Sampai Bila Azmin Mahu Terus Derhaka Pada Ibunya?

Share


Sudah genap setahun Azmin Ali tidak pulang-pulang menjenguk ibunya di rumah peninggalan ayahnya di Keramat. Bukan saja tidak menjenguk, dia dikatakan langsung tidak menghubunhi ibu tua itu walaupun melalui panggilan telefon.

Kira-kira setahun lalu juga pada Hari Raya Aidilfitri, Azmin mengamuk memaki hamun adik beradiknya dan memarahi ibu kandungnya itu sebelum bergegas merambus dari rumah keluarga mereka. Ke mana dia menuju, ibu tua itu tidak tahu…

Apa yang Mak Tom tahu, dia hanya mampu menangis melihat sikap Azmin yang kurang ajar dan sangat melukakan ibu yang mengandungkannya selama 9 bulan di dalam rahim. Mungkin kerana terlalu marah dan kecewa, Mak Tom sempat menyumpah anak lelakinya yang lupa daratan itu…

Peristiwa perderhakaan Azmin terhadap ibunya itu bukanlah sesuatu yang direka-reka atau sekadar lakonan. Malah ibunya turut dikunjungi media dan meluahkan kelukaan hati seorang ibu berhubung perbuatan Azmin tersebut.

Meskipun dituduh “dipaksa” dan “dibeli” UMNO, Mak Tom sedar tentang anaknya yang sudah jauh “dihanyutkan” oleh petualang sialan yang bernama Anwar Ibrahim yang berjaya meracuni seorang anak muda yang dulunya begitu taat untuk berubah menjadi penderhaka tegar!

Pada Aidilfitri ini, Mak Tom merajuk. Dia “membawa diri” ke Melaka bersama anak-anaknya yang lain dan menyambut hari lebaran di negeri Hang Tuah itu. Ini adalah kali pertama Mak Tom tidak mengambut Hari Raya Aidilfitri di rumah peninggalan ayah Azmin itu sejak 40 tahun.

Mungkin saya tidak tahu apa yang bermain di fikiran Timbalan Presiden PKR itu mengenai ibunya kini. Dan saya juga mungkin tidak tahu apa yang menjadikan Azmin begitu tegar berkeras melukakan hati Mak Tom.

Namun biar apa pun alasan yang diberikan Azmin, saya tetap beranggapan bahawa dia adalah sememang seorang anak yang derhaka pada ibu kandungnya.

Ini bukan soal politik. Sekiranya seorang pemimpin UMNO sekali pun yang berbuat sebagaimana Azmin terhadap Mak Tom, sudah tentu saya akan memberikan label yang sama. Sekiranya Azmin Presiden UMNO sekali pun, saya akan tetap mengatakan dia adalah PENDERHAKA!

Bukankah jelas tentang firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang menyatakan adalah berdosa bagi mana-mana hambanya untuk melukakan hati ibunya meskipun dengan berkata “uh!” sekali pun? Azmin tidak belajarkah tentang firman Allah itu?

Bukankah jelas bahawa Islam menggariskan bahawa menderhaka dan menyakitkan hati seorang ibu itu dikategorikan para ulama Islam sebagai salah satu dosa besar?

Dalam hal ini, Azmin bukan sekadar mengeluarkan kata “uh!”, malah dia dikatakan menengking dan selama lebih setahun tidak kembali bertemu dengan ibunya untuk meminta maaf di atas kebiadapannya itu.

Meskipun ibunya pernah menjelaskan tentang insiden ini dan merayu Azmin untuk pulang ke pangkuannya sambil airmatanya berlenangan di pipinya, Timbalan Presiden PKR itu tetap degil dan tidak terbuka hatinya untuk mentaati permintaan ibunya itu.

Pada saya, manusia seperti itu tidak lagi boleh dikategorikan sebagai insan. Malah dia lebih layak dianggap sebagai “binatang” atau “syaitan” yang bertopengkan manusia.

Saya tidak marah sekiranya dia mahu terus bersama PKR atau terus menjadi “hamba” Anwar, namun sebagai anak yang dididik dan diberikan pelajaran yang cukup sempurna oleh kedua ibubapanya, dia sepatutnya mendahulukan ibunya berbanding perkara lain di dunia ini.

Malah, ada sabda Rasulullah SAW yang memerintahkan umatnya untuk berhenti serta merta ketika mendirikan solat dan menyahut sekiranya  dipanggil oleh ibunya.

Malah sabda Rasulullah SAW, ibu adalah manusia paling berhak untuk dilayan sebaik-baiknya oleh seorang anak berbanding manusia lain di muka bumi ini. Saya petik sabda Rasulullah SAW yang tertulis di sudut sebelah atas kanan portal ini;

Abu Hurairah RA berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ayah kamu.

Saya tertanya-tanya, apakah Anwar, Nik Aziz dan para pemimpin Islam di dalam Pakatan Haram ulas mengenai penderhakaan kubra Azmin Ali ini dan apakah mereka masih redha untuk menjadikan seorang penderhaka kepada ibu kandungnya sendiri untuk menjadi pemimpin Rakyat?

Sekiranya Anwar pernah “memecat” Dr. Hasan Ali melalui Azmin sebelum ini, apakah PAS tidak boleh bertindak “memecat” Azmin melalui Mat Sabu, Mahfuz Omar, Tuan Ibrahim atau Salahuddin Ayub? Nik Aziz ada masalah sakit tekak sampai hilang suara, kah?



12 thoughts on “Sampai Bila Azmin Mahu Terus Derhaka Pada Ibunya?

  • August 23, 2012 at 12:04 pm
    Permalink

    si tanggang mau belayar dengan bahtera ke putra jaya kita sama2 lihat lah nanti kerana derhaka terhadap ibunya akan tenggelam lah bahtera dengan sekelian pengikutnya, seperti yang selalu terjadi Allah bayar cash di atas muka bumi

    muehhhhhhhahahahahahahahaha

    Reply
  • August 23, 2012 at 12:35 pm
    Permalink

    sedangkan Allah melarang mereka yang tidak menghormati ibu/bapa walaupun berlainan agama bagi menjaga hubungan silatulrahim, apatah lagi menderhaka atau memutuskan silatulrahim hukumnya haram sehingga menerima laknat sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala,

    Maksudnya: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (ﺳﻮﺭﺓ ﳏﻤﺪ: ﺍﻳﺔ 23-22)

    bukan saja haram malah tidak masuk syurga

    ﻻﹶ ﻳَﺪْﺧُﻞﹸ ﺍﻟﹾﺠَﻨﱠﺔﹶ ﻗﹶﺎﻃِﻊُ ﺭَﺣِﻢﹴ.
    (ﺭﻭﺍﻩ ﻣﺴﻠﻢ)

    Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.”
    (Hadits riwayat Muslim)

    Reply
    • August 23, 2012 at 12:41 pm
      Permalink

      kepada rakyat yang bakal mengundi pru13 nanti jauhilah bahtera pakatan haram dengan mamat azmin berada sama kerana nescaya akan tenggelam lah bahtera dan lemas lah kesemua mereka didalam nya

      muehhhhhhahahahahahahaha

      Reply
      • August 23, 2012 at 3:45 pm
        Permalink

        Teramat setuju….kalau pada ibu pun sanggup derhaka,kpda negara apa lah sgt…PKR+PAS+DAP=PARTI DERHAKA yang sggup jual maruah diri & negara.Fikir2kanlah korang semua…

        Reply
  • August 23, 2012 at 1:51 pm
    Permalink

    Mujur terjadi di zaman moden ini…Kalau zaman dulu tentu Azmin akan berobah jadi BATU…!MUahaaaaa!!!

    Reply
  • August 23, 2012 at 4:42 pm
    Permalink

    Nik aziz dah berkawan dengan syaitan dah macam dia cakap dulu, syaitan azmin dan anwar, hahaha

    Reply
  • August 23, 2012 at 11:51 pm
    Permalink

    Bukan Azmin nak derhaka pada ibu dia…tapi hangpa semua kena paham, sebagai seorang isteri, Azmin perlu taat kepada suami dia si Aljuboxs tu….kan ke syurga isteri di bawah telapak kaki suami ……emmmmm…

    Reply
  • August 24, 2012 at 7:02 am
    Permalink

    CEH…MASIH MENGHARAPKAN LEMBU UMNO KE-3 UNTUK MENYERANG UMNO..

    HOI UMNO..CUKUP-CUKUP LAH GUNAKAN
    LEMBU UMNO INI..RECYCLE HARI-HARI BRO.. RAKYAT MUAK.. BAGI LER 4 EKOR LEMBU UMNO BERTANDING ATAS TIKET UMNO NAK TENGOK WANG PERTARUHAN HANGUS HAHA

    ZUL KATAK
    IBRAHIM PERKOSA
    ZAHRAIN
    UMMI HAFILDA

    Reply
    • August 24, 2012 at 11:57 am
      Permalink

      Rakyaat muak ?….oooo patutlah buat open house kat permatang pauh, 1000 orang jer yang pergi !!

      Rakyaat dah muak rupanya…oooo baru la aku tau !

      hik ! hik ! hik !

      Reply
      • August 24, 2012 at 1:24 pm
        Permalink

        BERSIH 3.0 PUN KORANG CAKAP 5000 JER DATANG. APA NAK HERAN RAIS YATIM KAN TUKANG KIRA MANUSIA.

        Reply
        • August 25, 2012 at 1:08 pm
          Permalink

          Tak lah…kami kata dalam 25,000 jer…anwar yang kata sampai 300,000…alaa bukan hant tak tau…dia matematik memang failed !

          Reply
    • August 24, 2012 at 4:35 pm
      Permalink

      Apa nak kisah, otak dan cara hang berfikir ni kalau wan azizah buat pengakuan yang sebenar waima anwar sendiri pun hati hang sudah keras daripada batu untuk menerima kebenaran…Allah punya kuasa lah untuk wujudkan manusia manusia macam hangpa ni di atas dunia ni….

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *