Nik Aziz Dan Azizan Disaran Bertanding PRU13 Kalau Muka Tak Malu

Share


Menjelang PRU ke-13 yang dijangka berlangsung tidak lama lagi, kita sering disogokkan dengan spekulasi mengenai calon-calon yang bakal bertanding di Parlimen dan DUN di seluruh pelosok negara.

Pun begitu, selepas PRU tamat, kita sebok pula mendengar beberapa Ahli Parlimen dan ADUN yang meninggal dunia, sakit teruk dan sering keluar masuk hospital.

Bagi yang meninggal dunia, saya tidak kisah sangat memandangkan ajal maut itu di tangan Allah SWT. Tapi yang agak menyakitkan hati apabila melihat mereka-mereka yang sering uzur dan keluar masuk wad hospital.

Apatah lagi sekiranya individu yang sering keluar masuk wad itu merupakan seorang yang memegang jawatan penting dalam pentadbiran sesebuah kerajaan.

Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa dua Menteri Besar PAS di Kelantan dan Kedah merupakan “juara” yang sering menyusahkan rakyat dengan masalah kesihatan mereka.

Nik Aziz misalnya sudah beberapa tahun uzur dan sering sakit sehingga timbul spekulasi bahawa dia ajalnya sudah begitu hampir. Dari pejabatnya terletak di tingkat 3 di Kota Bharu, ia terpaksa dipindahkan ke “ground floor” bagi memastikan dia tidak tergolek tidak bernafas menaiki tangga.

Meskipun pernah mendoakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, supaya Allah pecahkan perut beliau, Nik Aziz sendiri sudah beberapa kali muntah darah dan dikejarkan ke hospital walaupun tiada sesiapa pun yang mendoakan supaya dia muntah darah.

Itu belum lagi diceritakan mengenai pejabatnya yang dikatakan dilengkapi sebuah katil bujang untuk dia merehatkan diri ketika di bertugas! Uzur benar orang tua itu.

Begitu juga di Kedah, Azizan Razak yang diketahui ramai tidak suka makan ubat dan degil mendengar nasihat doktor dilaporkan selalu keluar masuk hospital akibat masalah kesihatannya yang tidak stabil.

Menurut sumber, jantung di dadanya itu sangat bermasalah dan memerlukan penjagaan rapi yang memerlukan dia berehat panjang.

Selain pernah menjalani pembedahan di IJN, Azizan dikatakan perlu mengunjungi hospital sekerap 3 kali seminggu, tidak termasuk sekiranya dia sesak nafas atau menghadapi masalah kesihatan yang lain.

Saya difahamkan oleh seorang rakan PAS di Wisma Darulaman bahawa Azizan Razak tidak menggunakan penghawa dingin dan terpaksa membuka tingkap ketika berada di pejabat juga disebabkan masalah kesihatannya yang meruncing.

Persoalannya, berdasarkan rekod dan tahap kesihatan kedua Menteri Besar yang degil ini, apakah mereka mampu memberikan khidmat terbaik untuk rakyat di negeri masing-masing?

Sekiranya mereka tidak dapat bertugas dan dimasukkan ke wad, apakah pengganti mereka yang menguruskan pentadbiran negeri itu boleh diharap dan tidak menggunaka kuasa sewenang-wenangnya?

Selain itu, dengan keadaan yang sering uzur dan tidak membolehkan mereka memberi khidmat, apakah mereka tidak rasa bersalah kerana meninggalkan tanggungjawab mereka berhubung hal ehwal negeri dan rakyat?

Tidakkah mereka rasa berdosa kerana makan “gaji buta”?

Sesuai lagikah mereka bertanding pada PRU ke-13 kali ini dan apakah mereka mampu menjadi ADUN atau Ahli Parlimen untuk tempoh sepenggal lagi?

Pada saya, tak payah tanya pun, sudah tentu ramai yang bersetuju bahawa kedua Menteri Besar itu tidak sepatutnya dicalonkan oleh PAS pada PRU ke-13 nanti memandangkan masalah kesihatan dan usia yang sudah tua.

Saya sebenarnya tidak kisah sangat sama ada Nik Aziz atau Azizan dicalonkan pada PRU kali ini. Cuma, saya hanya kasihankan rakyat yang mereka wakili di DUN masing-masing di mana mereka akan terbiar tidak terbela kerana wakil mereka sering memerlukan “pertolongan cemas”!



23 thoughts on “Nik Aziz Dan Azizan Disaran Bertanding PRU13 Kalau Muka Tak Malu

  • October 23, 2012 at 2:59 pm
    Permalink

    utk aku biar dua org ni terus bertanding, liabiliti pas ,aset bn

    Reply
  • October 23, 2012 at 3:17 pm
    Permalink

    Sering aku dengar orang bercerita tuan Musyidur am PaS itu ketika mengimamkan solat sering memilih surah ‘lau an zalna’ sebagai ayat lazim di rakaat pertama.

    Doa beliau selepas selesai solat (terutama jumaat) ialah surah ‘Kursi’, ‘Aamanar rasul’ dan ‘Laayukallifullah’.

    Ayat diatas ialah ayat power yang jarang kita aminkan dari kebanyakan imam kerana kebiasaannya terutama jumaat imam rengkaskan dengan fatihah dan doa biasa saja. Ini memandangkan solat jumaat makmomnya kebanyakan warga kerja yang perlu bergegas keofis selepas solat. Walau pun dengan memanjangkan doa dimasjid adalah terlebih baik dari tergesa gesa masok ofis. Tetapi maklumlah kita semua kebanyakannya masok saja jam dua h/p mula terpekik, terjerit maka utk selamat kita pun cepat2 tukar port selepas doa rengkas.

    Sering kita fikir alangkah baik nya jika tiap hari diMsia serupa saperti tiap hari di Mekah . Disana kita hanya tunggu waktu masok untuk solat dan h/p tak bawa pun tak apa , tak ada orang cari.

    Berbalek pada surah yang dibaca vis a vis topik ini ialah … ayat diatas merupakan pendinding dari disihir.

    Jika dakwaan diatas itu benar bahawa nik Ajis pernah muntah darah dan dirawat, muntah darah dalam masyarakat kita apakah kaitannya?

    Tak heran jika Nik Ajis terlalu berhati hati dalam hal ini dan sentiasa bergantung pada surah surah diatas yang ternyata pasti membantu kerana itulah yang telah dijanjikan. Mungkin ye mungkin tidak tetapi beribadah adalah luahan hati. Saperti kita berdepan depan ibu mengadu hal , minta restu dan didoakan. Ibadah sememangnya lebih dari hanya berdepan dengan seorang ibu.

    Reply
  • October 23, 2012 at 3:22 pm
    Permalink

    Rakyat yg. pilih mereka, maknanya dari pilih orang UMNO baik pilih orang PAS yg. sakit dan tua.

    Reply
    • October 23, 2012 at 3:45 pm
      Permalink

      Wakil rakyat PAS bagi kawasan DUN Gaal, Dr Nik Mazian Mohamed dalam satu ucapannya di Dewan Undangan Negeri Kelantan semasa membahaskan membahaskan bajet negeri secara ‘lembut’ telah menasihatkan pemimpin negeri yang sudah lanjut usianya untuk segera berundur bagi memberi laluan pula kepada orang muda untuk meneruskan perjuangan.

      Menurut Dr Nik Mazian, amat tidak wajar bagi pemimpin yang sudah tua melepaskan ‘baton’ ketika lenguh di tengah jalan. Kenyataan tersebut lembut tapi sinis, jelas sekali merujuk pada masalah kesihatan yang sedang dialami oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat.

      Katanya lagi, “Yang kita bimbang ialah Tok Guru sudah tua, ada sakit pula. Macam kita inilah sudah tua, ada penyakit pula. Kita akan mati, siapa yang akan mengganti, siapa yang akan meneruskan perjuangan kepimpinan kita ini, siapa ?

      “Kita mesti timbulkan kepimpinan baru, muda-muda, hebat-hebat, sihat-sihat.”

      Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Nik Aziz sememangnya agak kerap berulang alik keluar masuk hospital, disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya.

      http://brojinggo.blogspot.com/2012/10/pemimpin-pas-mahu-nik-aziz-segera.html

      Reply
      • October 23, 2012 at 6:36 pm
        Permalink

        Habis hang ingat dia suruh bagi baton pada Mustafa muhammad dan awang adek?

        Reply
        • October 23, 2012 at 10:44 pm
          Permalink

          tepuk dada tanya selera..

          Reply
    • October 23, 2012 at 8:12 pm
      Permalink

      Kalo dah selau sakit sakit & masuk sepital buek menghabihkan bogheh baik letak jawatan boghi pado oghang lain teruskan khidmat pada pengundi & rakyat. Gaji tiap -tiap bulan sapu tapi kojo tak buek makan gaji buto jo.Tu semuo pemimpin pontengkan diri sendiri nak sonang tapi kosojahteraan oghang lain langsung tak ambik perduli.

      Ni kah ajaran isle yang dianuti keduo-duo pemimpin hampeh ni ? Islam mengaja umatnyo bertanggungjawab,amanah & jujur kek peranan & tugeh yang dipikulnyo sebagai pemimpin umat. Ambiklah contoh terbaik dari kepemimpinan Khalifah Islam dulu…Ni tak semuo ikut ego masing-masing montang-montanglah diri tu dah diiktiraf sebagai ulama konon ek. Semuo dianggap sakral tak lut dongan segalo doso ko ? Apo ingat kalian tu makhluk istimewo ALLAH ko ? Peghasan lobeh…

      Benghaklah kalian kalau dah dapek kuaso tu semuo nak pulun sampai ghebeh oghang lain dikojokan ekk…

      Reply
    • October 24, 2012 at 10:29 am
      Permalink

      Penganut PR memanglah cam tuuuu…..Napa dah xda calon lain ker…kan ramai calon2 PAS yg suka mkn ubat KUAT dah sure blh ganti Org2 yg dah patut PENCEN….

      Reply
  • October 23, 2012 at 4:35 pm
    Permalink

    Nampak sangat Nik Aziz ni terlalu memandang duniawi sampai tak mau langsung bagi peluang pada orang lain. Bila cakap saja depan wartawan Isle, Isle, Islam tapi diri tak mempamerkan keperibadian macam Nabi Muhammad SAW pun. Nabi tak pernah meminta Allah melantik Baginda sebagai Nabi dan Rasul tapi Nik Aziz?

    Reply
    • October 24, 2012 at 10:31 am
      Permalink

      Bila org lain dia Pandai kata itu…kata ini…tapi kena kat Batang Hidung dia….luu tengok lah sendiri…tapi Penganut2 PR tetap suruh dia bertanding …….kata dialahhh………

      Reply
  • October 23, 2012 at 6:05 pm
    Permalink

    Syaitan mana tau malu….syaitan besar nk sesatkan manusia sampai kiamat…pengerusi kelab sahabat syaitan nak sesatkan manusia sampai dia padam…dah nama depa pun syiatan…

    Reply
    • October 24, 2012 at 9:02 am
      Permalink

      Aii cakap pasal diri sendli nampak… Pemimpin Agung UMNO mengaku mereka dari golongan SYAITAN….. BALACI suma suka bila Pmimpin Agung panggil diaworang SETAN… tapi mamak panggil diaworang SETAN dia worang mara juga sama mamak… kah..kah… SETAN..SETAN

      Reply
      • October 24, 2012 at 10:33 am
        Permalink

        1 lagi Penganut PR yg dah takda Issue nak SPIN……

        Reply
        • October 24, 2012 at 11:41 am
          Permalink

          hehe…aneee, awal hang kena todi ?

          Reply
  • October 23, 2012 at 6:55 pm
    Permalink

    Tapi sekarang bukan mandat Pak Lah ker yg Najib pakai tu?? Sapa yg tak malu????

    Reply
    • October 23, 2012 at 10:45 pm
      Permalink

      mooo itu pun ko nak pertikaikan ke..dimana salah nya?

      Reply
    • October 23, 2012 at 10:53 pm
      Permalink

      Apasal moooo ?? kita tengok parti memerintah bukan orangnya…mandat rakyaat pada BN kan ?

      Reply
      • October 24, 2012 at 10:40 am
        Permalink

        BN dah silih berganti Ketuanya…tapi PAS kah….kah…kah….SAMPAI MATI Woooo..NAK PEGANG JAWATAN…yg lain tuu korang tengok ajerlah…meleleh Air Lior kempunan…kah..kah…kah….

        Reply
  • October 23, 2012 at 8:25 pm
    Permalink

    nampaknya tua kutuk nikajis nak tongkat langit lagi…….mesti dia nak kek RM500 ni..hehehe

    Reply
  • October 25, 2012 at 11:36 am
    Permalink

    Projek Lembah Sireh blum selesai…Banyak lagi Duit blum dibayar oleh company tuh. Nik Aziz tengah tunggu maaa..mana bule org lain Kaput rejeki dia. Husam Musa boleh tunggu sampai Kucing Bertanduk @ TGNA mati baru boleh naik pangkat…Nampak sangat tak DEMOKRASI atau tak ISLAMIC…nama jer Parti Islam Semalaysia..hanya ader nama Islam..hehehehehe.. Cai PR pun pening kapla mikir (apa la aku nak SPIN lagi neh..MALU) Gelak guling2 mkir neh.

    Reply
  • October 25, 2012 at 11:52 pm
    Permalink

    Ini kisah benar berlaku diIpoh, Perak..seorang budak perempuan dirasuk makhluk halus melolong dan menjerit kena sasau..maka datanglah seorang bomoh handal terus memicit kaki budak perempuan itu menyuruh makhluk halus itu keluar dari merasuk tubuh budak perempuan itu..suara kuat menjerit kesakitan terus keluar dari budak perempuan yang malang itu..Bomoh itu pun berkata “Engkau keluar sekarang dan terus pergi tanya Rosmah bila tarikh PRU13″..lalu suara makhluk halus itu berkata.”.ooooooo tak boleh kerana hantu dia sangat kuat dan garang….takuuuuuuuuut…!!!!

    Reply
  • October 26, 2012 at 10:56 pm
    Permalink

    Ini kisah xbenar berlaku diIpoh, Perak..seorang budak perempuan dirasuk makhluk halus melolong dan menjerit kena sasau..maka datanglah seorang bomoh handal terus memicit kaki budak perempuan itu menyuruh makhluk halus itu keluar dari merasuk tubuh budak perempuan itu..suara kuat menjerit kesakitan terus keluar dari budak perempuan yang malang itu..Bomoh itu pun berkata “Engkau keluar sekarang dan terus pergi tanya azizan bila tarikh nak bubar dun negeri kedah″..lalu suara makhluk halus itu berkata.”.ooooooo tak boleh kerana dia kena tanya nik aziz……..tapi dia takuuuuuuuuut…!!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *