Zuraidah Tahu Atau Tidak Tentang “Ilmu Perang” Politik?

Share


Sudah lama kita tidak mendengar “suara” Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin, yang lebih dikenali sebagai “Mak Lampir” sejak dia disaman oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil pada awal tahun ini.

Namun baru-baru ini, Zuraidah beranikan diri untuk bersuara lagi dan kali ini dia menyalak meminta agar kepimpinan UMNO Selangor untuk memberikan nama calon Menteri Besar negeri itu sekiranya BN kembali berkuasa.

Saya tertanya-tanya, siapakah yang menyuruh Zuraidah untuk bertanyakan soalan sebodoh itu?

Atau, apakah soalan tersebut terbit dari kotak pemikirannya sendiri untuk memperlihatkan betapa bodohnya dia di kalangan rakyat Selangor?

Saya tidak pasti dari mana Zuraidah belajar “perang” politik, namun saya yakin bahawa dia sememangnya merupakan salah seorang pemimpin politik PKR yang paling lemah, tidak berdaya saing dan selalu tidak menggunakan akal untuk berfikir.

Tidakkah Zuraidah tahu bahawa di dalam mana-mana peperangan sekali pun, termasuk “perang” politik, pihak lawan sudah tentunya tidak akan mendedahkan taktik perang mereka kepada lawannya di seberang sana.

UMNO dan BN tidak bodoh seperti Zuraidah untuk menjawab soalan yang sebodoh itu, khususnya dari orang yang bodoh! Justeru itu, tidak perlulah Zuraidah bertanya tentang perkara itu lagi.

Sebaliknya, Zuraidah perlu bertanya kepada Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim tentang kabinet bayangan Pakatan Haram sekiranya gabungan parti pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya pada PRU ke-13 nanti.

Anwar sejak tahun 2008 lagi begitu kemaruk kuasa dan sanggup mengelilingi segenap pelosok negara mencanangkan bahawa Pakatan Haram akan menawan Putrajaya pada PRU ke-13, khususnya sejak penipuannya tentang peristiwa 16 September memalukan dirinya.

Anwar mencanangkan bahawa kononnya PKR, DAP dan PAS bakal merampas kuasa dan menjajah negara ini sehingga memberikan harapan kepada segelintir penyokongnya yang masih lagi sanggup tertipu dengan “Raja Putar Alam” itu.

PAS yang dulunya begitu “dihentam” Anwar pun “ter”percaya dengan omongan kosong “agen Yahudi” itu dengan menganjurkan siri-siri Himpunan “Katak” Hijau Ke Putrajaya di seluruh negara dan dihadiri oleh ribuan pak-pak lebai yang begitu naif…

Meskipun begitu, ramai rakyat di negara ini menyedari bahawa gabungan Pakatan Haram itu hanyalah gimik murahan politik Anwar sedangkan PKR, DAP dan PAS tidak pernah sebulu di dalam dasar mereka, khususnya berkenaan hukum hudud dan isu negara Islam.

Jadi, memandangkan Anwar begitu yakin untuk menawan Putrajaya, maka dia wajar memberitahu rakyat tentang perancangannya untuk melantik kabinet sekiranya Pakatan Haram ditakdirkan menang pada PRU ke-13 nanti.

Sememangnya rakyat ingin tahu tentang khabar angin yang mengatakan bahawa Anwar akan melantik seramai tiga orang Timbalan Perdana Menteri, termasuk “kekasih gelap”nya, Azmin Ali, seorang wakil DAP dan seorang lagi wakil dari PAS.

Ramai juga ingin tahu sama ada Anwar akan melaksanakan hudud sebagaimana kemahuan Nik Aziz, Hadi dan para pemimpin PAS lain sekiranya portfolio berkenaan akan diberikan kepada parti yang kononnya terlalu Islam itu.

Anwar juga perlu menerangkan tentang kesamarataan hak yang diperjuangkan DAP itu apakah akan memungkinkan Jabatan Perdana Menteri akan diwujudkan portfolio khas seperti Hal Ehwal Agama Buddha, Hal Ehwal Agama Hindu, Hal Ehwal Agama Kristian dan sebagainya?

Zuraidah perlu bertanya kepada Anwar tentang segala perancangannya dan sekiranya Anwar gagal menjawab persoalan Zuraidah itu maka tak payahlah sebok-sebok untuk “jaga tepi kain” orang lain sedangkan ketuanya sendiri penuh dengan “auta”!

Saya berpendapat, Anwar perlu menasihatkan Zuraidah untuk tidak bersuara lagi selepas ini memandangkan apa yang selama ini keluar dan terbit dari mulutnya hanyalah tentang sesuatu yang akan menyebabkan PKR ditertawakan ramai.

Justeru itu Zuraidah harus sedar bahawa dia hanyalah merupakan “ketua wanita cukup syarat” sahaja memandangkan tiada wanita yang berketerampilan untuk menjadi Ketua Wanita PKR yang bijak dan berkreadibiliti. Diamlah Zuraidah dari terus menjadi liabiliti…



10 thoughts on “Zuraidah Tahu Atau Tidak Tentang “Ilmu Perang” Politik?

  • September 24, 2012 at 10:58 am
    Permalink

    bro duke

    kena lebih terperinci sepatut nya kupasan isu ini

    memandang kan PRU13 semakin hampir, bila tak tau lah, tapi yg confirm bulan 4 tahun depan , tamat lah tempoh

    ok, memandang kan pru13 makin hampir, strategi PR , memecah belah kan orang melayu UMNO

    sbb…depa perasan orang melayu makin kuat sokong UMNO

    sbb…. menang pun depa pru12 dulu kerana perpecahan dalam UMNO

    jadi…ada 3 umpan kat sini

    1. cuba meletak kan rasa sangsi diantara najib dan muhyudin, kalau di ikut kan najib yg ada “say” psal perlantikan MB sbb dia PM , bukannya TPM

    pasai tu depa point pada muhyuddin supaya PM dan orang2 kuat PM di selangor ada sekelumit rasa sangsi kepada TPM

    2. soalan “MB” PKR itu sebenarnya cuba mewujudkan perpecah di antara orang kuat TPM dan PM di selangor, macam biasa dalam UMNO pun ada KEM, itu biasa, mana2 parti politik kat dunia ni ada KEM masing2

    tapi yg pasti, jurus halus tapi agak bodo dari mak lampir ni perlu di eksploit dari segi psikologi oleh UMNO SELANGOR

    memang PR sedar depa nyawa ikan kat selangor, depa sangat2 bimbang hilang selangor, depa cuba cipta perbalahan dalam UMNO selangor dengan pertanyaan siapa MB yg TPM calonkan, supaya PKR masih lagi berkuasa pada PRU13 nanti

    soalan yg betul sapa calon MB selangor dalam kepala PM

    jadi UMNO selangor perlu bersatu, sbb risikan menunjuk kan orang melayu selangor benar2 bersatu mahu men nyah kan PR dari bumi selangor

    jadi soalan mak lampir boleh di kategorikan dalam aliran “devide and rule”

    tak semua orng pandai berpolitik bro duke, ada yg cepat melatah

    Reply
  • September 24, 2012 at 10:59 am
    Permalink

    Mak lampir tengah mabok diulek mimpi nikmat dunia. Mak lampir rasa diri dihurmati (oleh konco2 junior) dan mak Lampir teruja semua junior dia yang membongkok badan ketika bersalaman dengan nya.

    Mak Lampir jugak dilihat naik jet exclusive mewah dan tentunya setiba ke airport destinasi Mak Lampir disambut dengan kalongan bunga dan ketika bersalaman semua yang menyambut akan membongkokkan badan mereka.

    Mak lampir mula merasakan kemanisan menjadi orang Besar dan doa Mak Lampir saban hari adalah diminta Allah kekalkan kenikmatan itu dan jangan ditarik balik walau se inci. (Atau Mak Lampir lupa bordoa ? Mulakan doa ini jika Mak lampir Lupa, kerana mungkin juga Mak Lampir akan di beri dengan Inna Lillahi wainna hila iro jiun…wirid ini bukan utk kematian Mak Lampir tetapi kita gunakan juga semasa Mak lampir sedang berduka di timpa musibah)

    Reply
  • September 24, 2012 at 1:57 pm
    Permalink

    Kenape muka Zuraidah tu macam lelaki pakai tudung je… Lebih baik sapa2 check.. Entah-entah Ketua Wanita PKR adalah lelaki..

    Reply
    • September 24, 2012 at 11:41 pm
      Permalink

      hehehe…mcm2 ada dlm PKR ni…

      Reply
  • September 24, 2012 at 2:23 pm
    Permalink

    “Ahh peduli apa i u panggil mak lampir ka, kata i takde ilmu perang politik ka apa ka. Yang penting i pernah naik jet peribadi. Y’all ada?” – Mak Lampir

    Reply
    • September 25, 2012 at 4:19 am
      Permalink

      Kahkahkah… Camner lah laki dia bangun tidoq setiap hari… Seram!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

      Bangun-bangun ada Mak Lampir kat sebelah…

      Reply
  • September 25, 2012 at 7:51 am
    Permalink

    Mak Lampir… Mat Lampir

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *