Setiausaha Politik Azizan Razak Dipaksa Nafikan Kemelut PAS Di Kedah?

Share


Marah benar Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor, mengenai dakwaan bahawa terdapat usaha mencantas Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, untuk bertanding di Parlimen Pendang pada PRU ke-13 kali ini.

Dengan bersemangat, dia menulis di blognya menafikan segala dakwaan sumber dalaman PAS Pendang mengenai insiden mencantas Mat Sabu dari bertanding di parlimen itu. Katanya, PAS di negeri itu tidak punya masalah untuk Mat Sabu bertanding di Kedah.

Namun, dia kemudiannya menyatakan dakwaan dari sumber akar umbi di Pendang itu hanya membuka pekung keaiban PAS, PAS Kedah dan PAS Pendang, serta tidak boleh dibiarkan berlaku di dalam parti tersebut.

Selain itu, Sanusi mengatakan bahawa sumber itu jelas menjejaskan dan mencalar imej Mat Sabu serta intergriti atau ketokohannya sebagai Timbalan Presiden PAS.

Agak pelik juga bila saya membaca tulisan Sanusi di blognya. Pada mulanya dia menafikan Mat Sabu dicantas dan disambut baik PAS Kedah. Tapi kemudiaannya dia menyatakan sumber dalaman PAS Pendang itu memalukan PAS, PAS Kedah dan PAS Pendang.

Yang mana satu betul? Sanusi yang betul atau sumber dalaman itu yang betul?

Pada saya, sebagai seorang yang mempunyai sumber dalaman yang bergerak aktif di Pendang, saya lebih yakin kepada sumber saya sendiri. Dan lebih menariknya, sumber saya agak mirip kepada sumber yang ditulis oleh Malaysiakini baru-baru ini.

Sebenarnya, Mat Sabu pernah meminta kerusi Parlimen Kuala Kedah untuk ditandingi, tapi Azizan yang sememangnya tidak sukakan Mat Sabu telah menolak dengan memberi alasan bahawa parlimen itu adalah milik kuota PKR.

Menurut sumber saya, memang benar wujud gerakan menyekat Mat Sabu dari bertanding di Pendang. Di situ, terdapat dua pihak yang bertelagah, satu pihak pro-ulama dan satu lagi pro-liberalisme Anwarinas…

Golongan pro-ulama sudah lama merajuk dan enggan ambil tahu mengenai parti dan membiarkan golongan Anwarinas menguasai PAS Pendang. Sebagai bukti, seramai 14 orang pro-ulama meletak jawatan di dalam jawatankuasa PAS Pendang serentak sebagai tanda mereka merajuk!

Kesempatan itu digunakan Mat Sabu untuk masuk ke Kedah semula setelah ditolak sebelum ini. Ahli Parlimen Pendang, Dr Hayati Osman “ditolak” ke peringkat DUN dan Mat Sabu mahukan kerusi Parlimen di situ.

Maka riuh rendahlah juak-juak PAS Pendang mengenai hasrat Mat Sabu. Golongan Anwarinas menyokong penuh, manakala golongan pro-ulama yang lebih besar pengaruhnya menolak dan menyindir kemahuan suami Normah itu untuk masuk ke kawasan mereka.

Setelah kisah ini saya dedahkan di sini, Malaysiakini yang dapat menghidu “bau bangkai” PAS di Pendang itu segera “masuk kampung” mencara berita dan kemudian terbitlah cerita Mat Sabu cuba dicantas di situ…!

Menariknya, Sanusi bagaikan dipaksa untuk menafikan dan menyembunyikan segala masalah dalaman yang dihadapi PAS di Kedah. Mungkin dia menggunakan hukum “tahaluf siyasi” untuk menutup “bau bangkai” tersebut.

Padahal, boleh dikatakan kisah ini riuh rendah dibicarakan oleh puak-puak PAS Pendang dan gerakan mencantas itu telah berlaku sekian lama di sana. Khabarnya, ada pihak tertentu dari kem Azizan Razak sendiri yang mahu menyekat kemaraan “komunis” di Pendang!

Nampaknya PAS Kedah semakin kucar-kacir. Itu baru saja masalah di Pendang yang melibatkan maruah Timbalan Presidennya. Belum lagi disentuh mengenai gerakan “bawah tanah” yang cuba “coup de tat” Azizan Razak menjelang PRU ke-13 ini.

Sebenarnya, menurut tinjauan saya dan maklumat-maklumat dalaman yang diperoleh dari orang-orang kuat PAS yang semakin menyampah dengan parti itu menjelaskan dengan tepat senario PAS yang huru-hara di Kedah.

Peliknya, sebelum PAS mendapat kuasa membentuk kerajaan di Kedah, parti itu dilihat begitu tenang dan sekata di dalam segala keputusannya. Saya sendiri tak tahu penyakit apa yang melanda PAS Kedah sekarang, para pembaca tahu?



9 thoughts on “Setiausaha Politik Azizan Razak Dipaksa Nafikan Kemelut PAS Di Kedah?

  • July 30, 2012 at 10:42 am
    Permalink

    Penyakit apa lagi tuan kalau tak penyakit merebut kuasa. Penyakit ini akan berlaku kpd semua pihak yang mengecap kemenangan dalam sesuatu misi tak kira perang ka, pilihanraya ka, perniagaan ka, tender ka, apa-2 saja. Dulu pas sibuk dok kata dlm umno banyak kes cantas mencantas… ya mmg ada sebab umno dah lebih 50 tahun memerintah maka tentulah ada perkara tersebut. Tapi dlm pas, baru menang sepenggal dah berbunyi… apa hal?.

    ok itu x pa. Yang kita gusar ialah kes mat sabu nak mai kedah pulakkk… mcam bani israel la mat sabu ni, bangsa yang tidak bernegara. Mintak mat sabu tok sah mai kedah la.. bukan ada Normah pun kat sini, dah tu kaw. pendang telah dibersihkan dari anasir komunis lebih 30 tahun lepas… tak payah dok bawak semula anasir keparat tu.

    Reply
    • July 30, 2012 at 11:35 am
      Permalink

      hehehe Bani Israel PAS = Mat Sabu, merempat mencari tanah untuk dijajah..
      dia Mat Hotel Perdana ni kena buat perjanjian Balfour Declaration dgn PKR dan DAP utk melaksanakan agenda penyesatnya di Pendang.

      Lagipun org2 PAS Pendang yg dulunya terkenal dgn hasil tarbiah tok2 guru pondok skrg ni dh open minded.. xkisah dh wpun calon PAS tu ejen komunis atau pernah dicekup di hotel.. PAS for All..

      Reply
  • July 30, 2012 at 11:35 am
    Permalink

    Kat Pendang ada ‘Normah’ tak? hehe..

    Reply
  • July 30, 2012 at 1:50 pm
    Permalink

    kat pendang susah cari normah, kat sungai petani ramai la normah dpt dicari…..mungkin sesuai mat sabu bertanding di parlimen sana….pkr setuju tak?

    Reply
  • July 30, 2012 at 11:05 pm
    Permalink

    Jangan cuba nak kutuk abg sabu. Abg sabu ni bukan sebarang orang. Tengok amoi tu pun boleh perjuang slogan ‘we love abg sabu’. Abg sabu ni jenis orang melayu sejati yang makan jamu dengan tongkat ali campur madu tiap tiap hari. Sebab itu bila nafsu abg sabu memuncak hasil khasiat tongkat ali, bini kawan sendiri dia pun abg sabu sebat.

    Belalai abg sabu tak mengenal siapa. Tidak kira waktu. Tidak ada belas kesian.

    Ditambah dengan dakyah partinya, abg sabu boleh pasang sampai 4. Demi nafsu orang pas macam abg sabu sanggup berbuat apa saja. Hadi awang ada 4, ismail kamus ada 3. Pendek kata rata rata mereka semua ini makan lebih pada satu..

    Reply
    • July 30, 2012 at 11:24 pm
      Permalink

      Sebab tu ceramah dia popular sbb macai2 PAS suka dgn perangai ‘loqlaq’ Abg Mat tu.. hehe..

      Reply
  • July 31, 2012 at 9:56 am
    Permalink

    Dgn datangnya Mat Sabu aka Mat Sapu di Kedah nie bermakna di negeri2 lain dia dah x konfiden menang..

    Reply
    • July 31, 2012 at 12:44 pm
      Permalink

      hehe talian hayat akhir bang Mat Nrmah kt Kedah

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *