Antara Haji Dan Politik: Pakatan Haram Pilih Politik Dan Ambiga!

Share


Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT apabila jemaah haji dari Malaysia dilaporkan telah berlepas ke Tanah Suci Mekah baru-baru ini dan termasuk hari ini dianggarkan puluhan ribu jemaah kita telah menjadi tetamu Allah di sana.

Bukan mudah untuk mendapatkan status “tetamu Allah” di Baitullah Al-Haram. Kadang kala, meskipun mempunyai wang berjuta ringgit pun, namun tidak diberikan hidayah serta lorongan mudah dari Allah, tak mungkin kita dapat hadir ke sana sebagai “tetamu”Nya.

Pun begitu, nampaknya kali ini kuota jemaah haji dari Malaysia khabarnya telah ditetapkan seramai 28 ribu orang iaitu kira-kira 1 peratus dari jumlah rakyat di negara ini.

Sebenarnya, Kerajaan Arab Saudi telah memberikan kelonggaran pada tahun-tahun sebelum ini di mana jumlah jemaah haji dari Malaysia diberikan keistimewaan lebih dari 1 peratus.

Bagaimanapun, setelah puak-puak PAS membawa politik jijik mereka masuk ke Masjidil Haram dengan merakamkan gambar mereka memakai baju Bershit di sana, Kerajaan Arab Saudi terpaksa mengetatkan kuota haji tersebut.

Difahamkan bahawa tindakan tersebut adalah berpunca dari puak-puak yang berkiblatkan politik dan “bertuankan” Ambiga itu telah mencemar kesucian Tanah Suci Mekah di mana ia tidak dapat diterima sama sekali oleh pihak berkuasa di sana.

Inilah jadinya bila terlalu taksub berpolitik sehingga menjejaskan niat umat Islam di negara ini untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Kerana terlalu mengagung-agungkan tokoh LGBT yang tegar mengancam akidah umat Islam di Malaysia, puak-puak PAS sanggup mencemarkan rumah Allah dan melanggar undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Meskipun tidak menjejaskan hubungan diplomatik dua hala di antara Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi, namun kesannya jelas terasa apabila jutaan umat Islam di negara ini terpaksa berbaris panjang untuk menunggu saat menjadi tetamu Allah.

Paling menyedihkan ialah apabila saya mendapat tahu bahawa ramai puak-puak PAS dan PKR yang diarahkan oleh kepimpinan parti masing-masing untuk membatalkan ibadah mereka untuk menunaikan haji kali ini.

Khabarnya, pucuk pimpinan PAS dan PKK bimbang sekiranya PRU ke-13 akan diadakan pada musim haji dan para penyokong mereka yang ke Tanah Suci tidak dapat mengundi parti pembangkang pada hari mengundi kelak.

Saya tidak tahu fatwa ulama mana yang mereka gunapakai atau mazhab mana yang mereka ikut untuk mendahulukan urusan duniawi berbanding mengutamakan rukun Islam yang dituntut di dalam agama kita.

Apakah dengan berkiblatkan Anwar dan Nik Aziz itu akan mampu membawa mereka ke syurga milik Allah SWT?

Agak menyedihkan apabila kita meneliti senario yang jelas merugikan umat Islam di negara ini hanya disebabkan oleh kebobrokan dan kebodohan parti-parti politik pembangkang. Namun apakan daya, mungkin mereka begitu tandus untuk mendapat hidayah dariNya.

Pun begitu, saya mengucapkan tahniah kepada 28 ribu jemaah haji Malaysia yang bakal menunaikan ibadah mereka di tempat kelahiran Rasulullah SAW dan tempat lahirnya Islam sehingga tersebar ke negara kita ini.

Sesungguhnya saya sedih kerana tidak terpilih sebagai tetamu Allah kali ini dan merujuk kepada sumber Tabung Haji, saya terpaksa menunggu pada tahun 2054 untuk berkunjung ke Mekah untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Saya tidak tahu sama ada umur saya cukup panjang untuk menanti saat tersebut dan sungguh saya cemburukan jemaah haji yang terpilih untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah. InsyaAllah saya akan ke sana suatu hari nanti…



6 thoughts on “Antara Haji Dan Politik: Pakatan Haram Pilih Politik Dan Ambiga!

  • October 22, 2012 at 11:16 pm
    Permalink

    demi politik pas dan melayu pkr sanggup lacurkan agama.laknat ke atas mereka

    Reply
  • October 23, 2012 at 1:32 am
    Permalink

    Tak dapat tunai haji pun tak pa keghana kita tak dak kemampuan nak sampai kat sana maklum la ikut kouta. Apa yang penting kita sebagai insan yang beriman mesti ikut perentah ALLAH yang lain. Banyak lagi amalan amalan yang dok ada selain pi haji yang dapat manfafat untuk diri sendiri & pada orang lain.

    Reply
  • October 23, 2012 at 9:49 am
    Permalink

    kemana tak tumpahnya “bodoh” kalau tak ke juak2 PAS.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *