PAS Memang Muka Tak Malu, Dibuli DAP Pun Tak Sedar Diri…

Share


Saya ketawa besar membaca kenyataan Setiausaha PAS Negeri Pulau Pinang, Mohd Nor Harun, mengenai “boss”nya Salleh Man yang baru dilantik menjadi Yang DiPertua MAIPP, kononnya UMNO/BN tidak lagi punya peluru untuk menembak PAS di negeri itu.

Katanya, UMNO “gigit jari” memandangkan “Khalifah”nya telah menunaikan janjinya untuk melantik Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu untuk menjawat jawatan tersebut, sambil bersungguh-sungguh dia membodek Salleh Man di Harakahdaily.

Mohd Nor menyatakan bahawa perlantikan itu akan menutup mulut UMNO yang sebelum ini mendakwa PAS diperkotak-katikkan oleh DAP di Pulau Pinang.

Untuk pengetahuan para pembaca, pertama kali saya membaca kenyataan Setiausaha PAS Pulau Pinang itu, mahu saja rasanya saya tempeleng kepalanya laju-laju ekoran kebodohan bukan kepalang yang ditunjukkannya itu.

Tidakkah dia sedar bahawa PAS benar-benar dipermainkan dan diperkotak-katikkan bagai budak-budak “lapar susu”?

DAP pertama kalinya menjanjikan jawatan tersebut kepada PAS Pulau Pinang ialah pada PRU ke-12, pada tahun 2008, kira-kira lebih 4 tahun lalu. Ketika itu PAS “kembang bontot”nya kerana dijanjikan “khalifah”nya dengan jawatan tersebut.

Maka mereka mula mengharap. Namun sehingga Pilihanraya Kecil Permatang Pasir berlansung pada tahun 2009, jawatan tersebut masih juga tidak diserah kepada PAS.

Malah jawatan itu diberikan pula kepada Abdul Malik “itik” Kassim yang mewakili PKR dan bayangkan pula bagaimana raut muka puak-puak PAS Pulau Pinang yang masam macam “mengkudu kecut” melihat perlantikan itu…

Pada PRK Permatang Pasir, Guan Eng yang mahu mengambil hati puak-puak PAS yang marah padanya, berjanji sekali lagi untuk memberikan jawatan itu kepada Salleh Man jika Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu menang pada PRK itu.

Dan menjadi kenyataan, Salleh Man menang di DUN Permatang Pasir. Namun sekali lagi puak-puak PAS rasa tertipu bila jawatan tersebut tidak juga diserahkan kepada Salleh Man yang sebelum ini berangan-angan dengan janji Guan Eng tersebut.

Apatah lagi Malik “itik” ketika itu bermati-matian enggan meletak jawatan tersebut dan sengaja mencari alasan teknikal untuk menafikan jawatan yang sepatutnya diberikan kepada PAS itu. Maka bertambah marah dan kecewalah puak-puak PAS di Pulau Pinang pada Guan Eng dan DAP.

Dan kini, baru Salleh Man dilantik sebagai Yang DiPertua MAIPP? Selepas lebih 4 tahun barulah PAS diberikan jawatan tersebut? Mengapa perlu tunggu begitu lama? PAS tak malukah dipermainkan sebegitu? PAS ada maruah lagikah untuk menerima jawatan itu?

Menurut sumber, jawatan itu dikatakan sebenarnya terpaksa diberikan Guan Eng kepada PAS akhirnya ekoran “sistem barter” berhubung isu calon DAP di Kedah.

Menurut sumber dalaman, Guan Eng berikan jawatan itu kepada PAS kerana mahu dilihat “bertolak ansur” dengan PAS berkenaan jawatan utama di negeri-negeri Pakatan Haram.

Sebagai timbal balasnya, DAP mahu PAS Pusat mengarahkan Azizan Razak di Kedah memenuhi permintaan DAP untuk bertanding lebih banyak kerusi DUN dan Parlimen di negeri jiran Pulau Pinang tersebut.

DAP Kedah memang bertegas mahu lebih kerusi pada PRU ke-13 nanti, namun Azizan berkeras dan enggan melayan kehendak DAP itu. Maklumlah, Azizan memang “manis” di depan DAP, tapi dibelakang DAP dia selalu maki hamun parti chauvinis ultra kiasu itu.

Jadi, dikatakan Guan Eng menggunakan kuasa veto dari PAS Pusat dan PEMANDU Azizan Razak untuk menunaikan kehendak DAP Kedah dan Ketua Menteri itu “berkorban” sedikit memberikan jawatan YDP MAIPP kepada PAS.

Siapa yang cerdik dan siapa yang bodoh? DAP beri jawatan Yang DiPertua MAIPP kepada PAS dan PAS perlu mengorbankan kerusi-kerusinya di Kedah, sekaligus mencabar kewibawaan dan maruah PAS di negeri Jelapang Padi itu.

Jelaslah PAS memang parti kelas bawahan bagi DAP. PAS tetap diperkotak-katikkan dan diperbodohkan begitu saja oleh DAP. Peliknya, PAS tetap fikir mereka dihargai oleh DAP! Mungkin otak dan akal para pemimpin PAS memang “cacat” agaknya…?



68 thoughts on “PAS Memang Muka Tak Malu, Dibuli DAP Pun Tak Sedar Diri…

  • July 31, 2012 at 10:57 am
    Permalink

    Elok la tu, masa pun tinggal x lama dah.. lpas PRU ni tukar org lain pulak.. aku smpati kpd PAS dlm PAKATAN ni, asyik2 kena buli je… kasihannnnnnnn… tu pun ada angan2 nk ganti UMNO

    Reply
    • July 31, 2012 at 11:22 am
      Permalink

      Dengan 1 kerusi boleh pegang jawatan YDP MAIPP, ok lah. Hairannya UMNO ada kerusi terbanyak dalam DUN PP tak boleh jadi KM. Sedangkan PAS walaupun kerusi DUN paling sikit d Perak boleh jadi MB.

      Reply
      • July 31, 2012 at 12:13 pm
        Permalink

        Bujuk jgn angkuh sombong
        Dari segi luaran nampak mcm PAS oklah sebab PAS ikut telunjuk kaki DAP, boleh ‘sabar’ mengalahkan ‘tok wali’ bila bersemuka dgn DAP, tetapi rakus mcm singa lapar bila berdepan dgn UMNO

        YDP MAIPP last minute diberikan pd Salleh Man sbg usaha terakhir utk cover isu malu dan PAS menipu semasa PRU Permatang Pasir dulu. Setelah bertahun skrg dh nak tamat tempoh baru nk bagi? Itupun sbb Malik Kasim ckp ok..

        Sbnrnya zaman BN perintah, Gerakan tidak pernah kacau soal hal ehwal orang Islam di Pulau Pinang, sebab itu proses pemilihan YDP lancar dan berjaya memartabatkan kekuasan umat Islam, tanah2 yang cukup luar di gazetkan untuk pembangunan masjid dan institusi Islam seperti di Bandar Perda, di Nibong Tebal dan Bertam. Usah perasanlah PAS xmampu buat mcm tu dgn DAP

        Bujuk-tipu, jgn perasan lah, PAS boleh jd MB Perak sbb Undang2 Tubuh Perak hanya boleh lantik org Islam shj, Manakala pemilihan Nizar di sebabkan pemilihan Tuanku Sultan Perak. Tapi manusia bernama PAS dan Nizar ini bongkak sombong cpt lupa jasa Sultan, ‘sembah derhaka’ akhirnya..

        Reply
        • August 2, 2012 at 1:06 pm
          Permalink

          So.. hang tau la kan, sebab apa YB PKR tu menyorok d PEKAN. Sebab Tuanku tak pilih dia jadi MB walaupun PKR ada kerusi lebih banyak dari PAS. Tuanku pilih PAS tentunya sebab PAS ada qualiti dan berkebolehan walaupun tiada majoriti. Tuanku Sultan akui sendiri dengan lantik PAS sebagai MB.

          Reply
      • July 31, 2012 at 12:31 pm
        Permalink

        laaaa bujuk, dah nama pun kerajaan negeri DAP…jawatan tu di perkotak-katik kan antara PKR dan PAS…habis umat Islam Pulau Pinang di malukan !!

        hang apa yang hang tau ???

        Reply
      • July 31, 2012 at 12:39 pm
        Permalink

        Umno di Penang walau memiliki kerusi terbanyak telah berikan post KM kepada Gerakan atas dasar setiakawan. Gerakan yang menyertai BN selepas berada diluar sekian lama memerlukan sokongan untuk berdiri.

        Atas dasar itu dan mengambil kira penduduk majoriti Penang adalah kaum mata sepet maka KM diberi kepada mereka tanpa banyak kerenah atau terpaksa bermasam muka. Zaman itu Lim Chong Eu pun dilihat tidak terlalu bukit maka dia telah diterima.

        Ini lah amalan baik BN tercinta kita.

        Reply
        • August 2, 2012 at 1:09 pm
          Permalink

          Itu namanya DAYUS, bila kena bantang hidung banyak ko punya alasannnnn.. hakikatnya sejak zaman cong eu lagi melayu dah kena halau dari P.Pinang.

          Reply
      • July 31, 2012 at 3:52 pm
        Permalink

        tu la namanya BONEKA bujuk ngok oii…menang sikit tapi dipilih pegang jawatan….itu pun pasal jawatan YDP MAIPP & MB Perak depa tak boleh pegang berdasarkan perundangan agama dan negara…kalau tak jgn harap la….makin lama, makin keldai si bujuk ni….

        Boneka>badut>Khadam>Macai>Barua..

        Reply
        • August 2, 2012 at 1:10 pm
          Permalink

          Apasal …laknat jawap macam lain pulak. Dia kata sebab Tuanku pilih(percaya) pada Nizar yg. berkarisma dan qualiti…

          Reply
      • August 1, 2012 at 4:24 am
        Permalink

        hang lawak bodoh ler bujuk..kakakaakaka..

        Reply
  • July 31, 2012 at 11:05 am
    Permalink

    Setakat pegang jawatan sahaja takde gunanya. Orang nak tengok ape kebolehan MAIPP di bawah Yang diPertua yang baru ni??? Pusat hiburan akan berkurangan secara mendadak ke?? Pusat karaoke akan ditutup ke?? Sarang maksiat akan digempur habis-habisan ke??

    Kalau takde perubahan, tiada juga maknanya. Setakat makan elaun buta je la…

    Reply
    • July 31, 2012 at 11:17 am
      Permalink

      Buatlah dulu d negeri UMNO yg. korang pegang dah 55 tahun tu. Kenapa nak kecoh orang yg. baru pegang jawatan 5 hari. Hairan UMNO ni, kain sendiri koyak-rabak depa tak kesah, tapi kecoh kain orang tercarik sedikit.

      Reply
      • July 31, 2012 at 12:19 pm
        Permalink

        Kecoh? ehh PAS yg kecoh berpuluh tahun.. bersepai2 air liur Pok Nik, Hardy, dan macai2 lain tuduh org lain ‘xcukup’ Islam, tuduh UMNO kafir, UMNO sekular, UMNO mcm tu UMNO mcm ni tp last2 bangsa yg kuat melalak ini bila dpt kuasa lebih LEMBIK DAYUS dari semua.

        See.. sendiri buat kecoh.. xsedar diri plak ye. skrg ni kena baliklah

        Reply
      • July 31, 2012 at 12:23 pm
        Permalink

        ee eleh, kan pas cakap islam dia lbh kuat dr umno. so, tggu apa lg.. ada kuasa buat je apa yg patut, dekat sepenggal dah pas printah kedah x dak pun larangan pusat hiburan malah tmbah 4 lagi ada.. kan pusat hiburan tu penyumbang maksiat & maksiat pulak haram disisi islam.. tak kan bila pas printah dah jd HALAL.. jawab bujuk… jgn cakap kosong ja..

        Reply
        • July 31, 2012 at 12:25 pm
          Permalink

          4 yg ditambah tu bukan calang2 punya night club taw..itu sama taraf tiger club di DANOK.. 4 kali DANOK duk ada..

          MB bebal tu boleh ckp taktau.. apa punya lembik bangsa PAS!

          Reply
        • August 1, 2012 at 8:23 am
          Permalink

          PAS dah larang pusat hiburan bulan RAMADHAN tahun lepas. Apa yg. utusan highlight? PAS ketepikan hak bukan Islam. Utusan/umno main isu macam ni… tapi bila PAS berlembut sikit, bagi kebenaran pada orang kafir berhibur, umno jadi batu api lagi kata tak hormat Ramadhan. Memang celaka lah orang yg. jadi batu api melaga2 kan orang islam dan kafir semata2 kerana UNDI.

          Reply
          • August 1, 2012 at 2:43 pm
            Permalink

            Apalah bujuk ni dedahkan kedayusan dan kelembikkan pemimpin PAS?? Sejak bila pula MB Kedah takut dn rujuk Utusan?
            Utusan lapor Kedah tarik balik larangan pusat hiburan sbb zaman UMNO pusat hiburan di Kedah nyawa2 ikan dn xbyk.

            Klu krjn haramkan rusuhan Bershit pemimpin PAS boleh je lawan, tkkn bila DAP jntik sikit je xbrani lawan dah..lepas tu slhkn UMNO UTUSAN plak… Haiii munafik sgguh bujuk ni

          • August 2, 2012 at 1:00 pm
            Permalink

            So… ko ngaku utusan ni batu api dan celaka kan. MB boleh pekakkan telinga dengan isu ni, tapi suasana negeri seperti tak terkawal, sekejap pemimpin sini kacau, sekejap pemimpin sana kacau. Untuk mententeramkan keadaan MB kena buat keputusan yg. adil dan mengikut Islam iaitu d benarkan dengan syarat lesen akan d tarik jika ada umat islam d premis mereka. Jadi orang islam kena protect diri sendiri, seperti yg. UMNO suka.

      • July 31, 2012 at 3:56 pm
        Permalink

        kahkahkah…lg sebulan dua nak bungkus baru nak lantik….kesian PAS, kena barua2 dgn DAP….apa la buruk sgt nasib hangpa ni…pi mana2 mesti kena buli…low class…

        Reply
        • July 31, 2012 at 5:28 pm
          Permalink

          Hehe tu pun meleleh air liur sakan dh..bangga tu macai2 PAS jwtn ‘ditentukan’ DAP….

          Reply
      • August 1, 2012 at 4:26 am
        Permalink

        hang lawak kain pulak…mung memang bodoh ler bujuk,,

        Reply
  • July 31, 2012 at 11:14 am
    Permalink

    Itu hanya tohmahan duke, tapi kenyataannya kawasan majoriti melayu dah banyak MCA,MIC dan GERAKAN perkudakan UMNO supaya bagi pada mereka. Sebagai parti PERKAUMAN UMNO tak sepatutnya mengalah dalam pembahagian kerusi mengikut kaum. Jika mengalah bermakna UMNO telah d perkudakan. Paling sedih, bekas MB perak Datuk Tajol masuk utusan cerita menagis2 kerana terpaksa serah Parlimen Grik pada NYONYA Gerakan. Tapi UMNO tak kata d kudakan, sebaliknya dilembutkan dengan perkataan toleransi. Sedangkan d Grik semua orang tau, 80% pengundi orang melayu/Islam. Tapi ahli UMNO tak kenal bangsa selagi Pemimpin UMNO tak bagitau YB mereka cina Gerakan. Apa YB Tian lian ho buat d grik, apa pun takdak.

    Reply
  • July 31, 2012 at 11:29 am
    Permalink

    pas dari dulu mana ada perasaan malu. kalau mereka ada perasaan malu, tak ada la mereka tipu ahli mereka, kutip duit dr ahli mereka dan sbgnya. kelantan sampai skrg tak boleh nak sediakan air bersih. mana ada malunya pas ni.

    Reply
  • July 31, 2012 at 12:24 pm
    Permalink

    Bujuk asyik2 ulang modal busuk.. org lain berpolitik method mcm mana pun Islam dan Melayu still dijaga wpun tahap kritikal kafir ugut itu ini.

    Tapi PAS.. terlondeh habis. Dari puak yg paling kuat melalak pasal HUDUD akhirnya jatuh dayus malah lembik seperti pondan bila dapat kuasa dgn DAP

    Apa yg PAS xbuat sejak menang dlm mencemarkan maruah Islam??

    Kedah? usah ckplah, wpun kerusi DAP palg sedikit tp pusat maksiat membiak seolah2 DAP yg berkuasa, balak ditebang dgn gilanya, Madrasah bersejarah dihina hnya krn projek DAP

    Belum cerita lagi Selangor Sin City.. kota maksiat yg tkdpt dikawal lagi tahap pelacuran dan aktiviti zina..

    PAS tak malu ke ha? Exco Agama pun PAS xdpt.. DAYUS mcm ni ke nk tegak Islam?
    uweekk.. muka tak malu punya puak!

    Reply
    • July 31, 2012 at 1:43 pm
      Permalink

      Nik ajis bercakap politik ” hari ni mahathir berhenti esok pagi ambo letak jawatan “….cakap munafik !!

      cikgu azizan kata ” hari ni PAS menang esok pagi kita runtuhkan patung helang yang mahathir bina di langkawi “…cakap munafik !!

      ada cai-cai PAS kat sini yang berani mengatakan itu semua bukan cakap-cakap orang munafik ???

      Reply
      • July 31, 2012 at 11:56 pm
        Permalink

        Itu cakap orang politik… paling tidak, mereka ada niat nak buat semua tu. Dalam Islam kalau nampak maksiat kena tegah dengan tangan, kalau tak boleh dengan perkataan, kalau tak mampu juga dengan hati. Itulah selemah2 iman. Kalau azam dan niat pun takda, malah sokong lagi… memang takda iman.

        Reply
        • August 1, 2012 at 3:32 am
          Permalink

          Ooo ckp politik..pusing ke situ pulak si muka tebal bujuk ni.. ko konar2 hujah dgn rasa xmalu langsung.. tipu belit.. org lain baca jijik dan xrespect langsung ko sbg org Islam

          Maksiat wajib dicegah, tapi di Kedah MB dan taktau apa2.. dayus, Pusat Hiburan penggalaka zina diluluskan. bukan dikurang kan.. so nk ckp PAS elok dr UMNO ke mcm tu bujuk?

          Reply
          • August 1, 2012 at 7:46 am
            Permalink

            Awatnya… negeri UMNO perintah BERSIH sangat ka? Pemimpin UMNO pernah jadi pengerusi TOTO hang tau dak? Anak TunM jadi pemegang saham terbesar sykt. ARAK. Ada hang peduli?
            Setidak2.. orang PAS bising dan ada yg. tegur MB pasal isu ni.

    • July 31, 2012 at 11:52 pm
      Permalink

      Ko cerita macam negeri UMNO perintah lebih 50 tahun bebas maksiat. sedang tauke2 dan lembaga pengarah sykt. judi dan maksiat adalah kalangan ahli UMNO. hang p check Genting cukup… adatak ahli UMNO yg. bergantung rezeki d sana. Anak TunM pun ada sykt. ARAK, lagi nak gebang besar. Pengarah TOTO dulu2 bukan bekas menteri UMNO ke? Hai… banyak kalau nak sebut. Korang baru cerita maksiat d negeri PR, tapi aku dah cerita nama2 besar tokey maksiat dalam UMNO.

      Reply
      • August 1, 2012 at 3:37 am
        Permalink

        Itu je hujah ko ye bujuk.. akhir sekali macai2 PAS mcm ko ni akan buat UMNO jg sbg tanda aras.. jadinya apa perlunya PAS kalau asyik tiru UMNO?

        Memang maksiat xdapat 100% bebas, tp sekurang2nya tidak menggalakkan. Org yg melalak sakan pasal Islam sepatutnya lebih ke depan dlm mencegah maksiat. Tp mana dia PAS?

        Sikit2 duduk di bawah telunjuk DAP. Usah ckp soal HUDUD lah, Selangor Sin City PAS jd Syaitan bisu?
        Di Kedah DAP xde kuasa byk tp PAS pula yg jadi ejen iblis.. tlg banyakkan rumah maksiat… setelah hempas pulas mahu roboh Madrasah

        Jadi aku xnampak pun PAS itu lebih baik dr UMNO, malah aku tgk PAS sama jahat dgn puak Abdullah bin Ubai’. Jgn ckp banyak bujuk, jgn berdebat sebaliknya buktikan.

        MB Dayus PAS asyik ckp ‘saya tktau..’ so cmna nk tegakkan kebenaran?

        Reply
        • August 1, 2012 at 7:48 am
          Permalink

          Aku nak kata hang, cermin diri dulu..
          Kalau ekor terpalit TAIK, jangan nak berkokok deras sangat. Busuk dan menjijikkan…

          Reply
  • July 31, 2012 at 12:32 pm
    Permalink

    Di Kelantan secara simbolik tiba2 kubah sebuah masjid rebah ke bumi tergolek.. dlm bulan Ramadhan.. simbolik pertama- PAS GAGAL jg penyelenggaraan masjid tetapi rumah Pok Nik keta mewah boleh tahan. Simbolik kedua- tanda2 kehancuran Islam di bawah PAS.

    Di Selangor, tempat si Xavier Kafir tu bg ‘ceramah’ habis ditenggelami air banjir sebelum Ramadhan lalu, menenggelamkan karpet yg masih baru, rosak dan berlumpur.

    Hasan Ali di pecat tnpa tahu apakah dosanya pd agama.., gereja yg terang2 memurtadkan dan hina Islam di bela PAS.

    banyak lagi kerja2 gila PAS yg panjang untuk disenaraikan yg bertenteng dgn Islam.

    So tuan2 masih percaya lg ke dgn puak Munafik PAS? atau masih tk takut untuk kongsi saham dosa, yg mana di akhirat nnt bersaksilah depan Allah untuk jawab!

    Reply
    • July 31, 2012 at 12:55 pm
      Permalink

      Ye sesuai sekali pas digelar munafik. Kita tak kafirkan mereka kerana mereka solat sama macam kita jugak, mungkin tujuan pas solat untuk dunia.

      Kita solat untuk akhirat. Ini lah bezanya antara dua.

      Reply
      • July 31, 2012 at 1:19 pm
        Permalink

        Setuju, aku ‘LIKE’ so much PASpartyNGOK….

        Reply
  • July 31, 2012 at 2:30 pm
    Permalink

    Islam dan melayu mesti dijaga – kata PASDAP…

    Bila umno jaga Islam??? kena gertak dgn Chua Soi Leks, berkali2, sampai hari ni tak keluar statement.

    Ingat lagi kempen calon Pas yg kena kutuk sebb tak nak salam dgn lelaki bukan mahrah, MCA kutuk-> bila umno pertahan Islam?? Hudud camner ni???

    Reply
  • July 31, 2012 at 2:31 pm
    Permalink

    Pemimpin umno (Laki Rosmah) kata Hudud tak berpaksi kepada realiti-> apa komen umno??

    Reply
    • July 31, 2012 at 2:47 pm
      Permalink

      Hbis Hadi awang ko komen ape pulak pasal hudud? ada paksi.. Terus tukar negara berkebajikan. Berkebajikan sangat, nk bg air bersih pn susah. Sembang je lebat, budak2 bole lah ko tipu. Abby pn bole ko tipu

      Reply
      • July 31, 2012 at 3:57 pm
        Permalink

        Negara berkebajikan itu negara Islam.

        So kalau negara yg tolak hudud tu negara islam jugak kah??

        Reply
        • July 31, 2012 at 5:25 pm
          Permalink

          Siapa yg tolk hudud ni?? Hady yg ckp negara Islam xde pn dlm Al Quran?..aihhh main2 sgguh org tua ni!

          Negara Kebajikan UMNO dh lma buat, sbbtu kita dikelilingi subsidi dn service percuma. Islam Agama Persekutuan negara tu bukti negara Islam. PAS mn buat apa..pusat hiburan boleh la… Danok Kedah

          Reply
          • July 31, 2012 at 6:40 pm
            Permalink

            hang citer hudud apa mooo…kalau HududPAS, Militan Taliban pun lari….

            hudud hangpa tu pelik, sampaikan Draf hudud kelantan & terengganu pun berbeza….hukum Allah kena ikut selera Pok Nik & Si Boroi ke?????…

          • August 1, 2012 at 7:49 am
            Permalink

            Tak tolak hudud, tapi YB UMNO d johor cadangkan hudud takdak sorang pun pemimpin tertinggi UMNO yang sokong.

          • August 1, 2012 at 3:12 pm
            Permalink

            Ish2… Menipu kg.. Dh UMNO Johor mahu guat Hudud itu tanda UMNO tkpernah tolak lah.. Ape yg ko metoyan sht ha bujuk??

            Ya Allah si munafik ni..dlm bulan puasa pun kencing bohong xhenti..jd makan minummsebati dgn darah daging ko bujuk. Ni hasil doktrin PAS..lahirkn budak2 bebal yg tipu umat

          • August 2, 2012 at 12:52 pm
            Permalink

            Hang faham tak antara parti UMNO dengan ahli UMNO. Seorang ahli tak boleh ubah keputusan parti seperti seorang Pemimpin tertinggi. Bila UMNO johor nak HUDUD? ce cita aku… yg. cadangkan tu hanya seorang dan yg. lainnya tak tolak, tapi 1001 alasan d beri.

    • July 31, 2012 at 3:16 pm
      Permalink

      mai nak komen.. yang dimaksudkan tidak berpaksi kpd reliti tu adalah keadaan masyarakat yang belum sedia menerima. contohnya ko sendiri lah moooo, kalau iman ko setakat skrg… subuh pun payah nak bangun jemaah, jumpa perempuan masih tegak memandang (tidak tunduk), tiada sebarang sunnah nabi yg ko amalkan, solat pun tak khusyuk, mulut dan lidah masih tak dpt jaga, dakwah secara terangan kpd sesama islam pun ko masih tak berani apatah lagi dgn bukan islam dan berpuluh lagi kelemahan umat islam yang mcm ni atau lebih teruk, maka maksudnya masyarakat islam sendiri pun masih belum ready, apatah lagi kita nak suruh puak kafir terima?. Hudud adalah terbaik untuk umat yang ada ciri-2 terbaik. Hudud adalah lebih kpd maruah islam, bukan satu bentuk hukuman semata-2. kalau amalan dan tingkah laku mcm pas… rasanya janganlah berangan sangat kot, pas mungkin belum layak, mungkin Allah akan beri keupayaan melaksanakannya bila pas menjaga segalah sendi agama termasuk adap sopan dan tertib. Paling penting pas perlu kembali menyerah diri kpd Allah, menang dan kalah ditangan Allah, bukan dgn bantuan kafir harbi. sebab… kalau pas menang dan buat hudud dgn bantuan kafir harbi maka mungkin sesuatu yang amat aneh telah berlaku didlm agama kita…

      Reply
      • July 31, 2012 at 4:36 pm
        Permalink

        La..55 tahun tak terima lagi??? Sapa yg tak terima?? melayu umno ler tu… Cakap je terus terang..

        Sultan Brunei bertitah “Siapalah saya nak manghalang hudud ini..”

        Reply
        • July 31, 2012 at 5:22 pm
          Permalink

          Haha org sekular mcm ko loosermoo ckp psl hudud..ko dh tnye boss omega ko ker.. Dia nk ke buat hudud atau ambil kesempatan isunutk cover dosa dia kt hotel??
          Cara pemikiran sekular ko dn Nuar punya geng hudud jd alat je utk pncing undi..dpt undi Israel jg yg korang cari..dana invest byk

          Reply
          • August 1, 2012 at 12:02 am
            Permalink

            Jangan cerita pasal orang lain, tanya diri sendiri sokong HUDUD ke tidak. tak perlu berdalih orang sana buat dosa, orang sini takut d hukum… sampai bila pun tak selesai. Diri sendiri dulu… yakin dan percaya tidak HUDUD adalah sebaik2 hukuman yg. Allah perintahkan untuk keamanan manusia. kalau dah yakin kena perjuangkan dan bukannya memomokkan/ mensendakan hudud.

          • August 1, 2012 at 3:23 am
            Permalink

            Bujuk aku nk tanya hang lah.. apa matlamat hidup hang sbnrya? Hidup berpolitk dgn sifat Munafik tau nak cari Redho Allah?
            Tak habis2 ko main dgn Hudud ye bujuk.. mulut asyik sebut Hudud tuduh org itu ini tolak Hudud, sedangkan aku xpernah dgr org UMNO tolak HUDUD, yg UMNO tolak ialah cara PAS politikkan HUDUD.

            PAS sukukan agama dgn ambil HUDUD shj? PAS tidak konsisten dlm perjuangan Islam, hanya canang soal HUDUD tp smpai skrg pun mana dia HUDUD? Mana dia draf HUDUD untuk negara Islam yg nk gantikan Perlembagaan?

            Ckp mcm burung kakak tua, tp hati ko sendiri tolak hukum Allah, HUDUD sbg alasan utk tagih undi. Kalau ikhlas nk buat HUDUD knapa bersektu dgn DAP penentang HUDUD?

          • August 1, 2012 at 7:54 am
            Permalink

            UMNO memang tak tolak hudud, tapi pemimpin UMNO kata macam2 pada hukum HUDUD. Ada kata makan sup tangan, ada kata tak cukup batu buat jalan, ada kata takda dalam Quran, ada kata tak sesuai dengan zaman, ada kata selagi BN perintah HUDUD takkan d laksanakan. Hang cakap aku, apakah ayat2 d atas menunjukkan UMNO sokong atau tolak HUDUD?
            Tanya diri hang, Islam ka orang yg. kata seperti d atas atau mereka itu adalah MUNAFIK.

          • August 1, 2012 at 3:09 pm
            Permalink

            PAS hina Allah, hina Nabi hina dan permainkan Hudud Siang dn Malam sdgkn masa yg sama mereka buat maksiat dgn DAP, dgn puak2 anti Islam dlm PKR, usah loyar buruk dn putar belit utk baguslah bujuk.. Siapabc hujah ko xkn respect ko malah ko setaraf pencacai kafir yg hina. Ckp xseruoa bikin.

            Hudud xbuatblps tunjaja xhabis2,nsalahkn org itu slhkn pihak ni..ko ingt cmtu ke sistem tarbiah yg Nabi bawa??
            13 tahun Nabi bawa Usul Tauhid, Hudud dtg wktu bila?? Hudud itu kebih besar dr Tauhid kah wahai bujuk?? Kku xkenal Allah buat hudud utk sape?? Utk selera buas Pok Nik?

            Islam itu sempurna dr semua bab, tp puak ko lah munafik tegar yg asyik melalak mcm anjing. Satu habuk pn xde cmna nk buat yg lebih besar sot hudud? Kencing merata2, tkn selamatlah puak2 mcm ko ni bujuk oii!

          • August 2, 2012 at 12:48 pm
            Permalink

            Sebab dulu nabi berdakwah pada orang kafir @ bukan Islam. Aku setuju hudud bukan keutamaan berbanding tauhid. Tapi orang yg. kuat tauhid(iman) akan laksanakan apa saja perintah Allah tampa memikirkan sesuai/ tidak termasuk hudud. Mereka tidak mencari2 alasan seperti UMNO hari ni, walaupun Allah dah bagi kuasa lebih 50 tahun.

  • July 31, 2012 at 3:17 pm
    Permalink

    Kalau setakat dapat jawatan tapi tak berani bersuara buat pe lebih baik letak patung lembu je..Tak caya tengok ni:-

    KUALA LUMPUR 30 Julai – Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, sebarang cubaan Pas sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar Pas tahun lepas.

    Beliau berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan.

    “Ini mencerminkan tanpa sedikit keraguan pun bahawa Pas telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Pas, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan,” kata Karpal dalam satu kenyataan di sini.

    Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud.

    Karpal berkata, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan Pas mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yang betul.

    Karpal berkata, Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga.

    “Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin,” katanya. – BERNAMA

    Beliau berkata: “Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan.

    “Saya perlu tegaskan dengan segala kekuatan yang ada pada saya, bahawa saya percaya terhadap Tuhan,” ujar Karpal.

    Nak tanya sape pemimpin PAS berani bersuara mengenai perkara ini..tetapi apa yang nyata adalah

    Dengan PRU semakin hampir, PAS nampaknya benar-benar buntu untuk mengembalikan imej Islam yang kini hanya tinggal di serban dan jubah sahaja. Di tambah dengan berduyun-duyun artis tak laku dan ‘tak berapa cerdik’ yang mula memenuhi parti itu, masyarakat semakin memandang sinis akan ‘keIslaman’ PAS.

    Justeru, tidak dapat tidak, PAS terpaksa kembali memainkan ‘hudud’ sebagai bahan promosi dan kempen bagi meraih undi dari umat Melayu.

    Ternyata, PAS telah berjaya menjadikan Pakatan Rakyat haru-biru dengan sikap tidak amanah, tidak berpegang kepada janji dan tidak punya pendirian tetap termasuk dalam isu-isu yang melibatkan agama.

    Sebenarnya, PAS tidak akan mampu meningkatkan sokongan dengan hanya membangkitkan semula isu hudud. ‘Hudud’ bukan isu yang akan membawa PAS mahupun PR ke Putrajaya atau mana-mana kerana semua orang tahu bahawa ia hanyalah retorik PAS semata-mata. PAS tidak akan dan tidak ingin pun untuk melaksanakannya.

    Jika ada yang masih menyokong PAS, ia bukan kerana hudud, tetapi kerana terpedaya bahawa PAS memperjuangkan Islam. Mereka ini akan tetap menyokong PAS tak kira jika PAS menggadaikan hudud dan Negara Islam seperti yang dipersetujui dalam Muktamar lepas atau pun tidak.

    Reply
    • August 1, 2012 at 12:05 am
      Permalink

      Tapi TGNA kata HUDUD akan d laksanakan samada DAP setuju atau tidak…
      Ada Presiden UMNO berani kata HUDUD akan d laksanakan samada MCA terima atau tolak?
      Presiden UMNO hanya berani kata selagi BNperintah HUDUD tadak akan d laksanakan. Mana azam/niat nak laksanakan HUDUD?
      Azam/niat adalah selemah2 iman…

      Reply
      • August 1, 2012 at 3:42 am
        Permalink

        Ish2 bujuk.. geram aku jugak dlm bulan2 Ramadhan ni dgn sikap penipu besar ko dgn Paderi Agong ko tu, xhabis2 nk perdaya undi org Islam.

        Sampai bilakah manusia2 mcm ko dan Pok Nik ini nk berjanji itu dn ini.. nk janji soal besar2 tp yg kecil2 pun xtunai.

        Ko fitnah lagi UMNO.. yg aku tau Karpal dan seluruh DAP ckp langkah mayat mereka dulu utk buat Hudud.. dan PAS pula mmg pencacai kafir dlm Pakatan Haram..

        Selemah2 iman laksanakan apa yg termampu jika xmampu buat semua jgn tinggal semua. Tp PAS tukar habis.. negara Islam jd negara Kebajikan, jawatan Exco Agama pun mudah2 je gadai kt org sekular.. so mcm mn ni bujuk org nk percaya PAS tu tk menipu?

        Reply
        • August 1, 2012 at 7:58 am
          Permalink

          Hang baca utusan dalam 2-3 hari lepas Karpal cakap, dia tak peduli apa LKS dan LGE atau pemimpin lain cakap. Maknanya dia keseorangan…
          LGE dalam debat dengan CSL kata HUDUD hak umat Islam, tapi CSL dengan bangga kata UMNO ikut kata MCA takkan laksanakan HUDUD selagi memerintah M’sia. MALU LA SIKIT… KALAU HANG ADA IMAN. MCA BOLEH KATA MACAM TU DALAM DEBAT, HANG DIAM JE.

          Reply
          • August 1, 2012 at 3:03 pm
            Permalink

            Bujuktipu, xhabis2 hang sodok najis DAP dn jilat, skrg aku nk tnya ko siapa yg takut siapa?? MCA bg pndgn dia UMNO xpnh pulak ikut atau ubah apa2 hal ehwal Islam. HUDUD belum peringkat perlaksanaan lg, tp MCA xckp langkah mayat depa dulu mcm DAP pernh zahirkan. DAP pernah taruhkan nyawa utk soal HUDUD melalui Setiusaha Agungnya, so siapa yg plg jahat?? PAS lh plg jahat krn asyik pusing utk sokong DAP.

            Usah ckp soal Hudud melalak tktentu pasal sdngkn hal Tauhid pn tunggang lnggang. xboleh tegakkn Islam yg asas. Puak ko PAS cukup byk hina Uslam dn Hudud dgn jdkn bhn dagangan politik.

            Org lain xbrani jnji Hudud tp tgh usahakn negara akn tegakkn syariat Islam jeseluruhannya!!

            Bujuk, cukup2 lah jd iblis, yg berdusta dgnnagama. Ko loyar buruk sgguh soal hudud. Ko sokong kebathilan puak PAS khawarij.. Nk tumbngkn UMNO konon..Insya Allah lsmg Allah lindung UMNO dr puak khawarij PAS!

          • August 2, 2012 at 12:42 pm
            Permalink

            Bro.. hang cerita isu sebelum ada PR, siapa selain Karpal yg. tolak hudud? jadi hang sebut karpal sorang janagn sebut DAP keseluruhannya tolak hudud. Dulu tu depa tolak sebab termakan propaganda UMNO kata nanti MURTAD kena PANCONG. Makan sup tangan, takda batu nak buat jalan dan pelbagai senda gurau UMNO terhadap hukuman hudud.
            Ini semua senda pemimpin UMNO/BN… kalau hang tak tau.

  • July 31, 2012 at 3:53 pm
    Permalink

    La…semenjak bila pulak ahli umno berani bersuara????

    Dulu bukan main, “Islam Hadhari”, “sekarang ni “1 Malaysia”//apa maknanya, sbb aku tgk yg tak puas hati dgn bangsa lain ialah org umno sendiri…

    Reply
    • July 31, 2012 at 10:41 pm
      Permalink

      Kata dari parti ‘islam’ tapi jwb mcm budak darjah dua. Buang masa je cakap dgn si bebal ni….

      Reply
    • August 1, 2012 at 12:09 am
      Permalink

      UMNO ni, dengan PAS/DAP dia cerita pasal Islam dan Melayu. Dengan MCA buat projek sama2 dengan kafir dan cina. Lidah bercabang.. sedangkan MCA tolak hudud/Islam lebih teruk dari DAP. Dalam DAP hanya Karpal sing sorang yg. tolak, dalam MCA semua ahli dia tolak bila Preseiden, wanita dan pemuda bergabung tolak hudud.

      Reply
      • August 1, 2012 at 3:29 am
        Permalink

        Ko bohong bujuk, DAP tk pernah setuju bukan shj bab HUDUD segala bab yg berkaitan dgn soal Islam termasuk tulisan jawi dan azan pun mereka sakit hati

        MCA mmg xpernah ckp nk sokong HUDUD sbb dia masih kafir dn belum dpt Hidayah. Tetapi seteruk2 MCA pun tidak UMNO melutut soal Akidah, Syariat pd MCA seperti DAP tuding kaki pd muka PAS.

        Bujuk, ko xpyh lah nk bela DAP. Menjijikan. Dgn hujah apa sekalipun PAS penipu besar. Berulang kali ko asyik canang hujah basi busuk ni.. xde maknalah bujuk. Atas dunia ko tgh sihat boleh loyar buruk lah. Tp Ingat Allah itu cpt balasannya, dn bila Allah tarik sedikit shj nikmat NYA dr ko.. wktu tu aku nk tgk ko mampu tak loyar buruk dan jadi pencacai kafir spt skrg.

        Jgn main soal HUDUD jika tidak mampu buat. Lebih baik diam dr buat ‘perjudian’ utk pancing undi.

        Reply
        • August 1, 2012 at 8:15 am
          Permalink

          Aku tak kata DAP sokong HUDUD, tapi mereka tak tolak hudud melainkan Karpal Sing. Lagi satu, ayat quran/ hadis mana ko ambik yg suruh diam bila berdepan maksiat atau kekufuran. Bukankah selemah2 iman hendaklah membenci perkara2 mungkar ni.

          Reply
          • August 1, 2012 at 2:53 pm
            Permalink

            Wah2 sakan ko putar belit bulan puasa ni.. Yg dia bodohkan diri buat tktau MB Kedah pasal pusat hiburan, seleweng balak tu syaitan bisu kot?! Dopi Selangor rumah urut dan pelacoran byk, Exco Agama Hasan Aki serbu dia kena pevat, kena tendang.. Jd jgnlah ki tipu bujuk..jilat najis kmudian dgn bngga ckp ko bersih..
            Hidup ko penuh dgn propaganda bohong PAS.

  • July 31, 2012 at 4:14 pm
    Permalink

    Minta tolong tanya pada Saleh Man di P Pinang siapa boss siapa kuli? Cukup untuk tahu dimana kedudukan Melayu di sisi Dapigs LGE

    Reply
  • July 31, 2012 at 5:19 pm
    Permalink

    laaa.. LOOSERMOO… Ko bile ckp bab agama je nmpk jahil tempang.
    Ahlul PAS PKR mn ada brani ckp bab agama bile mix dgn DAP. Bertam night yg tayang body betina tu boleh PAS hadir danbstay firmly wpn dihidang dgn maksiat… Siap naik pentas terhegeh2 dgn jubah… Aduh memalukan umat Islam

    Dari hukum kafir krn xbuat hudud tiba2 jd negara kebajikan…haha baculnye PAS..PKR plak mcm org xde agama..ikut je mn arus yg kuat… UMNO BN dh lma berkebajikan utk rakyat… Xperlu lg pd Pakatan Haram ciplak

    Reply
  • August 1, 2012 at 8:33 am
    Permalink

    bujuk says:
    Dengan 1 kerusi boleh pegang jawatan YDP MAIPP.

    Nak tanya balik apa yang Salehmen dan PAS buat apabila guan eng cina Melaka tu bina Tugu Arak diPenang…

    Dimanakan Salehmen YDP MAIPP dan pemimpin-pemimpin pas ketika tugu ini ditegakkan? Dimanakah pemimpin Pas yang mulut cabul suka mengkafirkan orang lainIni lah rupa sebenar PAS yang semakin hari semakin banyak menipu umat Islam. Mereka menipu kononnya merekalah parti yang memperjuangkan Islam diMalaysia. Mereka menipu merekalah yang berkehendakkan kepada hukum hudud.

    Ternyata pemimpin Pas yang lantang mengkafirkan umat Islam kini takut untuk bersuara demi untuk menujuk bersama kafir DAP ke Putrajaya mereka sanggup membiarkan negara yang mereka mahu jadikan negara Islam dipenuhi dengan tugu arak.

    Pemimpin Pas usah sebut lagi Islam selagi menara arak itu masih tertegak di negeri pakatan rakyat.

    Mereka mengkafirkan UMNO kerana tidak bersama mereka dalam mencanang negara Islam ala mereka.

    Reply
    • August 1, 2012 at 11:38 pm
      Permalink

      Jwb bujuk jgn tak jawab.. aku suke la tgk stail ko ckp bohong.. mcm org pompuan membebel.. hahaha

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *