Nik Aziz Hanya Pertahankan Nama Rasulullah SAW, Bukan Ajaran Baginda

Share


Saya rasa “tersentuh” dengan gesaan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang meminta umat Islam beramai-ramai menyertai protes aman membantah penerbitan filem “Innocence of Muslims” yang menghina Rasulullah SAW.

Saya tersentuh bukannya kerana gembira dengan tindakannya membela Rasulullah SAW dari dihina oleh seorang lelaki Yahudi di luar negara, namun saya tersentuh dengan sikap “double standard” yang diamalkan Menteri Besar Kelantan itu dalam isu yang berkaitan Islam.

Memang benar bahawa semua berbilion umat Islam di dunia ini marah dan mengutuk keras kandungan video pendek yang menghina junjungan besar Rasulullah SAW dan keluarga Baginda itu.

Namun persoalannya, ketika mana bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mempertahankan aqidah umat Islam dari gejala murtad di Lembah Klang, mengapa dia membisu seribu bahasa?

Ketika itu, boleh dikatakan hampir semua pemimpin PKR di Selangor “membelasah” pengasas PAS di negeri itu semahu-mahunya.

Tidak cukup dengan itu, Khalid Samad yang dipercayai menyimpan dendam kesumat terhadap Hasan Ali, turut sama “membedal” dan mengetuai gerakan menjatuhkan musuh politik dalamannya itu dari kepimpinan PAS.

Hatta ketika mana Azmin yang dipercayai menerima arahan dari Anwar Ibrahim mengarahkan PAS untuk memecat Hasan Ali, Nik Aziz sedikit pun tidak rasa ralat untuk menuruti perintah dua “kekasih gelap” tersebut.

Persoalannya, mengapa Nik Aziz perlu bersikap “double standard” dalam hal Sam Bacile di luar negara berbanding mempertahankan aqidah umat Islam yang menjadi keutamaan Rasulullah SAW ketika hayat Baginda?

Tidak salah, malah dialu-alukan tindakan Nik Aziz yang menyeru umat Islam di seluruh negara untuk mengutuk Sam Bacile seteruk-teruknya. Saya tidak pertikai tentang hal itu.

Namun begitu, Nik Aziz sepatutnya membela tindakan Hasan Ali yang mempertahankan aqidah umat Islam di Selangor dan Wilayah Persekutuan memandangkan diakui wujudnya bukti yang menunjukan usaha tersebut berlaku.

Apakah kerana Sam Bacile berada di luar negara dan bukan seorang pemimpin Pakatan Haram maka Nik Aziz berani untuk mengutuk dan menyelar lelaki Yahudi tersebut?

Apakah kerana Hasan Ali berada di depan mata dan tidak disukai oleh PKR serta beberapa pemimpin PAS Selangor maka Nik Aziz berani mengambil tindakan “tutup kedua-dua belah mata” terhadap kezaliman yang berlaku di dalam partinya?

Apakah kerana Anwar dan Azmin itu sekutu “syaitan”nya maka Nik Aziz tidak berani mempertahankan kedudukan bekas Exco Hal Ehwal Agama Islam itu dari dipecat oleh kedua-dua makhluk perosak PAS itu?

Nampaknya Nik Aziz bersikap pengecut dan tidak ikhlas dalam memperjuangkan ajaran yang ditinggalkan Rasulullah SAW kepada umatnya.

Sesungguhnya ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW dan aqidah umat Islam jelas lebih penting dari mengambil tindakan yang sama sekali tidak memberi kesan terhadap Sam Bacile di luar negara.

Saya tertanya-tanya, jika Nik Aziz sanggup mendoakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang merupakan seorang muslim itu supaya dipecahkan perutnya, mengapa Mursyidul Am “agama” PAS itu tidak menunaikan solat hajat agar dicabut saja nyawa Sam Bacile?

Tapi jangankan solat hajat untuk tamatkan riwayat Sam Bacile, mendoakan lelaki Yahudi itu tumbuh bisul di punggung pun Nik Aziz tidak lakukan!

Justeru itu saya menganggap bahawa gesaan Nik Aziz kepada umat Islam untuk menyertai himpunan protes aman terhadap penerbitan filem “Innocence of Muslims” itu hanya gimik politik saja untuk menarik populariti dari kalangan rakyat.

Jika benar Nik Aziz ikhlas dalam mempertahankan Rasulullah SAW, sudah tentu dia akan menggesa para penyokong PAS dan umat Islam untuk menyertai himpunan Sejuta Umat yang dianjurkan oleh Hasan Ali setelah dipecat dari PAS sebelum ini, bukan?


5 thoughts on “Nik Aziz Hanya Pertahankan Nama Rasulullah SAW, Bukan Ajaran Baginda

  • September 21, 2012 at 2:58 pm
    Permalink

    Pok Nik ni hanya langau hijau Politik busuk keluaran PASPISPUS…

    Reply
  • September 22, 2012 at 7:29 am
    Permalink

    Yang membantu kita dlm kubur cuma ada 3 perkara. Amal jariah, ilmu yang dimenafaatkan dan anak soleh yg mendoakan kita.

    Yang hantar kita kekubur juga 3. Tapi 2 balik cuma 1 tinggal bersama kita. Sedara mara/sahabat handai hantar kita kekubur. Harta kita hantar kita kekubur (kereta mewah yang anak kita bawak hingga kekubur, sebagai contoh). Ke3 amal jariah kita menghantar kita kekubur. 2 balik , yang tinggal cuma 1 iaini yang akhir.

    Nik Ajis ilmu agama nya tinggi. Kita tak nafikan ini. Malang sikit Nik Ajis berpolitik. Bila sebut politik, kita sebut kuasa. Untuk dapat kuasa, macamana ? Ye Nik Ajis dalam asyik berpolitik dari muda sampai penghujung umur macam orang tak ingat mati. Tak ingat perkara yang 5 sebelum datang yang 5. Hidup sebelum mati salah satu dari nya.

    Tak ingat juga dia yang 3 diatas itu yang mana penting yang mana dia tak perlu.

    Walau begitu kita percaya orang tua ini sedar, tapi buat tak sedar. Dia kenal Hassan Ali tapi terpaksa buat tak kenal.

    Reply
    • September 23, 2012 at 1:35 pm
      Permalink

      Ilmu nik najis ni tinggi bg org yg jahil. Kalau org yg dh dalami ilmu Allah akan tahu Nik Najis ini manusia yg cedok2 ilmu untuk kerja politiknya. Beliau xdpt bezakan lagi mana satu Islam mana satu politik yg terkandung dlm Islam. Ucapan2nya yg seperti melepas dendam dengan UMNO berbanding mengajak manusia menuju Allah dan Rasul. Setiap ucapannya msti akan cuba sindir dan kutuk UMNO. Maknanya Nik Najis hanya lihat Islam itu dlm ruang lingkup politik parti-UMNA/PAS. Seolah2 Pok Nik dpt ‘wahyu’ pulak hanya PAS shj yg diikitraf sbg jemaah Islam. Ini syirik besar dan penipuan agama oleh PAS. Hasilnya,lahirlah manusia2 jahil yg ekstrim dgn politik PAS, bukan ekstrim utk Allah..
      jka Ekstrim dgn Allah dan Nabi kita akan jada hamba yg paling tawadhu’ dan mulia sehingga sesiapa yg dekati akan terasa indah.. tp PAS? spt bau busuk longkang.

      Reply
  • September 23, 2012 at 3:47 am
    Permalink

    kalau suruh nik aziz pilih antara anwar dgn rasullullah masakini, mesti dia pilih anwar sebab wajib bg diri dia dan pas menang jihad dalam pru13 nanti. nik aziz bapak perpecahan umat islam dan melayu semalaysia merangkap masyidul am parti artis semalaysia..

    Reply
  • September 23, 2012 at 8:57 pm
    Permalink

    Dalam kepala otok dia penuh dgn dendam kesumat tak berkesudahan.Dendam kesumat terhadap UMNO,kerana menendang keluar PAS dari BN.Dendam kesumat terhadap ustaz NASHA kerana disebabkan ustaz NASHA anak sedara kesayangan nya ketua penerangan PAS yang bengap tuan beraim tuan man melopeh jadi timbalan presiden pas.Tak habis habis ngan dendam dia.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *