Mahfuz Kata Pengaruh Tun M Beri Kesan Buruk Pada UMNO/BN

Share


Saya tidak tahu lagi bagaimana untuk menyifatkan otak yang dimiliki oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang jelas suka bercakap tapi dia sendiri tidak tahu tentang apa yang dia cakapkan kepada khalayak masyarakat Malaysia.

Memang saya kasihan dengan puak-puak PAS yang ditakdirkan untuk memiliki seorang Naib Presiden sebodoh itu, namun apakan daya, dia menang jawatan itu pada Muktamar yang lepas dan tidak habis-habis memalukan PAS siang dan malam.

Terbaru, Mahfuz berkata bahawa setiap kali mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir berkata-kata, maka ia akan memberi kesan negatif terhadap BN di mana undi di kalangan orang Melayu akan turun menjunam.

Dia memberi contoh tentang kenyataan Tun Dr. Mahathir tentang pemberian BR1M yang menurutnya seolah-olah satu tindakan untuk membeli undi dari rakyat pada PRU ke-13 nanti.

Mahfuz menegaskan bahawa setiap kata-kata dari arkitek pembangunan Malaysia itu langsung tidak memberi sebarang pengaruh terhadap Pakatan Haram dan mereka langsung tidak pernah risau dengan pengaruh yang ada pada Tun Dr. Mahathir.

Pertamanya, saya ingin memberitahu Mahfuz bahawa setiap pandangan yang diberikan oleh mantan Perdana Menteri itu mampu memberi kesan yang cukup positif kepada BN, khususnya UMNO.

Untuk pengetahuan Mahfuz, kenyataan Tun Dr. Mahathir itu sebenarnya telah disalah tafsirkan oleh otaknya yang berIQ rendah di mana mantan Perdana Menteri yang gemar mengeluarkan kenyataan sinikal itu sebenarnya menyindir Pakatan Haram!

Sebelum ini, Pakatan Haram sebok mencanangkan bahawa BR1M adalah mekanisma Kerajaan BN untuk membeli undi.

Namun, jika benarlah kenyataan Pakatan Haram itu, sehari selepas Kerajaan BN selesai memberikan BR1M, sudah tentu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengisytiharkan pembubaran Parlimen dan PRU ke-13 akan berlangsung.

Ia adalah bagi mendapatkan momentum sokongan rakyat hasil dari pembelian undi tersebut.

Pun begitu, BR1M kali ini adalah pemberian kali kedua yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan sehingga kini beliau belum pun membubarkan Parlimen! Jadi, di mana kebenaran yang dicanangkan oleh puak-puak Pakatan Haram itu?

Sebenarnya, pemberian BR1M itu adalah semata-mata untuk membantu rakyat, dan ikhlas dari sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya.

Manakala kenyataan Tun M itu hanyalah sekadar sindiran kepada Pakatan Haram yang suka sangat memanipulasi keihklasan kerajaan BN! Takkanlah itu pun Mahfuz payah untuk faham?

Lagipun, sekiranya pengaruh Tun M tidak ditakuti oleh Mahfuz dan Pakatan Haram, mengapa perlu Mahfuz mengeluarkan kenyataan untuk menyerang mantan Perdana Menteri itu? Jelaslah Mahfuz sebenarnya “phobia” terhadap sebarang kenyataan Tun M!

Mahfuz perlu tahu tentang kemenangan Datuk Mukhriz Mahathir di Parlimen Jerlun pada PRU ke-12 dahulu di mana anak mantan Perdana Menteri itu merupakan “calon bidan terjun” yang tiba-tiba dicalonkan di kawasan tersebut.

Pada awalnya, Muhkriz dijangka akan dicalonkan di Parlimen Langkawi, namun bagaimanapun beliau tercalon di Parlimen Jerlun di saat-saat akhir.

Tahukah Mahfuz bagaimana dan disebabkan apa anak Tun M itu mampu memperoleh kemenangan majoriti lebih 2,000 undi di Parlimen Jerlun sedangkan dua DUN di kawasan tersebut berjaya dikuasai oleh PAS?

Untuk mengetahui jawapannya, Mahfuz perlu turun padang dan bertemu dengan para penyokong PAS di sana yang memberikan undi kepada Mukhriz pada pilihanraya yang berlangsung pada tahun 2008 itu.

Dan kalau Mahfuz rajin, boleh tanya kepada “tok-tok ayah” PAS di Parlimen tersebut mengenai kemenangan anak PM itu dan ketika itu barulah Mahfuz akan tahu sama ada pengaruh mantan Perdana Menteri itu memberi kesan positif atau negatif terhadap Pakatan Haram!



10 thoughts on “Mahfuz Kata Pengaruh Tun M Beri Kesan Buruk Pada UMNO/BN

  • October 15, 2012 at 9:38 pm
    Permalink

    Hangpa kira lah dgn Mahpos Katak Puru ni.. otak die bkn betul sgt.. sesuai layan lembu kt padang je.. tanya le org Pkok Sena.. apa ‘kehebatan’ Mahpos Katak Puru ni..

    Reply
    • October 16, 2012 at 10:21 pm
      Permalink

      Dari dulu sampai skrang Org Tua lepasan SPM nie memang terserlah “Bahlol”nya..Hanya penyokong yg = Bahlol mcm dia saja yg nak dengar statement Bahlol dia………

      Reply
  • October 16, 2012 at 12:45 am
    Permalink

    Kecoh puak2 bangang ni dulu bila TUN kata yg bijak2 sokong Pakatan Haram…tapi balik2 org tua takde sijil SRP ni yg bg komen bg pihak Pakatan Haram Jadah…terbukti tepat la sindiran hang TUN….bravo TUN…

    Reply
    • October 16, 2012 at 7:31 am
      Permalink

      Mantik Tun M cukup tajam..kalau dia bg sesuatu statement puak PR ngok ni main ratah je xfikir, last2 kena diri balik.

      Contoh Tun kata, negara ni mana demokrasi, negara mereka (Barat) shj demokrasi..sambil semyum..

      Reply
      • October 16, 2012 at 11:04 am
        Permalink

        Orang PR mana faham bahasa mantik ni bro. Dari presiden sampai anak buah semua bebal. Orang bagi peribahasa yang simple pun diorang tak faham. Bayangkan kalau PR memerintah mau silibus peribahasa Melayu atau Inggeris akan dihapuskan dan hanya peribahasa Cina sahaja yang akan digunapakai.

        Reply
      • October 16, 2012 at 3:19 pm
        Permalink

        Mahpus ni dah macam pak kadok…ada hati nak kritik tun…budak tak pass SRP nak kritik seorang doktor bekas perdana menteri malaysia, agak-agak laaa…

        Aku setuju dengan Tun bila beliau katakan orang bijak2 sokong pakatan haram,…depa memang bijak pun..hehe

        Reply
  • October 16, 2012 at 8:34 am
    Permalink

    Kah kah kah..Dia bodoh ni kata pengaruh daripada Tun Mahathir akan memberi kesan buruk kepa Umno..so apa pasal dia bising pulak..sepatutnya kalau betul apa yang dikata tu..si lulusan SRP ni harus bertepuk tangan kesukaan..Ini tak..dia buat kenyataan bodoh..so apakah kesan daripada kata2 Naib Persiden PAS yang bodoh ni.

    Kesian PAS mendapat saorang naib presiden camni..didalam persidangan Parlimen yang aku tengok..simangkok ni cuma duduk mendiamkan diri..dia akan bangun mencelah dan berperangai saperti berok dengan mencelah secara menyindir dan memburukkan orang yang buat pembentangan..itu je tugas dia..nak keluarkan isu yang bernas..tak reti..

    Reply
  • October 16, 2012 at 11:28 am
    Permalink

    apa nk jd dgn pas,oghang mcm ni jd naib presiden, mat sabu timbalan presiden…..kedua2 depa pangge buat lawak kt funfair blh la…….

    Reply
  • October 16, 2012 at 5:11 pm
    Permalink

    Cai2 PAS pilih Naib P.Bodoh, Timb.P Syiah/Komunis/Pelucah.. so halatuju mana PAS nk pergi? HUDUD ni jd bahan mainan diorng siang dn malam. Diri sndiri pun xbetul

    Reply
  • October 17, 2012 at 8:43 am
    Permalink

    Kalau macam tu baguslah untuk PAS/DAP/PKR. Yang “Bean” tu susah hati kenapa pulak.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *