dibuat berhubung kenyataan fitnah Khir mengatakan Ronnie menghalang Pihak Berkuasa Tempatan mengambil tindakan terhadap sebuah tempat yang dikatakan menjadi pusat maksiat di Puchong.

    Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad.

    Khir membuat permohonan maaf terbuka di mahkamah dengan membaca kenyataan yang disediakan dalam bahasa Inggeris dan kemudian Bahasa Melayu.

    Khir berkata, beliau meminta maaf kepada Adun Pandamaran itu berikutan artikel bertajuk “Khir membongkarkan laporan polis Liu Tian Khiew pernah campur tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran’ yang disiarkan dalam China Press bertarikh 5 Mei 2008.

    Selain itu, Khir mengakui dakwaannya terhadap Ronnie terlibat dalam kegiatan seumpama itu adalah tidak benar sama sekali.

    Mengulas lanjut, Amiruddin berkata, permohonan maaf Khir itu membuktikan tuduhan yang dilemparkan pemimpin Umno kepada pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) sememangnya fitnah.

    “Ini bukti bahawa tuduhan Umno kepada kita (Pakatan) adalah fitnah, tapi disebabkan mereka dilindungi kuasa, jadi mereka pastinya selamat walaupun dibuktikan bersalah.

    “Apa yang berlaku kepada Khir ini membuktikan beliau sudah tiada kuasa atau pengaruh dalam Umno. Jadi untuk selamatkan diri, lebih baik beliau memohon maaf sahaja,” katanya.

    Reply
    • October 25, 2012 at 4:11 pm
      Permalink

      Ni Kopi Pes Kisah Benar Neh…..Orang Islam & Melayu Yg Cuba Sabotaj Bukan Kapiaq Tuh..Lgk kaya lagik byk bisnes DAP x kisah pun.

      Syed Mokhtar Cuba Berjasa Pada Melayu – Islam, Pengkhianat Bangsa Cuba “Bunuh” Dia Pula?

      SAYA terharu dengan pengakuan tokoh perniagaan Melayu, Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhari yang menyatakan bahawa pengambil alihan syarikat Gardenia dan Proton olehnya bukanlah satu keputusan yang strategik, namun lebih kepada jihad memperjuangkan Melayu dan Islam.

      Di zaman yang selalunya ahli perniagaan mengejar keuntungan dan sangat mementingkan sifat “profit oriented” dalam sebarang transaksi perniagaan mereka, taikun perniagaan ini sanggup menongkah arus demi bangsa dan agamanya.

      Beliau tahu, sebagai seorang Melayu yang beragama Islam yang dikurniakan limpahan rezeki yang lebih berbanding yang lain, Tan Sri Syed Mokhtar sanggup meletakkan syarikatnya mengambil alih beberapa syarikat yang bermasalah.

      Namun begitu, agak menyedihkan apabila tindakannya itu dipertikaikan para pemimpin pembangkang yang sama Melayu dan seagama dengannya serta mempolitikkan jihad yang beliau lakukan itu.

      Begitu juga dengan usahanya untuk mengambil alih Penang Port di mana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang terkenal dengan sifat chauvinis ultra kiasu itu telah menyerang ahli perniagaan berprofil tinggi tersebut.

      Menggunakan kuasa sebagai Ketua Menteri di Pulau Mutiara itu, Guan Eng cuba menyekat pengambil alihan Penang Port oleh Tan Sri Syed Mokhtar meskipun Kerajaan Pusat telah memberikan lampu hijau untuk beliau berbuat demikian.

      Bukan apa, selama ini pelabuhan di utara semenanjung itu dimonopoli oleh kaum Cina melalui konsep “alibaba” dan sering mengalami kerugian sejak kebelakangan ini.

      Sebagai tokoh perniagaan yang memilik pengalaman mengendalikan pelabuhan di sebelah selatan semenanjung, Tan Sri Syed Mokhtar layak untuk mengambil alih Penang Port atas sistem dimerit yang beliau pamerkan di sana sebelum ini.

      Dalam ertikata lain, jelaslah di sini bahawa Guan Eng cuba menafikan hak seorang usahawan bumiputera yang layak untuk melebarkan sayap pertumbuhan syarikatnya.

      Persoalannya, apakah Guan Eng sebelum ini pernah mempertikaikan tokoh-tokoh perniagaan berbangsa Cina yang lain seperti Robert Kuok, Lim Goh Tong dan sebagainya dari memperluaskan empayar perniagaan mereka di negara ini?

      Lebih buruk lagi ialah muncul pula beberapa pemimpin yang dipercayai berbangsa Melayu yang beragama Islam seperti Rafizi Ramli, Mahfuz Omar dan lain-lain lagi yang turut sama “menyerang” Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari.

      Apakah di dalam diri para pemimpin pembangkang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam ini mempunyai jati diri kemelayuan dan sanggup mengenepikan jihad seorang umat Islam yang berniat untuk berbakti kepada bangsa dan agama?

      Tidakkah mereka rasa tindakan mereka itu seolah-oleh menunjukkan sikap mereka yang mengkhianati bangsa sendiri dan Islam?

      Selama ini mereka berkokok di pentas-pentas ceramah politik di seluruh negara kononnya merekalah pejuang nasionalisme yang memperjuangkan hak Melayu dan mendaulatkan Islam di negara ini.

      Namun, melihat dari apa yang mereka lakukan terhadap Tan Sri Syed Mokhtar ini adalah jelas menunjukkan sebaliknya dan mereka sebenarnya lebih cenderung kepada kepentingan politik peribadi.

      Dalam ertikata lain, puak-puak pembangkang itu “cakap saja lebih”, tapi dari sudut perlaksanaan perkara yang diperjuangkan itu menunjukkan mereka tidak pun melaksanakan apa yang mereka ucapkan selama ini.

      Sampai bilakah rakyat negara ini akan terpengaruh dengan cakap-cakap politik mereka yang jijik itu dan sampai bilakah pula kita harus membiarkan mereka merosakkan minda rakyat Malaysia? Mungkinkah pada PRU ke-13 ini nanti?

      Reply
  • October 24, 2012 at 5:24 pm
    Permalink

    Hasil sembahyang hajat puak pas maka satu demi satu tembelang Mereka didedahkan. Inilah akibatnya suka sangat mengata org lain yg tak sependapat dengan Mereka. Siapa lebih zalim dan tidak berhati perut, bukankah Mereka yg berlagak alim dan penjual agama. Pas memang haramjadah.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *