Mampukah Nurul Izzah Menyaingi Allahyarhamah Dr. Lo’ Lo’ Ghazali?

Khabar angin begitu kencang mengesahkan anak sulung Anwar, Nurul Izzah yang kini merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai akan “lari” dari kawasannya dan bertanding di Parlimen Titiwangsa yang disandang oleh Allahyarhamah Dr. Lo’ Lo’ Ghazali.

Beberapan kajian rahsia yang dijalankan di kalangan pengundi Lembah Pantai membayangkan bahawa Nurul Izzah tidak terlawan dengan pengaruh Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, di sana.

Ekoran itu, sumber dalaman PKR pula dikatakan sedang kuat melobi kerusi Nurul Izzah supaya dipindahkan ke kawasan Titiwangsa yang sebelum ini menjadi milik kuota PAS.

Sama ada benar atau tidak dakwaan tersebut, kita tunggu saja PRU ke-13 yang bakal menjelang tidak lama lagi. Rasanya, di mana Nurul Izzah bertanding di mana sekali pun tidak menjadi soal kerana dia terbukti tidak bijak membuat kerja.

Ketika Nurul Izzah menang di Lembah Pantai, ramai pengundi di kawasan itu menjangkakan dia akan membawa perubahan di Parlimen itu. Namun setelah lebih empat tahun menjadi wakil rakyat di sana, ternyata janji Nurul Izzah hanyalah “sampah” belaka seperti ayahnya…

Nurul Izzah misalnya selalu ber”tweet” meminjam nama rakyat yang susah seperti “Pak Leman yang lumpuh di rumah”, “Mak Leha yang ditinggalkan suami” dan sebagainya. Kononnya, Nurul Izzah mahu dilihat rapat dengan rakyat di kawasannya.

Kenapa dan apa tujuan Nurul Izzah “tweet” nama-nama rakyat yang susah di kawasannya itu sedangkan individu-individu itu tidal memiliki akaun twitter pun!

Saya berpendapat bahawa dia mahu orang ramai yang menggunakan laman sosial twitter tahu bahawa dia kononnya rapat dengan rakyat di Parlimennya. Padahal, sama ada Pak Leman atau Mak Leha itu wujud atau tidak, tiada siapa yang pasti, bukan?

Berbanding dengan Datuk Raja Nong Chik, beliau sering dilihat turun padang dan menyelesaikan pelbagai masalah rakyat di kawasan tersebut.

Kebanyakkan rakyat di parlimen itu berpendapat bahawa Nurul Izzah lebih banyak bercakap dari membuat kerja berbanding Raja Nong Chik yang lebih banyak membantu menyelesaikan masalah-masalah yang mereka hadapi serta tidak menjual omongan kosong!

Kini Nurul Izzah nak “lari” ke Parlimen Titiwangsa.

Persoalannya, apakah rakyat di Parlimen Titiwangsa itu akan menerima Nurul Izzah dan apakah anak sulung kepada Anwar “Al-Kazzab” itu akan mampu menandingi kehebatan Allahyarhama Dr Lo’ Lo’ yang disegani kawan serta lawan semasa hayatnya?

Siapa yang tidak kenal dengan Allahyarhamah yang terkenal dengan sifat profesionalnya dalam menyelesaikan masalah rakyat dan sangat rapat dengan ramai pemimpin Pergerakan Wanita UMNO yang turut sama membantunya menyelesaikan masalah di parlimen itu.

Hakikatnya itu terbukti di hari pengkebumian Allahyarhamah apabila kehadiran Datuk Seri Shahrizat Jalil disambut baik oleh keluarga dan mereka yang rapat dengan Dr. Lo’ Lo’ berbanding sekumpulan wanita PKR yang menjuihkan mulut serta bermuka masam apabila bekas Menteri itu dipeluk erat para muslimat PAS Titiwangsa di majlis berkenaan.

Lagipun, setahu saya yang pernah bertahun tinggal di Kampng Baru dan berhampiran dengan pusat khidmat Dr. Lo’ Lo’, saya dapati bahawa rakyat di kawasan tersebut memang menyampah dengan PKR dan agak mesra dengan rakan-rakan yang menyokong UMNO.

Jadi, apakah PKR dan Anwar fikir Nurul Izzah akan menang mudah di kawasan itu dan PAS akan merelakan Parlimen Titiwangsa “dirampas” oleh PKR untuk menyelamatkan “anak papa” dari kekalahan yang memalukan?

Titiwangsa merupakan di antara kawasan “mampu menang” PAS dan desas-desus yang menyatakan bahawa PKR akan memberikan Parlimen Wangsa Maju yang merupakan kubu kuat BN kepada PAS sebagai “ganti rugi” itu adalah jelas satu tindakan berat sebelah.

Wee Choo Keong dulu hanya menang majoriti 150 undi saja di Parlimen Wangsa Maju dan PKR mahu berikan kawasan “bakal kalah” itu kepada PAS berbanding kubu kuatnya? Tak masuk akal langsung!

Apa pun, kita tunggu saja apa di mana Nurul Izzah akan bertanding. Kalau dia terus bertanding di Parlimen Lembah Pantai, maka dia bakal berdepan dengan masalah besar untuk memastikan kemenangannya di situ.

Namun jika dia “lari” dan “merampas” kerusi Parlimen Titiwangsa dari PAS, maka jelaslah PAS mungkin sudah “termakan nasi kangkang Nurul Izzah” atau “dimandrem” Anwar Ibrahim, dan jadilah parti itu sebagai sebuah parti kasta paling hina di dalam sejarah Malaysia…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *