Sampai Bila Ulama “Agama” PAS Akan Terus Bisu?

Share


Sejak berkawan dengan “syaitan-syaitan”, ramai yang melihat dan bersetuju untuk menyimpulkan bahawa PAS kini tidak seperti dulu dan ulama-ulamanya yang dulunya begitu vokal memperkatakan tentang dasar Islam, kini menikus bacul bagai “tidak bertelur”.

Sejak awal tahun 2008 lagi, ketika PAS mula bergabung dengan DAP dan PKR yang berjaya memesongkan PAS untuk menjadi sebuah parti yang lebih liberal, parti yang diasaskan oleh Allahyarham Ustaz Fuad itu semakin hilang identitinya.

Paling menghairankan, kemanakah perginya golongan ulama di dalam PAS dan apakah mereka juga bersetuju melihat dasar-dasar perjuangan asal parti itu yang memperjuangkan kepentingan Islam dirosakkan begitu saja oleh “syaitan-syaitan” yang menjadi rakan karib Nik Aziz itu?

Rentetan demi rentetan peristiwa yang memalukan PAS berlaku sejak parti itu bergabung dengan DAP dan PKR.

Antara yang memanaskan punggung PAS ialah mengenai isu penggunaan kalimah “Allah” yang begitu hangat diperdebatkan sehingga ada Ahli Parlimen PAS seperti Khalid Samad yang “dibalun” bertalu-talu di dalam Parlimen oleh Ahli Parlimen PAS yang pro-ulama seperti Taib Azamuddin.

Saya masih ingat ketika itu bagaimana begitu ramai ahli dan pemimpin Dewan Ulama PAS yang bangkit marah kepada pemimpin-pemimpin “Anwarinas” di dalam PAS yang menyokong penggunakan kalimah “Allah” itu di kalangan penganut Kristian di negara ini.

Bagaimanapun, disebabkan kuasa veto yang ada pada Nik Aziz yang begitu sayang pada “syaitan-syaitan” itu, maka PAS mengambil keputusan songsang dengan membenarkan kalimah “Allah” digadaikan kepada penganut agama lain di negara ini dan menidakkan pandangan Dewan Ulama.

Begitu juga apabila bekas Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang dikutuk, dihina dan kemudiannya dipecat dari PAS disebabkan oleh keputusannya mempertahankan aqidah umat Islam di negeri itu yang diancam oleh gerakan para pendakwah Kristian di sebuah gereja.

Ketika itu, ramai juga pemimpin PAS yang pro-ulama bangkit mempertahankan Hasan Ali memandangkan keputusannya yang dianggap tepat bagi menghalang aqidah umat Islam diperkotak-katikkan di Selangor.

Namun hanya kerana Khalid Ibrahim dan Khalid Samad yang menyebelahi Kristian dan Gereja, Hasan Ali diancam dan diugut akan digugurkan jawatannya ketika itu.

Dan hanya kerana Azmin Ali yang mendesak PAS menggugurkan individu yang mempertahankan kepentingan Islam itu, maka PAS sanggup memecat Hasan Ali meskipun begitu ramai ahli Dewan Ulama yang menyokong bekas pakar motivasi tersebut.

Kemuncaknya adalah apabila PAS dipaksa untuk melupakan perjuangannya menubuhkan Daulah Islamiyyah dan hukum hudud, apabila perjuangan tersebut terpaksa digantikan dengan Kerajaan Kebajikan dan hudud pula dibuang terus dari perjuangan asal PAS.

Saya yakin, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din, bekas Timbalan Presiden PAS yang digulingkan Mat Sabu,Nasharuddin Mat Isa, Ustaz Harun Taib dan ramai lagi ulama di dalam PAS yang tidak setuju dengan perubahan negatif itu.

Namun, mereka sekali lagi berjaya “dibisukan” oleh Nik Aziz yang berkeras mahu PAS terus menjadi “keldai tunggangan syaitan”!

Terkini, apa yang saya tahu, begitu ramai golongan pro-ulama di dalam PAS seperti Dewan Ulama PAS Pusat dan diperingkat negeri, Dewan Pemuda PAS dan Ahli Majlis Syura parti itu yang merajuk, marah, terkilan dan berkecil hati terhadap kepimpinan Nik Aziz serta Hadi Awang.

Suara mereka-mereka yang pro-ulama di dalam PAS sudah tidak laku sama sekali di dalam parti itu dan ramai di kalangan mereka yang enggan lagi bersuara memperjuangkan dasar-dasar Islam di dalam parti tersebut.

Hasilnya, PAS semakin hanyut di dalam “pelukan syaitan” dan Nik Aziz yang kini dikatakan sudah “expired” begitu degil, angkuh dan berlagak bagus sudah mula disifatkan sebagai liabiliti besar yang menyebabkan parti itu semakin hilang sokongan di kalangan umat Islam di negara ini.

Persoalannya, sampai bilakah para ulama di dalam PAS akan terus bacul, bisu dan “tidak bertelur” sedangkan PAS kini hampir “karam” dan hilang maruahnya?



32 thoughts on “Sampai Bila Ulama “Agama” PAS Akan Terus Bisu?

  • October 17, 2012 at 3:07 pm
    Permalink

    TErjumpa aku seorang sabahat yang sudah sekian lama tak berjumpa. Dia bercerita mengenai bisnis dia dan sekarang sudah berpindah ofis kepremis baru. Pelawa aku ke ofis dengan rendah diri bahawa ofis dia kecik saja, tak besar.

    Dia berjiran dengan ofis PAS katanya. Kerana berjiran tiap kali perjumpaan PAS tempias rioh rendah diofis itu dapat didengar oleh dia dan staff nya dengan jelas. Katanya, orang PAS meeting tiap hari sampai pukul 2 pagi. Dari awal meeting sampai habis isinya cuma kutuk kerajaan. Kutuk menteri. Kutuk program kerajaan, projek kerajaan. Semua kutuk pasal bagi mereka semua tak betul. Yang betul tak pernah pulak dikomen. Lepas kutuk, berhenti sembahyang, minta ampun. Habis sembahyang sambung balik kutuk. Sembahyang lagi dan seterusnya, saban hari.

    Itu lah yang sahabat aku merungut, kerana dia sering pasang telinga kalau 2 dapat dengar komentar yang baik sebagai formula alternatif buat membangunkan negara. Majukan rakyat. Menyatukan rakyat. Menarik pelaburan asing. Kurangkan jenayah. Kurangkan pengangguran. Tingkatkan taraf hidup.

    Tapi itu semua tak pernah dengar katanya. Yang sering didengar, menteri ini rasuah sampai perut jadi gendut. Menteri itu berbini 4, ada mistress 2 tinggal di kondo dsbgnya. Itu saja katanya.

    Dan sahabat aku ini INdia, bukan melayu pun. Cantik tak ??

    BBBaikkkkk punya parti bulan bintang yang kurang islam..PASS.PUSS.PISS

    Reply
    • October 17, 2012 at 4:03 pm
      Permalink

      hehe….dah itu jer makanan depa…kalau tak menipu, tak buat fitnah, tak mengutuk orang alamat lapar la depa sampai malam.

      kat Malaysia ni PAS la membuat kafir memandang serong pada Islam, cakap lain..buat lain…niat lain..

      maka akan terjun lah mereka dengan labu-labunya.

      Reply
      • October 17, 2012 at 9:51 pm
        Permalink

        Konon nya begitu lah. Apabila ditegur kejadian kafir masok bertarbiah dalam masjid, berdiri disebelah mimbar tempat imam mengimamkan solat, PAS kata mereka sedang berdakwah. Mereka harapkan kafir itu dengan membiasakan diri mereka dengan masjid mudah2an mereka diberi hidayah untuk memelok islam. Maka terlaksanalah hasrat PAS dalam penyebaran Islam mereka.

        Masa berlalu, dan kita sedar apa yang berlaku adalah sebaliknya. PAS bukan saja gagal dalam dakwah mereka malah terpaksa modify tauhid mereka dengan tidak mengaku mereka islam. Ini terbukti setelah mereka modify hasrat perjuangan sebenar dengan menjadikan diri mereka kumpulan kebajikan. Itu semua atas arahan big brother mereka , DAP.

        Ikrar Nik Ajis, ikrar Hadi adalah jelas. Bahawa mereka akan berbuat apa saja demi kuasa. Mereka perlu terus berpelok asalkan dengan berpelok dan tidor sekatil bersama kafir, memberi mereka peluang utk berkuasa.

        Reply
    • October 17, 2012 at 4:46 pm
      Permalink

      Dah 4 tahun PAS bersetubuh dgn DAP berapa ekor KAFIR DAP yang dah diIslamkan? Kasihan apabila sahabat saudara disumbat dengan kutukan dan makian sebagai makanan harian apabila dia sepatutnya mendengar suara dakwah dari orang sebelah.

      Reply
    • October 17, 2012 at 6:54 pm
      Permalink

      PAs ni cerita nak tarbiyah DAP , idea mereka ialah mengajar DAP tentang Islam , akhirnya DAP yang ajar mereka pasal arak dan popmpuan . hahaha sekarang kita boleh tgk program PAS dan DAP siap ada arak lagi dan tarian seksi .. memang hebat PAS ni , sedangkan orang asli yang kat Kelantan mereka tak mampu nak Islamkan kerana sibuk berpolitik dari tok guru hingga ke anak buah mereka yang hanya tahu menyampaikan fitnah !!!

      Reply
    • October 17, 2012 at 11:12 pm
      Permalink

      Boleh caya ke.. tinggal d office hingga pukul 2 pagi?
      Lagi satu.. punya banyak masa siang2, boleh pemimpin PAS meeting 2 pagi? Pemimpin UMNO selalu ke meeting pukul 2 pagi?
      Ada ke mana2 menteri bini 4?
      Aku rasa kawan hang ni tinggal kat India kut dan cerita isu d india.

      Reply
      • October 17, 2012 at 11:52 pm
        Permalink

        Apa nk heran pukul 2 pg..pkul 3 pg pun ada org bg khidmat nasihat kt bini org..

        Reply
  • October 17, 2012 at 3:44 pm
    Permalink

    Selagi kedua dua tunggul ni(Hadi dan Nik Aziz) masih memimpin PAS selagi tu lah PAS akan terus hanyut perjuangan nya tanpa dapat keredhaan ALLAH. Kalau kita singkap balik sejarah kedua dua tunggul ni, mereka lah yang banyak mengkafir dan memesongkan akidah umat Islam di Malaysia.Hadi dgn amanat nya yang jelas sesat dan menyesatkan.Nik Aziz dgn fatwa
    songsang nya sprt. ALLAH pun samseng ,ALLAH pun mencarut dll.harus diingat kedua dua tunggul ni masih belum menarik balik Amanat dan fatwa mereka dan memehon maaf keatas umat islam.Jadi macamana kita boleh anggap perjuangan mereka ini mendapat redha ALLAH?

    Reply
  • October 17, 2012 at 4:21 pm
    Permalink

    Kalau tak pandai menipu..buat fitnah serta jatuhkan maruah orang yang tidak sehaluan bukan ahli PAS namanya..tengok je Timbalan Presiden dan Nain Presiden PAS tu ..dilantik bukan kerana ilmu agama tetapi disebabkan pandai buat lawak dipentas ceramah…lepas dia mengutuk penyokong bangang kat bawah akan berteriak takbirrr..

    trend sekarang ni pulak dalam ceramah PAS sekiranya dahulu terdapat ahli ulamak tetapi sekarang ni dipentas ceramah PAS sudah dijuarai oleh bekas pelakon dan penyanyi yang tak laku..kalau dulu dimulai dengan bacaan sepotong dua ayat alquran ataupun hadis tapi sekarang didahlui dengan nyanyian pulak..pak lobai kat bawah asyik dok ketawa pabila mendengar kelengtong ustaz dan ustazah segera PAS..mulut melopong sampai meleleh air liur dok seronok sangat dengan jualan minyak aurat oleh sibekas pelakon dan penyanyi sampaikan tak ingat bini kat rumah..kalau dahulu suara dikata aurat wanita sehinggakan tak dibenarkan menyertai masabaqah alquran tetapi sekarang ni apa dah jadi..mana fatwa simusang berjanggut tu sehinggakan perempuan PAS dah boleh berceramah..menyanyi dipentas ceramah..sudah tukar kee..

    Reply
  • October 17, 2012 at 4:46 pm
    Permalink

    Apa nak buat perkara ini tak akan berubah selagi pak lobai PAS berpaksikan situa ni..

    Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dalam kenyataannya Sabtu lepas tanpa berselindung meluahkan kemarahannya dengan menggelar Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai pemimpin berlidah panjang berikutan sikap bekas Timbalan Presiden PAS itu yang dianggap tidak senada dengan pendirian parti.

    Reaksi keras daripada Nik Aziz itu sebenarnya berkait rapat dengan kontroversi terbaru membabitkan Nasharudin yang dalam ucapannya minggu lalu, secara terbuka telah menegur sikap sesetengah orang Islam yang terlampau mendahulukan matlamat mengejar kuasa hingga mengabaikan prinsip Islam itu sendiri.

    Bekas Timbalan Presiden PAS itu, dalam ucapannya di PWTC ketika Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah juga telah mengkritik tindakan pihak tertentu yang memandang enteng isu kesatuan ummah terutama sekali membabitkan penyatuan UMNO dan PAS.

    Walau dibaca berkali-kali ucapan Nasharudin itu, tiada satu pun yang bertentangan dengan ajaran Islam tapi peliknya ia begitu menyakitkan hati Mursyidul Am PAS sehingga tergamak memanggil pemimpin separti dengannya sebagai berlidah panjang.

    Jelas sekali, Nik Aziz sudah tidak dapat menahan sabar melihat tindak-tanduk Nasharudin yang berterusan melontarkan pendapat dan idea berkaitan perpaduan sesama Islam, seolah-olah bagi Nik Aziz isu-isu sedemikian tiada maknanya disaat PAS begitu kemaruk mahu mengejar kausa.

    Barangkali bagi Nik Aziz, kerjasama PAS dengan DAP yang kini berpeluk erat dan berdakap sakan itu terlalu mulia untuk dipertikaikan, sementelah lagi Nik Aziz sendiri mengakui tanpa DAP amat sukar untk PAS menggapai puncak kuasa yang diangan-angankan.

    Hanya kerana Nasharudin menegur partinya sendiri yang semakin terkeluar dari landasan prinsip Islam, beliau digelar berlidah panjang. Dek kerana Nasharudin pernah menemani Perdana Menteri dalam pertemuan mesra dengan para ulama Arab Saudi, beliau dihalau keluar dari PAS oleh Mursyidul Am PAS.

    Nasharudin bukanlah orang pertama yang pernah diremehkan maruahnya dengan gelaran sedemikian. Para ulama kerajaan sendiri suatu ketika dulu pernah digelar sebagai ‘ulama haid dan nifas’ oleh Nik Aziz, manakala Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri pernah dihamburkan dengan doa pelik oleh Nik Aziz supaya perut PM pecah berterabur isi dalamnya.

    Malah Nik Aziz juga pernah melabel ulama-ulama pro UMNO gelaran syaitan bisu, ulama terompah kayu dan lain-lain panggil buruk yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang manusia yang mengaku sebagai ‘tok guru dan ulama’.

    Orang ramai tak pelik kalau gelaran-gelaran jelik sebegitu tersebut keluar dari mulut penyokong bawahan atau orang biasa yang cuma menjadi pengikut parti politik, tapi bila ucapan buruk sebegitu keluar dari mulut sang pemimpin yang mengaku ‘ulama’, memang pelik bin ajaib.

    Hakikatnya, masalah tutur kata buruk dan kelancangan mulut Nik Aziz sebenarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa pun. Itulah reputasi hakiki Nik Aziz sejak sekian lama.

    Bagi sebahagian besar rakyat Kelantan, imej Nik Aziz sebagai pemimpin bermulut berus telah lama disedari ramai.

    Bagi orang Kelantan istilah ‘mulut berus’ selalunya dikaitkan dengan seseorang yang lancang mulutnya, kerap mengata pada orang lain , tutur katanya pula hodoh dan lebih banyak menyakitkan hati berbanding memberi pedoman pada pendengarnya.

    Cuba anda semua tulis perkataan ‘mulut berus’ pada engin carian Google kemudian klik pada tab imej, pastinya gambar-gambar Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat kelihatan di dua barisan teratas paparan keputusan.

    Itulah reputasi sebenar Nik Aziz, sejak dulu lagi sudah sinonim dengan sebagai pemimpin bermulut berus, gemar menggelar orang lain dengan gelaran buruk disamping cukup sinonim dengan perangai buruk suka memperlekehkan sesama Islam.

    Reply
  • October 17, 2012 at 5:03 pm
    Permalink

    Didalam Bajet BN tetap memastikan hal-ehwal ibadah diperuntukkan dengan jelas, antaranya:

    1. Yayasan Wakaf Malaysia,di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri

    2. SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat

    3. Bakal haji yang mencarum di KWSP, kini dibenarkan mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 mereka bagi menampung kekurangan kos tambang.Inisiatif ini terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga RM3,000.

    so nak tanya bujuk..dalam baget Pakatan Rakyat ataupun Kelantan ada ke..peruntukan untuk Agama islam tarakkkkk……

    Reply
    • October 17, 2012 at 9:58 pm
      Permalink

      Mereka ikrar untuk pijak Islam supaya dapat naik keatas. Bila diatas baru mereka akan fikir semula untuk angkat balik apa yang dipijak.

      Sama halnya amalan semua individu dalam politik. Dalam politik mereka sanggup memijak sesiapa saja demi kepentingan peluang untuk mereka naik keatas. Bila berada diatas, milki kuasa, mereka kononnya akan angkat balik rakan yang melepek dipijak dulu.

      Harus mereka ingat, lain halnya dengan agama. Agama adalah akidah . Agama tetap tidak boleh dikorbankan untuk tujuan hidup.

      Kecuali kafir……

      Reply
  • October 17, 2012 at 11:03 pm
    Permalink

    Salam bro2 semua…ni ada sedikit info dan ilmu yang hamba cedok dari internet untuk dikongsi baca…sapa2 sudi…sila baca

    “Siapa yang dikatakan Ulama? Siapa yang beri dia pangkat Ulama?” pertanyaan begini sering timbul.
    “Kalau kita nak lantik Ulama sebagai ketua, apa kriteria yang menentukan seseorang itu Ulama atau tidak?” soalan dikaitkan pula dengan perjawatan dan perlantikan.
    Apabila seseorang menggali khazanah Islam untuk mencari takrif Ulama, sempit pula dada memikirkan bahawa Ulama seperti itu hanya seperti sebutir pasir di tepian pantai di hari ini. Terlalu sukar untuk dicari calon yang memenuhi kriteria seperti yang dinukilkan.
    Kesulitan itu bertambah lagi apabila Ulama mahu diangkat sebagai pemimpin. Timbul pula persoalan berkaitan kesarjanaan, apakah ia sinonim dengan kepimpinan?
    KELUASAN TAKRIF
    Mungkin pendapat-pendapat yang pelbagai tentang takrif Ulama itu, adalah sebagai petanda kepada luasnya cakupan makna bagi kalimah Ulama, yang disebut dua kali di dalam al-Quran, tetapi tidak diperincikan seperti Allah memperincikan perihal harta pusaka atau wanita mahram, di dalam al-Quran. Ruang yang diberikan tanpa perincian itu bertujuan untuk menyediakan unsur keanjalan pada mendefinisikan Ulama sesuai dengan peredaran zaman, tahap keilmuan dan ketamadunan manusia serta keperluan-keperluan yang diperlukan dalam urusan awam merentas masa.
    Hanya satu sifat yang melangkaui segala perubahan zaman dan keadaan, bahawa Ulama adalah manusia yang takut kepada Allah:
    “Sesungguhnya, yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (Ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” [Faathir 35: 28]
    Bagaimanakah soal takut kepada Allah ini dapat diukur untuk menentukan siapa yang Ulama dan siapa yang bukan Ulama? Justeru kita bertemu dengan himpunan definisi yang pelbagai oleh sarjana Islam sepanjang zaman yang kesemuanya menjurus kepada makna komitmen penuh seorang hamba kepada segala kehendak, perintah dan larangan Allah Subhanahu wa Ta’aala.
    KRITERIA NABI
    Namun, Ulama sebagai pewaris para Nabi, bagaimanakah kualiti yang ada pada seorang Nabi, untuk pewarisan itu menepati kriterianya?
    Allah Subhanahu wa Ta’aala membantu kita mengungkai persoalan ini melalui dua kisah yang terdapat di dalam al-Quran tentang Musa dan Yusuf ‘alayhima al-Solaatu wa al-Salaam.
    Tatkala dua orang anak perempuan Nabi Shuaib menemukan Musa dengan bapa mereka berdua, salah seorangnya berkata kepada ayahanda mereka dengan ungkapan yang diabadikan di dalam al-Quran:
    “Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah (Shuaib), ambilah dia (Musa) bekerja, Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang QAWIYY, lagi AMEEN” [al-Qasas 28: 26]
    Penjelasan tentang kriteria Musa yang menjadikan beliau sebagai manusia yang paling berkelayakan untuk diupah bekerja diungkapkan sebagai Qawiyy dan Ameen. Pembahagian kualiti Musa kepada dua dimensi Qawiyy dan Ameen ini sangat berguna dalam memahamkan kepada kita apakah yang Allah Subhanahu wa Ta’aala kehendaki dari seorang hamba berkaitan dengan kelayakan dirinya.
    Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah membahaskan perkara ini di dalam kitabnya, al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`i wa al-Ra`iyyah sebagai memudahkan kita mengukur kelayakan.
    QAWIYY itu bermaksud kekuatan, keupayaan, kemahiran dan segala yang diperlukan untuk sesuatu tugasan itu dilakukan mengikut spesifikasinya. Di dalam bahasa semasa, kalimah Qawiyy ini boleh difahami sebagai nilai KOMPETENSI.
    AMEEN pula merujuk kepada sifat amanah, bertanggungjawab dan segala kualiti akhlaq seseorang yang mudah untuk difahami sebagai nilai INTEGRITI.
    Sudah tentulah di dalam suatu pekerjaan, kelayakan tertinggi ialah pada seseorang yang memiliki nilai integriti dan kompetensi yang sama tinggi. Namun realitinya, manusia ada pasang surutnya pada kedua-dua dimensi kelayakan ini. Ada tugasan yang memerlukan keutamaan integriti, ada tugasan yang mesti mengutamakan kompetensi.
    Bagi tugasan menguruskan gembala kambing seperti yang bakal dilakukan oleh Musa ‘alayhi al-Salaam, QAWIYY (kompetensi pada kekuatan fizikal dan kemahiran menggembala) disebut dahulu sebagai yang utama, berbanding sifat AMEEN (integriti).
    Akan tetapi bagi tugasan yang bersangkutan dengan menguruskan harta dan wang, integriti dan kompetensi sama penting, dengan keutamaan diberikan kepada integriti berbanding kompetensi. Lalu tatkala Yusuf ‘alayhi al-Salaam meminta agar dirinya diposisikan kepada pengurusan perbendaharaan negara, beliau berkata:
    Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); Sesungguhnya aku adalah seorang yang teliti dalam penjagaan (HAFEEZ), lagi mengetahui cara mentadbirkannya (ALEEM)” [Yusuf 12: 55]
    HAFEEZ itu adalah soal integriti manakala ALEEM pula merujuk kepada ilmu serta kemahiran sebagai nilai kompetensi baginda.
    Apakah input yang diperlukan untuk mengangkat manusia yang ULAMA berada dari kotak 2 dan 3 kepada Quadrant Par Excellence di kotak 4?
    Di sinilah jawapan kepada kayu mengukur kriteria Ulama’ iaitu pada keupayaannya mematuhi seluruh hukum Tuhan pada Syariatullah dan Sunnatullah. Seorang alim yang takutkan Allah bukan hanya takut melanggar hukum Syariat malah juga hukum Sunnatullah. Bukanlah seorang itu dikatakan takutkan Allah apabila dirinya berilmu tinggi tentang halal dan haram, tetapi tidak berasa apa-apa melanggar hukum alam pada pekerjaan dan kehidupannya sedangkan hukum alam itu adalah Sunnatullah yang juga merupakan tuntutan Allah ke atas kita.
    Justeru, sebelum Allah Subhanahu wa Ta’aala mengisytiharkan bahawa manusia yang paling takut kepada-Nya adalah para Ulama, Allah Subhanahu wa Ta’aala menjelaskan terlebih dahulu senario-senario yang tidak mungkin difahami kecuali oleh manusia yang menjunjung Syariatullah bersama Sunnatullah.
    Dan jika mereka (yang kafir itu) mendustakanmu, (maka yang demikian itu tidaklah menjadi hal) kerana sesungguhnya orang-orang yang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan (Rasul masing-masing), mereka telah didatangi Rasul-rasulNya dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan Kitab-kitab (nasihat pengajaran) serta Kitab-kitab (Syariat) yang terang jelas.
    Kemudian Aku timpakan orang-orang kafir itu dengan azab yang membinasakan, maka perhatikanlah bagaimana buruknya akibat kemurkaanKu.
    Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;
    Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sesungguhnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (Ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. [Faathir 35: 25-28]
    Ya…
    Keterangan itu menjelaskan bagaimana seluruh hidupan di alam ini patuh kepada ketetapan-ketetapan Allah Subhanahu wa Ta’aala. Itulah cara mereka takut dan khusyu’ kepada Allah, iaitu dengan menjalani kehidupan ini sesuai dengan hukum alam iaitu hukum Allah ‘Azza wa Jalla yang Maha Esa. Jika seluruh makhluk di alam ini hidup dengan kepatuhan yang sedemikian rupa, bagaimanakah pula dengan manusia? Kemusnahan kaum-kaum yang engkar kepada perintah Allah (melanggar Syaritullah) adalah hukum Allah ke atas manusia (Sunnatullah).
    Mampukah dikatakan seseorang itu takutkan Allah, dan dia adalah seorang yang Alim (Ulama), andai dia bersolat khusyu’, menjaga halal dan haram dalam kehidupan tetapi dalam masa yang sama menentang hukum alam?
    Dia Syariatik.
    Tetapi dia tidak saintifik.
    Dengan ilmu Syariat, dilabelkannya manusia yang menolak Syariat sebagai golongan sekular. Tetapi dalam masa yang sama dia menolak hukum Sains (Sunnatullah) yang sebenarnya menjadikan dirinya juga sekular on the other side of the same coin.
    KESARJANAAN ERA OTHMANIYYAH
    Hal ini sangat ketara pada kaedah pembinaan tsaqafah (ilmu dan pemikiran) seseorang untuk melayakkan dirinya dianggap sebagai Ulama’ di era Othmaniyyah. Taskopruluzade Ahmet (1495 – 1561), seorang encyclopaedist Othmaniyyah yang terkenal dengan kitabnya Shakaik al-Nu’maniya telah menjelaskan klasifikasi ilmu seorang yang diiktiraf sebagai Alim Ulama. Ilmu-ilmu yang perlu dikuasai adalah:
    1. The calligraphic sciences: writing implements, styles of writing, etc
    2. The oral sciences: the Arabic language amd phonetics, lexicography, etymology, grammar and syntax, rhetoric, prosody, poetry, composition, history and other literary sciences.
    3. The intellectual sciences: logic and dialectics.
    4. The Spiritual sciences:
    1. The theoretical rational sciences: general theology, natural sciences, mathematics.
    2. The practical rational sciences: ethics, political sciences.
    3. the theoretical religious sciences: the Quran and Sunnah, the sciences devoted to their interpretation – Quranic exegesis, the study of prophetic traditions, Islamic theology and the principles of Islamic law and jurisprudence.
    4. The practical religious sciences: practical ethics, etiquette, ihtisab, and all subjects relating to Muslim life and worship.
    1.
    o The Ottoman Empire: The Classical Age 1300 -1600 by Halil Inalcik (1997), page 165.
    Inilah kriteria individu yang dikenali sebagai kelompok Sarjana atau Ulama di era Othmaniyyah. Kriteria inilah yang diletakkan untuk kelayakan seseorang itu mengisi jawatan mudarris, kadi, mufti dan seterusnya Sheikh ul-Islam.
    Kesimpulannya, seorang saintis yang menolak hukum Syariat bukan sarjana dan bukan Ulama. Manakala seorang ustaz atau tuan guru yang menolak hukum Sains juga bukan sarjana dan bukan Ulama. Kedua-duanya adalah kelompok songsang yang tidak takut kepada Allah.
    DEWAN ULAMA DAN INTELEKTUAL ISLAM
    Al-Marhum Ustaz Yusuf Rawa dalam kenangan. Kembali ke Rahmatullah pada April 2000
    Semasa Muktamar PAS berlangsung pada tahun 1983, Ustaz Yusuf Rawa yang mempelopori konsep Kepimpinan Ulama sebagai reaksi kepada peralihan era Dato’ Asri Muda kepada kepimpinan yang baru, beliau (Ustaz Yusuf Rawa) telah menukar nama Dewan Ulama PAS kepada Dewan Ulama dan Intelektual Islam.
    Katanya:
    Pembinaan kembali insan Muslim menerusi program pendidikan dan tarbiyyah akan dikendalikan perlaksanaannya oleh Dewan Ulama dan Intelektual Islam yang akan diberi tugas dan peranan penting dalam penyusunan baru organisasi Parti Islam.
    Para Ulama dan intelektual Islam merupakan gabungan tenaga yang penting dalam usaha memupuk dan meningkatkan kesedaran Islam di kalangan ummah. Seluruh tenaga PAS di peringkat ahli-ahli dan pimpinan mestilah turut secara aktif bagi membantu para Ulama dan intelektual Islam itu melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka dalam suasana baru itu.
    Perubahan Dewan Ulama kepada Dewan Ulama dan Intelektual Islam juga bertujuan untuk memadukan Ulama dan intelektual Islam sekali gus menghapuskan jurang perbezaan keilmuan yang wujud di kalangan mereka dan mengadunkan ilmu serta pengalaman masing- masing dalam konsep, matlamat dan peranan ilmu dalam Islam sehingga dualisma yang memisahkan ilmu Syariat dan ilmu akliyyah itu dihapuskan!
    -[Kamaruddin Jaafar (ed.) : Memperingati Yusuf Rawa, pp. 55-66]
    Sungguh hebat kenyataan Ustaz Yusuf Rawa ini kerana ia sudah pun dibentangkan seawal tahun 1983. Gagasan Kepimpinan Ulama yang diusahakan beliau bukanlah suatu gerakan untuk menghasilkan para MULLAH sebagaimana yang dirisaukan oleh al-Marhum Ustaz Abu Bakar Hamzah. Sebaliknya ia adalah gagasan untuk merawat paradigma sekular sama ada sekular pada menolak agama, atau sekular pada menolak intelektual sains. Ulama yang berkelayakan memimpin ialah ulama yang harmoni pada konsep ini.
    Apa yang diperlukan oleh PAS untuk memenangkan Islam, adalah para ideologue yang pemikirannya telah dirawat daripada dualisma sekularisma yang memisahkan di antara ilmu Syariat dan ilmu akliyyah itu tadi.
    Tetapi, apa yang berlaku, hanyalah kepada memadukan golongan Ulama dan intelektual ini di dalam kebersamaan mereka bekerja di dalam satu parti, tetapi memadukan pemikiran, paradigma dan pandangan hidup (worldview) masih belum berlangsung dengan baik. Golongan agamawan berjaya duduk semeja dengan golongan profesional tetapi proses memadukan disiplin dan ilmu masing-masing tidak berlaku. Golongan agamawan melihat banyaknya bahagian mereka yang perlu dipelajari oleh golongan profesional, tetapi tidak pula jelas pada melihat apa yang perlu agamawan ini ambil daripada disiplin dan ilmu golongan profesional seperjuangannya itu tadi.
    Pergeseran di antara golongan Ulama’ dan profesional, dalam mendefinisikan kelayakan kepimpinan, menunjukkan bahawa cita-cita al-Marhum Ustaz Yusuf Rawa masih jauh dari realiti yang ada. Golongan profesional yang sekular mungkin tidak akan mendekatkan diri kepada PAS, tetapi masalah yang besar ialah bagaimana pula dengan ustaz sekular yang menolak ilmu aqliyyah, Sunnatullah atau ilmu Sains di dalam PAS?
    Justeru, dalam suasana PAS sedang bergerak menuju kepada kepimpinan negara, keperluan untuk menguasai ilmu secara holistik bagi menghasilkan response yang tepat kepada kemajmukan Malaysia, kecamukan ideologi di dalam politik, ekonomi dan sosial serta gelombang globalisasi yang begitu meruncing, sentimen pergeseran di antara golongan agamawan dengan profesional, hanya akan mengheret PAS berpatah balik ke belakang, lebih ke belakang daripada 1983 yang telah didefiniskan dengan tepat dan jelas oleh al-Marhum Ustaz Yusuf Rawa.
    Sesungguhnya kelayakan memimpin bukanlah pada agamawan atau Profesional, tetapi pada kemurnian aqliyyah Islam yang dicernakan di dalam kriteria Nabi Musa dan Nabi Yusuf yang kita warisi perjuangannya itu. Itulah ULAMA yang HAKIKI.
    Kepimpinan Ulama bukan slogan atau retorik, tetapi satu agenda yang menuntut perubahan. Mengubah pemikiran agar berubah pendekatan dan kaedah perjuangan.
    Selamat maju jaya, buat sekalian pejuang agama!
    Sumber : ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
    68000 Ampang

    Reply
    • October 17, 2012 at 11:23 pm
      Permalink

      Itulah hebatnya pemimpin PAS…
      Mereka cuba sedaya upaya untuk melahirkan INSAN bertaraf ulamak dan saintis. Dalam artikel ni jugak takda sebut UMNO, apakah penulis lupa pada UMNO atau UMNO takda niat melahirkan Ulama.
      Apapun.. good job. tahniah..

      Reply
      • October 18, 2012 at 9:57 am
        Permalink

        ha ha ha!!! perasan, sejak bila ada kehebatan dlm pimpinan pas? kalau bacul kpd DAP tu hebat? kalau rasuah dan penyelewengan tu hebat? (baca laporan audit utk negeri kedah), kalau sokong kalimah Allah utk diguna kristian secara sesat tu hebat? kalau menyokong kaum nabi lut tu hebat? kalau menyokong kristianisasi tu hebat? dan beribu kalu lagi bujuk.. Toksah dok mendabik dada kat sini, memalukan sgt bujuk..

        Reply
        • October 18, 2012 at 12:17 pm
          Permalink

          PAS berfikir dari luar kotak, hari ini PAS boleh terus dakwah pada orang cina/india dalam ceramah politik kerana semua bangsa datang dengar. Dulu ceramah PAS hanya ada orang melayu saja. Bukankah ini lebih baik?
          Kalimah Allah ni aku nak tanya.. hang, siapa Tuhan Isa dan Yakob?
          Jika tuhan Nabi Isa dan N.Yakob Allah, maka bolehkah hang nak nafikan tuhan pengikut N.Isa dan N.Yaakob ialah Allah?
          Apakah semua umat Muhammad/ orang yg. mengaku islam tu masuk syurga sedang Allah kata Islam akan terbahagi 73 golongan dan hanya 1 golongan yg. masuk syurga. Maknanya lagi 72 golongan yg. ngaku islam ni syirik dengan Allah, maka layakkah mereka sebut Allah sebagai tuhan mereka?

          Reply
          • October 18, 2012 at 3:48 pm
            Permalink

            Bodoh…agama kristian zaman sekarang tu agama apa ? apa ke tu agama yang di bawa oleh nabi Isa ? kalau bukan kenapa cai macam hang nak sokong pengunaan allah sebagai tuhan orang kristian ?
            bodoh sungguh…tuhan orang kristain ada anak..tuhan hang pun ada anak ke bujuk ??

            harun din kan dah kata kufur sesiapa yang penyokong penyekutuan nama allah dengan nama lain-lain tuhan.

            harun din tu siapa bujuk ? bukan ka tok guru hang jugak.

          • October 19, 2012 at 11:39 pm
            Permalink

            Sapa suruh sekutukan Allah.. syirik la tu sekutukan Allah. Kalau lepas solat p jumpa bomoh tarik nombor tu syirik dan sekutukan Allah la, hang nak tau. memang kufur la…
            Tapi berani tak hang halang orang melayu yg. menurun nombor ekor sebut tuhan dia Allah?
            Kalau hang kata kristian ni sesat, jadi kalau dia sekutukan Allah… memang KUFUR la. Tapi kristian ni percaya pada Isa, dan tuhan Isa adalah Allah. Depa salah sebab paderi dan pemimpin2 mereka ajar benda yg. salah. Kitab sebenar mereka Injil, yg. ni kita kena beriman dengan Injil. Hang tak beriman dengan Injil, rosak Iman hang. Jangan main2… tapi jangan salah beriman dengan bible dan berbagai versi kitab kristian. Sesat pulak nanti..

  • October 18, 2012 at 12:07 am
    Permalink

    Hebat buat fitnah ? dah tentu la.

    Reply
  • October 18, 2012 at 9:55 am
    Permalink

    Aku nak cadang la…
    Kalau korang nak sangat D.Harun Din jadi Murshidul Am PAS korang semua umat Islam d PERLIS kena naikkan D.Harun Din sebai YB dan MB Perlis. Kelayakan Ilmu dan Amal, insyaAllah baliau layak.. tapi kalau takda kuasa, siapa nak dengar cakap beliau?
    PAS/TGNA memang nak serah pada D.Harun Din, sebab tu lantik beliau jadi Timb. tapi dah 2 PRU beliau kecundang, macamana nak naikkan jadi Mursyidul Am. Paling hampir boleh ganti mungkin TGHA, tapi susah pulak nak cari ganti Presiden, Mat Sabu tak mampu nak jadi Presiden PAS pada pandangan Iklas aku.. dalam politik dia tak kalah, tapi bab Agama ni kurang sikit. Jadi.. orang PERLIS kalau nak tengok D.Harun Din (org. Perlis) jadi MursyidulAm PAS bagilah undi pada PAS.

    Reply
  • October 18, 2012 at 11:20 am
    Permalink

    Dalam konteks pakatan rakyat, DAP telah berjaya mendakyah Pas dengan cemerlang, buktinya Mursyidul Am Pas setuju untuk berkongsi nama Allah dengan Pemimpin2 Kristian DAP. Walau pun Dr Harun menentang dengan menyatakan ‘kufur bagi mereka yang menyokong usaha tersebut’ tetapi ramai pemimpin2 Pas yang menyokong penggunaan kalimah Allah untuk dikongsi. Walau pun ayat keenam Surah Al-Kafirun jelas membuat kesimpulan: “Bagi kamu agamamu dan bagi ku agamaku”, masih tidak cukup untuk meyakinkan pemimpin2 Pas bahawa Allah tidak boleh disekutukan dengan apa dan dengan siapa pun. Benar agama Kristian itu adalah salah satu agama langit. Soalnya bagi umat Islam adakah Kristian hari ini masih lagi boleh diterima sebagai agama kitab yang dibawa oleh Nabi Isa? Perlu juga diingat Surah Al-Ikhlas yang jelas menyatakan bahawa Ayat 3 bermaksud ‘Dia ( Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakan (berbapa) dan ayat 4 yang bermasud ‘Dan tidak satu pun yang menyerupaiNya’. Jadi apabila ada pemimpin Pas yang bersetuju untuk berkongsi nama Allah, apa motifnya? Politik. Untuk terus menjadi hamba DAP akhirnya pemimpin2 Pas malah yang bergelar ulamak pun sanggup bersikap ‘aku dengar dan aku patuh’. Itu salah satu bukti jelas DAP berjaya mendakyah Pas. Itu belum lagi isu2 lain seperti penjualan arak secara terbuka dan sebagainya. Banyak yang dahulunya haram disi Pas hari ini menjadi sebaliknya.

    Dalam masa sama PKR, khasnya Anwar Ibrahim juga berjaya memesongkan Pas dari matlamat dan perjuangan asal mereka. Mereka tahu Anwar Ibrahim mempunyai krisis moral yang amat teruk. Fakta menunjukan satu ketika dahulu Pas hebat menyerang Anwar Ibrahim dalam isu moralnya sehingga Mat Sabu menggelarkan Anwar Ibrahim ‘Anwar Al-Juburi’. Tetapi mengapa hari ini oarang yang pernah dikutuk habis2an diangkat menjadi ketua Pakatan Rakyat? Jawabnya kerana kepentingan politik. Anwar Ibrahim berjaya meliberalkan Pas.

    Walaupun pun mendakwa mereka lebih Islam dari orang lain, nampaknya mereka teawas juga dengan tuntutan kuasa dunia yang menjanjikan berbagai imbuhan dunia yang amat menasyikan. ‘Janji Syurga’ hanya untuk menganut2 Pas terutama dari kalangan akar umbi yang daif dari segi pemikirannya.

    Siapa Haji Hadi Awang? Dia ialah Presiden Pas hari ini dan dari golongan ulamak Pas.Ingat lagi Amanat Haji Hadi yang membawa implikasi amat buruk dan kemuncaknya peristiwa berdarah Memali? Maksud Amanat Haji Hadi ialah MEMFITNAH UMNO. Apa yang terjadi dengan Pas sekarang? Pas bekerjasama dengan kafir HARBI DAP.

    Renungan maksud hadith Rasullullah SAW yang bermaksud :’ Nanti akan datang satu zaman dimana Islam tidak tinggal hanya pada namanya sahaja. Al-quran tidak tinggal hanya pada ayat dan hurufnya sahaja. Masjid mereka indah tetapi hilang dari petunjuk. Ulamak meraka adalah yang paling jahat dari kalangan manusia. Dari mulut ULAMAK2 ini akan muncul berbagai FITNAH dan kepada mereka FITNAH itu akan dikembalikan’.

    Lihtlah kembali kepada Amanat Haji Hadi Awang dan lihatlah pula dengan senario Pas hari ini dan kemudian hayati dan fahamai maksud Rasulullah SAW seperti diatas.

    Ini mungkin dapat menjawab soalan ‘Samapai Bila Ulamak “Agama” PAS Akan Terus Bisu? Bagi saya ‘Ulamak Pas’ hari ini meletakan duniawi datas ukhrawi. Cakap mereka tidak serupa bikin. Lebih2 lagi majoriti kepimpinan Pas hari ini terdiri dari golongan parasit ( meminjam kata2 Dr Hasan Ali) yang mungkin sedikit sebanyak telah membuatkan Ulamak2 Pas gerun dengan kemungkinan terus hilang ‘kuasa’. Situasi ini menyebabkan Ulamak2 Pas semakin bisu dan kelu kerana mereka lebih takut kehilangan kedudukan dunia dari takutkan Allah. Wallahualam.

    Reply
    • October 18, 2012 at 11:59 am
      Permalink

      Saudara…selepas membaca artikel Saifulislam di atas…saya sudah tidak yakin sama ada golongan ‘Ulamak PAs’ layak digelar ulamak atau tidak…ini hanya pandangan peribadi hamba…wallahua’lam

      Reply
      • October 18, 2012 at 2:43 pm
        Permalink

        Btul tue!! ulamak sepatutnya tidak memikirkan kuasa {takhta), wang ringgit dan apa2 kesenangan dunia dlm menegakkan kebenaran. Apatah lagi bergabung, taat dan mendengar kata kafir harbi.

        Reply
      • October 18, 2012 at 3:40 pm
        Permalink

        ye la sgt..x de org yg layak jd ulamak kan????hanya mader, paklah, najib korang yg layak jd ulamak kan..x pon yg layak jd ulamak org mcm fathul bari, mashitah, jamil khir@Hj lah pondok geting korang tu kan??

        mmg btl2 bute kayu la ko…ni lah natijahnya bile otak dah punah dibaham sekularisme….nk bgtau kau…balik bace sirah nabi dan sahabat byk2…cari dalil yg larang ulamak sertai sist pemerintahan (politik)…dan bace jugak sifat sifat yg perlu ada pd pemimpin…

        Reply
        • October 18, 2012 at 4:11 pm
          Permalink

          Aku tak bagi tahu pun contoh orang2 di Malaysia macam siapa yang layak…itu terpulang kepada pandangan masing2…kalau hang rasa hang hebat sangat boleh bagi taraf ulamak pada individu…hang bagi tahu aku sapa yang layak…bak mai nama aku nak tengok…

          Reply
          • October 18, 2012 at 5:02 pm
            Permalink

            skrg ni ko yg duk heboh kata org tu, org ni x layak kan…ko yg la yg bgtau sapa yg layak…..

            tau x..SIKAP ko spisis gol musyrikin mekah…nabi x layak lah…buat adat baru lah..lain dr biasa lah..x ikut kaum lah..x hormat kerabat sndiri lah..yg paling teruk..x percaya kebenaran nabi…

            bkn nak banding…tp tu lah..kita dah tahu org tu dah ajak pd kebaikan, ajak kpd islam..xmeyimpang dr agama..x ajak mksiat….jgn nilai individu..krana individu ada silapnya..tgklah perjuangan jamaahnya…

            mmg x semestinya org yg alim itu ulama…tp siapa ulama tu…ulama mestilah org yg berilmu, takut dgn Allah dan beramal dengan ilmunya…disini kita dah dah blh beza antara ulama dgn ulama palsu..

            ulama lg ke seseorg itu jika x takut dgn perintah Allah, x mahu berusaha tegakkan hukum Allah, mlh ade segelintir yg persoalkan hukum Allah, ajar lain tapi buat lain..

            kita dah tahu org tu bnyak ilmunya…takutkan Allah..tinggi taqwanya..selalu mengingatkan manusia ttg agama, beramal pula dgn ilmunya….

            ape lg yg bukti yg kte mhu bru kite ikut kebenaran didepan mate…kalau rase ulama pas x betol..x mahu ikut..x pe..tu atas hidayah Allah..tp tolong jgn ikut amno yg mmg punah rosak puaknye…

          • October 18, 2012 at 9:39 pm
            Permalink

            Berkatalah apa sahaja yang awak mahu…saya memilih untuk tidak memanjangkan issue kerana saya rasa kamu sebenarnya tidak faham apa yang saya cuba sampaikan…..kamu boleh berkata apa yang kamu suka…tetapi kebenaran atau kepalsuan hanya dapat dilihat oleh hamba2 Nya yang benar2 ingin melihat…saya tidak ingin mengatakan kamu salah…atau kamu benar…atau saya betul atau saya salah…saya cuma berharap Allah memberikan saya petunjuk yang jelas untuk saya membuat pilihan…yang penting petunjuk itu tidak akan datang dari kamu atau orang2 yang mengaku mereka ulamak…wallahua’lam….

        • October 18, 2012 at 5:02 pm
          Permalink

          tiba-tiba hati ini sedih dan sayu bila baca komen awak melayu Islam…. masih juga tidak mampu menggunakan akal untuk berfikir secara waras, Islam awak mungkin hanya pada nama tapi tidak pada hati.. gagal memahami yang tersirat mahupun yang tersurat.. apatah lagi yang jelas terpampang secara zahir… Semoga Allah ampuni awak melayu Islam..

          Reply
          • October 20, 2012 at 12:04 pm
            Permalink

            xpe la…aku lak kesiankan ko..msh x sedar2 berkeRajaankan org munafik….aku juga mohon Allah ampunkan dosa kamu yg bersubahat(undi) dgn krjaan pusat menzalimi rakyat kelantan kerana menafikan hak kelantan…

  • October 19, 2012 at 11:53 pm
    Permalink

    Rasanya mostly orang melayu m’sia terima D.Harun Din sebagai Ulama sebelum beliau ceburi politik. Bila beliau masuk PAS ramai yg. berbelah bagi dan sangsi..
    Pertama kita kena tahu, kita sangsi kerana apa? kerana DHD pilih apa yg. kita benci atau kerana DHD buat sesuatu yg. Allah benci. Kalau beliau buat sesuatu yg. kita benci, muhasabah la.. apakah dia salah atau kita yg. salah. Kalau kita salah betulkan, kalau yakin DHD yg. salah p perbetulkan, setidak2nya dengan hati.
    Dalam PAS DHD bukan macai, tapi Timb. Musyidul Am.. dalam erti kata lain no.2 paling berkuasa dalam PAS. Apa2 berlaku pada TGNA beliau jadi orang paling berkuasa dalam PAS. Jadi dia bukannya pengikut, tapi penentu arah tuju parti.

    Reply
    • October 20, 2012 at 11:39 am
      Permalink

      Nampak sudah ada kematangan dalam cara kamu memberi komen Bujuk…komen kamu yang ini nampak jujur dan tidak semata2 untuk spin isu..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *