Bila Artis PKR Berbicara Mengenai Ekonomi Johor

Share


Memang payah bila berbicara dengan artis “tak sekolah” tapi dinobatkan bagaikan “ustazah”. Apatah lagi dia baru kenal politik 2 – 3 hari, tapi kata-kata politik dan faktanya cukup lemah untuk digunakan sebagai hujah.

Namun, kata-kata dan hujah bodoh itulah yang diangkat oleh Harakahdaily untuk menipu rakyat, khususnya di Johor.

Baru-baru ini, Dayangku Intan berkunjung ke Johor bersama rombongan PKR membawa mesej politik yang diselindungkan di dalam projek amal dan ibadah agama di bulan Ramadhan. Mungkin PKR kini sedang mencuba modus operandi PAS, jual agama untuk politik.

Ketika di Johor, Dayangku Intan menyatakan bahawa kemajuan Johor hanyalah “indah khabar dari rupa”. Katanya, dia menjangkakan negeri Johor tidak ada orang miskin kerana negeri itu kaya, namun memang nyata ada orang miskin di negeri itu yang memerlukan bantuan.

Dia membandingkan Johor dengan Kelantan. Katanya negeri Kelantan miskin, tapi rakyatnya kaya-kaya belaka. Kelantan tidak kaya, tapi rakyatnya memang berharta dan jauh lebih mewah dari rakyat di Johor…

Itulah yang saya katakan bahawa Dayangku Intan ini “bebal” dan “bengap”. Maaf sekiranya kasar bahasa, tapi rasanya itulah perkataan yang paling “lunak” untuk otak dan akal sebegitu…

Cuba sebutkan di negara manakah yang tidak mempunyai orang miskin? Negara paling kaya seperti Brunei, Arab Saudi dan negara-negara maju di dunia penuh dengan golongan gelandangan dan miskin papa kedana, apatah lagi di Malaysia atau Johor.

Kaya atau miskin sebenarnya bergantung kepada rezeki yang ditetapkan Allah. Kalau ditetapkan miskin, maka berusaha bagaimanapun sekali Allah akan tetap menentukan bahawa individu atau keluarga itu miskin jua dan begitu juga sebaliknya.

Politik sebenarnya membabitkan cara sesebuah parti politik yang memerintah negeri atau negara itu menetapkan dasar yang seimbang iaitu menentukan kemajuan ekonomi negeri atau negara meningkat maju bersama rakyatnya.

Di Johor, kerajaan BN sememangnya mentadbir dengan baik dengan memajukan dan memastikan Kerajaan Negeri Johor kaya dan rakyatnya menikmati kemajuan ekonomi dengan meningkatkan taraf ekonomi masing-masing di negeri itu.

Ia menjadikan negeri Johor makmur dan ekonominya kukuh.

Berbanding dengan Kelantan, rakyatnya lari keluar dari negeri itu dan mencari rezeki di negeri lain. Kemudian, mereka membawa pulang kekayaan negeri itu ke Kelantan dan disebabkan itulah mereka kaya raya.

Sebagai contoh lain, rakyat indonesia sanggup menggadai nyawa, hidup dalam ketakutan dan merempat di Malaysia semata-mata untuk mencari rezeki di negara ini. Mengapa mereka keluar dari negara asal mereka dan mencari rezeki di Malaysia?

Sudah tentulah kerana di Malaysia menawarkan rezeki yang lebih dan taraf ekonominya lebih kukuh berbanding negara jiran kita itu. Dan senario itu samalah seperti Kelantan.

Apakah Dayangku Intan boleh mengiktiraf Kelantan sebagai negeri maju dengan sebuah Tesco yang dibuka di negeri itu? Apa yang rakyat Kelantan dapat di negeri asal mereka dan mengapa mereka perlu keluar dari negeri itu?

Sudah tentu kerana di Kelantan tidak punya sumber rezeki yang banyak sebagaimana yang terdapat di negeri-negeri lain. Perkara sebegitu mudah pun PKR tak boleh ajar “ustazah artis” itu, kah? “Mak Lampir” tak boleh ajar?

Saya mencadangkan kepada PKR supaya mengupah artis yang lebih cerdik untuk menyertai dan bercakap untuk PKR. Sudahlah otak “Mak Lampir” tak boleh pakai, dibawanya pula “artis bengap” yang tak reti apa-apa..? Agak-agaklah sikit…



51 thoughts on “Bila Artis PKR Berbicara Mengenai Ekonomi Johor

  • July 31, 2012 at 4:10 pm
    Permalink

    Bila kata artis expired ni bodoh tk ada pelajaran nanti marah, Tahu kah di Amerika yg negara antara terkaya di dunia ada orang miskin yg jumlah nya lebih jauh dari Malaysia.

    Reply
  • July 31, 2012 at 4:15 pm
    Permalink

    Nak mengupas artis yang lebih cerdik camner..sebab PAS dan PKR umpama tong sampah yang boleh disumbat dengan perbagai sampah…

    Reply
    • August 1, 2012 at 1:27 am
      Permalink

      macam UMNO berbagai-bagai sampah yang ada didalam nya ….

      Reply
    • August 1, 2012 at 7:43 am
      Permalink

      Kenyataannya rakyat m’sia dah MENYAMPAH pada UMNO, tu sebab cari yg. lain.

      Reply
      • August 1, 2012 at 2:09 pm
        Permalink

        Kosorang ajer yg x suka…….

        Reply
    • August 1, 2012 at 12:22 pm
      Permalink

      kenyataannya ramai yg tertipu pada bisikian syaitan yg menawarkan kekayaan dan kesenangan , mcm kisah Nabi Adam dan Hawa di perdaya. Samalaa tu , sbb tu ramai yg tertipu …
      ‘Fitnah diutamanakan, Penipuan dikotakan’ – PR

      Reply
      • August 2, 2012 at 9:27 am
        Permalink

        Siapa yg. bagi kekayaan supaya sokong mereka sekarang yeee?
        Ada BR1M, KR1M, Tayar 1M, pelbagai kekayaan dan bantuan 1M d taburkan sekarang.. dalam TV pun hari2 tunjuk mereka curahkan kekayaan untuk tarik undi.

        Reply
  • July 31, 2012 at 4:25 pm
    Permalink

    [Katanya negeri Kelantan miskin, tapi rakyatnya kaya-kaya belaka. Kelantan tidak kaya, tapi rakyatnya memang berharta dan jauh lebih mewah dari rakyat di Johor]
    ===================================
    pertama kali dengar logik pelik ini… rakyat kaya raya tapi negeri miskin papa kedana. Padahal kekayaan negeri datangnya dari sumbangan rakyat dalam pelbagai bentuk cukai yang dikenakan oleh kerajaan pada rakyat.
    kalau rakyat kaya raya tapi negeri papa kedana maka ada sesuatu yang tak kena pada pemerintah. Jadi jalan terbaik utk bagi negeri kaya dan rakyat kaya… elok la tukar jer kerajaan Pas dalam pru 13 nanti.

    Reply
    • July 31, 2012 at 5:59 pm
      Permalink

      Royalti issue kat kelantan tak nak discuss.

      Kerajaan Federal telah menidakkan hak rakyat Kelantan selama ini susapa rakyat kelantan susah dan menyokong parti sekular umno!

      Reply
      • July 31, 2012 at 10:02 pm
        Permalink

        banyak negeri lain mcm P.pinang,Perak, Selangor, Melaka, N9, Johor semua tu mana ada royalti pun.. elok jer negeri kaya raya… sampai berbondong rakyat dari negeri che siti wan kembang berhijrah cari makan.. ramai yang terus menetap dinegeri yang dihijrah.. tok sei kelek kelate doh…

        Reply
        • August 1, 2012 at 1:28 am
          Permalink

          rakyat johor kenapa banyak berkerja kat singapore ……

          awat tak kerja kat johor ….

          kan johor negara raya

          Reply
          • August 1, 2012 at 7:15 am
            Permalink

            johor sendiri menyediakan berbagai peluang pekerjaan dalam perlbagai bidang dan sektor.. sebut jer apa bidang..rakyat johor bertuah kerana kedudukan johor yang berhampiran dgn singapura mereka dihidangkan dgn peluang utk membuat pilihan. bekerja di johor atau pun bekerja di singapura dan mengambil peluang dari tukaran asing yang menguntung bila dibawa balik ke Johor. Makna mudahnya rakyat Johor bekerja di Singapura bukan kerana terpaksa mencari kerja disana kerana di Johor tak ada peluang pekerjaan tapi mereka mengambil peluang utk mendapatkan keuntungan tukaran asing. Ini berbanding dgn Kelantan yang terlalu sedikit peluang pekerjaan. rakyat kelantan tak ada pilihan selain dari terpaksa membawa diri merempat di negeri2 yang dibangunkan oleh kerajaan Barisan Nasional utk mencari sesuap nasi.

    • August 1, 2012 at 2:13 pm
      Permalink

      Bro kalau raayat k’ltan bayar cukai pon utk Bayar Gaji Mb & Kroni dia..Kot2 x cukup….

      Reply
    • August 2, 2012 at 9:31 am
      Permalink

      Itu tandanya negeri berkebajikan, utamakan rakyat dulu. Bukan negara kaya-raya, bangunan pencakat langit banyak, tapi rakyat dhaif dan tinggal dalam rumah nak roboh. Kongsi2 rumah dan sebagainya. Kekayaan negara milik sesetengah pemimpin dan orang luar saja.

      Reply
  • July 31, 2012 at 5:12 pm
    Permalink

    Sekadar pandangan….

    Dayang Ku Intan, yang selalu ke Jalan Belibis, Taman Perling, Johor Bahru juga telah berhijrah.. Kalau dulu suami dan beliau mengusahakan Kelab Dangdut, kini mungkin beliau telah berhenti niaga Kelab Dangdut dan dengan izin Allah beliau menjadi lebih baik peribadinya. Cukuplah dengan dugaan Allah. Beliau jaga anak istemewa dengan baik daripada berceramah menyakiti puak lain.

    Beliau kini ingin menjadi ahli ekonomi (mungkin berdasarkan pengalaman berniaga Kelab Dangdut di masa lampu) dengan mengatakan ekonomi Johor `kurang’ berbanding dengan ekonomi Kelantan.

    Mungkin beliau banyak berjalan di seluruh Malaysia tetapi matahatinya terbuka untuk melihat kepesatan dan rancaknya pertumbuhan ekonomi Johor.

    Benar ada rakyat yang berpendapatan rendah tetapi mereka mungkin dipendekkan rezeki oleh Allah pada masa kini. Dengan berkat doa dan usaha, insyAllah mereka akan lebih berjaya di masa hadapan. Jangan salahkan orang lain termasuk Kerajaan. Tanya diri sendiri serta perbuatan kita masa lampau.

    Ikhlas dari
    nasirwise

    Reply
  • July 31, 2012 at 5:27 pm
    Permalink

    …merapu si dayang ni bercakap. Suruh di pi tanya sendiri dengan orang Kelantan, rata2 mereka akan kata Kelantan negeri miskin, infrastruktur sgt2 mundur, kerajaan PAS tidak pandai mentadbir negeri dengan jayanya seperti negeri Johor. Tanggungjawab kerajaan dan rakyat Kelantan sendiri untuk makmurkan negeri mereka. Johor makmur, infrastruktur lengkap, sampai kawasan kampung2 terpencil ada air bersih, jalan bertar etc. Siapa kata rakyat Johor tak kaya? cuma mereka tak suka nak tunjuk2 especially pakai gelang emas sampai pangkal lengan 🙂

    Reply
  • July 31, 2012 at 5:53 pm
    Permalink

    Siapa yg melabelkan Ustaza=zah??? Ini gelaran umno yg bagi. kalau sexy macam artis2 berkemban kat Malaysia, ada org umno kisah??? Tapi kalau tutup aurat dan berdakwah…ini yg buat umno marah.

    Masalahnya kemiskinan yg selalu dimomokkan TV3, Utusan ialah di Negeri PR. Lepas tu dalam laporan itu akhirnya akan datan ADUN umno bantu…Publisiti murahan stail umno. padahal Kat Johor pun byk yg miskin. Kalau RM520k tu dibahagikan kepada 100 keluarga, makan akan dapat sorang RM5,200, itu pun dah memadai sebagai bantuan.

    Penulis kata ramai berhijrah dari kelantan cari rezekei. _jawapnya memanglah kat mana pun org akan berhijrah ke ibukota cari peluang2 pekerjaan. By the way WP KL dan Selangor di bawah PR. Pesal org BN tak keluar pulak dari negeri2 ni??? bodoh betul ulasan penulis.

    Habis tu, ramai yg berhijrah dari Sabah, Sawak, perlis dan Pahang tu pehal??? sbb apa depa hijrah, padahal dok dalam Negiri BN patut dah maju, tak payah keluar dah…

    Penulis kata rakyat indon sanggup datang, FYI Rakyat indon RM250 juta, kalau yg datang tu 1% pun dah cukup byk iaitu 2.5 juta yg menetap di bandar2. abih tu rakyat Malaysia yg berhijrah ket negara luar ok le pulak yer…??

    Penulis article ni bodo sgt

    Reply
    • July 31, 2012 at 7:14 pm
      Permalink

      moooo.. ko ni kadang2 hujah berapi tapi semua sampah yang keluar.. 520k apa? Pasal tuanku sultan ke? bodoh la ko ni..

      Reply
      • August 1, 2012 at 6:42 am
        Permalink

        Sebab ko tak paham apa2 punn..sbb tu ko keluar statementt macam bodoh piang tu!!

        Reply
    • August 1, 2012 at 12:26 pm
      Permalink

      memang betullaa selangor n wp tu dibawah pr … tapi yg memajukannya BN. pr tompang semangkuk jer… kalau nak menipu tu agak-agak laaa
      ‘fitnah tu satu pekerjaan’ – PR

      Reply
    • August 1, 2012 at 3:25 pm
      Permalink

      Penulis tak sebodoh mcm ko Mooooo@Lembu

      Reply
  • July 31, 2012 at 6:06 pm
    Permalink

    aku suka gaya senyuman kambingnya si penyanyi ini. menyentuh hati,menyentap kalbu dan merangsa minda…itu saja yang boleh disimpulkan. tapi..kalau menilai apa yang di dangdutkan di atas pentas pilitik tuh aduhaiii…terus rasa nak terberak..hilang segala selera. umpama melihat burung kakak tua belajaq baca kitab..lagu tuhhh laaaa bidalannya

    Reply
    • August 1, 2012 at 3:37 am
      Permalink

      UMNO pun sama juga guna artis…

      elok lah macam Jamal tu …

      boleh ajar Puteri dan putra UMNo hisab fit ….

      Reply
  • July 31, 2012 at 8:54 pm
    Permalink

    Lagu tema merdeka tu tolonglah tukar liriknya..dalam youtube dekat 20,000 lebih orang click dislike..camno ni?

    Reply
  • July 31, 2012 at 10:55 pm
    Permalink

    aku langsung tak kenal siapa dlm gambar di atas tu……tak pernah dengar. betul ke tu artis. kalau betul memang kenalah artis yg org tak kenal mcm ni nak jadi glemer join pakatan. kalau join umno, dah tentu sbg ahli saja, join pakatan ikut ceramah dapat duit.ni nama dia perjuangan sebab fulus saja.

    Reply
    • August 1, 2012 at 3:17 am
      Permalink

      lu umur berapa ni??? bawah umur lagi la ni.. hinggus meleleh lagi dh pandai menabur fitnah… ini salah satu contoh budak hingusan yg dididik oleh puak umngok/beend…dh tua nanti xtau la… betul la kata madey.. yg ada dlm umngok/beend ni yg bengap2 je. hehehe

      Reply
    • August 1, 2012 at 3:28 am
      Permalink

      alahai masuk UMNO kerana fulus ….

      Reply
    • August 1, 2012 at 6:41 am
      Permalink

      Ye ke..?? sampai tak RM250 juta macam Kak Jat?

      Reply
    • August 1, 2012 at 3:30 pm
      Permalink

      PR , sapa juga dia sapu. Kalau ada org GILA mengaku Artis or apa2 pon dia akan bagi FULUS tuk buar Ceramah Sampah Biasa dia tuu

      Reply
      • August 2, 2012 at 9:22 am
        Permalink

        hehe.. kesian, teruk meroyan ko ni.

        Reply
  • August 1, 2012 at 12:17 am
    Permalink

    Aduyai…. biasanya pemimpin UMNO akan jaja Rakyat k’tan miskin, camana penulis mengaku pulak rakyat Johor pun lagi ramai miskin. Dah tu kata rakyat k’tan keluar cari rezeki… cam orang bodoh pun ada. Boleh ke penulis pastikan tiada rakyat johor d cari rezeki d k’tan dan s’gor?
    Aku pernah tinggal d Johor dulu la… memang masih ramai orang miskin, tapi kehidupan sosial dia teruk, limpahan kota singa kut.

    Reply
    • August 1, 2012 at 3:34 pm
      Permalink

      Kat Selangor nie semua org Kaya ker????..1 selangor kor pi jelajah dulu Bujuk@AHJ baru ko bolih kata sapa yg miskin sapa pula yg Kaya… aku igat ko nie Anak Haram Jadah aje tapi ko pon dah jadi species BODOH cam siMoooo@Lembu

      Reply
      • August 2, 2012 at 9:21 am
        Permalink

        Tapi kitaorang tak kata sapa2 miskin macam menteri2 korang. Kat s’gor, yg. miskin kita bagi bantuan yg. mana boleh.

        Reply
  • August 1, 2012 at 3:19 am
    Permalink

    dulu laku, sekarang dah tak laku..masukjerla parti mangkok ayun…benda benda yang dah tak laku memang sesuai dengan sulatkabaaa hampaskah…tak begitu mangkok ayun pgayar?….

    Reply
    • August 1, 2012 at 6:42 am
      Permalink

      Apa masalah laku tak laku???? Ko laku ker???

      Reply
    • August 1, 2012 at 7:40 am
      Permalink

      Kalau tak laku MyKmu tak perlu meroyan buka tajuk camni… tak gitu.

      Reply
    • August 1, 2012 at 3:38 pm
      Permalink

      Parti (PR) tempat artis berlonggok. Artis yg dah Expired or dah tak laku….ie Dayaang, BOB & si Mamat jadi..Lt.Adnan…Dah xleh cari mkn salah kan org lain….pi mengumpat sana sini 1Malaysia….

      Reply
      • August 2, 2012 at 9:19 am
        Permalink

        Awat.. dalam UMNO takda artis ka?

        Reply
  • August 1, 2012 at 3:23 am
    Permalink

    apa salah nya artis cakap soal ekonomi…

    dia tengok sendiri …. bertapa susahnya rakyat …..

    Reply
    • August 1, 2012 at 12:29 pm
      Permalink

      tak salah artis cakap pasal ekonomi..yg salahnya bila tak tau tapi nak cakap…takut jadi fitnah…apapun ..’fitnah satu pekerjaan’-PR

      Reply
  • August 1, 2012 at 3:30 am
    Permalink

    itu lah UMNO …. ada saja yang kutuk kalau masuk parti pembangkang ….

    Reply
  • August 1, 2012 at 7:38 am
    Permalink

    PAS dan PGAYR pun dah sampah…dapat artis pulak pun sampah jugak…hehehehe..

    lebai lebai PAS memang tunggu masa nak isi borang tambah rumah je kat artis ni..hehehe

    Reply
    • August 1, 2012 at 7:41 am
      Permalink

      Hairan PR ni makin d kata sampah, makin orang berebut. Dulu waktu bukan sampah, takda sapa pulak nak. Atau orang dah menyampah pada UMNO/BN.

      Reply
      • August 1, 2012 at 3:40 pm
        Permalink

        Klu Anak Haram Jadah memang tak suka apa yg org lain Suka…contoh mcm BN/UMNO…..

        Reply
        • August 2, 2012 at 9:13 am
          Permalink

          Awatnya.. hang kata BN/UMNO anak haramjadah ke?

          Reply
    • August 2, 2012 at 1:49 am
      Permalink

      Bila bughit artis senja tu dah lunyai di bajak dah tentu artis malang ni di cerai kan oeh pak lebai jembalang tu…Tu jam kalo baghu nak menyesai tadah lembah kemarau kat puak puak kemaruk seks …Depa lutu sampai tak keluaq ayaq lagi & layu macam batang keladi kena ghebuih…..

      Reply
  • August 2, 2012 at 1:41 am
    Permalink

    Kemiskinan ada la kehendak ALLAH sejak dari azali. Sebab tu la DIA memerentah kan umatNYA yang kaya mengeluar kan zakat untuk membantun umat yang miskin. ALLAH tak kan wujud kan manusia di bumi kalo semua nya kaya raya & mewah. ALLAH sengaja mencipta kan kekayaan & kemiskinan supaya manusia yang berakal akan insaf diri dan bersujud padaNYA. ALLAH jadi kan manusia sebagai khalifah bumi untuk mengurus kan perihal kemanusian. Pasai apa ALLAH tak mengangkat MALAIKAT ato JIN sebagai khalifah…?

    Hang pa pikiaq la sendiri…jawapan hang pa dah tentu sama ngan jawapan aku & orang lain yang bole bepikiaq….!!!!

    Reply
  • August 2, 2012 at 1:54 pm
    Permalink

    Laman web di url berikut harus diteliti dan kalau boleh diambil tindakan undang-undang ke atas pemiliknya. Sila layari : http://lucialai.org/2012/03/05/halt-umnos-horrific-hubris/ untuk meneliti bahan yang dimaksudkan. Saya sebagai orang Melayu Islam berasa sangat terhina…..kepada puak pembangkang, ini tidak kena-mengena dengan anda…..Jaga sahaja hal-hal berkaitan parti anda.

    Reply
  • August 2, 2012 at 4:38 pm
    Permalink

    Bestnya kat JB ni takde orang miskin. Bangga aku sbg anak jati JB.. ko ader?

    Reply
  • January 15, 2013 at 6:00 pm
    Permalink

    dulu aku bljr univ, org klantan aku nengok susah je. kesian. amende yg kaya rayanye. sama je la mane2 negeri pun.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *