Turun Naik Saham FGV – Realiti, Spekulasi & Fantasi

Share


PAS melalui NGO proksinya Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang diketuai AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman ternyata tidak pernah duduk diam dalam menggerakkan propaganda jahat dalam usahanya untuk meracuni pemikiran golongan peneroka di tanah rancangan FELDA.

Mereka masih bertungkus lumus untuk menggagalkan usaha kerajaan menyenaraikan FELDA Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dengan menyebarkan khabar palsu dan mengelirukan fakta dengan harapan untuk membangkitkan kemarahan ramai.

Dalam tempoh sebulan ini sekurang-kurangnya dua isu telah digembar gemburkan oleh ANAK dan sekutu mereka melalui media maya dan akhbar milik mereka;-

1) Spekulasi turun naik harga saham FGVH

2) Polemik  unsur judi dalam FGVH

Berkaitan prestasi turun naik harga saham FGVH di BSKL, sepanjang bulan September ini pembangkang melalui beberapa portal dan media maya mereka cukup seronok membicarakan penurunan harga saham FGVH di BSKL.

Mereka seperti meraikan penurunan tersebut apatah lagi apabila harga saham tertinggi yang dicatatkan FGVH pada harga RM5.46 tidak bertahan lama setelah kemudiannya mengalami penurunan harga kepada RM4.57 untuk seunit saham.

Dengan memperbesarkan kejatuhan harga saham itu, pembangkang merasakan peluang untuk mereka membuktikan kepada umum bahawa langkah penyenaraian FGVH di BSKL adalah satu langkah yang silap dilihat sebagai benar.

Walhal hakikatnya, turun dan naik harga saham FGVH berkait rapat juga dengan aktiviti jual beli. Dalam kes ini, saham FGVH telah beberapa kali mengalami penurunan selepas KWSP & PNB menjual sedikit demi sedikit secara berperingkat pegangan saham FGVH untuk mendapatkan keuntungan.

Setelah harganya turun pada tangga tertentu,  KWSP & PNB kembali membeli saham-saham FGVH untuk jangka masa tertentu. Itulah resam urusniaga dalam pasaran saham. Beli semasa harga rendah dan jual bila harga tinggi.https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s320x320/551000_438581379485686_100000014842517_1706648_1779103005_n.jpg

Kedah yang diperintah oleh PAS pun ada anak syarikatnya telah membeli unit saham FGVH, malah dikalangan pemimpin pembangkang pun ada yang secara senyap-senyap memiliki saham FGVH termasuklah sudah beberapa kali melakukan transaksi jual beli saham, itu menjelaskan lagi besarnya potensi FGVH yang diyakini ramai.

Ketika artikel ini hampir siap ditulis, harga terkini saham FGVH ialah RM4.83 untuk seunit. Peningkatan 0.26 sen berbanding harga terendahnya berikutan langkah KWSP & PNB membeli semula saham-saham di pasaran secara berperingkat ketika harganya rendah.

Sementara itu keuntungan yang diperolehi oleh KWSB & PNB hasil penjualan saham pula dapat dinikmati oleh ahli-ahli mereka termasuklah anda yang mencarum dengan KWSP dan mereka yang melabur dengan unit saham milik PNB.

Manakala di pihak FGVH pula keuntungan dari urus niaga saham-saham tersebut dikongsi sama dengan para peneroka di seluruh negara. Tiada tanah tergadai, tiada bantuan diabaikan sebaliknya nikmat keuntungan dan kesejahteraan dinikmati semua. Win-win situation.http://www.desaku.com.my/codenavia/portals/telecentre/code/objects/resizeimage/image.php?image=/codenavia/portals/telecentre/images/telecentre/news/13435304821931.jpg&cropratio=1.33:1&width=300&height=226&width=300&height=226

Untuk makluman, pada akhir Ogos lalu seramai 112,635 peneroka FELDA telah menerima pemberian dividen interim sebanyak RM400 hasil daripada keuntungan penyenaraian saham FGVH. Dua bulan sebelum itu, setiap keluarga peneroka FELDA turut menerima durian runtuh wang tunai RM15,000 yang dilakukan dalam tiga fasa.

Manakala itu, bermula 1 September lepas pula pihak Felda telah mengambil alih pinjaman bank yang dibuat oleh peneroka bagi membeli 800 unit saham FGVH dan hanya perlu membayar RM50 sahaja setiap bulan kepada FELDA.

Bukankah semua nikmat ini hasil kebijaksanaan dan pandangan jauh sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan tentunya tak terjangkau dek akal sejemput milik para pemimpin dan penyokong pembangkang.

Rata-rata penyokong pembangkang di FELDA hanya tahu komplen 24 jam tapi bila ada hasil dari penyenaraian saham FGVH, suku sakat merekalah antara yang paling ke depan menebalkan muka untuk menikmatinya. Bila kena boo oleh rakan-rakan sendiri, tahu pula marah.

Penulis yakin pakatan pembangkang khususnya PAS dan NGO proksinya, ANAK akan terus melakukan spekulasi dan propaganda murahan untuk mencipta fantasi dan halusinasi palsu di minda rakyat terutama para peneroka.

Namun selagi KWSP dan PNB kekal sebagai pemegang saham terbesar, harga saham tidak akan jatuh merudum sebagaimana dipropagandakan oleh pembangkang.

Realitinya, di antara FGVH yang sudah terbukti berada dilandasan yang betul dan menguntungkan pelaburnya termasuklah memberi limpahan manfaat untuk 112,635 peneroka FELDA tentulah amat tidak kena sama sekali untuk menerima pakai pula pandangan tahyul dari PAS yang koperasi miliknya KOHILAL telah mengalami kerugian lebihkurang RM45 juta membabitkan wang milik 89,000 ahlinya di seluruh negara. Tak gitu?

 

* Bersambung… Unsur Judi Dalam Saham FGVH, Realiti Atau Fantasi?



17 thoughts on “Turun Naik Saham FGV – Realiti, Spekulasi & Fantasi

  • September 24, 2012 at 8:25 pm
    Permalink

    PAS toksah citer pasal pelaburan atau dana yang disalahgunakan. Cerita dulu pasal tabung memali.. Haram Jadah Punya PAS!

    Reply
    • September 24, 2012 at 8:40 pm
      Permalink

      Tak pun citer pasal kohilal…aku dulu support juga kohilal atas dasar perniagaan bumiputera….hampeh, bungkus.

      Reply
      • September 25, 2012 at 12:16 am
        Permalink

        Hahah KOHILAL tu dulu boleh katakan maju..tp lesap entah kemana duit koperasi tu.

        Lepas tu Hj Ismail tubuhkan HPA, popular dgn RADIX dn RFC nya.. macai2 PAS punyalah perasan.. kalo masok restoran RFC tu hidung pun tinggi dgn kopiah berlogo PAS.. HPA pun sudah mau lingkup jg..

        Reply
  • September 24, 2012 at 9:01 pm
    Permalink

    Kalau dah betul felda dah bengrap spt dituduh..awat bising cerita pasal turun naik saham plak?…org dah bengrap boleh ada saham ka?

    Mana bujuk?…kasi explain sikit.

    Reply
  • September 24, 2012 at 9:05 pm
    Permalink

    tak pun tabung derma tiap tiap malam PAS songlap tu…ada audit ke tak??

    Reply
  • September 24, 2012 at 9:22 pm
    Permalink

    Puak2 bahlul PAS ni ingat saham ni mcm skim Pak Man Telo….naik mencanak,lepas tu cabut lari….

    Bodoh sampai kiamat puak2 PAS ni…

    Reply
  • September 24, 2012 at 9:28 pm
    Permalink

    Harga saham FGVH naik turun tu perkara biasa la. Inilah tandanya saham FGVH sangat aktif diniagakan. Mazlan Aliman kena belajar apa itu “Penelah Naik” dan “Penelah Turun”.

    Reply
  • September 25, 2012 at 12:20 am
    Permalink

    Insya Allah moga FGV ini terus maju dan berkembang di peringkat antarabangsa. Inilah transformasi dan spt biasalah kerja macai pembangkang, nk bina Jambatan Pulau Pinang dulu pun riuh rendah dgn mcm2 fitnah, Putajaya mahu dilelong.. PEMBANGANG MALAYSIA mmg xde kerja..

    Reply
  • September 25, 2012 at 8:33 pm
    Permalink

    Ayoyo..Takkan ler nak expect saham FELDA tu mecanak2 terus naik mcm Anu tu punya bila dapat tgok lobng tu.Saham yg besar mcm ni mmg lambat naik dan lambat turun jgk.Lain lah klu saham2 di 2nd board.

    Reply
  • September 25, 2012 at 8:33 pm
    Permalink

    Rintihan nasib sedara islam kita di Singapura.Artikel utk renungan umat islam semua.Harap2 Dap tidak le seteruk PAP di singapura bila dh berkuasa nanti…Berkongsi dan renugkan lah..

    i was born, educated and work in singapore all my life but in 1997 i was laid-off FIRST just because im a malay (and some other colleagues of mine) and my other CHINESE colleagues stays on and now im happily lived in MALAYSIA and have a family here..

    sambung…

    Reply
    • September 26, 2012 at 10:21 am
      Permalink

      Erm..sekarang dia dah duduk Malaysia pulak…kalau sok sok DAP @ PAP (DAP dan PAP ni adik beradik tiri) ni memerintah silap silap gaya kena kuar ke tempat lain pulak…ke mana lagi orang Melayu nak migrate…tanah melayu mana ada lagi…nak ke Indon plak ker…

      Reply
  • September 25, 2012 at 8:34 pm
    Permalink

    LKW once labeled people like us (the migrated ones) were traitors and unfaithful to their country..and why do people like us did that?..go figure!

    1. i wanted to be a doctor but was offered Arts in the NUS eventho i was qualified to study medicine there.
    2. i was given senior technician position while my other CHINESE friend (who graduated from the same fac as me) was given an engineer post at the same company that we joined together. (btw im an honors graduates and he was NOT)
    3. i was exempted from the NS.(Im so sure that i’ll be going to an OCT school if i were enlisted then as i was a Pes.A candidate during the IPPT)

    sambung..

    Reply
  • September 25, 2012 at 8:38 pm
    Permalink

    4. we the malays we laid-off FIRST at our previous company during the global recession in 1997.

    So WHAT THE HELL are you talking about my fellow SINGAPOREANS that we the MALAYS achieved the moon and stars at the red dot??Yeah you need to LICK all those CHINESE ASSES there to realized one dream.

    sambung..

    Reply
    • September 26, 2012 at 10:37 am
      Permalink

      Bangsa melayu ni bangsa yang asalnya berbudi bahasa…lembut…bersopan…Itulah sebabnya kita ada pepatah kera di hutan disusui dan anak sendiri mati kelaparan…orang melayu ni bila dihulur sesuatu, respon pertama ialah…tak payahlah…tak perlulah…walau pun dalam hati tu hendak sangat2…itulah bangsa melayu..Itulah sebab kita dapat hidup dengan aman damai di bumi bertuah ini…kerana bangsa melayu adalah bangsa yang sangat tolerant…sangat suka mengalah…berbeza dengan bangsa Cina…mereka ini agak tamak dan Ultra Kiasu…kalau kita offer nak beli tanah…dia terus minta nak beli semua…dia tak minta se ekar dua..semua dia nak beli…macam tulah perumpamaan bangsa dia orang ni…tapi kelemahan orang melayu ialah…terlalu banyak sangat perasaan hasad dengki sesama sendiri…kalau boleh…jika dia tak dapat sesuatu, orang melayu lain juga tak boleh dapat…bangsa lain dapat tak apa..akhirnya jika Melayu terus menerus mcm ni….sengketa sesama sendiri, hasad sama sendiri…maka kita akan meang sorak tapi kampung tergadai…sungguh menyedihkan…

      Reply
  • September 26, 2012 at 2:44 pm
    Permalink

    Apalah yg. peneroka boleh buat dengan saham 800 unit? 1 lot pun tak sampai(1 lot – 1000 unit), dah tu berhutang pulak. Jangan bayar hutang lebih dari untung sudah…

    Reply
    • September 26, 2012 at 2:50 pm
      Permalink

      Nak tau jugak berapa Isa Samad dapat? Sikit habuk tanah pun dia tak perlu gadai. Peneroka kena bayar rm50 sebulan, ..c isa samad bayar berapa pulak untuk saham2 dia?

      Reply
    • September 26, 2012 at 2:59 pm
      Permalink

      Yg. lagi aku tak faham.. kenapa tak potong imbuhan rm15k pada peneroka untuk tebus saham fgvh sekitar rm3.6+k supaya peneroka tak perlu berhutang?
      Lepas tu bagi bonus rm0.4k pulak walaupun tak sampai 1 tahun d niagakan. Bila dah habis duit, baru Ahmad maslan bagitau itu hutang yg. peneroka kena bayar rm4k campur hutang saham. Permainan politik apa yg. sedang d mainkan oleh UMNO? menggalak/memudahkan peneroka berhutang atau nak menipu peneroka, k’jaan baik dan murah hati sedangkan semua itu hutang yg. wajib d bayar dan bukan seperti hutang suami kak ijat rm25 juta.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *