Deklarasi Kuching PR : Penipuan Didahulukan, Janji Ditongsampahkan

Pakatan Rakyat yang sememangnya gemar untuk menaburkan janji kosong telah mengeluarkan satu deklarasi kononya untuk kebaikkan rakyat di Negeri Sarawak. Deklarasi Kuching yang telah ditandatangani ketiga-tiga ketua besar parti komponen Pakatan Rakyat itu kononya dapat memberikan kelebihan yang teramat hebat kepada Negeri Sarawak.

Namun begitu, seperti mana janji Pakatan Rakyat yang lain, deklarasi ini akan ditongsampahkan selepas PRU-13 akan datang. Tujuh perkara di dalam deklarasi itu menunjukkan bukan sahaja Pakatan Rakyat sanggup menjanjikan apa sahaja tetapi tidak mengukur baju dibadan sendiri.

Pakatan Rakyat kononya menjanjikan infrastruktur yang hebat-hebat untuk penduduk Negeri Sarawak, tetapi mereka lupa untuk mencermin diri mereka sendiri. Sebelum para penipu professional ini menjanjikan bulan dan bintang kepada negeri Sarawak, mereka perlulah melihat pembangunan infrastruktur di dalam negeri seliaan mereka sendiri. Selangor dengan krisis air, Pulau Pinang dengan pembangunan tak terancang dan Kedah dengan isu tanah, masalah demi masalah dihadapi oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Itu belum lagi jika kita ingin berbicara tentang negeri paling lama yang dikuasai oleh pembangkang. Kelantan adalah negeri termundur dari segala segi, telah mendapat pekej, semua masalah yang dihadapi oleh negeri pembangkang yang lain telah lama bernanah di dalam Negeri Kelantan.

Agak-agaknya ingat lagikah rakyat Sarawak dengan penghinaan yang telah dibuat oleh Presiden PAS kepada mereka. Presiden PAS Tuan Guru Datuk Haji Hadi Awang pernah mengatakan penduduk di Batang Ai tidak tahu mengundi (kerana tidak mengundi Pakatan Rakyat) dan memakai cawat. Haji Hadi Awang belum lagi memohon maaf diatas kenyataan biadapnya itu.

Bagi yang sudah lali dengan janji Pakatan Rakyat, ini hanyalah retorik politik yang tidak berkesudahan dicipta oleh “mastermind” mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim sepatutnya melunaskan setiap janji-janji lama yang telah dibuat oleh beliau. Namun, sebagai seorang penipu professional, beliau dengan tebal muka berani menabur janji baru sedangkan berbakul-bakul lagi janji lama tidak ditunaikan. Sudah beberapa kali tarikh 16 September bergalang ganti, namun apa yang hanya mampu dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah melawat Putrajaya dengan bas baru beliau.

Agaknya Pakatan Rakyat sebegitu terliur melihat kekayaan dan kehebatan Negeri Sarawak sehingga sanggup menambahkan lagi penipuan mereka semata-mata untuk memancing undi. Tetapi penulis yakin dengan kebijaksanaan rakyat Sarawak yang selama ini sememangnya pandai memilih. Mereka bukanlah orang-orang gasar sepertimana yang dibayangkan oleh Tuan Guru Haji Datuk Seri Hadi Awang.

2 thoughts on “Deklarasi Kuching PR : Penipuan Didahulukan, Janji Ditongsampahkan

  • September 18, 2012 at 7:50 pm
    Permalink

    aku nak cadangkan Anuar membuat deklatasi supaya jika berjaya jadi PM dia akan memulakan langkah untuk menjual negeri Sarawak kpd Indonesia dan sabah kepada Philippines. Ini kerana bendera baru malaysia ciptaan PKR mirip bendera Indon lagi pun dgn duit jualan itu mereka boleh turunkan harga minyak di Malaya juga batalkan tol, pendidikan percuma, kereta murah dan lain2 janji yang manis termasuk boleh rakyat ke Spa dan rumah urut dgn percuma juga

    Reply
    • September 20, 2012 at 3:42 am
      Permalink

      Mungkin boleh keluarkan dana UPRM (Urut Percuma Rakyat Malaysia).

      Najib bagi segalanya untuk kesenangan rakyat, mungkin Anwar akan bagi subsidi “China Doll” sorang satu untuk setiap rakyat Malaysia.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *