Krisis Air Selangor: Rakyat Selangor Wajar Hantar Khalid Ke Rakhine Selama 6 Bulan!

Share


Sekembalinya saya dari Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Myanmar baru-baru ini, saya diberitahu tentang penyusutan air di empangan yang didapati semakin hari semakin menuju  tahap kritikal sehingga melebihi tahap 50 peratus dari paras sepatutnya.

Perkhabaran ini membuktikan bahawa jangkaan yang menyatakan bahawa seluruh negeri Selangor dan kawasan Lembah Klang bakal mengalami krisis air pada tahun 2014 adalah benar di mana bibit-bibit masalah itu telah mula kelihatan.

Ketika itu, wajah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid “Gagap” Ibrahim, terus terbayang di benak fikiran saya dan terus terang saya nyatakan bahawa keinginan untuk meludah mukanya begitu kuat sekali di saat tersebut.

Saya tertanya-tanya, apakah dia sebagai pemimpin yang dipilih rakyat Selangor tidak dapat berfikir tentang keutamaan yang sepatutnya di dahulukan?

Antara pembinaan loji Langat 2 dan penstrukturan semula air di Selangor, yang manakah yang lebih penting demi memastikan rakyat di negeri itu terus mendapat bekalan air bersih yang mencukupi?

Khalid “Gagap” begitu sebok berusaha meminta Kerajaan Pusat memberikan komitmen untuk menjayakan penstrukturan semula air di Selangor dan dia memberi syarat bahawa sekiranya kemahuannya itu dipenuhi maka barulah dia akan membenarkan Langat 2 dibina di negeri itu.

Ketika dia meminta itu dan ini dari Kerajaan Pusat, air di empangan dan sumber-sumber air di Selangor masih lagi banyak dan penuh di paras optimum, namun bekalan air bersih telah ketara berkurangan di loji-loji rawatan air.

Kerajaan Pusat melalui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin memberikan komitmen sepenuhnya dengan membenarkan kerajaan pimpinan Khalid membeli semua keempat-empat syarikat konsesi air di negeri itu.

Malangnya, Khalid yang dikatakan CEO paling “ngetop!” di Malaysia itu gagal dalam perbincangan membeli syarikat-syarikat tersebut. Maklumlah, dia tawarkan untuk membeli dengan harga yang murah, siapa yang nak jual?

Asyik “ding dong, ding dong” sana sini, air di empangan semakin menyusut teruk dan sumber-sumber air di Selangor kian tercemar akibat menunggu “projek penstrukturan semula air Khalid” itu! Musim kemarau yang berpanjangan memburukkan keadaan.

Persoalannya, berapa lama rakyat Selangor nak tunggu Khalid selesaikan penstrukturan semula air di Selangor itu? Sudah lama sangat tempoh yang diberikan, sampai kering air di empangan!

Sekarang, malapetaka itu akan ditanggung sepenuhnya oleh seluruh rakyat Selangor dan di sekitar Lembah Klang di mana penyusutan air di empangan serta pencemaran di sungai-sungai yang menjadi sumber bekalan air itu dijangka bakal menjejaskan kehidupan rakyat di kawasan paling maju itu.

Khabarnya Selangor dan kawasan Lembah Klang merupakan negeri dan kawasan paling “advance” sekali di negara ini, tapi malangnya disebabkan Khalid “Gagap” yang “Gagal”, mereka semua akan menghadapi krisis air seteruk yang dialami pada tahun 1998 dahulu.

Khalid mahu salahkah Allah SWT atas pengurangan paras air di empangan? Kerana hujan tidak turun di kawasan tersebut dan musim kering yang melanda maka Khalid sanggup menyalahkan kuasa Allah yang Maha Menjadikan? Beranikah Khalid?

Nampaknya Khalid begitu angkuh jika dia berani berbuat demikian. Dan sekiranya dia benar-benar seorang yang zuhud kepada kejadian Allah, dia sepatutnya membenarkan Langat 2 dibina segera bagi mengatasi malapetaka yang bakal melanda rakyatnya!

Langat 2 membolehkan sumber air mentah tambahan dari Pahang disalurkan kepada seluruh penduduk negeri Selangor, Wilayah Persekutan dan Putrajaya.

Apalah salahnya jika Khalid segera meluluskan pembinaan Langat 2? Susah sangatkah dia mahu meluluskan sesuatu yang diyakininakan menyelesaikan krisis air di Selangor? Nak buat penstrukturan air pun buatlah, tapi loji Langat 2 itu perlu disegerakan!

Sekarang, keadaan semakin kritikal. Paras air di empangan menyusut teruk dan sungai-sungai sumber bekalan air semakin tercemar. Apa lagi alasan Khalid untuk mengelak diri memandangkan kini kerajaan pimpinannya gagal menyediakan air untuk diproses syarikat-syarikat konsesi.

Jika sebelum ini dia salahkah Syabas, Kementerian, Kerajaan Pusat, SPAN dan semua orang di sekeliling yang tidak menyokongnya, entah siapa lagi yang akan dia persalahkan?

Dan apa pula alasannya kali ini untuk tidak membina Langat 2? Apakah dia akan memberikan alasan bodoh lagi dan mahu terus menunggu penstrukturan semula airnya itu selesai maka barulah dia mahu fikirkan tentang masalah rakyat yang tidak mendapat bekalan air bersih?

Elok rakyat Selangor hantar Khalid “Gagap” tinggal di Rakhine, Myanmar,  selama 6 bulan dan ketika itu barulah dia tahu bagaimana azabnya berkongsi 15 gelen air dengan lebih 8,000 masyarakat Rohingya di sana, baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah!



18 thoughts on “Krisis Air Selangor: Rakyat Selangor Wajar Hantar Khalid Ke Rakhine Selama 6 Bulan!

  • October 15, 2012 at 3:10 pm
    Permalink

    Apa yang si khalid tu bolef fikir ? di Selangor dia tak di benarkan berfikir…dia hanya puppet yang mengerjakan kerja-kerja kotor untuk DAP…bila rakyaat marah, dia akan di tolak kedepan untuk menjawab, makin teruk la gagap dia.

    Mana ada pemimpin di dunia ni yang menolak permintaan untuk membina universiti di negeri bawah kawalannya….

    Selangor adalah negeri pertama di dunia ! bila menolak pemintaan untuk membina UITM kampus serendah !!

    Kenapa ? kerana tradisinya UITM adalah untuk orang melayu. Atas arahan siapa ? sendiri mau ingat laaaaa…

    Reply
  • October 15, 2012 at 3:12 pm
    Permalink

    tak payah hantar 6 bulan, 6 hari saja dia dah terpekik melolong kat situ, merayu nak balik msia. rakyat selangor wajib menolak pakatan rakyat pada pru nanti.

    Reply
  • October 15, 2012 at 4:37 pm
    Permalink

    Bujukkk…Tok guru minggu lepas kata DAP tak pernah ganggu PAS..yang ni pulak apa ekss..

    DAP Kedah sekali lagi menegaskan mereka akan menentang undang-undang yang berunsurkan Islam jika ia mahu dilaksanakan di negeri itu.

    Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, tindakan itu termasuk dalam soal pelaksanaan garis panduan papan iklan antaranya menggunakan model berpakaian sopan dan perlu bertudung jika beragama Islam.

    Katanya, sebarang perkara berkaitan undang-undang Islam perlu dipersetujui oleh semua parti dalam pakatan pembangkang di peringkat Pusat dan negeri.

    “DAP negeri sekali lagi ingin menegaskan dan menjelaskan bahawa kami tidak akan memberi sokongan terhadap undang-undang hudud atau apa sahaja berkaitan isu negara Islam,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

    Guan Aik mengulas kenyataan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Mat Noh Ahmad berhubung garis panduan pemasangan papan iklan di kawasannya yang meliputi penggunaan bahasa, landskap dan pakaian model iklan.

    Reply
    • October 15, 2012 at 4:50 pm
      Permalink

      Tu la pasal…DAP ada seekor jer…tu pun boleh jadi haru biru kerajaan negeri.

      Aku tertarik bila sekarang dah ada suara dari PAS minta si tua nik ajis tu pencen, supaya Haron Din dapat menerajui PAS.

      Reply
    • October 15, 2012 at 5:21 pm
      Permalink

      Pada tok guru istilah “tak ganggu” tu maknanya tak kena debik atau kena belasah. Dia bukan reti cakap Melayu pun.

      Reply
      • October 15, 2012 at 7:01 pm
        Permalink

        Ehh mana tk ganggu, DAP debik PAS mcm2 dh soal Islam dn melayu.. cuma PAS je yg tgh ANGAU BODOH.. xrase dikacau pun.. yelah tgh enak asyik bercinta dua kelompok syaitan ni..

        Reply
    • October 15, 2012 at 8:03 pm
      Permalink

      Itu nyamuk je… tampar sekali mati la. Apa dia boleh buat, nak cari publisiti je… sebab dia tak d peduli Ust.Azizan, bila utusan jumpa.. ni lah peluang dia nak lepaskan geram. Awat korang sokong budak DAP ni ka?

      Reply
      • October 15, 2012 at 9:29 pm
        Permalink

        Ribut dlm cawan lah nyamuk lah.. pokok pangkalnya itulah DAP, penentang Islam. Wpun jelas menentang kenapa PAS masih bersekutu? Itu yg aku hairan, kenapa harapkan kafir dlm soal meneggakkan Islam?

        Pakaian sopan pun die nk lawan, cmne nk buat yg lg besar? patutlah Kedah tiba2 jd Danok..

        Reply
        • October 15, 2012 at 9:31 pm
          Permalink

          Ko dan macai2 PAS lah yg sokong jilat lendir2 DAP hanyir tu..! Kelompok Islam lain semuanya menolak dan benci DAP. sbb tulah arak pun ok, rumah urut ok, pelacuran ok, semuanya ok lah asalkan DAPig!

          Reply
        • October 15, 2012 at 11:01 pm
          Permalink

          Bro… anak ko kalau suruh solat pun dia muncung jugak. Umno suruh laksanakan hudud yg. baik pun macam2 alasan, ni kan pulak budak KAFIR. Apa kalau anak hang muncung hang cakap tak payah solat atau hang kata dia nak masuk neraka p sambung tengok TV.

          Reply
          • October 16, 2012 at 9:41 pm
            Permalink

            Hudud PAS ? udah-udah la bujuk..adi boroi pun dah tak sebut bab-bab hudud PAS ni…

            Bujuk hang ingat tak si nizar colok tu masa dia jadi MB Perak ? peeh….siap di ugutnya habis seluruh rakyaat perak, supaya jangan mmeniup isu hudud dan negara islam….apasal dia jadi lagu tu ??

            Jenis hangpa ni, rakyaat dah paham sangat-sangat…di beri rakyaat peluang memerintah negeri, hangpa jadi macam kadok naik junjung…jadi tak ketahuan.

            cina DAP punya pasal, madrasah pun hangpa nak runtuh, duit poket punya pasal..cerah habis gunung ganang hangpa rompak balak.

            Udah-udah la memalukan Islam, berat azabnya bujuk.

          • October 17, 2012 at 12:16 pm
            Permalink

            Laa… dah 4 tahun bersetubuh dgn KAFIR, melekat sampai tak boleh cabut, diorang masih tak faham2 pasal hudud alagaPAS. Tu lah, asyik sedap main je sampai takde masa nak berdakwah.

            Contoh kau pakai tu tak relevan la Bujuk. Ini bukan kes ayah dengan anak la. Kalau ayah dan anak maknanya PAS tu ayah dan DAP tu anak. Dalam kes sekarang ni bila “anak” ugut sikit, “ayah” dah hilang telur. Patut la “anak” kau kurang ajar dan besar kepala. Harap “ayah” serban besar tudung saji tapi penakut.

          • October 17, 2012 at 1:28 pm
            Permalink

            kalau PAS baru 4 tahun bergabung dengan PR, UMNO pulak dah lebih 50 tahun. Dah tua beruban, gigi dah gugur, mata dah kabur. Apa UMNO ajar mca,mic pasal islam hingga celupar kata pada YB umno hilang akal nak buat hudud? CSL ugut keluar BN jika laksana hudud, esoknya Najib kata selagi umno/bn perintah hudud takkan d laksanakan. Ada PAS buat camtu?? atau konsisten walau apapun DAP cakap pasal hudud sebab PAS tahu org. kafir tidak akan setuju apa yg. Islam buat… pedulikan mereka.

  • October 15, 2012 at 5:51 pm
    Permalink

    Payoh…Payoh….
    Dia orang dok mengundi ‘badut2’ ni untuk jadi MB apa hal???!!!

    Reply
  • October 15, 2012 at 8:52 pm
    Permalink

    Semoga rakyat selangor boleh bertaha sehingga hari mengundi.Rasanya rancangan Langat 2 hanya di beri kelulusan apabila PRU 13 diumumkan bagi menarik pengundi. Kalau ini terjadi sudah terlambat untuk meraih undi.Selangor akan kembali ke BN tahun hadapan selewat2 nya.

    Reply
  • October 16, 2012 at 8:06 am
    Permalink

    woii bujuk tak payah nak lari jauh sangat..soalnya tuan guru ko kata DAP tak pernah kacau PAS..so yang ini bukan kacau ke..ataupun istilah kacau pada PAS tu lain kut..bukannya soal kecik ataupun nyamuk..masalah nya ada bangkangan tapi tok gur ko kata takde..ni pun ko tak faham ke bujuk bodoh betul laa..

    Reply
  • October 16, 2012 at 11:16 am
    Permalink

    Elok dihantar Khalid Gagap ni ke Indonesia…Tak payah jauh-jauh ke Myanmar sana tu…Di Indonesia, bekalan air bersih lagi teruk.

    Biar dia sendiri rasa, macam mana payahnya dapat bekalan air bersih.

    Reply
  • October 16, 2012 at 12:55 pm
    Permalink

    sian… dah nak terduduk nanti baru la terhegeh2..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *