Logik Bodoh PAS: Yang Lawan Hudud Disanjung, Yang Pertahan Dibuang

BUDAK-BUDAK PAS tidak akan menyebut secara terus terang bahawa Nasharudin Mat Isa, ditentang kerana mempertahankan hudud.  Budak-budak PAS hanya akan sebut Nasharudin dibuang kerana kononnya bekerjasama dengan UMNO berikutan tersiarnya gambar-gambar beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakikat yang sebenarnya, Nasharudin akan dibuang dari PAS kerana merosakkan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat dengan mengecam Karpal Singh sebagai ati Islam dan anti hudud.  Sama seperti Hasan Ali yang dibuang dari PAS kerana mempertahankan akidah umat Islam di Selangor dari dimurtadkan Kristian yang disokong DAP.

Dalam merealisasikan hal ini, pertimbangan biasa digunakan – tidak peduli berapa lama pun pemimpin itu berjuang mempertahankan PAS, sekali saja dia dilihat ‘senada’ dengan UMNO, maka dia perlu disingkirkan.

Ini logik budak-budak PAS, ilmu yang dipelopori oleh Timbalan Presidennya yang baru aka pejuang komunis, Mat Sabu.

Yang budak-budak ini tidak sedar, mereka sedang diperalatkan.  Sudah tentulah PAS tidak akan jelaskan hakikat sebenar kenapa Nasharudin perlu dibuang kerana itu hanya akan menampakkan kemunafikan mereka sendiri yang tamak dengan wang dan kuasa.

Selama hari ini, PAS bernafas dengan duit derma yang dikutip dalam ceramah, berapa sangat boleh dapat?  Bertahun-tahun kutip derma pun, kewangan parti tersebut tidaklah sehebat mana, setakat Hadi nak tambah bini baru bolehlah.

Kewangan PAS lebih lebat bila boleh menubuhkan kerajaan dan bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang lain.  Ini lebih menguntungkan dibanding dengan kutip derma, maka itu apa saja yang menghalang kerjasama ini perlulah dihapuskan dari PAS, macam Nasharudin dan Hasan Ali.

Ya, semua ini tentang duit, tentang kuasa.  Dua perkara yang selama ini sering dituduh kepada UMNO tapi kuasa tuhan mengembalikan semula tuduhan ini kepada mereka, tapi dengan lebih teruk lagi sebab ianya benar-benar berlaku!!

Kutip derma tetap diteruskan kerana taknak nampak sangat dah banyak duit.  Itu yang penting bawak golongan artis (yang tidak laku) masuk menyertai parti tersebut.  Bukan apa, jadi pelaris, apatah lagi pemimpin yang dulu popular kerana ceramah dah sibuk kira duit di atas.  Siapa nak kutip duit dibawah?  Golongan tak berapa nak artis inilah.

Sebab itu Karpal Singh dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat itu penting dan perlu dipertahankan dibanding dengan Nasharudin.

Soal Nasharudin kononnya bekerjasama dalam diam dengan UMNO ini alasan saja untuk tipu ahli-ahli biasa dibawah.  Buktinya, kalau gambar berdua di Mekah itu bukti yang cukup kukuh nak mengatakan wujud kerjasama dalam diam antara Nasharudin dan UMNO, kenapa Hadi peluk Najib tak diangkat menjadi isu untuk menyingkirkan Hadi?

Sebab orang PAS tahu, berpeluk-peluk sesama pemimpin ini bukan isu yang terlalu besar, apatah lagi bila digambarkan bersama.  Tak luak pun jumlah kutipan derma PAS kalau ada pemimpin berpeluk atau bergambar dengan mana-mana pemimpin UMNO.

Tapi kalau kondem dan hentam Karpal Singh (sebut DAP, sebut Pakatan Rakyat), itu serupa masuk pasir dalam kantung derma PAS ooo..musti buang itu olang…

32 thoughts on “Logik Bodoh PAS: Yang Lawan Hudud Disanjung, Yang Pertahan Dibuang

  • August 26, 2012 at 4:57 pm
    Permalink

    Depa Buat ceramah ni tak ada beza ngan artis buat stage show .cuma beza nya artis menyanyi atau melawak,depa berceramah menghentam ,memakihamun,dan tabur fitnah .Yang kedua bezanya,nak tengok stage show artis kena bayar tiket,manakala nak tengok ceramah maki hamun mereka kita kenalah bagi ulok sikit derma jihad ( baca derma jahat)Dan perbezaan yang paling besar sekali ialah artis yang buat stage show tu mereka melakukan kerja mulia disamping menghibur kan penonton,mereka mencari rezeki untuk keluarga,Mnakala ceramah mereka penuh ngan kerja kerja mungkar memaki hamun, menabur fitnah,hatta mengkafirkan sesama islam.wang hasil derma pula bukanlah untuk tujuan jihad ,tapi mereka sendiri kapor sesama mereka seperti nasib yang menimpa tabung memali yang lesap dan ghaib entah kemana.

    Reply
  • August 26, 2012 at 6:30 pm
    Permalink

    pengikut2 amalan setan memang bersifat sebaliknya…

    Reply
    • August 26, 2012 at 10:11 pm
      Permalink

      tok guru pun ikut setan

      Reply
  • August 26, 2012 at 10:10 pm
    Permalink

    Kenapa nak dengar sumber tak sahih, sedang yg. sahih ada. PAS jelaskan, pertikaian Ust.Nasha tentang hubungan PAS dan PR menjadi masalah, sama juga DHA dulu. Kalau dah pertikaikan halatuju parti, kenapa masih nak bergantung. Sedangkan mereka sendiri yg. buat keputusan tersebut, Islam tak ajar mungkir janji dan belot. Segala keputusan d buat secara musyawarah.. tak perlulah korang nak melaga2 kan ahli PAS sebab kami dah bertekad ABU(asal bukan UMNO).

    Reply
    • August 26, 2012 at 10:25 pm
      Permalink

      yup… asal bukan umno.janji rockkkkkk.kalu stkat otak cam ko ni, tak payah la nak komen2 kat sini.akal ko tak cukup tinggi lg la nak pikir mende2 camni

      Reply
      • August 26, 2012 at 11:01 pm
        Permalink

        Tapi cukup untuk menghuru-harakan ahli UMNO d sini. Aku hanya bagi pilihan yg. lain untuk d nilai.. masing2 punya pilihan.

        Reply
        • August 27, 2012 at 3:30 am
          Permalink

          hehe…bujuk…bujuk..

          Reply
    • August 27, 2012 at 3:35 pm
      Permalink

      Apanya yang sahih bujuk? yang sahihnya ialah Ust Nasha cuba berada dilandasan yang benar. beliau cuba mengutamakan agama melebihi undi, agama melebihi kuasa, akhirat melebihi keduniaan dan beliau cuba mengembalikan maruah islam (bukan maruah pas?).

      Reply
      • August 27, 2012 at 10:58 pm
        Permalink

        Dia patut cakap camtu masa jadi Tim.Presiden PAS bukan sekarang.

        Reply
        • August 28, 2012 at 12:19 pm
          Permalink

          masa timbalan presiden PAS…dia kena ikut cakap bapak hantu, tapi dia diberikan hidayah oleh Allah swt..untuk tinggalkan yang karut-marut dalam PAS tu bujuk.

          Reply
          • August 28, 2012 at 2:24 pm
            Permalink

            Awatnya.. sekarang dah takda jawatan, tak perlu ikut lagi?
            Manusia yg. selamat adalah yg.. ikut Allah dan rasulnya.

          • August 28, 2012 at 3:50 pm
            Permalink

            Dia dok bangkang PAS masa dia ada jawatan lagi bujuk…sebab tu la bapak hantu tak suka kat dia…alaaa bujuk aku rasa aku tau PAS lebih daripada hang..

          • August 29, 2012 at 12:08 am
            Permalink

            Adat berpesatuan, kalau dah YAKIN salah.. keluar la. Cari kereta baru..aaa.

          • August 29, 2012 at 1:38 pm
            Permalink

            hmmm..ularmak PAS Johor dan Perak dah memberi sokongan terbuka pada Nasha…hang bila lagi ??

          • August 29, 2012 at 10:12 pm
            Permalink

            Aku sokong bab dia lawan dengan Karpal, isu hudud. Tapi aku tak sokong dia ulang kata2 UMNO suruh PAS keluar PR dalam media musuh.

          • August 29, 2012 at 10:53 pm
            Permalink

            Tu adalah kata-kata orang Islam yang berakal bujuk…bukan kata-kata UMNO…hang berakal ke idak ? hehe

  • August 26, 2012 at 11:41 pm
    Permalink

    Pas kuat beramal kita tidak nafikan. Beramal disini ialah saperti mengerjakan solat hajat dalam jemaah besar misalnya tatkala berhadapan dengan sesuatu ujian saperti PR kecil atau PRU. Mereka berjemaah distadium berbanding dengan BN yang kurang cenderong solat ditempat terbuka kerana masjid yang mereka bina selama ini cukup indah dan serba lengkap untuk memberi kekusyukan jemaah bersolat. Kecuali jika solat untuk tujuan menunjuk nunjuk bukan kerana taqwa , distadiumlah pilihan nya.

    Bila bersolat dengan jemaah sekala besar tentunya hajatnya besar dan doanya juga pasti panjang. Saperti yang kita tahu mereka sering berdoa untuk dijatuhkan bala pada lawan mereka, saperti pernah mereka doakan PM ditimpa bala kerana kekejaman cara beliau meneraju negara. Apa yang kejam, siapa yang terniaya, menderita atau merempat tak pulak kita tahu. Mungkin mereka tahu, tidak kita. Kalau kita tanya mereka pun tak ada jawapan yang khusus jugak yang boleh kita dengar.

    Malangnya kita tak pulak nampak doa mereka sentiasa dimakbul. Mereka masih kucar kacir, masih gagal dalam pertandingan, masih dikutuk dan tidak dipandang mulia. Kenapa agaknya.

    Banyak tahun dulu pernah terdengar satu cerita yang kumpulan puak pas ini diberitahu mengenai kematian sesaorang. Salah seorang dari mereka terus bertanya simati itu dari pihak mana. SElepas mereka diberitahu yang meninggal dunia itu ialah seorang penyokong Umno, mereka semua menarik nafas lega dan berkata, ” syukurlah orang Umno yang mati, bukan orang kita . Tak kisahlah dia orang nak mati, lagi ramai lagi bagus, asalkan bukan orang kita” Dan kejadian itu, perkhabaran itu berlaku ditanah suci Mekah almukarramah.

    Itu satu contoh busuk hati orang pas sejak dari dulu dan mereka bukan jenis yang bersangka baik. Jika terdapat yang bersangka baik , kuranglah pas nya dan orang ini perlu dipinggirkan.

    Antara orang yang dipinggirkan ialah Hasan Ali, Nasharuddin dan ramai lagi.

    Reply
    • August 27, 2012 at 8:47 am
      Permalink

      memang puak2 tu payah nak diajar.Otak dah melekat kat PAS.Kata la apapun..PAS bawak dia terjun laut pun dia ikut..dulu kafir siDAP tu la diorg serang..sekarang segalanya halal..macamana la hati perut manusia ni..harap kupiah je putih..hati busuk mcm bangkai..

      Reply
  • August 27, 2012 at 7:07 am
    Permalink

    Mari kita undi BN…salam perjuangan..sila masuk dalam blog saya tuan…

    Reply
  • August 27, 2012 at 11:28 am
    Permalink

    Dalam kesibukan kita melayu bergaduh yang ditaja oleh Anwar,orang Cina seluruh Malaysia dah mula berangan untuk melihat Perdana Menteri dari bangsa Cina dalam pilihanraya yang akan datang. Solidarity orang Cina di Malaysia adalah di tahap yang paling tinggi sejak zaman merdeka untuk menyokong DAP. This is the reality now.

    Reply
    • August 27, 2012 at 10:56 pm
      Permalink

      Kalau camtu, apa kata BN buang MCA dan Gerakan… biar takda cina dalam BN. Takkan cina dalam DAP je perkauman, sedang parti cina 100% adalah MCA.

      Reply
      • August 28, 2012 at 4:25 pm
        Permalink

        DAP kawan baik hangpa jer perkauman nya terlalu menebal…BN ? UMNO tetap dominan…Pengerusi BN adalah presiden UMNO.

        hmmmm…pakatah haram ada pengerusi tak ?

        bujuk…bujuk…

        Reply
        • August 29, 2012 at 12:06 am
          Permalink

          Tapi DAP bukan parti CINA kerana ada India, melayu, kadazan dan lain2. Tak seperti MCA yg. pior cina, boleh sebut seorang melayu dalam MCA?

          Reply
          • August 29, 2012 at 1:40 pm
            Permalink

            laaaaa….hang pun dah kena tipu dengan DAP bujuk ?

            bujuk…bujuk…

          • August 29, 2012 at 10:10 pm
            Permalink

            Itu fakta.. boleh sebut seorang melayu dalam MCA dan MIC?

          • August 29, 2012 at 10:55 pm
            Permalink

            kenapa nak ada orang melayu bujuk ? tu MCA dan MIC….hang bangga sangat ke DAP ada orang melayu ? ada ke bujuk ?

  • August 27, 2012 at 2:57 pm
    Permalink

    hmmm…peluang dah terbuka….tapi aku rasa not in this election, kalau pembanggang menang…mungkin in the next 10 years kita akan tengok PM berbangsa cina….tu pun kalau depa menang.

    Reply
    • August 27, 2012 at 10:54 pm
      Permalink

      dah.. mula cucuk jarum perkauman.

      Reply
      • August 28, 2012 at 12:20 pm
        Permalink

        Jangan risau bujuk…hangpa tak kan menang, PM kita insyaalah adalah dari UMNO, dulu kini dan selamanya !

        Reply
        • August 28, 2012 at 2:23 pm
          Permalink

          Aku yakin PR akan perintah M’sia lepas PRU13 insyaAllah.

          Reply
          • August 28, 2012 at 3:51 pm
            Permalink

            alamak ! hmmmm…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *