Sumber Air Terakhir Selangor Susut Teruk: Khalid Atau Rakyat Yang Keliru?

Share


Saya tidak tahu untuk membayangkan Menteri Besar jenis apakah yang mentadbir negeri Selangor di mana dia dilihat suka “main wayang” sana sini dan berdolak-dalih berkenaan krisis air yang semakin meruncing serta merisaukan rakyat di negeri itu.

Baru-baru ini Tan Sri Khalid “Gagap” Ibrahim dalam kenyataannya memberitahu media bahawa bekalan air di Selangor sangat mencukupi dan sedikit pun tidak terjejas meskipun bukti-bukti yang menunjukkan sebaliknya begitu dirasai oleh rakyat.

Malah Menteri Besar itu tanpa rasa bersalah berkata bahawa UMNO/BN sengaja mengelirukan rakyat Selangor dengan membangkitkan isu empangan di Sungai Selangor yang menyusut teruk sehingga ke paras 52 peratus di paras membimbangkan.

Membaca kenyataan yang dikeluarkan Khalid ini sudah cukup untuk saya membayangkan bahawa dia layak dianugerahkan gelaran “Menteri Besar Selangor paling bodoh dan paling tak tahu apa-apa dalam sejarah Kerajaan Negeri Selangor”.

Saya maafkan Khalid sekiranya dia ditakdirkan sebagai insan yang “gagap”, namun untuk dia bersifat “tuli”, “pekak”, “buta hati” dan “buta kayu” dalam hal kebajikan rakyat Selangor, saya fikir tidak mungkin ada yang sudi memaafkan Menteri Besar itu.

Apakah dia begitu “tuli” dan “pekak” untuk melihat, membaca dan mendengar rintihan rakyat Selangor yang bangkit menyuarakan kerisauan mereka terhadap penyusutan empangan Sungai Selangor yang merupakan sumber terakhir bekalan air bersih di negeri itu?

Apakah Khalid “Gagap” ini begitu “buta hati” dan “buta kayu” untuk menilai kesengsaraan rakyatnya yang kini diancam krisis air yang dijangka bakal menjejaskan kualiti kehidupan mereka di negeri paling maju itu?

Dan apakah Khalid tidak prihatin untuk menilai prospek industri dan perniagaan di Selangor yang bakal gulung tikar kerana penyelesaian masalah air yang sengaja dilengah-lengahkannya itu?

Itu belum lagi disebut tentang potensi pelaburan asing yang akan membatalkan hasrat mereka untuk melabur di negeri paling maju itu dan saya tidak hairan sekiranya mereka akan beralih arah ke Johor untuk melabur memandangkan prasarana di negeri paling selatan itu sedang giat dibina.

Menerusi wawancara media-media arus perdana, media-media alternatif dan blogger pro-pembangkang (amenoworld) jelas menyiarkan situasi empangan Sungai Selangor yang menyusut teruk dan bakal memberikan masalah air kepada rakyat Selangor.

Jadi, di mana benarnya kenyataan Khalid yang menuduh UMNO/BN mereka-reka cerita untuk mengelirukan rakyat? Atau Khalid sendiri yang keliru dan serba salah untuk mendahulukan kepentingan rakyat atau kepentingan parti?

Mendahulukan kepentingan rakyat bererti Khalid akan menerima dan bersetuju dengan Kerajaan BN untuk membina Langat 2. Itu bererti dia bakal kehilangan jawatan Menteri Besar kepada Azmin Ali selepas ini.

Mendahulukan kepentingan parti untuk terus berdegil tidak bersetuju membina Langat 2 pula bererti jawatannya “selamat”, tapi rakyat Selangor dan Lembah Klang akan menyumpah-nyumpah kebodohan Khalid setiap hari.

Mungkin kerana itulah Khalid keliru untuk menyelesaikan masalah air di negeri pimpinannya itu. Tapi untuk menyembunyikan kekeliruannya itu, dia menuduh pihak yang tidak berdosa pula yang mengelirukan rakyat Selangor. Bodoh ke apa?

Kini rakyat Selangor, ahli-ahli akademik dan NGO-NGO seperti FOMCA yang tidak bekepentingan politik setiap hari mendesak Khalid untuk mengenepikan kepentingan politik peribadinya dan bersetuju membina Loji Langat 2 bagi meredakan kerisauan mereka.

Rakyat Selangor tidak mahu menderita tak cukup bekalan air selama bertahun-tahun akibat ego dan kebodohan Khalid yang tidak memikirkan kepentingan rakyat dibawahnya. Entah apalah dosa rakyat Selangor pada Khalid hingga dia tergamak menganiaya mereka sebegitu rupa…



25 thoughts on “Sumber Air Terakhir Selangor Susut Teruk: Khalid Atau Rakyat Yang Keliru?

  • October 23, 2012 at 1:38 pm
    Permalink

    La…aku tak tau pun Rakyat selangor tengah menderita..sebab tak der air…aku tengok ofis mate aku (yg tinggal kat Selangor ni tak pernah merungut) dan sihat2 jer..

    Reply
  • October 23, 2012 at 3:03 pm
    Permalink

    bodohnya langau ni, ko tak pernah pergi tanya ke org selangor….pressure kurang, kdg2 ada tempat 2-3 kali tak ada air dlm sebulan. ini skrg. klu dibiarkan kedaan boleh menjadi lebih teruk

    Reply
  • October 23, 2012 at 3:04 pm
    Permalink

    Menurut hadis apabila Tasik Tiberias di Israel akan kering menandakan kedatangan Imam Mahdi. Tapi ini macam rupa Tasik Selangor menandakan Imam Mahdi akan keluar dari Nusantara kot.

    Reply
  • October 23, 2012 at 3:17 pm
    Permalink

    UMNO ni tak bolh percaya sangat, Zaman TunM dulu sebab nak paksa TNB setuju terima IPP sykt. kroni depa buat ‘blackout’ seluruh negara. Kemudian paksa Pengerusi TNB waktu tu letak jawatan (TS. Ani Aroff). Bila tukar pengerusi, orang baru mestilah ikut semua yg. TunM suruh. Ini benda yg. TS Ani Arof dedahkan..

    Reply
    • October 23, 2012 at 8:12 pm
      Permalink

      ngok ngek la ko ni bujuk.. yang salah akan kata dia tak wat salah yg betul akan kata aku memang betul… alah teori mudah pun ko dah meracau..
      otak sengal!

      Reply
      • October 23, 2012 at 10:02 pm
        Permalink

        Kenyataannya IPP telah menyebabkan TNB tanggung hutang dan naikkan TARIF. Macam sekarang selepas IPP d beli GLC dari Ananda krisnan dengan harga jauh lebih tinggi dari pasaran, TNB mula nak naik tarif lagi. Nasib baik nak PRU.. k’jaan tangguh dulu.
        Secara logiknya takkan berlaku blackout seluruh negara kecuali sabotaj. Buktinya itulah sekali berlaku.

        Reply
        • October 23, 2012 at 11:03 pm
          Permalink

          hang ni bujuk…kalau sehari hang tak buat fitnah..hang tidur tak lena !

          Kerajaan sabotaj negara sendiri sebab nak naikan tarif elektrik ? iskh ! iskh ! iskh !…jahat sungguh kerajaan, yea bujuk.

          Biarkan semua hospital tak cukup elektrik dan letakkan pesakit dalam keadan genting.

          biarkan semua airport lumpuh, biarkan jalan sesak teruk, biarkan biarkan ekonomi meruncing…. hanya kerana nak naikan tarif elektrik…

          Bujuk…bujuk…dah makin teruk hang aku tengok, awat hang jadi lagu ni ??

          Reply
          • October 24, 2012 at 3:47 pm
            Permalink

            Bukan sebab nak naikkan tarif, tapi nak bagi dulang emas pada kroni yg. punya IPP tu. Debat Anwar vs Shabery chik menjelaskan semua tu. IPP adalah sumber tenaga yg. tidak d perlukan, tapi d paksa beli pada TNB dengan subsidi yg. tinggi dari k’jaan dan tanggungan subsidi oleh TNB. Semata2 nak untungkan kroni.

        • October 24, 2012 at 12:08 pm
          Permalink

          Apa yang susahnya Bujuk…daripada hang duk mikir sapa betul sapa salah…baik hang hujung minggu ni bawak anak2 hang gi jenjalan ke Kuala Kubu sana…mandi kat Pertak…sambil makan angin…hang boleh singgah kat Empangan dan lihat sendiri…amik gambar kalau boleh….bukan jauh pun dari KL…dekat giler kalau ikut highway…orang yang duk Kuala Kubu siap boleh berulang kerja di KL ni…

          Reply
          • October 24, 2012 at 3:54 pm
            Permalink

            Gambar mungkin betul.. faktanya belum tentu. Kecuali org. KKB yg. memang biasa ke sana. Dia tau paras normal dan kritikal. Selain dari org. yg. memang kerja jaga empangan tersebut. Sama jugak empangan hidro… orang biasa tak tau paras max. mim. kecuali pekerja empangan tersebut. Sekarang yg. kecoh orang politik, bukan orang SYABAS.

  • October 23, 2012 at 4:40 pm
    Permalink

    Sedarlah orang-orang yang bersama PR sesungguhnya isu air ni bukan ada kena mengena dengan politik tapi atas dasar kemanusiaan. Bila perkara ni betul-betul terjadi bukan saja orang yang sokong Khalid Gagap yang kena tapi seluruh rakyat Selangor. Orang politik yang tinggal dalam kediaman rasmi Menteri Besar tak terkesan pun. yang terkesannya orang ramai.

    Reply
    • October 23, 2012 at 10:09 pm
      Permalink

      Semua orang bimbang isu air ni. Tapi kenyataannya UMNO telah awal lagi politikkannya bila Pengerusi Syabas(bakal MB S’gor katanya masa tu) kurangkan penapisan air dan catu air. Bila k’jaan ugut nak ambik alih pentadbira… eh..eh.. TPM kata tak perlu catu air pulak. Air cukup.. katanya. sekarang nama pengerusi Syabas ni dah gelap, nak jadi YB pun susah rasanya. Jadi UMNO dah tidak d percayai lagi.

      Reply
      • October 23, 2012 at 11:10 pm
        Permalink

        iskh ! iskh ! iskh !…kerajaan tu siapa bujuk ? UMNO tu apa pulak ?…hang menconfusedkan diri hang sendiri…hehe

        By the way bujuk, malaysia baru saja melonjak ke tempat ke 12 dari lebih 170 buah negara sebagai negara paling mesra perlaburan…hang tak banga ke bujuk ?….pasal tu la dekat 60 tahun dah rakyaat terus memilih kita…sebab kita adalah rakyaat kan ?

        Reply
        • October 24, 2012 at 4:02 pm
          Permalink

          Tentulah bangga.. kami tau semuanya sebab 4 negeri bawah PR. Kalau dari dulu macam ni dah lama dapat no 12 tu..hihi.

          Reply
          • October 24, 2012 at 4:21 pm
            Permalink

            Hok eleh…sempat jugak kau selit kan point kau tu yer Bujuk…ada jer pulak idea kamu tu nak spin…aku kadang terfikir juga..tak kan hang dekat luar bila tak nebeng dalam blog ni macam ni jugak…kalau macam ni jugak…kronik tu Bujuk…

          • October 24, 2012 at 5:12 pm
            Permalink

            Sekali-sekala kena la joke sikit, serius sangat nanti tension bro…

  • October 24, 2012 at 9:37 am
    Permalink

    Hmm…hang ni Bujuk bila manusia jenis hang ni hang akan sedar bila hang sendiri dah tanggung kesusahan tu. Maklumlah dah celik mata semuanya dah ada jadi mana hang tau macam mana ertinya kesusahan. Semua ni hang nikmati hasil dari kerajaan yang memerintah sejak dari Merdeka lagi iaitu siapa Bujuk????

    Reply
    • October 24, 2012 at 12:17 pm
      Permalink

      Tulah aku duk kata hari tu…aku duk peghati lama dah…yang ramai duk kutuk, komen ni sebenarnya yang duk dalam kerajaan…senang cerita…depa makan gaji aje…kerja rajin kah…malas kah…kerja tak dak kualiti kah…bulan2 dapat gaji…bila ada yang tak puas hati…salahkan boss…salahkan kerajaan..cuba cari makan sendiri…berdikari sendiri…barulah tahu susah senang cari rezeki dan baru lah pandai bersyukur terhadap setiap sen rezeki yang Tuhan beri….golongan2 yang hanya pandai komplen ini lah yang akan sengsara dulu…jika negara Malaysia ni huru hara…tak stabil…ekonomi merudum..kerana mereka mana biasa berdikari niii…hanya kena suap jer…hendak menjatuhkan sesebuah negara memang sangat mudah…tak kira lah parti apa pun…tapi nak membinanya bukan senang…kita tengoklah nanti…kalau benar PR memerintah…aku nak tengok…jika terjadi apa2…kesusahan ker apa…golongan2 yang suka komen/kutuk ni…aku nak tengok apa depa cakap…adakah pada ketika itu…pemerintah yang mereka dulu agung2 kan dan sokong…akan dikomen dan dikutuk juga??…manusia bila susah…bukan nak cuba perbaiki diri…tapi kebanyakkannya cuma mahu menyalahkan pihak lain…

      Reply
    • October 24, 2012 at 5:10 pm
      Permalink

      Kita terima kasihlah pada semua pemimpin2 dulu, bukan pemimpin UMNO saja, tapi banyak lagi pejuang2 tanah melayu seperti tok gajah, tok janggut, Abd. Rahman Limbong, Mat Kilau, Tok.Bahaman, Datuk Maharaja Lela, Dr.Burhanudin, Mat Indera, Dato. Onn, Tunku, Tun Razak..
      Tapi itu semua tidak mewajibkan kita kena taat pada UMNO bila ada parti lain yg. lebih baik. Tak gitu…

      Reply
  • October 24, 2012 at 12:09 pm
    Permalink

    Nasib baik kat Malaysia x der YAKUZA. Kalu tak lamer da mamposss org macam Bujuk neh. Diorg neh kalu marah dgn org mcm Bujuk neh..tembak jer kasi mampos x der nak dakwa2.ehheehehhehehe

    Reply
    • October 24, 2012 at 5:11 pm
      Permalink

      Takkan tulis macamniii pun kena tembak.. tak demokrasi la hang ni.

      Reply
    • October 24, 2012 at 8:10 pm
      Permalink

      Ganas tuu bro…huahuahuahua….kasi chance lah kat Bujuk…dia berempat jer…tu pun dia sorang2 jer bersilat dalam nii…kihkih…lagipun kat luar sana…sapa nak dengar cakap dia..hehe..jangan marah yer Bujuk..anggap jer ni ujian untuk hang…

      Reply
  • October 24, 2012 at 12:32 pm
    Permalink

    SKRG MUSIM HUJAN EMPANGAN MAKIN SUSUT AIRNYA..KEMANA AIRNYA MENGALIR YE…

    Reply
  • March 10, 2013 at 11:35 am
    Permalink

    Gambar tu mmg nampak. Tp yelah, kene sme (subject matter expert) yg ptut confirmkn. Psl apa, mak aku and member2 aku x pernah lg merungut psl air. Mcm ada je 24 jam, apartment ke ape ke. Alu dah pelik skang ni. Betul ke??? Kat mana? Bila? Ada report or grievance dari komuniti pnduduk tak? Kasik detail sikit , aku pun dahagakan fakta skang. Psl aku duk bangi, xpernah pun. Tuh yg plik gilossss

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *