DUN Pimpinan “Tokong” Akan Bubar Oktober Ini?

Khabar angin di negeri sebelah zone utara sedang kuat bertiup kencang membayangkan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang dikatakan bakal membubarkan DUN sekaligus mengadakan pilihanraya di negeri itu lebih awal berbanding di peringkat pusat.

Cakap-cakap di kedai kopi juga sedang hangat memperkatakan tentang keyakinan kerajaan DAP untuk mempertahankan kuasanya di Pulau Pinang pada pilihanraya tersebut dan menggunakan kemenangan tersebut sebagai momentum bagi mereka menghadapi PRU ke-13.

Dalam ertikata lain, bukan saja bakal dijadikan “pilot case”, DAP yang dijangka masih mampu menang di pilihanraya negeri Pulau Pinang itu dikatakan akan menyuntik semangat di kalangan para penyokong parti itu di seluruh negara.

Ia dikuatkan lagi dengan kenyataan “tokong”nya, Lim Guan Eng, yang sebelum ini mencetuskan pandangan kepada Pakatan Haram untuk tidak melangsungkan pilihanraya di negeri itu serentak dengan PRU ke-13, khususnya Pulau Pinang.

Pada saya, tidak dapat dinafikan bahawa Pulau Pinang sememangnya agak sukar ditawan kembali oleh BN pada PRU ke-13 kali ini memandangkan bangsa Melayu PAS dan Melayu PKR di negeri itu dikatakan masih sanggup menjadi “keldai” kepada “tokong”.

Persoalannya, apakah “tokong” Guan Eng saja yang yakin bahawa Pakatan Haram mampu mengekalkan kuasa di negeri Pulau Pinang?

Bagaimana pula dengan MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, MB Kedah, Azizan Razak dan MB Selangor, Khalid Ibrahim? Apakah mereka bertiga juga akan mengikut jejak langkah “tokong” untuk membubarkan kuasa di DUN masing-masing?

Sekiranya, “tokong” Guan Eng yakin DAP mampu mempertahankan Pulau Pinang, apakah Nik Aziz, Azizan dan Khalid “Gagap” tidak yakin bahawa mereka mampu untuk mempertahankan kuasa di negeri jajahan mereka masing-masing?

Pada saya, pihak pembangkang kini tersepit dan mereka yakin hanya mampu menipu di Pulau Pinang sahaja, sedangkan di Kedah, Kelantan dan Selangor menunjukkan sokongan yang menurun di kalangan rakyat negeri itu.

Rakyat di Kedah, Kelantan dan Selangor kini semakin celik untuk menilai penipuan serta pembohongan yang ditabur oleh Pakatan Haram, khususnya berhubung manifesto PRU ke-12 dulu yang sehingga kini masih gagal dilaksanakan.

Di Kedah, bukan saja PAS gagal melaksanakan manifesto yang ditaburkan, malah masalah dalaman yang melanda di dalam perebutan kuasa di dalam kerajaan negeri di kalangan para pemimpin PAS turut “menyemakkan” mata rakyat.

Di Kelantan, rakyat dikhabarkan sudah bosan dengan kepimpinan Nik Aziz yang dilihat semakin mundur ke belakang dan pentadbirannya yang hanya “Islam” di mulut atau papan tanda namun tersasar dari semangat Islam dari sudut perlaksanaannya.

Paling teruk ialah di Selangor di mana dasar-dasar yang dijalankan oleh Khalid “Gagap” dilihat sangat merugikan rakyat di mana pentadbirannya telah diganggu oleh “dasar rompak rakyat Selangor untuk kembungkan poket pemimpin Pakatan Haram” dilaksanakan.

DAP di Pulau Pinang pun sebenarnya tidaklah sekuat mana. Namun setelah DAP berjaya memainkan sentimen “chauvinis ultra kiasu” dan berjaya memperkudakan PAS serta PKR di negeri itu untuk melutut pada mereka, maka “tokong” itu boleh tersenyum lebar…

Pada saya, “tokong” Guan Eng boleh membubarkan DUN pada bila-bila masa dari sekarang namun dipercayai bahawa biarpun dia berbuat demikian pada Oktober ini, keputusan tersebut pasti akan memakan dirinya sendiri.

Tentang bila PRU ke-13 akan berlangsung, biarlah Perdana Menteri yang tentukan dan saya yakin bahawa Najib punya strategi yang mantap untuk memastikan kemenangan majoriti 2/3 berada di dalam genggamannya.

Biarlah Guan Eng, Nik Aziz, Azizan dan Khalid “bersilat” untuk mempertahankan negeri jajahan mereka masing-masing. Namun apa yang perlu mereka tahu bahawa berkemungkinan besar mereka akan hilang semua keempat-empat negeri itu pada pilihanraya kali ini…

48 thoughts on “DUN Pimpinan “Tokong” Akan Bubar Oktober Ini?

  • September 17, 2012 at 7:45 PM
    Permalink

    Saya fikir, elok BN tumpukan dulu dinegeri2 yg boleh ditawan semula..gerakkan jentera diperingkat akar umbi dan satukan semua ahli2 umno..org tua2 kata..biar berdikit2 lama2 jadi bukit…yg mustahak sekarang, BN perlukan 2/3..bukannya 100%…bila sudah dapat 2/3…tunaikan segala janji2..insya_allah lepas 5 tahun akan datang boleh sapu sekurang2nya 95%.

    Reply
    • September 17, 2012 at 10:04 PM
      Permalink

      Macamana nak tawan.., yg. di kendung dah nak berciciran.

      Reply
  • September 17, 2012 at 8:29 PM
    Permalink

    Lagi cepat lg bagus, boleh kita hantar cina keparat ni balik kg dia kat melaka…sebenarnya tarikh pilihan raya bukan isu, yg penting kesedaran pengundi akan kebiadaban kapir harbi sekoq ni..

    Reply
    • September 17, 2012 at 10:07 PM
      Permalink

      Macam ust.Azizan cakap, kalau yakin menang sekarang kita bubar DUN. Maknanya LGE yakin menang…
      Kalau PR menang BESAR, bahaya pada BN. Masa PRU s’wak BN menang tipis… sebab tu tak sambung PRU 13.

      Reply
      • September 17, 2012 at 11:08 PM
        Permalink

        Azizan pun ada ckp kitab jingay tu bkn Al-quran, tapi hangpa dok junjung jugak???….

        Reply
        • September 17, 2012 at 11:45 PM
          Permalink

          Pakatan haram menang besar ?? wishful thinking !…tapi bujuk tak salah untuk bermimpi…lee guan eng yakin menang ? selangor pulak tak yakin lansung, sebab tu nak khalid akan tunggu hingga tamat tempoh sebelum bubarkan DUN, lebai kulup kelantan pulak 50-50 sebab dia akan lansungkan serentak dengan PRU 13…ikut teori hang la bujuk.

          Reply
      • September 17, 2012 at 11:50 PM
        Permalink

        pr menang besar…hahahaha.ko giler ke apa.baru menang lebih sket dah kecoh.bn dah pegang k’jaan dah bepuluh tahun.. relax je..tiap2 kali ngundi pembangkang kate ble menang tapi hammmpeh.kalu nak ckp tu tgk le track record dulu broo yg bangang

        Reply
  • September 17, 2012 at 8:47 PM
    Permalink

    saya setuju dengan penulis p pinang memang sukar pas dan pkr semakin kuat tapi selangor kedah akan balek dengan bn kelantan 50-50 ,apa2 pun bn terbaik kalau nak bandingkan dengan pr. pp kerusi umno mungkin selamat

    Reply
    • September 17, 2012 at 10:08 PM
      Permalink

      Kelantan sejak 20 tahun dulu UMNO kata 50-50. Dah lali dah..

      Reply
      • September 17, 2012 at 11:46 PM
        Permalink

        nak wat camne kite merancang allah menentukan.kene la timer ketentuan allah.aku dah tau da kalu kalah je pas misti die kata kata banyak hantu kat kelantan.parti ajaran islam konon…piiiirah

        Reply
      • September 17, 2012 at 11:48 PM
        Permalink

        kelantan aku pun rasa 50-50 rakyaat kelantan macam mana hardcore tok-tok PAS pun la ni dah lembik dah…depa tak tahan minum air lumpur…biol jadinya.

        Kesian kat bebudak sekolah rendah, nasib baiklah BN ingatkan depa tu…spent jutaan ringgit lengkapkan filter air di sekolah kat sana.

        Kalau harapkan PAS….jawapannya senang jer..” tu dah takdir “

        Reply
        • September 18, 2012 at 12:05 AM
          Permalink

          bab2 idup susah ni mmg die percaye kat takdir

          Reply
      • September 19, 2012 at 4:56 PM
        Permalink

        Sudah ketentuan Ilahi, orang UMNO terima je, yang penting kita kena kerja kuat dan berusaha bersungguh2. 20 tahun orang UMNO kata 50-50 itu maknanya kita “persevere”. Tak macam orang PR bila kalah terus kata SPR tak adik, pengundi hantu, pengundi setan dan seribu satu macam alasan.

        Reply
  • September 17, 2012 at 9:29 PM
    Permalink

    Harapan saya kepada orang melayu terutamanya di p.pinang dan negeri2 di bawah pr yang selama ini menyokong pr sedar dan kembali kepada kerajaan demi survival orang melayu.Cukuplah kita ditipu oleh puak-puak ini sepanjang masa samada siang,malam,pagi dan petang.Mari kita buktikan orang melayu masih kuat.Saya tertarik dengan kata-kata seorang menteri kita bahawa cina mca dan gerakan tidak sama dengan cina dap.Undi kita untuk generasi masa depan kita.

    Reply
    • September 17, 2012 at 10:10 PM
      Permalink

      Kepada umat Islam berilah UNDI anda pada parti yg. perjuangkan ISLAM supaya ISLAM dilihat tinggi dan tidak d permainkan seperti hari ini. Ini JIHAD kita..
      Ingatlah disana nanti Allah tak tanya BANGSA kamu tapi tanya AMALAN Agama kamu.

      Reply
      • September 17, 2012 at 10:49 PM
        Permalink

        Saya setuju kita undi parti khalifah umar DAP kerana dia lebih memperjuangkan islam

        Reply
      • September 17, 2012 at 11:41 PM
        Permalink

        btol tu..nanti amalan yang akan ditanya bukan parti.tapi bangsa yg memperjuangkan islam kite kene sokonglah bukan parti betopengkan agama yang memperjuangkan setan.huahahahaha tingat aku kat minah yang serang jpm tu pakai topeng g mahkamah.sebijik mcm pas.serban kat kepala lebai2 pas tu pun dah mcm topeng

        Reply
        • September 17, 2012 at 11:50 PM
          Permalink

          Alhamdulillah parti yang memperjuangkan Islam di berkati Allah swt, dan masih memerintah negara ! so bujuk marilah kita bersama-sama memberi undi kepada parti yang memperjuangkan Islam…UMNO !

          Reply
          • September 19, 2012 at 5:03 PM
            Permalink

            Tiada siapa yang dapat melawan takdir…itulah qadha dan qadar yang telah ditetapkan sejak azali…suka tak suka, kena terima dengan hati yang redha….

      • September 18, 2012 at 2:04 PM
        Permalink

        Ya, betul tu. Undilah BN/UMNO kerana Pakatan/PAS bukan perjuangkan Islam, jaja Islam ada lah.

        Betul tu Bujuk, Allah tak tanya BANGSA dan Allah juga tak tanya kita dari Parti mana.

        Reply
      • September 19, 2012 at 1:40 PM
        Permalink

        Islam cumo ateh kertas jo…roh islam tak ado langsong tersemat dalam jiwo pemimpin PAS. Contoh HUDUD cumo jadi slogan untuk meraih sokongan melayu isle poiii tengok kek Kelantan & Terangganu apo dan jadi dongan HUDUD tu…?

        DUN Kelantan dah luluskan dengan sokongan 39 termasuk ADUN UMNO dan diwartakan tapi sampai sekarang tak jugak berjalan tapi nak salahkan UMNO konon dihalang..?

        Reply
      • September 19, 2012 at 4:58 PM
        Permalink

        Oleh itu undilah UMNO/BN. Ingatlah disana nanti Allah tak tanya PARTI kamu tapi tanya AMALAN Agama kamu (tapi Ustazah Abby kata disana nanti dia takut disoal dia parti apa).

        Reply
    • September 19, 2012 at 4:55 PM
      Permalink

      Itu kita kena check balik susur galur keturunan…kena tengok yang mana ada darah2 3 bintang atau pun darah2 kongsi gelap…..

      Reply
  • September 17, 2012 at 9:31 PM
    Permalink

    Kalau bulan okt tak marah ke PAS nanti sebab musim pi haji.

    Reply
    • September 17, 2012 at 9:53 PM
      Permalink

      PAS marah idak…jauh hati mungkin. mana mungkin khadam marahkan tuannya.

      Reply
      • September 17, 2012 at 10:04 PM
        Permalink

        tak berasap dapur lebai2 kulup kalau derhaka kepada khalifah tokong depa…mustahil keldai engkar dgn arahan tuannya…

        Reply
        • September 17, 2012 at 10:13 PM
          Permalink

          Ye yak ye jugak…hehehehe..takkan kuli nak lawan tuannya…nanti adalah dalil2nya pas kasi utk mempertahankan tokong mereka.

          Reply
    • September 17, 2012 at 10:12 PM
      Permalink

      Kalau bukan OKT, anggaplah PAS dah nasihatkan KM supaya tak buat PRU bulan haji, dan Nasihat itu d dengar.

      Reply
      • September 17, 2012 at 10:16 PM
        Permalink

        kan bujuk dah kali dalil2nya…hehehehehe.

        kalau Najib buat gak pru 13 bulan okt ka bulan nov ni ka, apa dalilnya plak bujuk?…

        Reply
        • September 17, 2012 at 11:16 PM
          Permalink

          hehehe…bujuk spin keliling….komen spin 1 kat atas ikut petua Azizan, kalau dah yakin menang bubar jea DUN…komen spin 2, kalau DAP tak bubar DUN bln OKT, maknanya PASPISPUS yg bagi nasihat….kah kah kah….

          bujuk…selesa sungguh hang jd munafik…komen mcm keling mabuk todi…

          Reply
          • September 17, 2012 at 11:51 PM
            Permalink

            Tu la yang aku seronok sangat dengan bujuk ni !!

          • September 18, 2012 at 12:56 AM
            Permalink

            aku tidak munafik

          • September 18, 2012 at 8:20 AM
            Permalink

            Bujuk adalah salah seorang munafik, dah jelas dan terang. Hati dah hitam moga2 Bujuk diberi rahmat dan hidayah agar dirinya tidak sesat nanti…Bujuk oh bujuk, ambo nasihatkan diri anda supaya sentiasa berwaspada terlebih dahulu, takut2 anda tak lepas titian siratul mustaqim berbanding bimbangkan orang lain.

          • September 18, 2012 at 1:43 PM
            Permalink

            Takkan komen pasal PRU pun boleh jadi MUNAFIK… senangnya korang berhukum.

          • September 19, 2012 at 9:51 AM
            Permalink

            Hang suka cakap bohong bujuk….

  • September 18, 2012 at 9:33 AM
    Permalink

    beranikah dap nak bubarkan dun penang lebih awal dr pru…….

    Reply
  • September 18, 2012 at 9:38 AM
    Permalink

    Kelantan ,kedah dan selangor akan jatuh ketangan BN .Johor akan menyaksikan bererapa dun dan parliament akan jatuh ketangan PR

    Reply
    • September 18, 2012 at 10:41 AM
      Permalink

      johor strong hold bro,

      kedah selangor insyaAllah pada BN,penang takda harapan, kelantan pun rasa2 tak dapat kat bn

      Reply
      • September 19, 2012 at 9:56 AM
        Permalink

        Kelantan aku rasa harapan 50/50. Penang susah sikit sebab perancangan guan eng mensingapore kan penanag sedang berjalan lancar.

        Reply
      • September 19, 2012 at 5:10 PM
        Permalink

        Apalah yang BN ni nak sibuk2 sangat rebutkan Kelantan tu…orang Kelantan dah selesa macam tu…biaq pii laa…

        Reply
    • September 19, 2012 at 11:09 PM
      Permalink

      sesilap penang pun dpt kat bn.org cine ni susah dijangka sket.masa ramai melayu cam bujuk marah kat mahadir tetiba cina bg full support.yg aku pasti senang dijangka, nuar takkan jd pm

      Reply
  • September 18, 2012 at 10:41 AM
    Permalink

    Bila penyokong “TOKONG” bersuara….

    Reply
  • September 18, 2012 at 11:59 AM
    Permalink

    Guan Eng boleh bubar, menang belum tentu. UMNO ambik semua kerusi kat tanah besardan mCA menang beberapa kerusi kat Pulau. hasilnya BN akan menang. Jgn beri Gerakan bertanding. Parti tu hanya membuang masa!!!!

    Reply
    • September 18, 2012 at 1:41 PM
      Permalink

      Camana tu… kan ketua perhubungan BN d penang Orang Gerakan. Hang cerita macam bagi semua orang Muhyidin jadi calon, Najiib dan orang2 dia buang ketepi, sedangkan Presiden UMNO ialah Najib.

      Reply
      • September 19, 2012 at 9:52 AM
        Permalink

        hehe bujuk…bujuk…hang belajat teknik baru ke ??

        Reply
  • September 18, 2012 at 4:50 PM
    Permalink

    kalu tengok sambutan ceramah pembangkang ramai orang betoi,,,congak tengok ,,,org melayu ke arah pr 45% +cina 75% + india 45% sabah sarawak menang ke pr 1/3 kerusi dari total…ish ada harapan bn karam kali ni

    Reply
    • September 19, 2012 at 9:53 AM
      Permalink

      hang tengok kat mana ? hehe…hang kira kerusi kosong sekali kot !!

      Reply
      • September 19, 2012 at 5:16 PM
        Permalink

        Tapi boleh percaya jugak tu…kempen PR ni memang dahsyat….kita jgn underestimate…sebb dah ter’overestimate dah……..Dah pulak orang2 Malaysia ni suka dengar cerita2 sensasi…kalau surat khabar cerita buat sekolah atau universiti…siapa nak baca…cuba cerita pasal artis kena tangkap basah atau orang terjun bangunan…berebut nak baca…macam tu juga dengan kempen ceramah mereka…jadi bila duk dengar2 tu…siapa2 yang tidak siasat dulu…memang boleh terima jer bulat2…

        Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.