Hubungan PAS – DAP Ditentang Ahli Sendiri, Bukan UMNO

Share


Baru-baru ini, Anwar Ibrahim pulang ke kampungnya di Permatang Pauh setelah jarang-jarang balik jenguk kawasan sendiri. Sebagaimana biasa, dia sudah suruh orang-orangnya di sana sambut dia pulang, kononnya kepulangannya itu dinanti-nantikan…

Dalam satu ucapan di majlis rumah terbukan Aidilfitri di parlimennya itu, Anwar tiba-tiba menuduh UMNO takut kepada “hubungan baik” di antara PAS dan DAP.

Kononnya, kerana itulah UMNO berusaha memecah belahkan “hubungan akrab” PAS – DAP dengan menyerang mereka melalui isu Negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud.

Semakin tua, semakin bodoh pula Anwar Ibrahim. Mungkin inilah bukti yang menunjukkan betapa Anwar tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri. Malah, rasanya Anwar nak jadi Ketua Kampung pun dia tak layak!

Saya ingin bertanya kepada Anwar, sejak bilakah dia berkecimpung di dalam bidang politik di negara ini sehingga begitu bengap untuk melihat sendiri tentang perjuangan asal PAS yang mahu mendirikan Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Setahu saya, ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu pun dia tahu dan pernah “membelasah” PAS berkenaan isu negara Islam dan hukum hudud sehingga dia dibenci oleh pak-pak lebai PAS di masa itu.

Dan saya juga pasti bahawa Anwar arif, sedar dan mengetahui tentang betapa bencinya DAP, khususnya Karpal Singh dan Lim Kit Siang terhadap agenda perjuangan asal PAS itu sehingga sanggup mencabar PAS untuk melangkah mayat mereka untuk melaksanakannya.

Jadi, sudah tentunya dia sedar bahawa perbalahan dan sengketa di antara DAP dan PAS mengenai dua agenda tersebut memang tidak pernah reda atau mencapai titik pertemuan di antara mereka, bukan?

Oleh itu, apa pula kena mengenanya pula dengan UMNO? PAS dengan DAP yang bergaduh tentang agenda masing-masing, tapi UMNO pula yang dituduh dan disalahkan “agen Yahudi Zionis Israel kesayangan Woltfowitz” ini?

 Tanpa sebarang alasan yang kukuh Anwar menuduh UMNO lagi? UMNO tidak perlu pun untuk menjadi “batu api” bagi melaga-lagakan PAS – DAP memandangkan kedua parti itu sememangnya berlainan dasar, agenda mahupun perjuangan.

Perbezaan  yang ketara di antara PAS dan DAP sememangnya disedari oleh para penyokong kedua-dua parti itu dan ia menjadikan mereka saling ragu-meragui di antara satu sama lain.

Di depan rakyat, kedua parti pembangkang itu terpaksa memperlihatkan keakraban mereka sedangkan bila bercakap mengenai dasar dan perjuangan di meja bulat, mereka bercakaran antara satu sama lain yang dikatakan selalunya berakhir dengan kemenangan DAP dan kekalahan PAS.

Sebenarnya, yang mahukan PAS keluar dari Pakatan Haram ekoran “diperkudakan” dan dasar mereka yang dinafikan DAP itu datangnya dari dalam PAS sendiri, dan bukannya sebagaimana yang didakwa Anwar. Dia pun tahu tentang itu…

Ustaz Hasan Basri dan Ustaz Nasharudin Mat Isa misalnya adalah pemimpin PAS yang mahukan parti mereka itu bermufaraqah dari Pakatan Haram kerana sudah tidak sanggup lagi bertahaluf siyasi dengan DAP.

Iyalah. Asyik-asyik PAS saja yang dikeldaikan dan diperguna DAP dan PKR, tahaluf siyasi jenis apa begitu?

Maka ramailah ahli-ahli dan para pemimpin PAS, khususnya dari kem pro-ulama, marah dan mahu parti itu kembali kepada identiti asal serta keluar dari gabungan pembangkang yang haram tersebut. Pada mereka, biar mereka sendirian asalkan tidak berada di bawa h telunjuk “syaitan”.

Kalau ada pun teguran dari para pemimpin UMNO mengenai hubungan PAS – DAP yang tidak lebih dari bersifat “plastik kosmetik” itu, ia hanyalah sebagai salah satu tanggungjawab dari saudara sesama Islam.

Bukan apa, UMNO mungkin tidak sanggup untuk melihat saudara seagama mereka dijadikan “balaci pencacai” atau “keldai malang” oleh DAP. “Cubit paha kiri, paha kanan terasa jua”, mungkin itulah sifat UMNO meskipun PAS pernah mengkafirkan semua ahli dan pemimpinnya.

Justeru itu, Anwar tak payahlah memperlihatkan kebodohannya dengan mengada-adakan apa yang tidak ada mengenai UMNO.

Patutnya ketika ini Anwar perlu mendapatkan borang permohonan menjadi guru pelatih “veteran” dari jabatan berkaitan di Tel Aviv memandangkan mungkin dia diperlukan di negara haram Israel Yahudi laknatullah itu selepas PRU ke-13 nanti.

Anwar nak masuk kursus KPLI atau DPLI?



52 thoughts on “Hubungan PAS – DAP Ditentang Ahli Sendiri, Bukan UMNO

  • August 23, 2012 at 3:36 pm
    Permalink

    Memalukan…Anwar Ibrahim…sesorg yang nak bawak perubahan kepada malaysia tapi sembang saja lebih…ceramah politik berapi…tapi parlimen sndiri????apa yg ada??kalau tak ada Politeknik & UiTM..tak ada apalah kt Ptg Pauh ni…tunggu jalan raya 4 lorong dari Bkt Tengah sampai Ptg Pauh…dari dia dlm UMNO sampai jadi ketua pembangkang..tak jdi kenyataan lagi pun..tapi ada hati nak ubah masa depan negara…malunya aku bwh parlimen dia tapi nasib baik aku tak undi dia….

    Reply
  • August 23, 2012 at 3:40 pm
    Permalink

    Penentangan oleh dato Hasan Ali,ustaz Hasan Basri,ustazNasha,sepatut telahh cukup membuktikan bahawa penentangan tersebut terbit dari ahli ahli akar umbi
    pas .DDHA dan ustaz NASHA contoh nya kedua dua nya bukanlah calang calang pemimpin dalam pas .Umum tahu siapa mereka dalam pas.Apa jawatan yang pernah mereka sandang dalam pas.Bagaimana pengaruh mereka dalam pas.

    Reply
  • August 23, 2012 at 3:52 pm
    Permalink

    brape org sgt ahli yg menntg gabungan PR..bg yg mnyokong PR dpt kuasa utk ubah Malaysia..teruskan sokong PR..isu PAs dgn DAP x sebulu dimain2kan amno krna mahu melihat PR gagal tawan putrajaya…amno mahu terus berkuasa..dilagakan PR krna mahu melemahka PR sblm PRU13

    amno dayus mecabar pas tolak kerjasama antara DAP krna sudah pasti PAS tewas kna brsndirian krana umno sndiri bkn sndirian melawan pas…branikah amno juga bersendirian lawan PAS tanpa sabah/sarawak MCA/MIC..

    utk itu kte kne trima realiti politik…hampir mustahil Pas blh memerintah tanpa sokongan kaum lain..tanpa kerusi2 dr rakan2 PR yg lain..amno juga blm tentu blh membentuk krajaan jika bersndirian…

    akui lah..amno mmg takut melihat pengaruh PAS dan DAP dan toleransi kaum antara PR meyebabkan PR diterima dan menjadi 1 pilihan yg lebih baik utk rkyt Malaysia..

    Reply
    • August 23, 2012 at 4:54 pm
      Permalink

      ooh..PAS dayus bacul didepan DAP kapir harbi tu tak apa plak..kalau PAS masih dlm PR pun belum tentu PAS dapat keputrajaya..tsunami politik 2008 pun masih PAS tak boleh tawan putra jaya, apa lagi dgn situasi sekarang, lambat lah PAS nak keputra jaya.

      Kalau PAS kemaruk sangat nak duduk Putra Jaya tu kan lebih mudah keluar dari PR dan gabung dlm BN..sudah tentu pun dlm tangan..ini pi kejar bayang2..macam org bodoh je umum tengok.

      Reply
    • August 23, 2012 at 4:55 pm
      Permalink

      Si kaldai akaq Melayu islam ni masih berhujah seperti manusia yang sering ketinggallan bas, UMNO di dalam BN telah menjadi dominan dan menjadi check dan balance antara kaum kaum lain di dalam malaysia ini, malah bila berlaku krisis MCA, UMNO menghantar wakil arwah Tun Ghafar Baba kepada MCA untuk selesaikan masalah MCA sebagai Presiden sementara, malah menyelesaikan setiap masalah yang berlaku antara parti parti kompenen dalam BN, di sini lah menunjukkan kematangan dan kebijaksanana UMNO sebagai dominan Dalam BN…
      Tgk sendiri kebodohan Pas apabila di selangor, DAP mempunyai kerusi yang lebih daripada Pas tidak memberi Pas sedikit ruang untuk menghidupkan cahaya Islam di selangor, lihat sahaja nasib Hasan ali, tetapi cuba lihat di kedah, waluapun DAP mempunyai 1 kerusi DUN, DAP berani menghalang kerajaan azizan agar tidak meruntuhkan tempat penyembelihan babi walupun mereka hanya ada 1 kerusi, malahan di penang pun, setelah di janji kan sekiranya salleh man menang DUN permatang pasir di berikan jawatan EXco kepada Pas, tapi apa jadi, Pas sendiri di tipu oleh PKR akibat kobodohan yang di tunjukkan oleh Pas musyrikin, jadi macam ni nak kata Pas layak menggantikan UMNO, ptuiiihhhh lah untuk Pas….

      Reply
      • August 24, 2012 at 4:38 am
        Permalink

        pemimpin pas memang bodoh..lihat jer nik aziz kelantan..letih mata menengok orang tua tu yg berjalan mengatur tapak.. memang tak layak langsung jadi MB kelantan tapi masih di sokong pas sebab pandai putar belit mengata orang.. modal politik lapuk bakal menghancurkan negara islam…

        Reply
    • August 23, 2012 at 5:13 pm
      Permalink

      Realiti politik ?? hmmmmm….tengok arah tuju PAS…dan kita tahu itulah realiti politik…hang faham kan ?? hehe

      UMNO takut ?? aku rasa itu bukan realitinya….kesian adalah lebih tepat !! tengok bangsa sendiri di keldaikan oleh DAP.

      Reply
    • August 23, 2012 at 6:43 pm
      Permalink

      PERCAKAPAN DN TULISAN YG BERBAYAR….
      BUKAN DR HATI YG IKLAS…
      tak bgitu melayu_islam!!!hehehehehe

      Reply
    • August 23, 2012 at 11:26 pm
      Permalink

      hehehe…toleransi antara kaum konon….emmm…..mati katak le Ibrahim lybia tu yea melayuXislam…..kah kah kah…buat penat jea Adi Boroi karang Amanat Sundal tu…

      Adi Boroi bodohkan cai2 dia….cai2 bangangkan Adi Boroi…PAS memang sesat dan bodoh…

      Reply
  • August 23, 2012 at 4:14 pm
    Permalink

    Agenda Anwar yang utama adalah untuk hancurkan BN. Seperti juga dengan negara ‘Arab Spring’ destroy first then worry later about rebuilding.

    Reply
  • August 23, 2012 at 4:51 pm
    Permalink

    Muka seorang peliwat bukan seorang pemimpin. Apakah muka ini yang kita impikan untuk memimpin kita ? Oh No, not in my wildest dream.

    Anwar seorang bekas pemimpin Umno yang tidak mempunyai credential yang boleh dikenang mahupun dibanggakan oleh rakyat. Tiada pencapaian apa kecuali memecah belahkan dalam konsep pecah dan perintahnya yang ditiru bulat bulat dari sekutu barat dia. Rakyat yang mengingati sejarah akan dapat toleh dan renung apa yang dia telah buat dalam usaha menghancurkan ekonomi negara semasa krisis ekonomi 98 dalam usahanya bagi menjatuhkan Dr M orang yang bertanghgungjawab menaikkan dia ketahap itu.

    Yang kita lihat dari Anwar ialah kegagalan demi kegagalan serupa saperti 16 Sept nya yang gagal.

    Anwar perlu dipimpin bukan memimpin.

    Period#########

    g

    Reply
  • August 23, 2012 at 4:58 pm
    Permalink

    sian PM 16 september kita ni.. dah nyanyuk kot..

    Reply
  • August 23, 2012 at 5:24 pm
    Permalink

    mereka sudah kekeringan idea , hari raya sudah sekarang ada satu lagi raya yg mereka tengah teropong anak bulan tapi tak nampak sebab bulan yang ada makin suram

    Reply
  • August 23, 2012 at 5:29 pm
    Permalink

    rosak fundemental ekonomi negara kalau pakatan berkuasa.semua mau free.kakitangan kerajaan yang berhutang banyak seronok kalau pkr menang..hutang x payah bayar..
    berbuih mulut cakap kerajaan perlu diubah..dicuba..silap2 kakitangan yg senang2 sekarang diresignkan terus oleh pakatan..kankah mereka nak kurangkan kakitangan kerajaan..
    kakitangan yg ada jawatan sikit jual temberang konon kerajaan banyak silap tapi diri sendiri x amanah dgn kerja..patut tukar org yg sebegini..x sedar diri.

    Reply
  • August 23, 2012 at 6:31 pm
    Permalink

    Bila PR mencadangkan penurunan harga kereta BN kata negara akan bankrap..bila nak hapuskan tol negara akan bankrap begitulah juga dgn pemansuhan PTPTN, penurunan harga minyak dan menaikkan 20% royalti minyak kepada Sabah dan Serawak..walhal ini menunjukkan PR tahu kearah mana nak bawa hala tuju negara demi menghapuskan keperitan dan penderitaan rakyat..

    Jangan memperlekehkan generasi baru yang berpengetahuan professional yang mampu mencapai tujuan murni ini jika PR menguasai Putrajaya..Sikap BN yang suka menabur wang sana sini kononnya simpati penderitaan rakyat menunjukkan BN telah hilang arah untuk memimpin..90% orang melayu yang punca pendapatan mereka hanya dengan makan gaji dan bekerja sendiri tidak akan mampu menguasai ekonomi negara.. tambahan pula perangai kroni2 UMNO yang kononnya berjaya didalam perniagaan walhal mereka mengaut keuntungan diatas penderitaan rakyat..seperti Syabas, PLUS dll..generasi muda yang aggressif tidak lagi menganggap UMNO/BN sebagai pelindung tetapi sebagai perompak khazanah negara..pengundi bukan melayu sudah tidak mahu lagi bertuankan melayu UMNO yang korup yang mahukan kerja sikit dan untung banyak..

    Reply
    • August 23, 2012 at 6:42 pm
      Permalink

      Bila pakatan berjanji mempertahankan kampong buah pala, pakatan berbohong. Bila pakatan berjanji mansohkan tol, omong kosong. Bila pakatan berjanji memberi didikan percuma, retorik politik kerana unisel jatuh bankrap dikeliling hutang, jauh sekali utk mendapat pendidikan percuma.

      Rakyat tahu mereka berjanji kosong kerana berjanji kerja mudah. Melaksanakan janji satu yang mustahil.

      Macamana boleh kurangkan harga petrol sedangkan harga dikawal oleh dunia bukan negara. Dari mana datangnya hasil jika cukai kereta dikurangkan. Berdosa bersekongkol dgn kaum munafikin. Berbohong, tidak menepati janji, tidak amanah dan membesar besarkan sengketa adalah sifat munafikin.

      Reply
      • August 23, 2012 at 10:06 pm
        Permalink

        kalau harga minyak dikawal dunia kenapa harga minyak di saudi, qatar murah malah harga minyak dinegara yg berdepan sekatan negara maju spt iran dan venezuela jg jauh lbh murah? apa pun Bebas sokmo setuju harga minyak tak boleh terlalu murah kerana pengeluaran minyak negara tak sebesar mana tapi sbnrnya blh dikrgkan sikit lagi, kerana minyak yg kita pakai skrg ni minyak import yg murah dan kurang mutunya dibandingkan myk kita yg high quality dan mahal harganya tapi kebykannya di export keluar.
        pada pendapat bebas sokmo harga kereta blh dikurangkan kerana cukai kereta di malaysia antara yg tertinggi dimalaysia. ini diucapkan sendiri oleh seorg ketua persatuan penjual kereta dinegara kita. tak manasabah ada kereta cukainya setinggi 300%. kalaulah cukai kereta yg tinggi itu dijadikan alasan sebagai pendapatan utama negara, nmpak sgt ianya sebagai menindas rakyt. sebenarnya hasil negara kita terlalu byk utk dibelanjakan
        berbanding rakyat hanya sekitar 30 juta orang. kita tengok thailand sebagai contoh…harga kereta murah berbanding kita, road tax pun tak pyh byr, tol tak de tapi thai tak bankrup pun. rakyatnya ramai pada kita. kereta pun canggih2 dan jlnrayanya lbh cantik dari kita.

        kita bndingkan dgn korea selatan pula. kereta KIA K5 yg cun dan prestasi tinggi tu. harga ia kat korea hnya sekita rm60K
        shj. kereta msia pula yg harga sekitar rm60k kat tmpt kita sendiri pula mcm mana qualitynya…pikir2kan sendiri. dan satu lagi perkara pelik yg tk pernah bebas sokmo lihat ialah proton dibwh seliaan kerajaan malysia yg hebat adalah satu2nya pengeluar kereta yg jual kereta dgn harga murah kepada rakyat negara luar berbanding rakyat negara sendiri.
        apa tu…nak tunjuk kereta kita blh jual kat luar tp sbnrnya kalau jual sama harga mcm kat sini..susah nak laku. satu lagi org kalau dah jadi pengeluar kereta
        biarlah byk model tapi kita msh rebatch model org lagi.
        last sekali ttg perdebatan penurunan harga kereta ni dan harga minyak ni…kerajaan BN kena ambik serious kerana ianya tlh menjadi topik popular sembang2 musim raya.

        Reply
        • August 24, 2012 at 11:52 am
          Permalink

          Memang ada cukai kereta sampai 100%-300% tapi hang kena tengok kereta apa tu ? cikgu mampu ke pakai kereta macam tu walaupun cukainya hanya 50%…jangan main pukul sama rata jer.

          Semua oarang nak apa saja dengan harga yang murah, tapi apa implikasinya ? itu hang kena pikir…

          Ambil sifar yang paling senang…kalau tak mampu beli la kereta yang murah…kalau mampu beli la kereta yang mahal, murah ke mahal ke…nak pergi mana pun sampai hang jangan risau.

          Minyak ? hang pi tanya berapa banyak subsidi minyak kerajaan arab beri pada rakyaat depa, kena la ingat minyak yang kita keluarkan adalah gred tinggi yang tidak di gunakan pada kenderaan darat seperti kereta, untuk tujuan itu kita kena ekspot minyak dari luar.

          Harga proton di luar dan dalam negeri..ini satu perkara yang boleh di terus debatkan

          Reply
          • August 25, 2012 at 12:16 pm
            Permalink

            thanks for reply….aku nak bagi cnth kereta biasa aje..hyunndai gerts(salah eja kot) sekitar 2005 dulu. harga asas sampai kat por klng hanya sekitar 14K aje tapi OTR dah jadi 54K. bukan stkt kereta baru. kereta recond pun kerajaan sapu cukai tinggi. cnthnya kereta toyota yg 70K aje kat N.zealand kat kita 140K. apa rasinalnya tahun ni kerajaan naikkan lagi cukai baru sbyk 12% utk kenderaan2 ini.skrg ni toyota Yaris, honda jazz serta mitsbshi colt kena special tax supaya harga jadi lbh tinggi supaya dpt protect proton and perodua. cukai mmg perlu tapi kalau dijadikan alat utk melindungi sesuatu project yg kita tak mmpu bersaing dari segi technologi mmg sesuatu yg amat mlg.
            kalau x mmpu bersaing tutup aje…kalau tidak maka kerajaan akan sentiasa top up duit kpd proton. 27 tahun berlalu, yg bermata celik akan mengatakan project kereta nasional ini dlm kegagalan. pada pndpt bebas sokmo stratergy kena tukar. buang segala kaki politik dlm proton dan buat mcm KIA dulu..hantar para engineer mereka belajar habis2an kuasai technology mazda.skrg ni mazda pun mereka dah kalahkan.

            itu bab kereta, dlm bab lain pun kita mmg lembab. 8 tahun lagi target utk jadi negara maju. kebykkan pemimpin kerajaan laungkan sjk dulu ini akan jadi kenyataan tapi apa benchmarknya. apa produk kita yg jadi asas utk menuju kesitu. Jepun dgn industri permotoran dan computer/telekomunikasi. korea juga begitu. sweden yg penduduknya 4-5 juta juga begitu. kita apa ada….busuk2 thailand pun pandai buat enjin motor gan periuk belanga.
            bukan bebas sokmo anti kerajaan BN. ada juga sektor yg begitu baik dibawah kelolaan kerajaan spt indutri perbankan. kontraktor besar sokongan kerajaan juga by yg berjaya diluar negeri tapi sygnya teknologi yg dibawa balik utk dimanafaat kan kpd anak bangsa teramat sedikit. Ini kesannya kalau berpolitik 24 jam sehari dan 365 hari setahun. pihak pengbangkang pun satu, hari2 serang kerajaan sehingga masa utk majukan negara habis utk melayani kerenah mereka.

          • August 25, 2012 at 1:25 pm
            Permalink

            Berilah peluang kepada PROTON untuk berdaya saing…perkembangan PROTON agak terbantut selepas TUN meletakakn jawatan…tapi aku rasa proton masih di landasan yang betul…walaupun bergerak agak perlahan…kita tak boleh dapat semua yang kita mahukan.

            Pengambilan LOTUS cars adalah satu strategi untuk mendapatkan teknologi tinggi pembikinan kereta, macam aku kata, berilah mereka masa…banyak improvement telah terserlah dari model pertama Proton saga Orient hinggalah pada model terkini proton.

            Kalau kita asyik comdemn hak kita sendiri..sampai bila kita nak maju.

            Thailand buat injin sendiri…apa proton tak buat injin sendiri ke ? hang pi tengok motor mat rempit…tank minyak buat dengan botol mineral water jer…

            Bersangka baik lah pada yang baik

    • August 23, 2012 at 7:00 pm
      Permalink

      Alyabu..generasi baru yang mana satu yang hang maksudkan ? yang botak berkhemah kat dataran merdeka ke ?ooooo…tu generasi baru pakatan haram, baru aku tau, tak pun yang melompat atas kereta polis macam beruk tu ?….ooootu lagi satu maksud generasi baru hangpa..

      Tujuan murni ? apa dia tujuan murni hangpa…TALAM corporation ke, Ladang rakyaat ke, Kohilal ke, PKNS ke, Bayan Bay ke, Ladang Rakyaat ke ? kalau tu hang kata tujuan murni…sedih nya aku !! hehe..

      Reply
      • August 23, 2012 at 11:18 pm
        Permalink

        Alyabu ni pembangang ranting mana???…woii brader, tak payah turunkan harga kereta, belum lagi tol dihapuskan, baru dicadangkan PTPTN dimansuhkan,…. selangor dah nak bankrap pun…

        nak kutip sampah pun takde bajet, lagi mau cerita pasal nk turunkan harga pelbagai barang….

        sebelum nk cerita turunkan harga barang, suruh boss hang matCD tu turunkan barang dia dulu…menyundal jea kejenya

        Hang ni genarasi baru keluar hutan ke???

        Reply
        • August 24, 2012 at 11:23 am
          Permalink

          Depa ni semua sting kalau hang nak tau…sebut jer semua dapat free…anak bini pun depa sanggup gadai, apatah lagi bangsa dan negara !

          Jenis manusia yang selalu mengharapkan kerajaan suap nasi masuk mulut depa pagi petang siang malam. Kerja dah tentu malas asyik berkesedai di depan markas PAS jer…kopi o, dengan biskut kering dari pagi sampai malam…tu pun depa beli hasil derma jihad tin milo orang kampung yang depa kelentong !

          Reply
    • August 23, 2012 at 9:05 pm
      Permalink

      alyabu…awak ni buat homework lebih sikit..dari dulu lagi generasi BN akan sentiasa menunjukkan arah yang benar memacu negara kearah yg lebih baik lagi kualiti ,,untuk semua rakyat di negara ini..jgn cakap mcm org yang melepak kedai kopi tak buat apa2..bila datang tukang karoot terus percaya bulat2..kerjaan tak betul la,,korup,la menindasla,kaut untung la..apa jenis pemikiran awak ni..bezakan lah apa untung negara huru hara dek pencacai murahan macam awak ni..generasi jadi profesianal kerana kerajaan dah menyedia kan apa jua bentuk pendidikan..tapi kenana di didik pula oleh korg sebagai penentang balik..hidup awak tak aman ker lagi,,sbb tu main tuduh kerajaan skrg tak baik ?..atau wak sendiri yang tak boleh jadi rakyat yang baik…boh

      Reply
    • August 25, 2012 at 12:05 pm
      Permalink

      mana ada hidup di malaysia ni menderita mewah dan selesa adalah.tak berpijak pd realiti langsung.

      Reply
  • August 23, 2012 at 6:46 pm
    Permalink

    Bukan semua org Pas setuju dgn parti. Apa dalam umno bukan ada yg tak setuju dgn umno. aku pun ahli umno dulu tapi dah tak sokong umno.

    article mengatakan julung2 kali DSAI balik ke P Pauh. Eh mana han[a tau. Dia balik bukan dapat coverage TV3 pun..

    Reply
    • August 23, 2012 at 8:50 pm
      Permalink

      tak perlu kan tv3..org bukan buta

      Reply
      • August 23, 2012 at 11:32 pm
        Permalink

        hang dah tak sokong UMNO sebab UMNO dah tong sampahkan hang…ahli tak boleh pakai, pemalas, parasit, mata duitan…parti ajaran sesat jea yg suka mahkluk mcm hang ni…

        Reply
      • August 25, 2012 at 12:11 pm
        Permalink

        yelah org bukan buta tengok berita air keruh dikelantan nak banding negeri BN kalau buta tak nampak bekalan air 21 tahun bawah PAS sama standard bekalan air tahun 60an dulu.

        Reply
  • August 23, 2012 at 6:51 pm
    Permalink

    Apa, apa? rumah terbuka makan percuma diPermatang pauh kawasan sendiri pun 1 ribu orang saja datang ? Apa tandanya ?

    Tandanya semua makhlok dah naik meluat tengok pembuntut tua tu.

    Nasib, nasib. Sampai nak buat lucky draw pulak nak tarik orang ke dtg, Ya rabbi.

    Reply
    • August 23, 2012 at 7:05 pm
      Permalink

      1000 oarng jer yang datang open house anwar ? laaaa, 500 orang mat-mat pet satu penang, 200 puak gay, lagi 300 orang cai-cai yang lain.

      Tapi nanti hangpa tunggu, bung minggir akan kata 100,000 orang yang pergi, matematik memang dia failed !

      Reply
      • August 23, 2012 at 9:21 pm
        Permalink

        Dengar kabar selepas kecewa kerana sambutan hambar kerana rakyat dikawasan sendiri pun sudah meluat, untuk test power mereka akan adakan satu lagi open hse diNibong Tebal.

        Kali ini 5 ribu pertama pengunjung di beri cenderamata. Lucu teramat.. tarik org utk datang melantak free pun perlu diberi hadiah.

        Orang putih sebut ” what does it mean ? It means your days are numbered , Anwar”
        Yes , your days are numbered.People get pissed off.”

        Reply
        • August 23, 2012 at 9:30 pm
          Permalink

          laki bini pemalas jaga kawasan sendiri..satu cara calibut tempat lain pulak!! itu aljuburi..berlari sahaja!! hehe

          Reply
  • August 23, 2012 at 10:57 pm
    Permalink

    Kpd Penyokong PR yg nak suma benda free dn murah cuba kau tanya kera jaan sngor,penang,kedah n klantan ada tk depa jual kreta, petrol,gula,beras,tepung dn suma brg keperluan lbh murah dari negri pemerintahan BN? Kul tk blh nk laksana kan ini berkakna klu mereka dpt putarjaya sekali pum blum tentu dePa bagi itu semua….sindri maw ingat la reyy..

    Reply
  • August 23, 2012 at 11:39 pm
    Permalink

    Tuan-tuan dan puan-puan, kalau tak menipu bukan pemimpin pakatan rakyat namanya.Dari ketua sampai penyokong kerjanya ialah menipu dan menfitnah.Semoga Allah selamatkan negara kita daripada orang-orang yang berhati busuk ini untuk memerintah negara.Orang melayu terutamanya ingatlah pru 13 ini kita humban saja puak-puak ni kat kedai kopi. Biar mereka berdebat kat situ je. dalam parlimen buat menghabihkan boreh je!

    Reply
  • August 24, 2012 at 1:26 am
    Permalink

    Sapa kata PR nak semua benda free??

    Reply
    • August 24, 2012 at 11:25 am
      Permalink

      tak la semua free…amoi cina tu dia kena bayar kan ??

      Reply
  • August 24, 2012 at 9:01 pm
    Permalink

    Sebelum ini aku selalu luahkan rasa tak yakin aku bila orang bercakap pasal Kelantan nak kena sapu. BN bekerja keras membina keyakinan pada PRU 2008 sehingga menamakan Awang Adek sebagai bakal MB jika BN berjaya pukul Tok Guru. Pun dalam hati aku tak letakkan 30% pun bagi kemungkinan itu, mengetahui pengaruh Tok Guru zaman itu di Kelantan.

    Kepala otak aku berubah semenjak dua menjak ini bukan kerana propaganda tapi keyakinan sebenarnya bertambah. Kerana aku tak rasa rakyat Kelantan akan terus menerus nak puja Tok Guru mereka bila masaalah air bersih tak selesai yang sering dilagukan dan ketiadaan kemajuan asas yang lain dimainkan. Rakyat Kelantan seharusnya mula berfikir diluar kotak untuk menerima sesuatu yang terlalu synonym ditempat mereka yang sudah jadi monotenous.

    Rakyat Kelantan perlu celik minda untuk terima penukaran mengetahui jaminan BN yang pasti terkota kerana BN orang berada.

    BN tidak meminta minta tadah songkok kutip derma rakyat. Beri BN peluang dan kita suka datang keKelantan nanti dengan kemajuan yang pasti sedap dipandang mata.

    Reply
  • August 24, 2012 at 10:25 pm
    Permalink

    fOR melayu_islam :

    pART YANG pas kerjasama dengan parti nukan Islam ni lah yang aku rasa paling kelakar dalam sejarah politik.
    80-an dulu keluar fatwa Pasti sume orang tahu kan apa fatwa Tok Guru PAS keluarkan mengenai UMNO kerjasama dengan Parti bukan Islam.
    Kemana perginya fatwa tersebut… hehehe dia tukar nama je jadi tahaluf siyasi.. Dalam Islam Ulamak membenarkan tahaluf siyasi tapi dengan syarat yang amat ketat. Kalau akau tak silap antaranya:
    1. Membawa keuntungan kepada Islam
    2. Umat Islam yang paling dominan dan menjadi pemutus dasar

    Adakah ciri-ciri ini ada pada pakatan tersebut?
    Ada sesapa boleh jawab?

    UMNO dituduhnya kafir
    Bukan Islam Umno bersama
    Jika itu hukum dizahir
    kerjasama pas bagaimana?

    Ada untung umat ISlam?

    Reply
    • August 25, 2012 at 10:47 am
      Permalink

      nk tnye…kerjasama antara pas dan DAP merugikan islam ke…cube bg 1 cth tang mn merugikan islam tu..yg tipu konon DAP mengkudakan pas..itu cuma taktik amno menakutkan pengundi melayu dgn PAS..x ade 1 kes pon org PAS dipaksa mneninggalkan agama islam disebabkan DAP…kamu bg contoh Karpal Sing sbgai rujukan…kamu tidak bersikap adil dgn DAP..kamu sudah semak pandangan terkini pemimpin DAP yg lain tentang islam???atau kamu buat2 lupa dgn kata2 pemimpin MCA pd hukum islam???

      isu sape domain dlm krajaan jika PR memerintah..itu 1 lg tipu helah amno utk menakutkan rkyat dgn PR…kamu kene sdr…sblm keputusan PRU13 diketahui..bagaimana kamu blh pasti DAP akan domain dlm PR..hujah kamu berdasrkan cth Penang dan selangor?…kamus sedarkah realiti penang..sdh pasti cina kan???adil lah DAP ada lebih wakilnya dr Penang…tp adakah bile penang dikuasai DAP..adakan melayu/islam penang btl2 ditindas…aku xthu..aku bkn org penang..tu kene tye org Penang sndiri…tp jgn percaya pd media perdana sje…sbb media perdana ade keptngn politik kpd pemerintah…rjin2 dptkan mklumat lain..

      Reply
      • August 25, 2012 at 12:25 pm
        Permalink

        Tapi Pas berani jamin jawatan tertinggi daripada kerajaan pakatan haram di kusasi oleh Pas PM dan jawatan TPM??????

        Reply
      • August 25, 2012 at 1:27 pm
        Permalink

        hehe…tanya orang Penang ? hmmmmm….

        Reply
      • August 25, 2012 at 3:02 pm
        Permalink

        Pemahaman m.i tentang isu dan kadar dakyahbpas kedlm kepala hotak dia berada ditahap maksimum. Mungkin tak dpt dibasuh diruang ini. Tahap dia ni, kalau kepala dia kena lempang dgn si racist tu pun belum tentu dia nak sedar. Aku tak mahu membuang masa disini.

        Reply
  • August 25, 2012 at 12:18 pm
    Permalink

    melayu islam awak memang bodoh tak nampak ke pemimpin PAS sanggup bersalam dengan penjual daging babi dipasar babi hanya untuk dapat undi.itulah penghinaan tahap tertinggi DAP ke atas PAS.Babi tukan najis Maknanya PAS diangap DAP setaraf penjual daging babi dan babi.takkan tu pun tak boleh faham.

    Reply
  • August 25, 2012 at 1:43 pm
    Permalink

    aku lebih perihatin kpd bangsaku dari politik. Dlm ketaksuban Melayu kpd agenda politik sesetengah parti, aku rasa tak lama Melayu boleh pertahankan tanah airnya. Umno aku rasa sungguhpon bersekutu dgn masih mencorakkan hala tuju pemerintahan negara. Dasar2 islamization dan membena institusi kewangan, tabung haji dsb dpt dijalankan dgn sempurna. Tetapi cuba lihat Pas pula. Sungguhpon mengetuai kerajaan perak seketika dulu, tetapi hala tujunya ditentukan oleh Dap. Tanah penduduk new villagers diberi geran 999 TAHUN (tak pernah terjadi di lain negeri). Walhal semua sedia maklum yg penduduk new villages asalnya adalah petani2 haram yg tinggal dipinggir hutan tetapi apabila mereka dikesan telah membekalkan makanan, ubatan dan maklumat kpd pengganas komunis, pihak british telah mengumpul dan memagarkan mereka di new villages. Tetapi mereka diraikan manakala pejuang melayu berputeh mata. Besok kalau bukan melayu memerintah, mereka boleh menukarkan banyak jawatan seperti KPN dari sistem skg (KPN dari pegawai polis) kpd jawatan lantikan cabinet mereka. Tak ada apa2 dlm perlembagaan yg menghalang> Jadilah Melayu tukang kawad dan bkn melayu tukang perintah. Apa akan jadi kpd institusi yg memperjuangkan kepentingan Melayu seperti MARA, FElda, ASB,kouta2 khas bumiputra dlm belian rumah dsb kita
    tengoklah nanti. Masa itu kalau Melayu nak menyesal pon dah terlambat

    Reply
  • August 25, 2012 at 1:57 pm
    Permalink

    Kalau cukai motokar diturunkan, cukai jln dihapuskan, minyak dimurahkan dan tol dihapuskan maka lebih ramai akan mampu memilik kereta. Jadi perbelanjaan besar akan diperlukan utk menambah jln raya, menambah kos selenggara jln raya, tempat letak kereta, tambah penguatkuasa lalulu lintas dsb. Siapa yg akan menikmati faedah ini? Org Bandar? Org luar bandar? Org yg mampu? Org yg masih tak mampu? Jadi kita akan meggunakan kos yg amat besar utk membiayai org yg mampu dan apabila kewangan kurang kita terpaksa mengecilkan lagi perbelanjaan utk org yg tak mampu memiliki kenderaan yg kebanyakannya terdiri dari org Melayu di luar bandar. Adakah ini yg kita benar2 mau

    Reply
  • August 25, 2012 at 2:41 pm
    Permalink

    baujuk…psl bersalam…btl ke ape yg ko ckp..ckp2 dr mulut org bkn boleh percaye…

    ko fikir org islam mne yg bodoh dah tahu ade babi pegi sntuh..dangkal sgt ke pemimpin pas tu psl hukum…org melayu islam yang makan rasuah pon x sggp sentuh babi…sdgkan depa tahu ambil rasuah dgn babi tu sama2 haram…

    pasl bg tanah pd petani cina di perak…anda kecoh pasal kerajaan PAS bg tanah pd org yang mengusahakan tanah tu tp xpernah diberi hak oleh krajaan….ok…mgkin anda kate meke x layak trime..mcm mne dgn tuan punye genting???berape lame pula kerajaan pahang pajak pd TS LGT…sebuah gunung yg dibagi kpd ORANG CINA utk buka PUSAT PERJUDIAN terbesar malaysia….ape faedah yg kite dpt berbanding dgn bg tanah pd Petani perak td…tindakan mane yg lebih menguntungkan rkyat..

    anda berckp bende yg anda blm pasti akan berlaku…anda tahu ke apa yg PR akan buat bile PR memerintah???ambil mesir sbgai contoh???adakah kerajaan DR Morsi menghapuskan terus kaum kristan koptik atau terus paksa semua rakyat wanitanya pakai purdah??x ade bkn???yg berubah cuma dasar2 sahaja..sistem shj yg berubah…amno cipta mindset yg slh kpd rkyat…amno takut jika tewas…amno x lg blh kaut keuntungan mudah melalui kroni..rasuah..duit mudah..dll…bukti belambak???mcm2 kes pemimpin amno lakukan hingga didakwe makhamah..PKFZ<SCORPENE<NFC>>kutipan cukai juga meningkat..yg utgna negara…

    kereta murah???ape yg ruginya???anda rase kualiti protan same ke dgn harge dibayar???persaingan sihat proton dgn kreta import blh tingkatkan teknologi kreta tempatan utk berdaya saing(kalau proton btl2 nk jual kreta la)…yg untungnye rakyt kan???duit pembeli adalah duit pembeli???knpe mesti dipakse utk mmbeli kreta yg x berkualiti hanya kerna x mampu byr cukai kreta yg bgs smpai 300%..

    Reply
  • August 25, 2012 at 7:27 pm
    Permalink

    Rasuah adalah kelemahan dan ketamakan manusia yg berlaku dimerata dunia termasuk di america sekali pon. Tak ada kerajaan dlm dunia yg membuat polisi di mana rasuah digalakkan. Cuma yg menentukan adalah sejauh mana usaha utk mengawal kelemahan ini. Kalau diambil tindakan bermakna itu adalah langkah terpuji, Tetapi bagi org seperti melayu_islam ni pula bila diambil tindakan, ini menjadi bahan keji, Sehinggakan bahan yg belum ada kepastian spt kes scopene dijadikan bahan mencaci. Usah pergi jauh :pandu saja ke thailand. Alamilah apa yg imigrasen mereka buat sebelum pasport. awak dicop. Atau ke indonesia dan alami bagaimana susahnya nak ambil beg dari airport kalau tak ‘hulur’.

    Reply
  • August 25, 2012 at 8:13 pm
    Permalink

    Jika ada lapuran rasuah dan kerajaan berani kata kami tidak terlibat…biar pihak yg berkuasa (SPRM) menyiasat dan mendakwa dan biar mahkamah menentukan kesahihannya dan hukum, itu bererti kerajaan itu tak menggalakan rasuah bukan setakat mengatakan ‘nanti kami suruh CAT bersidang” atau ‘biar kami buat siasatan dalaman’. Ini tak bererti apa2 kerana CAT atau siasatan dalaman tak boleh menghukum penjara atau sebat atau denda sesiapa, Ini hanya boleh dilihat sebagai satu langkah melindungi “geng’ sendiri

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *