Kenapa Harakah Sembunyikan Kebenaran Dalam Laporan Audit Negeri Pakatan Haram?

Share


Terpampang di dada “tabloid” yang menjadi lidah rasmi PAS, Harakah, dan di laman webnya, Harakahdaily, tentang pembentangan laporan audit negeri Pakatan Haram yang kononnya mendapat “penarafan baik dan memuaskan”.

Antara yang dikatakan mendapat pengiktirafan tersebut adalah Kerajaan PAS Negeri Kedah yang kononnya juga begitu cemerlang menguruskan hal ehwal perbelanjaan di negeri itu tanpa sebarang penyelewengan.

Sungguh loya anak tekak saya bila membaca pembohongan demi pembohongan yang disampaikan kepada pak-pak lebai PAS yang sering tertipu dengan permainan politik jijik parti yang kononnya “paling Islamik” itu.

Saya percaya, Azizan Razak pastinya akan mengurut dada melepaskan nafas lega membaca laporan Harakah itu.

Tapi saya juga yakin bahawa Menteri Besar Kedah itu berkemungkinan besar sesak nafas ketika membaca laporan audit yang jelas menunjukkan kelemahan demi kelemahan pentadbirannya menguruskan wang rakyat Kedah.

Saya tertanya-tanya, apakah Harakah terlupa untuk memberitahu pembacanya tentang Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) yang banyak menyumbang kepada kerugian besar melalui GLC itu yang berada dibawah kuasa Azizan Razak?

Projek-projek utama MBI misalnya seperti pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea, Projek 99 East di Lankawi serta projek udang kerpan, tanaman getah dan kelapa sawit semuanya mencatatkan kerugian.

Malah di dalam laporan tersebut jelas menunjukkan nota audit yang menyatakan kelemahan dari segi perlaksanaan, perjanjian dan pemantauan yang gagal dilaksanakan oleh pihak MBI bagi kesemua projek ratusan juta ringgit.

Selain itu, apakah Harakah sengaja tidak menceritakan tentang pembayaran Kerajaan PAS Negeri Kedah sebanyak RM2.55 juta kepada lima syarikat kontraktor yang tidak berdaftar Pusat Khidmat Kontraktor?

Lebih teruk lagi, pengarah-pengarah bagi kelima-lima syarikat terbabit dikatakan mempunyai hubungan keluarga di antara satu sama lain dan pembayaran tersebut dibuat beberapa kali dibuat atas nama syarikat lain serta tuntutannya dikatakan berulang beberapa kali!

Apakah PAS yang selama ini kononnya mengutuk keras budaya kronisme, tapi kini berubah wajah sebagai “pengamal tegar kronisme” dalam diam setelah mendapat kuasa?

Apakah laporan audit yang sebegini buruk bunyinya layak diberi pengiktirafan sebagai “baik dan memuaskan?

Apakah PAS dan Harakah fikir rakyat tidak tahu membezakan antara perkara yang “baik” dan “buruk” mengenai laporan audit di negeri-negeri jajahannya kali ini?

Bayangkan, pembohongan tersebut berlaku di sebuah negeri yang dipimpin oleh PAS yang selama ini mengaku kononnya “terlebih Islam” berbanding umat Islam lain dan bayangkan pula pembohongan yang berlaku di negeri di bawah kuffar harbi laknatullah di Pulau Pinang.

Saya yakin, kalau dihuraikan tentang pembohongan oleh kepimpinan negeri-negeri Pakatan Haram di Malaysia, sudah tentu ramai yang akan terkejut melihat betapa teruknya laporan audit yang dibentangkan baru-baru ini.

Namun peliknya, mengapa media-media pro-Pakatan Haram tidak melaporkan perkara yang benar dan dilihat sengaja menyembunyikan segala kelemahan laporan-laporan audit tersebut yang ternyata lebih banyak dari kelemahannya?

Saya ingin bertanya, puak-puak Pakatan Haram ini tahu atau tidak mentadbir perbelanjaan wang rakyat? Kalau tidak tahu, sila kembalikan semula negeri-negeri itu kepada BN kerana parti kami terbukti jauh lebih bagus dari Pakatan Haram!



28 thoughts on “Kenapa Harakah Sembunyikan Kebenaran Dalam Laporan Audit Negeri Pakatan Haram?

  • October 18, 2012 at 12:58 pm
    Permalink

    KALAU DEPA NAK CAKAP BOHONG BIARLAH. BUKAN DEPA TAK TAHU HUKUM BERBOHONG. MASALAHNYA SATU JE ORANG YANG SOKONG PAS DIJAMIN MASUK SYURGA OLEH TOK GURU JADI AMALAN BERBOHONG NI TAK JADI MASALAH KEPADA PAS.BUATLAH DOSA MAKSIAT SETINGGAI GUNUNG EVEREST ATAU SEDALAMA MARINA TRENCH SEKALI PUN. ORANG PAS ANGGAP DIRI MEREKA WAKIL TUHAN KAT BUMI INI JADI MEREKA BEBAS BUAT APA SAJA ATAS NAMA TUHAN.TAK ADA BEZANYA DENGAN KAUM YAHUDI YANG MENGAKU MEREKA UMAT PILIHAN TUHAN YANG DIAMANAHKAN UNTUK MEMERENTAH DUNIA. PAS PULA DIAMANAHKAN UNTUK MEMERENTAH MALAYSIA….

    Reply
  • October 18, 2012 at 1:27 pm
    Permalink

    Mana pergi semua orang nii…komen sorang2 tak bestlaa..

    Reply
  • October 18, 2012 at 2:00 pm
    Permalink

    Sebab tu lah nike ajis mengharamkan penyokong nya membaca media perdana, mereka cuma digalakkan membaca dan mendengar media PR sahaja supaya senang untuk dibohongi..

    Reply
  • October 18, 2012 at 2:39 pm
    Permalink

    dah nama pun haramkah, jgn dok percaya. kalau haram pun dihalalkan

    Reply
  • October 18, 2012 at 3:19 pm
    Permalink

    bodoh ,media pro umno juga sembunyi kebenaran!

    Reply
    • October 18, 2012 at 7:57 pm
      Permalink

      contoh terbaik .. adik beradik dalam satu keluarga yang ketua keluarganya ialah orang kuat PAS TRENGGANU bersumbang mahram tapi MEDIA PAS kasi pusing kata ITU UMNO PUNYA ORANG…
      KEBENARAN NYA IALAH tony gunawan memang bodo dalam berbahas!

      Reply
  • October 18, 2012 at 3:36 pm
    Permalink

    Itu la aku dok tanya mooo and bujuk source depa, bila depa katakan jabatab audit negara memuji pengurusan kewangan pekatan haram, sebab source asal yang aku baca terlalu banyak mendedahkan salah laku dan mismanagement kewangan.

    hehe…rupanya source harakah yang cai-cai ni bawa….aku dah agak dah !! hahahahahahahahahah

    Reply
    • October 18, 2012 at 7:59 pm
      Permalink

      kalau aku malu besar bila nak bagi tau sumber dari HARAKAH.. tapi mereka tergamak lak dapatkan sumber dr harakah!
      HAIRANKAH!!

      Reply
  • October 18, 2012 at 4:22 pm
    Permalink

    TKO
    http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=616

    1) Orang ini adalah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Kedah (kini dilaporkan melepaskan jawatan) tetapi masih memegang jawatan ad hoc dalam UMNO.

    2) Dia merupakan orang kuat bekas MB Kedah Dato’ Seri Mahdzir Khalid.

    3) Dia adalah KCS yang memegang jawatan penting di bahagian Perumahan Pejabat SUK dan pembuat keputusan dalam banyak perkara penting di bahagian tersebut.

    4) Dia adalah orang kanan, rakan rapat dan kroni kepada Dato’ Rasli Basir SUK Kedah yang didesak meletakkan jawatan.

    5) Dia seorang yang tidak menghormati pihak berkuasa negeri, tidak pernah hadir ke pejabat Exco bila dipanggil oleh Exco berkaitan untuk urusan yang berkaitan dengan tugasannya. Kalau ada urusan Exco kena pi mengadap dia, bukan dia boleh dipanggil mengadap Exco.

    6) Dialah orangnya yang bertanggungjawab dengan isu pembayaran RM2.55 juta kepada 5 kontraktor yang tidak wujud ‘melaksanakan projek’ Taman Seri Gemilang, Flat seberang Terus, Taman Wira, Flat Alor Malai, Flat Simpang Kuala, Flat Seberang Terus, Flat Tongkang Yard dan Taman Kota Nelayan. (Seperti terkandung dalam laporan Ketua Audit Negara 2011).

    7) Akibat dari dakwaan penyelewengan yang dilakukan di atas, dia telah ditahan reman oleh SPRM selama 9 hari (laporan pernah dibuat di blog Kedah La beberapa minggu lalu… inilah orangnya) dan akan akan didakwa oleh SPRM di mahkamah pada bila-bila masa.

    Ini baru muqaddimah… pendedahan berikutnya ialah apa hubungannya dengan Mahdzir Khalid, isu pembinaan Kompleks MPSP, penyelewengan PKB, mengeluar duit tunai GLC untuk dana UMNO/BN dalam PRU12… semuanya akan kita dedahkan selepas ini.

    Kerajaan Negeri Kedah diserang isu penyelewengan di Bahagian Perumahan, rupanya yang terbabit ialah orang kuat UMNO

    …..ooo…patutla ada problem sana…ada saki baki puak2 amno buat amno sana…puak amno x dak keja lain..menyusahkan org je…

    Reply
    • October 18, 2012 at 5:59 pm
      Permalink

      Cerita PAPUA….menyebabkan KEDAH rugi RM134 juta.. Siapa puanya idea meniaga bagi lingkup duit rakyat Kedah nie???

      Syarikat kepada Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) mengambil pinjaman AS$40 juta (RM134 juta) tanpa kelulusan lembaga pengarah untuk projek pembalakan dan pembangunan yang kemudiannya bermasalah.
      Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, pinjaman itu dibuat pengarah urusan dan pengurus besar oleh Kedah Corporation Bhd (KCB) untuk projek di Papua New Guinea.
      “Pinjaman tersebut diperolehi melalui Capital Investment Agency (CIA) iaitu sebuah syarikat perunding kewangan yang berpejabat di London,” laporan itu dipetik.
      Menurut laporan itu lagi, perunding itu dibayar secara ansuran sebanyak RM1.6 juta dan RM4.67 juta sebagai komisen dan yuran guaman walaupun pinjaman itu dibatalkan pada Januari 2010.
      “Pinjaman terbabit dibatalkan setelah mendapati syarat pinjaman projek tidak memihak kepada syarikat dan ketidakmampuan membayar balik pinjaman,” demikian menurut laporan audit lagi.
      Audit mendapati perjanjian untuk pelaburan berisiko tinggi antara KCB dan syarikat Papua New Guinea MAS Incorporated ditandatangani pada 12 Oktober 2008.

      Maksudnya apa?
      Pinjaman = dibatalkan.
      KCB kena bayar RM1.6juta + RM4.67juta + Yuran Guaman kat CIA.
      Macam mana la lue orang mentadbir neh? Tak reti blah je la.

      Rugi berjuta2. Kalau kat jepun dah lama dorang step down. Tapi sebab neh malaysia spesis pemimpin bn dan pr yang tak berapa reti malo so layankan aje la.

      Yang kelakar nya tue kan.. harakah tak siarkan beb benda neh dalam berita mereka. kah kah kah

      Woitt lue kutuk utusan tak telus ingatkan lue telus la sangat. Tapi rupanya lue dan utusan sama jek 2×5. Hapa pun tak boleh. Opsss berapa banyak dah najib bayar aku neh hah? kah kah kah

      Lepas tue…

      Kerajaan negeri kedah repair rumah halimunan.

      1. Kat kedah ada rumah halimunan. Ko ada? Aku takde beb..Wakaka..
      2. Laporan audit sebut kerajaan kedah. So ini bermaksud pentadbiran ustaz azizan kita le. Sapa lagi.
      3. Apa yang kedah buat ialah dorang luluskan bayaran untuk rumah yang tak pernah wujud.
      4. Pembayaran dibuat atas nama kerja2 penambahbaikkan untuk 3 buah rumah kos rendah yang sama sekali tak pernah wujud.
      5. Jumlah pembayaran tersebut ialah sebanyak RM28,900.
      6. Agaknya masa sign kelulusan tue tak reti nak semak dokumen berkaitan kot. Ko nak claim apa2 bayaran pun kena ada bukti. Malas nak p check samada rumah tue wujud ke tidak atas lot tersebut ka?
      7. Agak2nya mereka yang bertanggungjawab tue akan diberhentikan kerja ka? Kontraktor yang menerima bayaran akan disuruh memulangkan wang ka?
      8. Selain dari itu sebanyak rm14,740.00 juga dibayar kepada kontraktor atas kerja2 pembaikan yang tak siap.

      Setahu aku la kan. Ada orang yang bertugas melawat tapak. Mereka neh yang incharge dan semak tapak projek n proses seme kertas kerja. Lepas tue luluskan dokumen kerja siap sebelum proceed ke bayaran. Aku pernah terlibat dalam kontraktor dan perolehan tender kerajaan so aku faham serba sedikit selok belok kerja mereka.
      Lepas tue pihak yang buat bayaran tue aku tak pasti samada mereka main percaya bulat2 person in charge ka ataupun apa sebelum meluluskan satu2 bayaran tapi yang pasti benda neh takan boleh sampai proceed ke baucar bayaran sehinggalah person in charge itu sendiri meluluskan dokumen kerja siap.

      Maksudnya apa?
      Maksudnya ini kerja orang dalam. Orang kerajaan. Oleh kerana audit ada nama projek dan nama kontraktor maka sudah sewajarlah kerajaan negeri kedah pecat individu2 yang terlibat dalam penyelewengan wang kerajaan. Soh mereka bayar balik setiap satu sen yang hilang begitu sahaja.
      Dan tak payah la merapu bagai nak p banding dengan penyelewengan BN la. Lepas tue merapu nak banding dengan penyelewengan dan kerugian NFC pula. Itu seme kerja orang bodoh jek.

      Orang cerdik dia berfikir setiap penyelewengan ialah penyelewengan regardless kecik or besar. Dan setiap penyelewengan haruslah disiasat sehingga ke akar umbi regardless parti atau pemimpin.

      Lepas tue tak payah la meraban nak menyalahkan ini kerja orang2 bien ka apa. Alamak ai. Apabila seseorang tue mencuri, dia mencuri kerana dia mahu mencuri bukan dia mencuri kerana dia parti apa dan apa.

      Agak2 korang si pencuri tue tanya kat diri sendiri terdahulu ka hey aku parti apa hah sebelum mencuri? Jap aku fikir. Hahh aku bien. So aku kena la mencuri. Agak kelakar disitu beb. Korang buat aku gelak guling2 jek.

      kah kah kah

      Bodo Sumer Pencacai PR neh…

      Reply
    • October 18, 2012 at 7:13 pm
      Permalink

      Hebat betul pemerintahan PAS ni , semuanya salah UMNO , walaupun MB dan exco mereka semuanya adalah haloba-haloba Pakatan , akhirnya segala urusan kerajaan negeri dan perbelanjaan negeri boleh pulak UMNO jugak yang salah hahaha

      5 kontraktor perumahan awam tu mempunyai hubungan kekeluargaan antara satu sama lain dan setiap duit perbelanjaan dikeluarkan oleh kerajaan PAS Kedah , macamana UMNO jugak yang salah ?? dan lebih menarik lagi syarikat tu tak berdaftar !!! Apa yang kena mengena dengan UMNO .. perbelanjaan/cek kerajaan PAS Kedah dan kontrak tu orang UMNO kaa yang tandatangan ?? hahahaha

      hebat betul Kerajaan PAS Kedah ni nak tipu sana tipu sini , sampai exco mereka yang mempunyai KUASA dalam kontrak , projek dan perbelanjaan pun , dorang kena jumpa UMNO kaa???

      Kalau ikut si lembu ni seolah UMNO yang menguruskan projek , kontrak dan segala perbelanjaan Kerajaan Negeri PAS Kedah selama ni hahahaha lawak siot …

      Tu belum cite lagi Projek kat Papua New Guinea , Projek 99 East .. camana nak pusing kot , mauny penipu-penipu PAS ni kata tu semua orang UMNO yang tandangan hahahaha lawak siot ..

      Exco PAS ni semua apa jawatan dorang ehh dalam Kerajaan PAS Kedah tu , dorang jadi tukang kebun dan tukang cuci tandas jee kaa ??

      Reply
    • October 19, 2012 at 11:09 am
      Permalink

      Kita sama2 tunggu samada SPRM akan siasat isu ni… Bagus Ust.Azizan tak buang orang2 kuat UMNO. Rupanya dia simpan senjata waktu PRU. Bila orang UMNO gasak dia boleh tunjuk siapa punya angkara k’jaan jadi rosak. Lepas ni rakyat tak salahkan Ust.Azizan jika buang semua talibarut2 umno dalam k’jaan.

      Reply
      • October 19, 2012 at 11:53 am
        Permalink

        Cikgu dah tak cukup ke balak kat kedah, pi pulak PNG….nak teroka balak, kan dah rugi 134 juta….nak kira macam mana bujuk ? dalam laporan audit versi harakah, tak ada benda ni semua…hehe

        Reply
  • October 18, 2012 at 9:15 pm
    Permalink

    Fakta tepat yg HARAKAH bg cuma 2 benda jea..”TARIKH KELUARAN & MUKA SURAT”…yg lain semua auta keling…..

    Reply
    • October 19, 2012 at 11:11 am
      Permalink

      Taklah seteruk um, setahun dekat 10 saman fitnah kena bayar.

      Reply
      • October 19, 2012 at 11:54 am
        Permalink

        Cerita sat 10 saman tu saman apa ? aku la ni was-was sangat kalau nak terima apa-apa dari hang bujuk, selalu sangat hang menipu.

        Reply
        • October 19, 2012 at 12:09 pm
          Permalink

          BUKAN SUSAH NAK MENIPU…harakah setaun 20 kali kena saman

          Reply
        • October 19, 2012 at 11:05 pm
          Permalink

          hihi… hang tak caya pun ada aku kesah?

          Reply
    • October 19, 2012 at 12:24 pm
      Permalink

      Betul tu, iklan ubat kuat tu pun menipu gak. Lebai alagaPAS ingat ubat kuat boleh tahan 45 minit, rupa2nya ubat kuat nafsu. Tu yang nafsu tak tertahan2, tak dapat bini sendiri, bini member pun buleh lah.

      Reply
  • October 19, 2012 at 11:16 am
    Permalink

    Harakah adalah suara PAS, jadi menjadi dasar dia menjaga kepentingan dan kebajikan PAS. Utusan M adalah media rakyat(bukan hak UMNO), jadi um kena jaga kepentingan rakyat dan bukan jaga kepentingan umno/bn. Itu beza harakah dengan utusanM.
    Jadi kita mintak, kalau UMNO nak jaga kepentingan sendiri.. buat suratkahabar sendiri takda sapa nak kecoh. Macam blog mykmu, nak kata apapun takpa.. orang tau ni hak persendirian. Orang nak marah ke, nak boikot takda masalah kan..

    Reply
    • October 19, 2012 at 12:30 pm
      Permalink

      UM menjadi suara kerajaan dan rakyat. Sebab tu dlm UM banyak diceritakan tentang pembangunan, ekonomi, kebudayaan serta berita2 semasa. UM juga menjadi wadah untuk rakyat menyuarakan rasa hati mereka kepada pemerintah di samping menjaga kepentingan rakyat.

      Berbeza dengan Harakah, 50% fitnah, 20% iklan ubat perangsang nafsu, 20% cerita menipu dan membodek DAP, 5% warkah tok guru, 3% aktiviti setempat da 2% tentang kebajikan dan kesusahan.

      Reply
      • October 19, 2012 at 11:03 pm
        Permalink

        ko tak boleh marah sebab HARAKAH bukan hak k’jaan dan rakyat. Harakah hak parti PAS.

        Reply
    • October 20, 2012 at 2:22 am
      Permalink

      Aku baru tahu Mykmu ni hak persendirian…ingatkan Umno punya…hehe…

      Reply
      • October 21, 2012 at 10:24 am
        Permalink

        UMNO tu persendirian la kawan. Bukan hak awam.. atau hak k’jaan.

        Reply
  • October 19, 2012 at 11:52 am
    Permalink

    kebajikan dgn dosa fitnah pun tak tau nak bezakan.dosa dosa fitnah tu kebajikan bagi pas.memang sesat.

    Reply
  • October 19, 2012 at 7:53 pm
    Permalink

    Puak-puak Munafik PAS, PKR dan DAP mesti akan menuduh Laporan Audit sengaja direka untuk menjatuhkan pembangkang. Inilah modal puak2 munafik.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *