Kajian Berfakta Majlis Profesor Ditohmah Palsu, Cakap Kosong Dzulkefly Ahmad?

Share


Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad baru-baru ini menegaskan bahawa dia optimis bahawa Pakatan Haram akan mendapat 14 kerusi di Sabah rentetan dari insiden perletakan jawatan dua Ahli Parlimen negeri itu.

Kononnya, kedua Ahli Parlimen BN Sabah yang bertukar haluan menyokong Pakatan Haram itu akan membuktikan bahawa gabungan pembangkang itu telah berjaya membolosi “peti deposit BN” di negeri kepulauan Borneo tersebut.

Pemimpin “agama PAS” yang kononnya “pakar strategi” itu turut mendakwa tindakan Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing keluar BN kononnya kejutan bukan kepalang dan amat menyeksakan bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak…

Peliknya, dakwaan “pakar strategi” itu tidak disertakan dengan sebarang kajian, penilaian fakta atau penyelidikan secara ilmiah. Tiba-tiba saja dia kata BN akan hilang 5 kerusi di Sabah hanya disebabkan oleh dua orang pengkhianat itu?

Atas dasar apakah Dzulkefly membuat kenyataan tersebut? Jika setakat “cakap-cakap” di kalangan orang Sabah yang gila jawatan dan mengampu Pakatan Haram untuk dicalonkan pada PRU ke-13 ini, rasanya tak payah sebutlah…

Tak malukah seorang “pakar strategi” mengeluarkan satu kenyataan yang tidak disertakan dengan penyelidikan secara terperinci dan “accurate”?

Apatah lagi kenyataan seperti itu dikeluarkan oleh seorang pemimpin “agama PAS” yang kononnya tidak menipu dan tidak memutar belit fakta. Tidak berdosakah berbuat demikian di dalam hukum “agama PAS”?

Sebelum ini Majlis Profesor Negara yang membuat kajian secara ilmiah, berfakta, terperinci dan berhati-hati telah menyimpulkan bahawa Kedah bakal dirampas kembali oleh UMNO/BN ekoran sokongan rakyat yang hilang keyakinan terhadap kepimpinan PAS.

Kajian tersebut mengambil masa yang agak panjang untuk dikaji dan terpaksa diselidik secara terperinci sehingga di peringkat akar umbi tanpa sebarang unsur berat sebelah atau memikirkan kepentingan mana-mana pihak oleh MPN.

Tapi, hasil kajian MPN itu diperlekeh dan dikatakan “tipu” oleh para pemimpin PAS seperti Mahfuz Omar, Azizan Razak dan ramai lagi.

Pelik betul! Kenyataan Dzulkefly langsung tiada kajian, tiada fakta kukuh atau penyelidikan dijalankan, tapi kenyataannya dipercayai PAS, Pakatan Haram dan Harakahdaily.

Manakala kajian MPN yang “accurate”, berkreadibiliti dan berfakta kukuh itu pula dikatakan tidak benar, berat sebelah, diperlekeh sewenang-wenangnya dan dianggap satu propaganda UMNO/BN untuk menipu rakyat.

Akal siapa yang setuju dengan kenyataan “pakar strategi” PAS itu?

Seperkara lagi, benarkah dakwaan Dzulkefly yang menyatakan bahawa Najib terkejut dan amat terseksa dengan tindakan Lajim dan Wilfred yang keluar dari parti?

Setahu saya, tindakan dua individu yang khianat pada rakyat Sabah itu telah diketahui lebih awal sebelum pengumuman dibuat oleh mereka. Najib dan kepimpinan tertinggi sudah tahu mengenainya dan tiada apa yang nak diterkejutkan oleh mereka.

Dalam ertikata lain, saya percaya mereka sudah sediakan payung lebih awal mengenainya. Silap-silap, kenyataan akhbar dari Najib atau Muhyiddin telah disiap lebih awal sebelum Lajim dan Wilfred mengumumkan keluar parti.

Kecewa yang amat menyeksakan? Tolonglah! Saya berpendapat bahawa tindakan kedua Ahli Parlimen Sabah itu langsung tidak mengecewakan atau menyeksa sesiapa pun. Itu hak mereka untuk meletak jawatan atau nak beralih arah sekali pun.

Cuma, tindakan mereka itu mendedahkan bahawa mereka memang tidak setia, khianat dan memiliki sikap “opportunis” yang tidak berpendirian. Misalnya, dulu mereka mendakwa Anwar pengkhianat, meliwat dan “raja” rasuah, tapi sekarang mereka “menjilat” Anwar pula…

Orang sebeginikah yang harus “disimpan” di dalam UMNO/BN? Rasanya, spesis-spesis ‘sesumpah” seperti ini sangat dialu-alukan untuk keluar dari UMNO/BN dari terus menjadi “virus” yang mampu membarah sepertimana yang dilakukan Anwar dahulu.

Justeru itu, kenyataan “pakar strategi” PAS ini langsung tidak boleh dipakai. Saya hairan juga mengapa Dzulkefly dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS. Mungkin kerana gelaran “doktor”nya?

Ini bukan pakar strategi. Ini namanya “pakar tohmah” atau “pakar putar alam” yang hanya bijak bermain dengan persepsi bodoh yang tidak berpijak pada fakta atau bukti kukuh. Pakai cakap ikut suka mak bapak dia saja. Itu pun PAS bangga dan lantik dengan dia?



25 thoughts on “Kajian Berfakta Majlis Profesor Ditohmah Palsu, Cakap Kosong Dzulkefly Ahmad?

  • August 1, 2012 at 12:24 pm
    Permalink

    Dia pakai ilmu bercakap dengan jin kot. Nak kata ada ilmu kasyaf tak mungkin sama sekali…

    Reply
  • August 1, 2012 at 12:32 pm
    Permalink

    Pakatan Haram?? Eh bukan parti umno yg Haram. Yag ada sekarang ialah ‘UMNO Baru’

    Reply
    • August 1, 2012 at 11:09 pm
      Permalink

      Hang tau tak apa makna HARAM tu…? HARASM ada la tak sah,tak di akui oleh peraturan & undang undang. UMNO ada la pertubuhan sah keghana telah di daftar ngan Pendaftar Pertubuhan/ROS. Pakatan Raakyat ada ka pernah di daftar ngan ROS..? Aku ghasa lum lagi dulu semasa Zaid Ibrahim masih lagi dalamk PKR dia coba nak daftar tapi ada masaalah kot…

      Jadi sah la PR tu HARAM kan…kan…Mooo

      Reply
      • August 2, 2012 at 8:24 am
        Permalink

        Mana lebih halal dan jadi pilihan, Nasi d kedai cina yg. ada logo HALAL atau Nasi Mak ko masak yg. takda logo HALAL?

        Reply
    • August 2, 2012 at 5:22 am
      Permalink

      sape yang undi pakatan haram pas pkr dan dap dalam pru13 nanti memang sah anak haramjadah…

      Reply
    • August 2, 2012 at 2:47 pm
      Permalink

      Pakatan haram hanya saperti boyfren atau poasangan Guy yg tak ada ikatan perkhwinan itu aja, main depan pun haram bnelakang pun haram, atas pun haram Faham tak.. meka tak ada lambang saperti barisan. Pakatan haram ini parti anak beranak, parti tupperware, ko baru nak sokong meka kita org dulu da sokong tapi apa kami dapat, kosong la ni keja sendiri, kawan kita yg lain boss sana sini,

      Reply
    • August 2, 2012 at 4:31 pm
      Permalink

      memang ler UMNO penah diharamkan…tapi lepas diharamkan dia daftar balik dan namakan UMNO baru…

      tak macam pakatan rakyat….parti tak berdaftar…sebab tuh ler namanya pakatan haram bro…

      Ko nih pun memang standard mahfuz omar ler bro…cakap banyak..membaca kurang…otak udang…

      Reply
  • August 1, 2012 at 12:46 pm
    Permalink

    tak apa ….suruh najib buat PRU cepat sikit …..

    apa lah najib ni lembab sangat ….

    Reply
    • August 1, 2012 at 1:35 pm
      Permalink

      Kat dalam TV kata BN kuat…

      Reply
      • August 1, 2012 at 6:33 pm
        Permalink

        ‘banyaknya’ pencacai Pakatan Haram (haram sbb tipu helah-daftar pun tidak…. mcm anak luar nikah.. tup2 muncul.. )

        Reply
    • August 1, 2012 at 7:23 pm
      Permalink

      Selangor buleh buat dulu maa.. dulu diorang yang nak sangat smpai ujung penggal..

      Reply
    • August 2, 2012 at 8:51 am
      Permalink

      Aku pun tak sabar ni. Ko ni dah brapa kali undi..Ramai orang cakap berdegar-degar..tengok2 tak leh mengundi.

      Reply
  • August 1, 2012 at 1:51 pm
    Permalink

    pakar strategi pas ni yg tak sokong hudud dilaksanakan, tak sesuai katanya.dia ingat dia saja yg ada otak, org lain tak ada .

    Reply
  • August 1, 2012 at 6:35 pm
    Permalink

    Bab Hudud ni satu hari nnt takut turun bala Allah sbb PAS byk sgt main isu ini. Berpuluh tahun asyik ckp soal Hudud tp habuk HUDUD pn xde, mcm mana nk terbit HUDUD jika Islam mereka pun tk betul.. HUDUD PAS ke HUDUD ALLAH?

    Kalau mampu buat silakan bg yg tak mampu diamkan diri dari menhinanya, usaha untuk ke arah itu yg penting. Cukup2lah dgn permainkan soal Hudud.

    Reply
    • August 2, 2012 at 2:50 pm
      Permalink

      patut byk btg pelir utas pas yg ori atau yg segera patut di pancung , org pertamna patut pelir di pancung Mat Saybu al 121, baru la org respek, Org cina nak takbir malaysia pun kamu org dok sibuk hudud, apa taiknya hudud jika org kapir perintah kita. Sultan dan raja da tak ada lagi, jika ad pun mcmn boneka

      Reply
  • August 1, 2012 at 11:21 pm
    Permalink

    Si bingai n i dia ingat ada Phd besaq & hebat kot…pada hai semua tak leh pakai semua pekiran dia ni…dah nama pun pembangkang bangkang saja keja depa walau pun benaq…..!!!!

    Orang la ni tak lagi pandang tinggi pada orang yang ada ijazah Phd..Apa yang penting la ni ada la pemikiran kritis,kreatif & inovatif. Ala kalo
    ada duit semuo leh jadi ngan RM5000 leh beli ijazah Phd kat Subang Jaya tu. Semua leh beli termasuk emak & bapak pun ada juai tapi Ibu Ayam & Bapak Ayam ada kot no…!~!!

    Reply
  • August 2, 2012 at 12:06 am
    Permalink

    yg penting aku x sesekali sokong pakatan haram..

    Reply
  • August 2, 2012 at 12:59 am
    Permalink

    Wilfred dan Lajim macam si luncai terjun dengan labu-labunya,pakar strategi Dzuk pula macam tikus baiki labu yang dibawa wilfred dan Lajim, pasti tengelam air dah masuk dalam labu.

    Reply
  • August 2, 2012 at 6:21 am
    Permalink

    aku pun bleh kata kelantan & penang pakatan haram akan kiok tanpa dapat satu kerusi pun tak perlu buat perincian dan kajian sama cam kata pemimpin agama pas lah.

    penganut agama pas berat nanang.

    muehhhhahahahahaha

    Reply
  • August 2, 2012 at 8:31 am
    Permalink

    Namapun PAKAR STRATEGI, takkan dia nak ikut kata majlis profesor kangkung tu. Apakah pakar strategi perang kena ikut fakta? mereka yg. kena atur askar untuk buktikan mereka PAKAR. Macam jurulatih bola jugak, kalau dah tak mampu menyerang kenalah bertahan. Seperti Chelse lwn. Barca, walaupun atas kertas(faktanya) barca kuat, tapi akhirnya kalah sebab strategi berkesan jurulatih chelse.

    Reply
  • August 2, 2012 at 9:16 am
    Permalink

    majlis profesor pun manusia biasa wahai juak pembangkang.tapi rasanya kajian mereka ikut prosedur tepat spt mana diguna pakai mana2 universiti.dibentang dan dibahas.NAIK MUAK BACA KOMEN2 ANDA.MACAM TEGAKKAN BENANG YG BASAH.CUBA AWAK BASUH MUKA.JANGAN MELALUT DI SINI.
    Gegaran politik di sabah taklah berapa kuat sangat berbanding tokoh spt Pairin keluar BN.

    Reply
  • August 2, 2012 at 3:21 pm
    Permalink

    ayat “Seperkara lagi, benarkah dakwaan Dzulkefly yang menyatakan bahawa Najib terkejut dan amat terseksa dengan tindakan Lajim dan Wilfred yang keluar dari parti?” Dzulkiflee hanya bercakap diruang lingkup otaknya yang serba terbatas, diani bukan ada sebarang access kedlm mana-2 agensi kerajaan atau SB, sedangkan Najib telah diberi berbagai taklimat berbulan sebelum kejadian. Mana nak sama pemimpin PR dgn UMNO, jauhhhh macam enggang dgn pipit.

    Reply
  • August 2, 2012 at 4:47 pm
    Permalink

    Sebenarnya Pktn Haram Pmbkg yg lebih terkejut dan amat terseksa dgn Pekenan dari Yg Dipertua Agong,bila jawatan Lajim terlucut dgn serta merta. Hehehhee

    Reply
  • August 4, 2012 at 6:41 pm
    Permalink

    MCA, MIC akan hilang semua kursi..boleh ke BN menang hanya harap undi melayu saja..undi melayu pun dah pecah tiga..sabah dan serawak keadaan tidak menentu..habis BN habis..orang cina dah takmahu lagi bertuankan orang melayu UMNO..mereka ini korup, mahu kerja sikit tapi nak untung banyak..cari duit tak tahu tapi hanya tahu berbelanja..mampos ler UMNO/BN kali ni…kalo BN boleh menang dah lama buat puilihanraya..PM Najib ni masih tumpang kekuatan PAK LAH..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *