Guan Eng Patut Pilih Antara DOG atau PIG…

Share


Baru-baru ini salah seorang pemimpin BN Pulau Pinang, Por Joo Tee, mencadangkan agar Kerajaan DAP di negeri itu menukar slogan “Cekap, Akauntabiliti dan Telus” (CAT) memandangkan dasar-dasar kerajaannya yang bertindak membelakangkan kepentingan rakyat.

Beliau memberikan contoh mengenai projek-projek perumahan mampu milik yang gagal diselesaikan meskipun sudah mentadbir negeri itu lebih dari empat tahun, selepas mengambil alih pentadbiran dari BN pada tahun 2008.

Saya percaya, Guan Eng tidak akan mempedulikan saranan Por Joo Tee itu memandangkan gaya pentadbirannya yang tidak menghiraukan sebarang cadangan dari mana-mana pihak, termasuk rakyat atau pemimpin BN.

Tidak dapat dinafikan bahawa kenyataan Por Joo Tee dari Bayan Baru itu ada benarnya.

Ketika berkempen pada PRU ke-12 yang lalu, Pakatan Haram di negeri itu gemar menabur janji sesuka hati mak bapak mereka sehingga ramai di kalangan rakyat yang percaya dengan segala yang terbit dari mulut mereka.

Tanpa mengira sama ada janji itu boleh ditunaikan atau tidak, Pakatan Haram menabur janji di segenap pelusuk negeri, termasuklah “sumpah” Anwar Ibrahim di atas kepada salah seorang penduduk Kampung Buah Pala yang mengharapkan masalah pemilikan geran tanah yang dipohon selama ini diselesaikan.

Namun, setelah berjaya menjajah Pulau Pinang, janji-janji itu tidak pun ditunaikan kepada rakyat.

Bagaimanapun, “Khalifah” PAS, Lim Guan Eng, tidak merasa malu dengan kegagalan menunaikan janji-janji itu malah begitu berbangga menubuhkan sebuah jawatankuasa yang membawa slogan CAT.

Guan Eng fikir dengan tertubuhnya CAT dan jawatankuasanya, maka rakyat di negeri itu akan tertipu dengan dasar CAT itu dan melihatnya seolah-olah pemimpin yang telus, berakautabiliti dan cekap.

Masalahnya, bermula dari tahun 2008 sehingga kini, Guan Eng belum lagi kering dari pelbagai kontroversi yang melanda pentadbiran dan peribadi dirinya.

Dari isu Kampung Buah Pala yang menyakitkan hati ramai pihak pada 2008, hinggalah isu terkini yang mengaitkan Guan Eng dengan skandal seorang gadis yang bernama samaran “Rainbow” yang terpaksa meletak jawatan kerana dikatakan “dicemburui seseorang di Melaka”…

Selain itu, isu-isu seperti “rampasan” tanah rezab Melayu, projek-projek “direct negotiation”, tanah untuk dirikan masjid “dirampas”, skandal tanah RM10.1 bilion dan termasuklah gerakan “menghalau” bangsa Melayu dan India dari tanah pulau secara halus…itu semua dasar Guan Eng.

Namun, dikatakan bahawa tidak ada satu pun dari skandal atau isu yang dibangkitkan itu telah disiasat oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang menerusi CAT yang ditubuhkan.

Jadi, apa fungsikan CAT di Pulau Pinang?

Saya setuju dengan pandangan beberapa rakan di Pulau Mutiara itu agar Guan Eng menukar saja CAT kepada jawatankuasa atau slogan lain yang lebih sesuai.

Misalnya, Guan Eng boleh menukar CAT kepada DOG atau PIG.

Pada padangan saya, DOG boleh melambangkan kepada “Disgrace & Obsession Government” yang menunjukkan dasar-dasar Kerajaan DAP Pulau Pinang yang memalukan kerana terlalu obses dengan ego diri sendiri tanpa memikirkan kepentingan rakyat.

Atau PIG yang membawa maksud “Progressive Insane Government” yang memperlihatkan wajah sebenar Kerajaan DAP pimpinan Guan Eng yang seolah-olah gila kuasa dengan mengenepikan segala kebajikan rakyat demi “kocek” sendiri.

Mungkin Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang akan tersinggung dengan slogan DOG dan PIG ini. Namun saya yakin bahawa ramai dan majoriti rakyat Pulau Pinang setuju dengan slogan baru yang saya cadangkan itu…



15 thoughts on “Guan Eng Patut Pilih Antara DOG atau PIG…

  • August 4, 2012 at 1:22 pm
    Permalink

    dua dua pun dia boleh pilih..tapi sesuai PIG la..sebab PIG ni lagi pengotor..heheh

    Reply
  • August 4, 2012 at 3:13 pm
    Permalink

    aku percaya guan eng takkan pilih dog atau pig, dia akan pilih rainbow.

    Reply
  • August 4, 2012 at 4:51 pm
    Permalink

    betul tu..dia mesti pilih rainbow…tak berbaloi la kepala dia kene baling bekas rokok kat dahi tu..heheheh

    Reply
  • August 4, 2012 at 11:23 pm
    Permalink

    Alangkah hina jika sebuah negara menyanjung penggemar dan pengamal maksiat. Peliwat diangkat menjadi dewa. Peliwat, penzina, penyuap ais krim yang tarafnya tak lebih dari puaka, diberi harapan meneraju negara.

    Bila mahu bangkit, bila mahu sedar dari terlena… alangkah kotor dan hina.

    Reply
  • August 5, 2012 at 9:56 am
    Permalink

    ade baiknye korang bg cdgan tu pd PM utk ubah slogan umno sendiri…sbb dah x sesuai dah dgn amno dulu kini dan selamenye tu…

    sebab DULU KINI DAN SELAMANYA AMNO tu PERASUAH@PEROMPAK WANG RAKYAT..tukar dgn

    RAT

    R Rasuah
    A Angkuh
    T Tamak Haloba

    Reply
      • August 5, 2012 at 11:22 am
        Permalink

        kesian knpe..aku lak yg kesian korang…x de isu nk menyerang PR…sggp gna isu budak2 punye akal…baik cakap soal beza pemerintahan sukon dgn Lge..mne lebeih bermanafaat utk rkyt pilih..bkn menghina org…

        Reply
        • August 5, 2012 at 12:49 pm
          Permalink

          Beza pemerintahan BN dengan DAP kat Penang ??….alahai hang pi tanya orang melayu pulau pinang…depa akan bagi tau hang..hataa hang pi tanya penyokong taksub PAS sekali pun depa akan bagi tau kat hang…tambah-tambah mamat PAS yang buat restaurant atas pokok tu…time BN walaupun dia hardcore PAS, ok jer kedai dia…time DAP…hehe ranap kena runtuh.

          Hang apa tau ? hati penuh sifat kedengkian, penuh dengan pengkianatan, penuh dengan kemunafikan…agak-agaknya Allah swt dah tutup pandangan hangpa pada kebaikan.

          Reply
  • August 5, 2012 at 9:56 am
    Permalink

    Siapa Guan Eng untuk diharapkan membina rumah mampu milik? Bila tiada rumah mampu milik di Penang, rakyat dari kalangan orang susah akan keluar. Siapa rakyat yg susah hidupnya tue? Cinakah?

    Reply
  • August 6, 2012 at 11:35 am
    Permalink

    Pandangan saya LGE telah menjalankan tugas yang cukup berkesan di Pulau Pinang. Semua wakil rakyat dalm PR mudah didekati. Walaupun saya menyokong Umno, tapi tidak dapat tidak langkah PR mendekati penduduk jauh lebih baik dari BN. Kalau dulu ramai wakil rakyat BN hanya turun jumpa penduduk waktu pilihanraya. Byk juga Adun BN yang saya temubual langsung tidak boleh bertutur bahasa Melayu. Tapi keadaan ni sgt berbeza di bawah PR. Kita kena akui yang mereka cukup bagus dalam hal ini. Peruntukan rumah kos rendah dan mampu milik bagi Pulau Pinang pula adalah yang tertinggi dibandingkan negeri lain. RM500 juta diperuntukkan sedangkan sebagai cth untuk negeri asal saya Negeri Sembilan hanya sekitar RM80 juta. Even peruntukkan utk majlis Agama Islam sekitar RM 60 juta bagi Pulau Pinang tetapi untuk Negeri Sembilan hanya RM 12 juta. Pertambahan penduduk meningkat di Pulau Pinang dan 60% adalah peningkatan penduduk Melayu. So tidak tibul siapa usir siapa. Duke Monte Cristo kena cari bahan atau bukti lain bagi kelemahan mereka.

    Reply
    • August 7, 2012 at 11:11 am
      Permalink

      Cukup berkesan untuk bangsa dia tidak untuk kita, Banyak ranjau dari yang benar, cuba bilang berapa biji rumah kos rendah dibina di pp, Saya duduk dibahagian pulau kawasan jelutong yang kini sedang giat membangun, tapi pembangunnan ini tidak dapat kami kecapi keran kawasan dibangunkan untuk orang kaya sahaja.Banayak pembohongan dilakukan dengan menunjukkan angka angka yang tidak tepat untuk megelirukan rakyat seperti kerajaan pp berjaya mengurangkan hutang yang mana ianya diambil olih Kerajaan pusat, Peruntukan 20juta kepada jabatan agama islam pp dan bn hanya peruntuk 8juta tapi 8 juta bn.siapa bilang adun dan MP pakatan mudah ditemui. Cuba berjumpa dengan Karpal atau cuba jumpa dengan koid teng guan, Muka langsung tak pernah masuk kawasan sendiri, Mengapa karpal tewas di jelutong keran orang jelutong dah serik undi karpal 4 penggal 4 kali dia lawat kawasan dia tupun masa pilihan raya, sekarang baru ada pusat khidmat. Ni lagi satu 60juta mana mai, dulu bilang 20juta LGe bagi dan masa bn bagi 8juta saje untuk event saje manakala Lge bagi 20juta termasuk dengan perbelajaan sakaliannya iaitu termasuk gaji. penyelegaran bagunan dan segalanya beginilah caranya lge menipu.
      Sehigga ke hari ini tak nampak satu unit rumah kos pun kat bahagian pulau selepas semua rumah kampung dipunggah. Di jelutong asalnya cadangan membina appt kos sederhana papan dah naik entah macam mana tak tahu tiba tiba boleh tukar jadi rumah mewah harga tak kurang satu juta. mana orang melayu macam kita nak beli, baru baru ni mujahid rawa buat ceramah politik di jalan kota giam
      Dia bilang rumah kos rendah akan dibina di batu kawan. kita asal orang pulau nak di buang ke batu kawan ke.

      Reply
  • August 7, 2012 at 9:51 am
    Permalink

    Siapa bilang bilang pemerintahan di penang adalah adil, cuba lihat apa terjadi kepada Ikan bakar n tree, kedai atas pokok dan apakah kisahnya peniargaan di hadapan bazaar jual murah di jalan penang Road bagaimana dengan pasar ramadan di kaki lima komtar. Apa yang terjadi pada peniaga dikaki jalan Padang kota, Apakah sebabnya, Mengakibatkan kesesakkan jalan atau kerana apakah sebab kebanyakan peniaga ini adalah orang melayu. Cuba lihat sebaliknya yang berlaku dijalan new lane yang dijadikan jalan sehala bermula jam 4 petang dan bagaimana pula perniagaan dijalan chulia yang memang penyumbang utama kepada kesesakan jalan, begitu juga dijalan perak dan boundry. mengapakan tiada tindakan. apakah keadah yang digunakan mengapa tindakan hanya keatas peniaga melayu. Kebanyakan penyokong pakatan pp bila ditanyakan hal ini tidak mampu menjawab, Mereka membuta memekak dan membisu demi bila penindasan dilakukan oleh pihak yang mereka pertahankan. Berkenaan rumah kos rendah berapakah harganya dan manakan ianya dibina.

    Reply
    • August 7, 2012 at 11:02 am
      Permalink

      Pendapat saya undang undang mesti dihormati. Tidak kira bangsa. Aduan harus dibuat supaya tindakan di ambil. Harap En Basir kemukan aduan kepada Jabatan Traffic dan ADUN. Dalam Traffic Engineering, sekiranya sesuatu jalan mengunakan sistem roundabout, susur keluar roundabout mesti dalam lingkungan 5 kali pusingan ukurlilit roundabout clear dari sebarang traffic light atau tanda berhenti /rintangan. Sekiranya berlaku maka system jalan akan lumpuh. Sebab itulah kebanyakan jalan yang disebutkan oleh En Basir diambil tindakan. Adakah kerana peniaga itu bangsa Melayu seperti kita maka kita biarkan dan juga sebaliknya. Salah tetap salah dan badan berwajip kena ambil tindakan.
      Berkenaan rumah kos rendah, saya menetap di Pulau Pinang sejak tahun 1999 lagi. Masalah rumah di Pulau Pinang sebenarnya disebabkan speculator. Demand rumah di Pulau Pinang sangat tinggi menyebabkan orang ramai membeli rumah bukan untuk mereka duduk tapi untuk menjual kembali. Dalam kata lain sebagai satu pelaburan. Keadaan ini akan berterusan sehinga populasi Malaysia kurang dari 2.0 bagi setiap keluarga. Ini telah pun berlaku sejak 2009 lagi. Maknanya dalam 20 tahun mendatang harga rumah akan menjunam turun. Undang undang ketat perumahan harus diadakan untuk mengelakkan pembeli rumah kos rendah dari membeli rumah untuk disewakan kembali, tidak benarkan menjual kepada pihak ketiga (mungkin dibenarkan selepas tempoh 10 tahun atau sebagainya), pemilikan satu keluarga satu rumah sahaja dibenarkan. Dengan cara itu sasaran pembeli rumah kos rendah sebenar dapat dibuat. Bapa saya pernah ditawarkan rumah kos rendah dan sederhana di Pantai Mas dan Desa Permai Port Dickson atas dasar kapasiti beliau sebagai Pemimpin UMNO di sana. Dan bapa saya dan kami sekeluarga menolak atas dasar prinsip kami jelas. Rumah kos rendah untuk mereka yang kurang berkemampuan. Bukan untuk kami. Tapi adakah orang macam En Basir dan lain lain dalam Umno mempunyai prinsip yang sama.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *