Airmata Di Rakhine Tak Mustahil Tumpah Di Malaysia, Jika…

Share


Bukan mudah untuk mentadbir sebuah negara berbilang agama, bangsa, kaum, etnik, budaya serta keturunan seperti Malaysia, dan sesungguhnya saya bersyukur atas kurniaan Allah kerana dilahirkan di negara yang makmur, aman dan membangun ini.

Sebenarnya, saya bernasib baik kerana berpeluang untuk menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan ke Myanmar anjuran Kelab Putera 1Malaysia yang membawa bantuan seberat 580 tan berisi keperluan harian, ubat-ubatan dan sebagainya ke wilayah bergolak di Rakhine.

Alhamdulillah, satu-satunya misi yang terbesar yang dibenarkan masuk tanpa sebarang halangan dari kerajaan Myanmar itu berjaya dilaksanakan dan segala amanah yang dibawa dari negara ini berjaya disampaikan kepada masyarakat Islam di sana.

Melihat kemiskinan, perintah berkurung, serangan penyakit dan yang paling utama sekali, tiada lagi erti keharmonian di negara itu menjadikan saya begitu berterima kasih kepada kerajaan UMNO/BN yang begitu berjaya mentadbir Malaysia sehingga kini.

Saya dan rakan-rakan media yang lain tidak dapat menahan airmata melihat kesengsaraan akibat konflik agama dan krisis perkauman yang berlaku di wilayah itu disebabkan kurangnya semangat perpaduan di sana.

Mereka juga sama seperti Malaysia, mempunyai beberapa kaum, etnik dan merupakan penganut agama Islam, Buddha, Kristian, Hindu dan sebagainya, namun kerana kurangnya perpaduan, mereka bertelagah, bergaduh dan berbunuhan sesama sendiri.

Berpuluh masjid, kuil dan ratusan rumah dibakar setiap minggu akibat pertelingkahan yang begitu sukar untuk “disembuhkan” itu mengakibatkan ramai masyarakatnya terpaksa tinggal di dalam kedhaifan di kem-kem perlindungan sementara di sana.

Tiada bekalan elektrik, tiada bekalan air besih, tidur di atas tikar buluh, tinggal di rumah panjang seperti kandang kambing, hanya bertandaskan pondok kecil tanpa sistem kumbahan yang baik dan kekurangan makanan, itulah kehidupan saudara-saudara seagama kita di sana sejak Jun lalu.

Paling teruk, seorang makcik tua terpaksa merengkok di pondok buluh tersebut tidak mampu bergerak dan terpaksa menahan sakit sekian lama akibat tiada khidmat perubatan yang sempurna setelah dia dibaling batu oleh pihak pelampau yang bertelagah.

Mendengar keluhan dan tangisannya, ia mampu merentap jiwa setiap insan yang berhati manusia dan hanya binatang sahaja yang tidak berperi kemanusiaan saja yang tidak pilu melihat penderitaan makcik tersebut.

Itu baru satu contoh yang saya berikan dan bayangkan kami terpaksa berdepan dengan puluhan ribu lagi saudara-saudara seagama yang senasib dengannya.

Seorang wanita, Saidatul Niza Abu Sayaf, 25, kini terpaksa tinggal bersama suami dan seorang anaknya setelah 11 anggota keluarganya dibunuh secara kejam oleh puak-puak pelampau Buddha, termasuk kedua ibu bapanya, dua orang anaknya yang berusia 4 dan 5 tahun.

Peliknya, misi kami ini langsung tidak disertai oleh media-media pro-pembangkang seperti Harakah, Malaysiakini, Malaysia Insider dan Suara Keadilan sedangkan penyertaannya dibuka kepada semua media yang berminat.

Kalau mereka bersama kami di misi itu, saya percaya mereka akan pulang ke Malaysia dan berterima kasih kepada Kerajaan UMNO/BN yang begitu baik hati dan cemerlang mentadbir negara ini meskipun terpaksa berhadapan dengan bajingan-bajingan seperti mereka.

Terlintas juga dibenak saya untuk mencabar Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Nik Aziz, Mat Sabu, Mahfuz Omar dan Rafizi Ramli untuk bersama Lim Kit Siang, Guan Eng, Tian Chua, Eli Wong dan Teresa Kok untuk tinggal bersama mereka di kem-kem di wilayah Rakhine itu untuk tempoh 6 bulan.

Bukan apa, teringin benar saya untuk melihat mereka berdepan dengan kancah pergolakan di sana yang berpunca dari individu-individu seperti mereka yang suka menghasut dan menyebarkan persepsi buruk sehingga menyebabkan berlakunya pepecahan di negara ini.

Saya yakin, jangankan 6 bulan, sebulan pun rasanya mereka tidak akan sanggup berada di sana dan kalau lebih dari tempoh itu pun saya pasti mereka hanya tinggal nama saja kerana silap haribulan, nyawa mereka boleh terpisah dari tubuh pada bila-bila masa sahaja…

Justeru itu, hargailah keamanan, kesejahteraan dan perpaduan yang tersemai sejak zaman berzaman di Malaysia. Dan belajarlah berterima kasih terhadap sebuah kerajaan yang terbukti terbaik dalam mentadbir sebuah negara yang majmuk seperti Malaysia.

Andai kata Malaysia jatuh ke tangan “agen Yahudi”, puak-puak “chauvinis ultra kiasu” dan “khawarij Syiah”, saya yakin apa yang berlaku di Rakhine, Myanmar, tidak mustahil untuk berlaku di tanahair kita ini, insaflah…



32 thoughts on “Airmata Di Rakhine Tak Mustahil Tumpah Di Malaysia, Jika…

  • October 15, 2012 at 11:38 am
    Permalink

    Kah..kah.. Dei SETAN DukMontelKristian, apa punya kronologi da dei… Lu sendli tarak mau tinggal sana 6 bulan apa pasalmau kata worang… Lagi satu ini yang mau bikin Mesia huru hara ialah itu worang Melayu UMNGOK…. luworang tarak bole terima kenyataan Melayu PR boleh baik dgn lain bangsa… Luworang takut bayang bayang sendli la … baling cat sana baling cat sini, baling batu itu bas, bawa kapla lumbu sana sni, kincing gambar worang sana sini… siapa punya kerja?? MELAYU …

    Sekarang pun luworang masih mau ancam ancam pablik konon kalau itu PR menang Mesia kakn mandi darah… siapa cakap .. CAI CAI SETANN JUGA…. pui…POOODAH..

    Reply
    • October 15, 2012 at 11:56 am
      Permalink

      Deyy aneee… hang pun nasib baik atuk nenek hang panjat kapal bawang chindabaram…kalau tidak paling baik pun hang dok jual sirih kat Bhopal. Bersyukur lah…

      By the way, tokey hang tak singgah kedai ke hari ni ?

      Reply
      • October 15, 2012 at 12:28 pm
        Permalink

        Mamak banyak bersyukur..kerana rezeki mamak dari Allah..bukan MELAYU UMNGOK la… luworang suka takbur sikit sikit ungkit macam luworang yang turunkan rezki… jangan riak la macha.. mungkin SOROS ynag koworang binci pun lagi banyak kasi bantuan sana Rohingya… bagus buat kebajikan tapi jangan riak la SETAN…

        Apa apa pun mamak kopi pes sikit komen mamak pasal itu duit Soros..

        “TDM kalau butul suda terima duit SOROS mungkin dia bole implemen sikit sikit pengaruh pada si ajibgo dia punya menti… nowanderla PWTC punsuda pasang bendera Israel itu hari…kah..kah. itu alisukan muaytai Israel pun ada masuk Mesia… kapal Israel ada masuk Mesia…kah..kah.. nowanderla…. sudah makan budi..kah..kah”

        Reply
        • October 15, 2012 at 1:36 pm
          Permalink

          hahahaha…riak itu idak laa, tak ada sebab nak riak, tapi saja seronok tengok bangsa hang yang jenis tak sedar diri…boleh buat contoh kat budak-budak sekolah rendah.

          Ni hang tak balik Bhopal ke tengok kampung halaman hang.

          Reply
        • October 16, 2012 at 1:01 pm
          Permalink

          Woii mamak…kau tak payah nak cakap macam bagus…kami tak hantar kau balik pun dah cukup baik…kalau mak kau bagi kau makan dengan susu…kau tak perlu terima kasih kaa…sebab rezeki dari Allah…apa punya fahaman…cikgu kau mengajar kau sampai masuk universiti…kau tak perlu terima kasih kaa..syukur laa…sebab Allah campak kau kat sini..kalau campak kau kat Rakhine sana…sirih pun kau tak dapat nak jual…masa tu kau bukan setakat meroyan salahkan pemerintah…entahkan dengan tuhan2 sekali kau salahkan…sebab terima takdir buruk macam tu…

          Reply
  • October 15, 2012 at 11:51 am
    Permalink

    Baguslah buat kebaikan, tapi jangan d hina orang lain. sebab Allah tak pandang kebajikan yg. d buat tampa KEIKHLASAN. Janganlah sebab takda wakil PR maka tuduh PR tak buat apa2 untuk bantu saudara Islam d myanmar. TGHA cakap dalam parlimen supaya K’jaan m’sia ajukan permasalahan kemanusiaan ini pada nyanmar… apa k’jaan buat. Berapa lama boleh bantu? mereka perlukan kebebasan dan kerakyatan supaya boleh hidup aman tampa d zalimi. Apakah dengan bantuan makanan dan ubatan mampu mengubah hidup mereka? tidak d nafikan ia dapat mengurangkan bebanan dan kesusahan, tapi tidak memberi JAMINAN keselamatan dan nyawa mereka.
    Akhirnya.. bila buat baik jangan bangga diri, mintalah Allah balas kebaikan kita dan bukan berharap pada manusia.
    Teruskanlah usaha baik ini..

    Reply
    • October 15, 2012 at 2:39 pm
      Permalink

      nik aziz pun mengakui takut nak pi selatan thai yg bergolak utk bantu rakyat islam di sana, dan respek kat tdm yg pm masa tu terus pi ke sana.

      Reply
  • October 15, 2012 at 11:56 am
    Permalink

    Aku baca utusan, orang UMNO dah tak sabar dengan Saifudin Abdullah seperti org. PAS tak sabar dengan Nasharudin. Mereka tak buat salah apa2, tapi mereka menghalakan senapang tampa peluru pada rakan mereka. Apa kata kita tukar suka-sama-suka?
    Takda gunanya lagi kalau dah tak YAKIN pada dasar parti yg. d DOKONG. Kalau cerita kerosakan dan kesalahan parti pada umum tapi bila menyurat parti diam menikus dan angguk semua bila d tanya. Baik tunjukkan diri sebenar..

    Reply
    • October 15, 2012 at 2:38 pm
      Permalink

      tapi beza umno dan pembangkang adalah umno lebih terbuka pada kritikan, dan klu tak puas hati kat pemimpin akan dikritik utk diperbetulkan, klu tak betul akan digantikan. paling mudah contoh adalah anwar, paklah dan ramai lagi.

      tapi klu pembangkang plak akan sembunyikan segala kesalahan parti mereka dan sebaliknya melaungkan ABU asal bukan umno, so lantak la pembangkang teruk ke asal umno dijatuhkan terlebih dahulu. semua yg menegur akan dianggap penderhaka, tikam belakang, membelakangkan kepimpinan parti (atau apa2 terma arab mcm lujnah dsb utk “mengislamkan” [erbuatan tu)

      contohnya che rosli di sound kerana cakap lynas selamat, sedangkan dia pakar nuklear dan ckp hanya berdasarkan pengetahuannya sahaja. tapi dipolitikkan. begitu juga hasan ali (akhirnya dipecat), nasarudin dan ramai lagi.

      Reply
    • October 16, 2012 at 1:16 am
      Permalink

      eleh, kalau parti dia…pemimpin maksum. takdak salah oooo! terpelihara dari dosa, mak kau. Kalau nampak akhi buat salah SSSSYYYYYYY DIAM, JANGAN CAKAP APA-APA. Tak baik buka keaiban orang.

      Dalam parti2 BN, member2 satu parti kalau tak puas hati selambe je tegur sebab nak mengingatkan. Sama-sama memperbaiki, biarpun pahit.

      Reply
  • October 15, 2012 at 12:50 pm
    Permalink

    keluar tajuk kejap sebab nak tunjukkan kebodohan PAS..parti bujuk..

    Minggu lalu ada dua perhimpunan dianjurkan oleh pakatan pembangkang, kedua-duanya kebetulan bersangkut paut dengan perkara yang sama yakni membabitkan isu petrokimia. Perhimpunan pertama berlaku di Pengerang, Johor dan satu lagi himpunan berlangsung di Shah Alam, Selangor.

    Ironinya, dalam isu petrokimia di Pengerang, para pemimpin parti pembangkang dan NGO proksi mereka membantah pembangunan Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) manakala di Shah Alam pakatan pembangkang dan NGO proksinya beria-ia menuntut pembinaan kemudahan loji petrokimia yang sama di Bachok Kelantan.

    Selain daripada menuntut pembinaan kompleks dan loji petrokimia, mereka juga mahukan pembayaran royalti daripada Petronas atas alasan wujudnya carigali gas dan minyak dalam kawasan perairan Kelantan serta menuntut supaya semua hasil gas dan petroleum di daratkan di Pantai Senok Bachok, Kelantan.

    Jika asas bantahan rakan mereka di Pengerang di ambil kira, terutama dalam soal projek petrokimia RAPID konon membahayakan nyawa dan memberi kesan buruk pada alam sekitar serta merugikan penduduk setempat dari segi pendapatan dan hartanah, timbul persoalan menarik apakah pembangunan projek loji petrokimia di Bachok Kelantan memberi impak berlainan?

    Secara logiknya, jika kompleks dan loji petrokimia RAPID di Pengerang benar-benar mengancan nyawa penduduk dan alam sekitar, bermakna pembinaan kompleks dan loji petrokimia di Pantai Senok Bachok, Kelantan juga mengalami masalah yang sama.

    Lihat lah betapa bangang nya puak PAS ni..satu minta dibina dan satu lagi dibantah..sedangkan ianya melibatkan perkara yang sama…

    Reply
    • October 15, 2012 at 1:38 pm
      Permalink

      hehe…satu buat demo nak, satu buat demo tak nak….hmmmmmm

      Reply
    • October 15, 2012 at 5:26 pm
      Permalink

      Aku bersyukur kepada Allah kerana Malaysia dipimpin oleh pemimpin yang bijaksana bukannya pemimpin ultra bangang macam orang PR. Agree to disagree. Apa punya luar tabie ni.

      Reply
    • October 15, 2012 at 11:22 pm
      Permalink

      Salahudin Ayob bagitau dia hanya tak setuju penghapusan 10 kampong melayu tersebut, kerana jika pengerang maju orang melayu d sana dah tak dapat pembangunan yg. d bawa kerana mereka dah d keluarkan dari situ.

      Reply
      • October 16, 2012 at 12:00 pm
        Permalink

        Bujuk…hang suruh salehudin hangv tu…pi tengok nasib orang melayu pulau pinang, kalau dia ikhlas nak tolong orang melayu.

        dia bukan nak tolong sesiapa pun…nak tolong diri dia sendiri, tapi hang tolong pesan kat dia…tak payah la buat kerja sia-sia, rakyaat akan tetap hantar PAS balik ke rumah nik ajis.

        Reply
        • October 16, 2012 at 1:10 pm
          Permalink

          Masalahnya bro Rap…aku tak rasa Salehudin tu boleh tolong pun kalau hati dia sangat…sangattt nak tolong pun…sebab kuasa veto kat tangan DAP..LGE berkuasa penuh…peruntukan melayu memang ditambah…tapi bukan diberi semua…atas kertas aja….bila nak ambil peruntukan…kena buat permohonan dulu…tang memohon ni lah yang sangkut…

          Reply
  • October 15, 2012 at 1:36 pm
    Permalink

    Hanya org2 UMNO yg bersimpati dgn bangsa Ronghinya yg malang ni..PAS tidak rasa apa2 atas penderitaan umat sesama Islam..

    Reply
  • October 15, 2012 at 2:13 pm
    Permalink

    Asas saja si Bujuk Laknat ni masuk bagi komen dalam ruangan ni dia mesti akan membela puak-puak pakatan haram yang didokong dia siap menggunakan kalimah suci Allah lagi yang kononnya hati dia tu suci la sangat. Wei Bujuk hang ni jenis manusia yang tak boleh fikir secara rasional la. Jiwa hang mudah dipengaruh oleh orang yang hang taksub. Cubalah sesekali hang cuba bebaskan pemikiran hang daripada dikongkong oleh dakyah-dakyah puak yang hang agung-agungkan sangat tu. Aku dulupun sokong jugak puak pakatan haram ni tapi aku sedar lepas depa bergelar pakatan haram ternyata banyak keburukan dari kebaikan. Tok guru yang yang hang dok agung-agungkan dan yang jadikan idola tu adakah dia ikut sifat-sifat Rasulullah yang suka kepada perpaduan sesama Islam? Pemimpin-pemimpin pakatan haram terutamanya yang mengaku lebih Islam dari orang lain adakan depa semua tu memiliki keperibadian yang mulia sepertimana Rasullullah. Hang Bujuk dah besar dan berakal secukupnya diberi oleh Allah tapi sayang hang tak dapat berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh orang yang hang taksub. Cubalah sekali dalam hidup hang bebaskan jiwa dan pemikiran dari bersangkut paut dengan politik.

    Reply
    • October 15, 2012 at 11:23 pm
      Permalink

      Sebagai muslim apakah rujukan terbaik tuan pemerhati?

      Reply
      • October 16, 2012 at 1:07 am
        Permalink

        sudah la bujuk…hang mungkin baca Al-Quran…tapi kata putus, hang rujuk dgn kitab jingay….Islam, Al-Quran, Hadith, Serban & kopiah tu cuma kostum hangpa nak tipu org2 tua kat kg jea….

        Reply
        • October 16, 2012 at 2:24 am
          Permalink

          Al-quran bukan sekadar d baca… kena faham maksudnya jugak dan laksanakan setiap perintah yg. Allah bagi. Jangan jadi macam 1 parti tu… ingat quran waktu MUSABAQAH je, sedap/merdu ke tidak suara qari/qariah.. intipati ayat dia tak peduli. Bila memerintah mula la cadang yg. bukan2 seperti judi bola la, lanjutkan masa kelab malam sampai pagi la…

          Reply
          • October 16, 2012 at 12:03 pm
            Permalink

            laaa….Al Quraan pun hang main parti-parti ke bujuk ?

            iskh ! iskh ! sapa tok guru hang bujuk ?…yang menuntut karut marut kat India tu ke ? ssshhhhiiaannnn nya aku.

          • October 16, 2012 at 11:12 pm
            Permalink

            jangan spin la… aku tak maksudkan seperti hang tulis.
            “Al-quran bukan sekadar d baca… kena faham maksudnya jugak dan laksanakan setiap perintah yg. Allah bagi”.

      • October 16, 2012 at 1:27 pm
        Permalink

        Sebagai Orang Islam yang berpegang kepada mazhab Syafie berfahaman Ahlussunnah Wal Jamaah rujukan aku adalah Rukun Islam itu sendiri iaitu:
        1. Mengucap 2 kalimah Syahadah
        2. Sembahyang 5 waktu
        3. Berpuasa di bulan Ramadan
        4. Mengeluarkan zakat
        5. Mengerjakan Haji jika berkemampuan.

        Reply
        • October 16, 2012 at 11:13 pm
          Permalink

          Itu bukan rujukan.. itu rukun Islam. Rujukan ialah ikutan atau Imam.

          Reply
  • October 15, 2012 at 2:27 pm
    Permalink

    adusss…. ko jangan cakap cam tu bro Pemerhati..kesian lah sama kat bujuk tu..dah laa suara dia tak dengari oleh pemimpin nya sebab tak sape pun kenal dia..nak berkacap kat tepi longkang pun katak2 takde so..biar la dia bercakap kat sini ..takut nanti mati terbeliak bijik mata kempunan..tengok je laa pemimpin dia dok kata pemerintahan secara islam bukan agenda mereka tapi bujuk dok terus kata perjuangan PAS ada lah untuk pemerintahan secara islam..kah kah kah bujukkk..kesian nyaaa..

    Reply
  • October 15, 2012 at 3:07 pm
    Permalink

    rakyat malaysia patut bersyukur kita mempunay kerajaan yg begitu prihatin dalam soal kebajikan rakyat dan juga pembangunan negara. dua faktor ini amat diperlukan utk menjadi negara maju.

    Reply
  • October 16, 2012 at 1:13 am
    Permalink

    Harakah, Malaysiakini, Malaysia Insider dan Suara Keadilan semua takde telor…mereka ah pon sama seperti pemimpin mereka.

    Hantar sehari nanti depa teriak “Waaaa.waaaaa…..nak balik….NAK BALIKKKKK!!!”

    Reply
  • October 16, 2012 at 8:31 am
    Permalink

    Bujuk awatlah sampai orang buat tilawah Al-Quran pun hang nak pertikai sebab UMNO yang anjurkan. Kenyataan hang tu secara tak sedar hang telah menghina jutaan manusia yang beragama Islam yang bukan dari kalangan bangsa Arab. Hang kena ingat Bujuk memang hakikatnya umat Islam bukan dari kalangan bangsa Arab majoritinya memang tidak faham ayat Al-Quran tapi atas tanggungjawab sebagai Muslim mereka ini semua tetap boleh baca Al-Quran dengan baik. Hang berani pertikai orang lain faham Al-Quran ke tak sebab hang faham ka? Pada pemerhatian aku UMNO dan BN memang dah buat yang terbaik untuk memartabatkan Islam di Malaysia ni cuma orang yang menyokong parti tu je yang tak mau mengakuinya termasuklah hang sendiri bujuk. Atas kesungguhan UMNO dan BN jugalah orang Islam kat Malaysia ni boleh mendalami ilmu agama Islam tanpa sekatan dan had termasuklah hang Bujuk. Tapi sayangnya bila mereka dah berilmu mereka jadi lupa diri dan tidak bersyukur akhirnya orang yang bagi segala kemudahan tersebut pula ditentangnya angkara termakan dakyah satu parti tu. Bila aku kata kat hang semua tu pandai pula hang spin kot sana hang spin kot sini. Hang ni aku tengok ada bakat jadi lawyer sebab hang memang pandai spin. Cuba hang tengok lawyer yang bela anak guamnya yang melibatkan kes bunuh, terang-terang anak guamnya memang melakukan pembunuhan tapi disebabkan lawyer pandai spin, pandai main kata-kata pesalah boleh terlepas. Hang macam tu la Bujuk asal saja kena atas hidung hang pandai hang bagi macam-macam hujah segala mak nenek hang korek sampai ke hadis la ayat Al-Quran la hang manipulasi supaya hang dapat lepas diri. Orang Kristian nak guna kalimah Allah untuk merujuk tuhan depapun hang setuju. Hang ni manusia yang pentingkan diri sendiri dan juga puak-puak yang hang taksub tanpa memikirkan orang lain. Hang bayangkanlah kalau Kristian pun guna kalimah Allah untuk merujuk tuhan depa kemungkinan generasi akan datang ramai akan keliru maka ramai jugaklah yang akan murtad sebabnya mereka akan beranggapan Islam dan Kristian sama sahaja tetap menuju kepada Allah. Hang mesti suka perkara ni terjadi kan sebab hang penyokong kuat Al-Juburi yang berfahaman setiap agama adalah sama tetap menuju kepada tuhan yang satu.

    Reply
    • October 16, 2012 at 12:06 pm
      Permalink

      Bujuk mana nak faham ni semua…Islam bagi dia, adalah ajaran yang di bawa oleh nik ajis…bukan nabi junjungan kita.

      tu la dia jadi dah karut marut.

      Reply
    • October 16, 2012 at 1:45 pm
      Permalink

      Tu aku pun akui juga…hebat kalah lawyer…aku rasa dia berguru dengan Karpal Singh kot..hehe…jangan marah Bujuk nooo….selingan jer

      Reply
    • October 16, 2012 at 11:24 pm
      Permalink

      Aku tak pertikaikan kebaikan UMNO, aku hanya pertikaikan keburukan dan kerosakan yg. umno buat. Nak buat baik, bina masjid, sekolah, balai polis, kilang, pertonas.. ok, aku terima takda masalah.
      Aku nak ulas kalimah Allah.
      Aku nak tanya hang, apa bezanya seorang mengaku Muslim tapi p menurun nombor ekor(syirik) dan jumpa tok bomoh(sihir/jin) dengan ahli kitab (yahudi/nasrani)guna nama Allah. Ahli kitab ni adalah mereka yg. percaya dan mengikut ajaran nabi Yaakob dan Isa. siapakah tuhan nabi Yaakob dan nabi Isa? malah dalam Quran pun sebut semua orang percayakan Allah, tapi yg. menjadikan mereka kufur adalah kerana mereka percaya pada kuasa2 lain selain Allah atau syirik. Harap tuan dapat bezakan..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *