Sumber Air Terakhir Selangor Susut: Khalid Nak Proses Air Dari Mana?

Share


Ke mana lagi Khalid nak lari dan bagaimana lagi Khalid nak putar alam apabila kedudukan paras air di empangan utama yang menyalurkan air ke loji-loji rawatan air telah menyusut sehingga ke paras 52 peratus dari paras asal.

Bukan cakap kosong, beberapa gambar yang dirakamkan oleh beberapa media alternatif, termasuk Mynewshub.my, jelas menunjukkan bahawa empangan Sungai Selangor yang menjadi sumber basin terakhir bekalan air di negeri Selangor menyusut teruk.

Sebagai “talian hayat terakhir”, penyusutan paras air di empangan Sungai Selangor itu menunjukkan bahawa rakyat Selangor dan Lembah Klang bakal menghadapi krisis air yang dahsyat dalam masa yang terdekat.

Begitu juga dengan sungai-sungai utama di negeri itu yang selama ini menjadi sumber bekalan air, tahap pencemarannya kini berada di tahap 3 dan 4 yang sangat membimbangkan di mana ia mampu dilabelkan sebagai “sungai mati” pada bila-bila masa dari sekarang.

Misalnya, Sungai Langat yang menjadi sumber utama bekalan air bagi penduduk di bahagian selatan Selangor kini berada di tahap pencemaran 3 dan 4 di mana hanya 49.3 km sahaja yang masih bersih airnya berbanding lebih 100 km sepanjang sungai itu berada di paras pencemaran kritikal.

Berbalik kepada apa penyusutan air di empangan-empangan utama di Selangor, meskipun hujan turun lebat di sekitar Lembah Klang pada setiap hari, paras air di empangan-empangan utama tetap menyusut. Kenapa jadi begitu?

Adakah ini mengesahkan peningkatan kepada permintaan bekalan air bersih di Selangor, khususnya di bahagian selatan negeri itu di mana pembangunan di kawasan seperti Seri Kembangan, Balakong dan sebagainya memerlukan air yang lebih berbanding dulu?

Dalam ertikata lain, dengan penyusutan paras air di empangan-empangan, pencemaran kritikal di sungai-sungai dan peningkatan permintaan bekalan air bersih di Selangor telah menyebabkan rakyatnya diancam krisis air yang dijangka lebh teruk berbanding yang berlaku pada tahun 1998.

Mungkin untuk tunjuk pandai sambil makan angin di luar negara, Khalid “Gagap” yang menolak pembinaan Loji Langat 2 telah membawa satu pelan yang kononnya di import dari Kanada yang dikatakan lebih murah dan mampu membekalkan air yang cukup kepada rakyat Selangor.

Khalid mahu menggunakan teknologi membran ini untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat di loji-loji air di Selangor.  Ibarat satu lagi “mini water filter” bersebelahan loji sedia ada.

Katanya, teknologi membran itu mampu memproses tambahan 1 bilion air bersih setiap hari.

Persoalannya, apa benda teknologi membran itu dan apakah teknologi tersebut tidak ada di negara kita? Setahu saya, teknologi itu ada di Malaysia dan tidak perlu diimport dari luar…

Teknologi membran ini diletakkan di setiap loji dan tugas utamanya adalah untuk memproses air mentah tambahan bagi meningkatkan pengeluaran air terawat.  Tetapi sumber air mentahnya masih yang sama dan pengagihan air terawat kepada pengguna adalah melalui rangkaian paip yang sama.

Paling utama, dengan ketiadaan sumber air di empangan-empangan dan sungai di sekitar Selangor, air dari sumber manakah yang dia nak proses dengan teknologi membran tersebut? Air lombong?

Sebab itulah Selangor memerlukan sumber air yang tambahan baru memandangkan sumber-sumber bekalan air bersih sedia ada sudah hampir kering dan tercemar teruk.

Dan disebabkan itulah juga maka Khalid mahu tidak mahu perlu bersetuju dengan pembinaan Langat 2 di mana sumber bekalan air untuk rakyat di Selangor dan Lembah Klang perlu diperoleh dari Pahang.

Langat 2 bukan untuk kegunaan Kerajaan BN, tapi untuk kegunaan keluarga Khalid dan rakyat Selangor yang kini sedang ternanti-nanti penyelesaian jangka masa panjang. Tidakkah Khalid rasa bersalah dengan kedegilan dan kebodohannya menolak pembinaan Langat 2?

Khalid perlu buktikan komitmennya sebagai MB Selangor yang mementingkan kebajikan rakyatnya dengan menyediakan bekalan air yang secukupnya dan berhentilah dari menuding jari ke pihak lain atau mempolitikkan isu air di negeri pimpinannya itu.

Kerajaan Pusat sudah memberikan komitmen lebih dari 300 peratus dalam memastikan rakyat Selangor dan Lembah Klang tidak menghadapi masalah air dan kini Khalid pula perlu buktikan bahawa dia juga memberikan komitmen yang baik demi kesejahteraan rakyatnya.

Dalam hal yang berkait rapat dengan keperluan hidup manusia seperti air, rasanya tiada kompromi bagi Khalid untuk terus melengah-lengahkan pembinaan Langat 2. Lainlah jika Khalid sengaja berbuat demikian demi kepentingan politik peribadinya..kan?



12 thoughts on “Sumber Air Terakhir Selangor Susut: Khalid Nak Proses Air Dari Mana?

  • October 19, 2012 at 3:28 pm
    Permalink

    Apa yang kita dengar ualamak pas dan pkr sedang bergiat mengajar rakyat selangor bertayyamum dan beristinja’ sebagai persediaan mereka menghadapi krisis air.

    Utk mimum dan memasak mereka akan import air mineral dalam kuantiti yang besar utk diagihkan kepada rakyat. Akan ada catuan dan sebagainya bagi memastikan bekalan sentiasa cukup dan terkawal.

    Dikabarkan juga cina dap buat demo pada umat islam cara guna tisu paper dalam toilet. Ulama mereka endorse bahawa dalam masa dharurat tisu paper boleh digunakan untuk menyuci hadas kecil.

    wallah hu alam.

    Reply
  • October 19, 2012 at 3:31 pm
    Permalink

    Ingatlah bahawa sebarang kesukaran, kesusahan, ujian dan penyakit yang menimpa kamu adalah semata2 dengan tujuan menyuci dosa.

    Semakin banyak didatangi ujian, kesakitan dan kepayahan terhadap manusia semakin banyak lah dosa terampun.

    Reply
  • October 19, 2012 at 5:00 pm
    Permalink

    khalid nak proses air sisa najis kumbahan jadi air minuman utk rakyat selangor

    Reply
  • October 19, 2012 at 5:05 pm
    Permalink

    Sust ka??? Ish..ish…

    Reply
    • October 19, 2012 at 6:02 pm
      Permalink

      Taklah. Bertambah dari 100% kepada 52% jer

      Reply
      • October 19, 2012 at 7:01 pm
        Permalink

        Taklah.. MooLembu nk ckp tu UMNO super impose/ Photoshop gambar empangan tu.. hehehe..

        Reply
  • October 19, 2012 at 7:02 pm
    Permalink

    Zaman BN perintah air banyak..
    Zaman PR Haprak perintah air susut..
    = AIR PUN PANDAI BERDEMONSTRASI PD PAKATAN HARAM.. hahaha.. amik2

    Reply
    • October 20, 2012 at 7:27 am
      Permalink

      Ibarat kahwin tanpa restu mak bapak. Perintah tanpa restu rakyat, mana nak dapat berkat.

      Reply
  • October 20, 2012 at 11:09 am
    Permalink

    Masalah projek langat 2 ni bukan lagi patut dikategorikan sebagai isu politik tetapi dah sampai tahap darurat dan kritikal…ianya merupakan isu kemanusiaan…apabila air bersih tidak mencukupi…berapa masalah akan timbul seperti pencemaran dan kebersihan…ini akan mengakibatkan penyakit seperti taun, influenzae, dan beberapa lagi penyakit berjangkit yang lain…maka kos perubatan akan lebih tinggi…maka ketika itu…lebih susah untuk diperbaiki….

    Reply
  • October 20, 2012 at 7:23 pm
    Permalink

    skrg musim hujan mcmne boleh susut

    Reply
    • October 21, 2012 at 9:25 pm
      Permalink

      orang umno bocorkan paip tu yang air susut habih tu..magik kan jawapan aku?

      Reply
  • October 29, 2012 at 10:41 pm
    Permalink

    Hujan yang lebat di merata tempat di Selangor dan Lembah Klang tidak banyak membantu memulihkan keadaan. Empangan terus kering dan paras simpanan air semakin menyusut. Dari sudut yang lain pula, kajian mendapati sungai-sungai utama di Selangor seperti Sungai Gombak, Sungai Langat, Sungai Selangor dan sebagainya semakin teruk dicemari dengan sisa kumbahan, pertanian, industri, minyak dan sisa domestik. Yang terbaru minggu lepas, sekumpulan pelajar daripada sebuah universiti awam tempatan telah menjalankan satu kajian mengenai Sungai Langat dan hasil kajian mengejutkan banyak pihak termasuk saya sebagai pengguna air. Sungai yang panjangnya hampir 150km itu, lebih 65 peratus telah tercemar teruk. Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan melayakkan Sungai Langat dikelaskan sebagai sungai mati tidak lama lagi. Saya ingin bertanya kepada Menteri Besar Selangor dan Kerajaan Negeri pimpinannya, mengapa keadaan ini dibiarkan sebegini teruk? Adakah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan agensi-agensi lain di negeri ini hanya sekadar menyaksikan pencemaran teruk berlaku lantas tidak melakukan sebarang tindakan penguatkuasaan lebih tegas terhadap individu, syarikat mahupun kilang atau industri yang mencemarkan Sungai Langat dan sungai-sungai lain?.

    Dalam konteks ini, saya amat menghargai inisiatif Kumpulan Puncak Niaga termasuk SYABAS yang telah bertindak proaktif dengan melancarkan program Biro Penyelamat Sungai. Mengikut laporan media arus perdana baru-baru ini hampir 5,000 pelajar dari sekolah rendah, menengah dan IPT di seluruh Selangor, KL dan Putrajaya telah mendaftar dan menyertai program tersebut sejak dilancar pada tahun 1998, yang antara lain telah dapat menyemai tahap kesedaran mereka mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan juga sungai. Melalui program berkenaan juga, peserta yang rata-ratanya pada lingkungan umur yang lebih muda dapat dididik sepenuhnya agar kelestarian alam khususnya sungai dapat dipelihara demi generasi akan datang. Saya amat berharap supaya usaha gigih yang dilakukan Puncak Niaga dan SYABAS turut dicontohi oleh Kerajaan Negeri, syarikat-syarikat korporat, NGO, IPTA dan juga setiap individu agar usaha mereka ini dapat diteruskan dan tidak dipandang sepi umpama ‘mencurah air di daun keladi’ selain dipolitikkan oleh pihak tertentu.

    Penjagaan sungai amat penting kerana ia adalah sumber air mentah utama di Selangor dan negara kita . Sekiranya sungai-sungai masih terus dicemari, tidak mustahil bekalan air bersih yang digunakan sebagai sumber minuman dan juga urusan harian rakyat akan terjejas sekaliguskan menjejaskan kehidupan rakyat dan juga aktiviti perniagaan dan pelaburan banyak pihak.

    Dalam kesempatan yang terluang ini juga, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada kumpulan Puncak Niaga yang telah meraih ‘Socrates Award’ satu anugerah berprestij daripada Oxford, London baru-baru ini yang mengiktiraf iltizam dan kejayaan syarikat konglomerat tersebut dalam usaha-usaha melengkapkan kejayaan Malaysia di bidang tempatan dan antarabangsa khususnya menerusi penglibatan holistik dan signifikannya dalam bidang perawatan dan perbekalan air serta penjagaan kelestarian alam sekitar dan sumber air. Syabas atas pencapaian yang cukup bermakna itu.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *