PKR Pulau Pinang Terletak Dibawah Kaki Guan Eng…

Share


Agak menarik apabila Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mansor Othman, kelam-kabut apabila minit mesyuarat tidak rasmi PKR negeri itu yang dibocorkan di media internet sehingga dia terpaksa memberi penjelasan mengenainya.

Minit mesyuarat yang dikatakan hanyalah lebih menjurus kepada perbincangan tidak berekod itu mendedahkan bagaimana Mansor menggelar Guan Eng sebagai “tokong” yang membayangkan pengaruh Ketua Menterinya itu yang dilayan seolah-olah “Tuhan” di Pulau Pinang.

Dan kerana itulah juga menurut Mansor, Guan Eng dan DAP di negeri dikatakan bersifat angkuh serta sombong terhadap PKR serta parti chauvinis ultra kiasu itu dijangka bakal menuntut lebih banyak kuota kerusi DUN di negeri itu pada PRU kali ini.

Justeru itulah maka Mansor dikatakan “geram” dan berjanji pada orang-orang bawahannya bahawa PKR akan memastikan kuota mereka tidak “dirampas” oleh DAP pada PRU ke-12 ini serta bersedia untuk bertanding tiga penjuru sekiranya DAP tetap berdegil mahukan kerusi mereka.

Kerana “kantoi” dan terdedahnya minit mesyuarat tersebut, maka mengamuklah DAP Pulau Pinang di mana Pengerusinya, Chow Kon Yeow, mendesak Timbalan Ketua Menteri I itu memberikan penjelasan segera mengenainya.

Maklumlah, Mansor kutuk Guan Eng macam-macam dan sudah tentu puak-puak DAP tidak beri muka terhadap “keldai” yang selama ini berada di bawah tapak kaki mereka.

Mungkin kerana itulah maka Mansor semalam terpaksa memberi penjelasan palsu mengikut skrip yang dipercaya telah disediakan Guan Eng untuknya mengenai apa yang berlaku meskipun tanpa rela dan berbohong kepada media.

Semua orang tahu bahawa kenyataan media Mansor tiba-tiba terganggu dan terpaksa dihentikan apabila Guan Eng hadir di majlis itu dan mahu bertemu dengan Timbalannya itu. Kenyataan media Mansor dilaporkan terhenti selama 15 minit!

Persoalannya, kenapa secara tiba-tiba Guan Eng “menyerbu” sidang media Mansor dan mengganggu sidang tersebut selama 15 minit?

Apakah Guan Eng tidak percaya dan tidak yakin dengan kreadibiliti Mansor sebagai Timbalannya untuk menjelaskan isu tersebut sehingga terpaksa bergegas ke sidang media itu dan berpakat untuk menggunakan satu skrip yang sama untuk isu tersebut?

Apakah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng tidak punya kerja lain yang lebih penting untuk dibuat berbanding hadir di sidang media itu untuk “membetulkan” kenyataan Mansor supaya selari dengan kenyataannya nanti?

Bukan itu saja, malah media juga melaporkan bahawa Guan Eng sendiri menulis nota di atas sekeping kertas dan diberikan kepada Mansor di sidang media tersebut. Apakah kandungan nota tersebut?

“Skrip” yang diberikan Guan Eng itulah yang dikatakan menjadi panduan kepada Mansor di dalam sidang medianya semalam dan pada saya ia adalah satu penghinaan yang jelas kepada PKR.

Nampaknya, Guan Eng pandai bermain politik. Nampaknya, dia seolah-olah mahu Mansor tertekan dan menjawab mengikut acuan apa yang dikatakannya di dalam nota tersebut. Ini akan menghilangkan kreadibiliti Mansor.

Mungkin juga Guan Eng mahu seluruh rakyat Malaysia tahu dan lihat sendiri bagaimana Mansor yang kononnya “orang kanan” Anwar begitu mudah diarah mengikut kemahuannya dan membuktikan bahawa PKR terletak di bawah kakinya sahaja…

Saya tertanya-tanya, apakah PKR tidak malu bila dipermaikan oleh anak lelaki Kit Siang ini sebegitu hina sekali? Mungkin PKR tak kisah “dikeldaikan” begitu asalkan mereka mendapat kuasa, mungkin…

Dan sekiranya PKR pun dilayan begitu hina sekali, cuba pula kita bayangkan kedudukan PAS di negeri itu. Saya berpendapat bahawa kedudukan PAS mungkin jauh lebih rendah “kasta”nya di mata DAP.

Kalau PKR disifatkan DAP sebagai “kuli batak yang terletak dibawah kaki”, cuba pula kita bayangkan kedudukan PAS yang mungkin hanya “dibakul sampahkan” saja oleh parti kesayangan Nik Aziz itu. Kalau PKR tak malu, PAS lagilah tak malu…kan?

Memang memalukan Melayu Muslim saja PKR dan PAS. Entah bilalah mereka akan sedar tentang kejahilan dan kebodohan mereka yang “dilembukan” DAP. Kasihan…



12 thoughts on “PKR Pulau Pinang Terletak Dibawah Kaki Guan Eng…

  • August 25, 2012 at 12:09 am
    Permalink

    Di bawah PR, PAS dan melayu ( yg tak ngaku melayu) dalam PKR jadi klas kasta pariah atau lagi teruk dari itu kalau ada lagi kasta lagi teruk dari itu.. Itula taraf melayu dalam PR..

    Reply
  • August 25, 2012 at 1:13 am
    Permalink

    Lee Man Chor(Mansor Othman) bukan setakat bodek tahap tertinggi sahaja, dia sampai jilat kerandut si ‘tokong’ lim guan eng….hahahaha

    Reply
  • August 25, 2012 at 2:46 am
    Permalink

    Kalau PKR terletak dibawah kaki guan eng…
    PAS terletak dimana pula?

    Reply
    • August 25, 2012 at 3:05 am
      Permalink

      PAS terletak kat kote guan eng psl PAS kan takde teloq, so kat teloq guan eng lah tempat PAS paling suka duk.

      Reply
      • August 25, 2012 at 3:48 am
        Permalink

        hahahaha..telor kanan nik aziz punya..telor kiri hadi ler….
        hanya pemimpin pas jer yang gila jawtan..pas akar umbi tunggu masa jer nak swing..

        Reply
        • August 25, 2012 at 12:41 pm
          Permalink

          kerandut guan eng, hadi ngan nik ajih punya… kepala kulup guan eng, aljubori dah booking awal2…

          Reply
  • August 25, 2012 at 5:17 am
    Permalink

    maaf duke aku kira tajuk hang kurang tepat

    memandang pkr tu kaldai manakala pas tu lembu dan dap pula menunggang tajuk yang tepat “pkr & pas pulau pinang terletak di bawah jubor lge”

    muehhhhhhhahahahahahahahaha

    Reply
  • August 25, 2012 at 8:21 am
    Permalink

    hehehe..baru aku nak cadangkan…duduk dalam jubor khalifah guan eng..hehehitu paling tepat sekali..hehe

    Reply
  • August 25, 2012 at 10:28 am
    Permalink

    Alhamdulillah, Allah memberi petunjuk pada aku untuk menentang DAP/PKR/PAS dalam memastikan kesinabungan agama Allah dan bangsa Melayu terus bertapak di bumi bertuah ini.

    Bayangkan kalau puak-puak ni memerintah negara…apa akan jadi pada agama Islam dan bangsa melayu, dimana kafir mereka angkat menjadi khalifah ?

    Jadi penentangan kita pada pakatan haram…..sebenarnya adalah satu JIHAD !!

    Reply
  • August 25, 2012 at 11:35 pm
    Permalink

    Mungkin kah penyokong2 PKR dan PAS merasa bangga bila pemimpin2 mereka diperlakukan sedemikian rupa????…saya rasa mereka begitu bangga sekali.

    Reply
  • August 26, 2012 at 1:52 pm
    Permalink

    Dimana tak ada naga, cacing cakap akulah naga. Cacing lalu dipuja orang berlebihan terlebih dari apa haknya dan cacing pun terasa kenagaan nya dirinya.

    Sama macam tempat yang dididakwa berhantu. Semakin tempat itu dipinggirkan dan dijauhi bertambah lagi berhantunya .

    Walau apa pun ini jenis one season wonder . When season is over , out you go.

    Reply
  • August 27, 2012 at 10:26 am
    Permalink

    Memang kan Pulau Pinang dulu baru boleh cerita..ni dok meroyan kat dalam ni apa kebendanya?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *