Cara-Cara Pakatan Haram Menipu Rakyat Malaysia

Share


Kalau benar-benar mahu memenangi hati rakyat, kononnya sesebuah kerajaan perlu menurunkan semua cukai, harga barangan dan segala keperluan atau kehendak rakyatnya. Mungkin itulah doktrin ekonomi negara Pakatan Haram.

Sekiranya mahu mendapatkan undi rakyat, sesebuah kerajaan juga perlu memberikan segala keperluan hidup kepada rakyat secara percuma dan menurunkan cukai kepada semua kehendak kepada paras seminimum mungkin.

Dalam ertikata lain, keperluan seperti pelajaran, makanan ruji, bekalan air, elektrik dan sebagainya perlu diberikan secara percuma.

Manakala kehendak rakyat seperti kereta, harga barangan runcit, petrol dan sebagainya perlu diturunkan harga dan cukainya sehingga di bawah paras RM1.

Pada saya, siapalah yang tidak mahu sekiranya segala keperluan hidup diberikan percuma dan menikmati harga petrol serendah RM0.50 seliter dan harga sebuah kereta serendah RM4,000?

Terus terang, saya pun mahu! Gilalah orang itu jika dia tidak mahu sesuatu yang percuma dan berharga semurah itu…

Jadi perkara-perkara seperti inilah yang dijanjikan oleh Pakatan Haram kepada rakyat Malaysia sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Harapan mereka, rakyat akan memilih mereka kerana “tawaran hebat” itu.

Namun jika difikirkan semasak-masaknya, apakah polisi atau dasar sebegitu akan menjamin sebuah negara yang membangun, maju dan mampu mengawal ekonomi dengan baik?

Prinsip ekonomi secara jelas menyatakan bahawa sistem atau polisi sebegitu akan membuatkan sesebuah negara itu muflis dengan begitu drastik. Tanpa sebarang pulangan atau pendapatan yang seimbang, sesebuah negara itu kekurangan dana dengan dahsyat.

Terlalu banyak memberi dan kehilangan sebilangan besar prospek-prospek pendapatan negara juga akan menyumbang ke arah pembinaan negara miskin yang akan dinafikan sebarang peluang pembangunan yang mungkin berlaku.

Rasanya, Pakatan Haram tahu dan sedar mengenai perkara ini. Cuma mereka terus memberikan harapan palsu dan menipu rakyat dengan “janji-janji bulan dan bintang” mereka demi mendapatkan undi.

Kalau mereka berjaya mentadbir, saya yakin 100% bahawa mereka takkan mampu melaksanakan segala janji-janji mereka. Siapa yang tertipu dan kecewa ketika itu kalau bukan rakyat?

Lebih perit, ada pula rakyat yang percaya dengan muslihat untuk mendapatkan undi tersebut tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya tertipu dengan “gula-gula politik” tersebut.

Maka mereka-mereka yang mengharap inilah yang akan turun ke jalanraya, tidur di atas jalan, mengibarkan bendera DAP, memaki hamun saudara seagama sendiri, mempercayai fitnah dan enggan mempercayai kebenaran!

Dalam ertikata lain, rakyat seperti inilah yang diperkudakan dan dimanipulasi mindanya oleh Pakatan Haram.

Setiap kali mereka cuba disedarkan, Pakatan Haram akan mengatakan mereka adalah antara golongan yang bijak berfikir untuk memilih pembangkang dan mereka tidak bodoh untuk memilih kerajaan yang kononnya korup dan banyak menyeleweng.

Padahal, Pakatan Haram sendiri dipimpin oleh “Raja” penyeleweng, salahguna kuasa, tidak bermoral, penipu besar, agen Yahudi dan bukti-bukti jelas menunjukkan bahawa dialah pengkhianat Islam, bangsa dan negara!

Namun dengan akal yang diperhebat dengan kelicikan syaitan, iblis serta pengaruh Yahudi, Pakatan Haram masih lagi dipercayai dan diharapkan segelintir rakyat yang dimanipulasi mindanya itu.

Kadangkala, saya sendiri agak “letih” untuk menjelaskan kepada mereka mengenai “modus operandi” Pakatan Haram yang cuma mahukan undi dengan menabur pembohongan dan perkara-perkara yang tidak realistik.

Selepas mereka “ditarbiyah”, mereka mengangguk bersetuju dengan hujah saya. Namun mungkin kerana “baiah” yang dibuat, mereka bagaikan “buta”, “pekak” dan “tuli” dari fakta-fakta yang menunjukkan betapa teruknya Pakatan Haram.

Namun apakan daya, saya terpaksa kuatkan diri dan memotivasi diri meneruskan perjuangan ini. Demi sebuah perjuangan yang belum selesai, saya fikir bahawa ramai lagi rakan-rakan yang setuju untuk kita terus berjuang menjelaskan agenda busuk Pakatan Haram.

Demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu, itulah perjuangan kita menentang sebuah kepalsuan ciptaan Pakatan Haram yang merosakkan segalanya…



38 thoughts on “Cara-Cara Pakatan Haram Menipu Rakyat Malaysia

  • July 29, 2012 at 12:22 pm
    Permalink

    Mereka hanya perlukan sibebal untuk jadi pengikut. Yang jelas mereka tetap akan ada pengikut kerana manusia terdiri dari dua golongan iaini bebal dan pandai. Walau tujuan asal manusia dijadikan hanya satu tapi manusia bebas memilih warna selepas itu. Dalam kata mudah manusia dimintak minum susu untuk sihat tapi ada manusia pilih untuk hisap dadah selepas itu tanpa diminta.

    Bertarbiah pada penagih tegal adalah sesia kerana mereka mungkin dengar tapi tidak ikut. Selepas dengar mereka kembali menagih dan demikianlah hal nya sehingga mereka mati ditelan dadah setelah mereka menelan dadah.

    Manusia perlu sesuatu balasan tunai ber skala besar untuk sedar. Misalnya seorang perokok tidak boleh berhenti merokok sekadar lihat gambar jantong hitam dikotak rokok. Tetapi, apabila dia bangun satu pagi tak boleh bernafas, dada sakit lalu doktor sahkan jantong nya rosak dan sebabnya adalah rokok, lalu dirawat dihospital 3 minggu tak boleh bergerak… yang pasti…. 3 minggu itu dia tak akan merokok.

    Keluar hopistal 98% dia akan benci atau takut pada rokok. Demikian lah halnya.

    Pencacai tegar tidak akan terima apa yang benar , apa yang baik selagi yang benar dan baik itu datanganya dari pihak lain.

    Kita kena sedar dan akur. Kita kena redha bahawasanya mereka tetap begitu sampai bila bila sebelum diberi hidayah.
    Kita cuma boleh berharap untuk mereka diberi hidayah. Seyelah mendapat hidayah yang buta akan jadi celik, yang rabun akan jadi jelas. Wallahu alam.

    Reply
    • July 29, 2012 at 3:48 pm
      Permalink

      Telah lama diperkatakan bahawa segala kempen atau sesi memahamkan rakyat dlm pilihanraya adalah tertumpu pada pengundi atas pagar yang kebanyakkannya cerdik2 belaka. Golongan ini adalah terbanyak di dalam negara kita. Yang dah karat hijau sememangnya tidak lagi diharapkan untuk berubah. Tiada sebab khusus kalaupun mereka mahu berubah. Kebanyakan penyokong PAS atau PR yang berdarah hijau ini telah berzaman di basuh setiap hari dgn ceramah dan umpatan pemimpin pembangkang. didlm kepala mereka ada kebencian, prasangka, hasd dengki dan berbagai sifat mazmumah kpd kerajaan dan UMNO. SATU LAGI PERASAAN YG AMAT PENTING YG SENTIASA ADA DLM KEPALA MEREKA IALAH MERASA SANGAT PUAS HATI, SERONOK DAN TERHIBUR JIKA MELIHAT ATAU MENDENGAR PENYOKONG ATAU PEMIMPIN UMNO DIKAITKAN DENGAN SIFAT KEBERDOSAAN, KESESATAN, KEKAFIRAN. ITU YANG MEMBUAT MEREKA SANGAT SERONOK DAN PUAS HATI.
      PADAHAL DALAM ISLAM, SETIAP MUSLIM PATUT MERASA AMAT GUNDAH, RASA BERSALAH DAN RASA BERDOSA SEKIRANYA SAUDARANYA DITIMPA KESESATAN, ATAU DOSA LALU BERUSAHA MEMBETULKAN DGN SEPENUH KEIKHLASAN HATI. HATTA, MENGIKUT HAYATUSSAHABAH (PARA SAHABAT), MEREKA BERDUKACITA DIATAS KEMATIAN SEORANG MANUSIA YANG BELUM SEMPAT MEREKA DAKWAH, TAKUT2 MEREKA AKAN DIDAKWA ALLAH DIAKHIRAT.
      SAYA BERKATA BEGITU KERANA SAYA PERNAH JADI PAS DULU, TAPI SEKARANG SAYA TELAH SEDAR. BAHAWA WAKTU ITU SAYA BERADA DIJALAN YANG BATIL.

      Reply
      • July 30, 2012 at 1:35 am
        Permalink

        Sebab itulah kita katakan PAS adalah sgt sesat. Khawarij moden yg menafikan cabang2 Tauhid dan Akhlak. Mereka ‘memperkudakan’ hukum Feqh bg tujuan menumbangkan UMNO- bukan untuk menegakkan Islam seterusnya mencari redho Allah

        Sebab itu juga pelik dan rosak tindakan mereka dr apa yg Islam syariatkan. Mereka plg kuat melalak mengenai HUDUD tp usaha mereka ke araha pembinaan HUDUD tidak sekuat mereka melalak. Malah cabang syariah lain mereka tidak pedulikan

        Mereka sbnrnya yg mensuku2kan agama untuk kepuasan nafsu politik.

        Saya juga sebahagian dr mereka dahulu dn Alhamdulillah hidayah Allah smpai melalui beberapa peristiw apa bila saya sering keliru dn berdoa pd Allah tnjukkan jalan yg benar!

        Reply
        • August 1, 2012 at 3:52 am
          Permalink

          sapa yang cakap hukum alquran tidak berpaksi pada realiti ????

          jangan hipokrit lah ….

          Reply
      • July 30, 2012 at 1:47 pm
        Permalink

        engkau keluar pas..masuk pulak kalangan org jahil..lg bertambah kebatilan ko dr sblm tu…

        nsihat sudah, cra baik sudah…duk bersama jd krjaan bila pas msk amno dulu bukti pas dh berusaha bersama amno…amno juga yg x mhu brubah…ttp juga lawan agama,lwn ulama,

        dah x de cre lain lg untuk AJAR amno melainkan…JATUHkannya dan tukar baru dgn sist yg lebih baik dan adil..

        itu saja caranya..titik!!!!

        Reply
        • July 30, 2012 at 9:23 pm
          Permalink

          lawan agama..dengan bina masjidtempat umat islam beribadat, lawan agama dengan pembinaan institusi keislaman….

          hang ni sekolah takat darjah berapa ??

          lawan ulama ? ulama mana pulak yang kami lawan ? oooooo…ularmak PAS ?…hehe ulamak hari-hari pukul bini, pantang tengok bini basuh pinggan..asyik nak meliwat jer, bini tak bagi pi khalwat sana-sini ?….ulamak yang macam tu elok lah kita humban masuk perigi buta…lepas tu tuan patrl…cucuh api!

          Reply
          • July 30, 2012 at 11:32 pm
            Permalink

            brader rap..ko main sebat je ye..ko nmpak ulama2 tu meliwat..ko mmg jenis x kisah dgn seksa neraka ea..ko igt mainan ke nerake tu..org mcm ko ni la cth manusia yg x sdr diri..rse bsr sgt dgn Allah…angkuh dgn blsn Allah…tobat la o di bulan pose ni..kalau ko msh rse ko tu islam…

            sadisnye minda..adekah melawan pemerintah sebab dia buat masjid…ko fikir rkyt mesir@libya jatuhkan hosni@ghadafi sbb benci depa bina masjid ka..benci depa beri byk bantuan pd rkyt ka..

            ulamak mne??? sedangkan ulamk kamu sndiri gagal memberi nasihat/menegur pemimpim dan kamu kamu juga x mendengar nasihat ulamak kamu sndiri..x pyh la slhkan ulamak lain..

            sudahlah…jgn bermuka2…kamu sendiri mengentahui mengape rkyt hri ni bgkit mnentang umno bn…bkn sbb PR..bkn sbb nuar, TGNA, LGE, krpal…sebab UMNO itu sendiri..

          • July 31, 2012 at 7:52 am
            Permalink

            Melayu-xIslam! Siapa ko yg nk tentukan org itu keluar masuk sesuatu sbg jahil??

            Ko yg xsedar diri, ilmu agama main cedok sana sini, nafsu politik je lebih dr fikir soal maslahat umat, ko sndiri xsedar diri ke posting konon fokus pd salah UMNO…tp beratus kebathilan PAS yg cukup jelas sehingga melibatkan asas teras agama kenapa ko xnmpk?

            Ya..sbb ko sndiri jahil, xboleh bezakn yg mn betul atau slh, yg ada dlm lubuk hati ko dn balaci mcm bujuk tu ialah nafsu politik.. Siapakh yg wahyukn pd ko UMNO wajib ditumbngkn utk tegakkn Islam!? Pulak tu utk tumbngkn UMNO puak sesat ko ckp boleh kerjasama dgn syaitan dn kafir??

            Weii balaci sesat, cara nk ajar makhluk bebal mcm ko dgn bujuk yg jahil murokab ini biar Allah dtgkn petunjukNYA, dn jika petunjuk pn xboleh ubah hati korang yg KERAS BUSUK tu..tunggulah azab dn hukumn Allah.. Xkena pd korang mngkin kena pd ahli keluarga… Jgn menipu Allah dgn topeng Islam tp hati penuh jahilliyah!

          • July 31, 2012 at 10:31 am
            Permalink

            weii…melayu kuno, hang mimpi ke apa ?? murtabat ulamak PAS yang hang agung-agungkan tu…minta maap, aku tak respect sikit pun, ularmak politik, simpan agama dalam poket untuk kuasa yang amat sedikit.

            Makin hari makin ramai rakyaat yang mencemuh ulamak politik PAS….hang jer yang tak sedar…..sebab hang syok sendiri

          • July 31, 2012 at 4:14 pm
            Permalink

            oo…mrh aku sbb kte korang jahil/bathil…ko x cek skali stetement member ko kt ats tu…double standard..

            slh ke aku kte amno jahil..aku anggap pemimpin amno jahil sbb masih blm sampai seru utk laksanakan islam..x de ahli agama dlm amno yg blh bgtau pemimpin korang ttg kewajipan sesorg pemerintah menunaikan hak Allah..sbb masih jahil..Salah k.e…kalau x bute agama kamu akan gerun dgn dosa…lksanakan perintah Allah tanpa ade alasan utk menangguhkannya

        • July 31, 2012 at 8:04 am
          Permalink

          Melayu-xislam, ko bape hari dh jd balaci PASngok??
          Ko dh kenal habis dh ker sistem dlman PAS?? Ko dh pastikan dh ke itu cara Islam?

          Cuba hisab dulu apa yg diikuti..jgn menyesal di akhirat nnt jd org Muflisin.. Amalan pun sengkek dhtu kena tampung byk dosa pd org lain, xkira lg hal2 soal ijtihad Akidah mcm mn..entah out terus.. So watch out lah.. Jgn lagak sombong angkuh ujub di atas muka bumi Allah ni merasakn puak ko dh sempurna hebat!

          Itulh sekecil2 syirik yg akn hancurkn puak penganut PAS.. Syaitan tipu dgn kosmetik!

          Aku sikitpun xtakut dgn PAS..manusia2 hipokrit penipu yg lemah iman.. Allah Taala dn org2 soleh yg yg benar shj yg aku gerun… Tmbh macai2 PAS yg pendek akal ni…menggelikan hati jer…

          Reply
      • August 1, 2012 at 3:48 am
        Permalink

        cuba bagi komen Najib cakap hukum alquran tidak berpijak dibumi nyata …

        apa kah itu tidak batil ……..???

        Reply
  • July 29, 2012 at 12:34 pm
    Permalink

    Biar negara ini muflis asal kan aku dapat duduk di takhta Putra Jaya walaupun dalam masa singkat saja asalkan cita2 untuk menjadi PM tercapai….biar rakyat dan negara kerkapai-kapai. Mungkin juga kalau dia jadi PM gajinya juga akan diturunkan separuh drp gaji Najib sekarang
    GAji dia sebagai penasihat ekonomi Selangor ialah RM:1.00. Patutlah Selangor caca marba. Air pun tak tahu nak diurus. Gaji satu ringgit, mana boleh jadi.

    Reply
    • July 29, 2012 at 3:47 pm
      Permalink

      Bukan ke menteri BN kata Malaysia akan Muflis pada 2019. Ada lupa ke?

      Jadi Malaysia akan muflis ditangan UMNO. 55 tahun memerintah bawa malaysia muflis…. his his…

      PR tolong selamatkan Malaysia. Betulkan ekonomi kita cepat sebelum 2019.

      Reply
      • July 29, 2012 at 6:46 pm
        Permalink

        Pak maun..pak maun…menteri tu kata begitu kalau pakatan haram yang memerintah…pak maun, bulan-bulan posa ni dah pandai korner-korner….

        Reply
        • July 29, 2012 at 10:48 pm
          Permalink

          Dia lapar sgt bro…otak dah jammed..bila lapar sgt dia dah tak ingat sapa yg cakap, yg dia ingat nasik jea, tu yg dia main redah semacam…

          Reply
        • August 1, 2012 at 3:49 am
          Permalink

          Selangor dan kelantan dah muflis ke???

          Reply
  • July 29, 2012 at 12:50 pm
    Permalink

    sekarag pun selangor dah nak muflis..kan itu yang pakatan haram ni nak dulu..kasi bangkrap negeri yang depa perintah…

    selangor sekarenag pun dah jadi selangor sampah sarap..

    Reply
    • July 29, 2012 at 1:03 pm
      Permalink

      La…Selangor dah nak muflis ka…setahu aku ikut Financial Statement sekarang dah byk improve…

      Reply
      • July 29, 2012 at 1:24 pm
        Permalink

        financial statement apa tuuu…cerita mai sat, sampai bila kerajaan selangor nak tipu rakyaat ???

        Reply
        • July 29, 2012 at 10:51 pm
          Permalink

          budak2 baru nk belajar spin…Financial statement…hehehehe

          Reply
      • July 30, 2012 at 4:58 am
        Permalink

        lu kena kencing memanjang jer lah….kah kah kah

        Reply
  • July 29, 2012 at 1:44 pm
    Permalink

    dia akan fokus pada janji yg sangat popular dalam masa-masa terdekat ini. yang mungkin cukup kuat untuk ‘melekat di minda dan hati’ rakyat hanya sehingga PRU 13 diumumkan. sebagai contoh dia sudah cerita pasal harga kereta murah.

    lepas ni mungkin dia akan cerita elektrik pulak murah. ataupun kenaikan gaji ataupun apa-apa lain yang lebih sensasi dan besar

    jika ditengok,dari dulu lagi, memang dia tidak offer cadangan membina mungkin kerana strategi politik tapi sepatutnya rakyat perlu tanya dia macamana dia nak tunaikan janji-janji dia. sebenarnya dia sekarang tengah hold ransom kepada rakyat malaysia.

    dalam erti kata lain, dia sedang berkata ‘bagi kuasa dulu, baru kami bagi tau’

    allahurabbi

    tujuan expose-expose yg dibuat pun bukannya untuk tujuan yg suci murni malah dia hanya suka untuk menghitamkan orang lain. itu sahaja.

    jadi, idea politik dia hanya bersandarkan ‘hitamkan orang lain supaya dia nampak kurang hitam’

    Reply
  • July 29, 2012 at 1:52 pm
    Permalink

    NK MENIPU ORG MUDA MESTILAH CARI BNDA KEPERLUAN ORG MUDA, KLAU KERETA MMG OK LA PASAL ORG MUDA MMG SUKA KERETA… TUGAS RAFIZI SKRG UTK CARI BAHAN, DAN TIPU ORG MUDA….

    Reply
  • July 29, 2012 at 2:08 pm
    Permalink

    bila tidak ada kuasa memang senang utk berjanji utk buat itu dan ini dan bila berkuasa baru tau mcm mana susah nah buat janji2 yg tak masuk akal utk dilaksanakan. cth terbaik lihatlah pentadbiran di negeri2 pakatan.

    Reply
  • July 29, 2012 at 3:42 pm
    Permalink

    Fikir luar kotak sedikit…

    Indon, Thailand kereta boleh pulak murah.. ada ke bangkrup.

    Indonesia akan atasi Malaysia tak lama lagi. Jangan terkejut. Tony pun dah nak lari ke sana.

    Reply
    • July 29, 2012 at 6:50 pm
      Permalink

      Cerita sikit pak maun…murah mananya kereta kat indon dan thailand…..??

      pak maun…pak maun….

      Reply
      • July 30, 2012 at 12:00 am
        Permalink

        Di indonesia harga sebuah MPV Toyota Alphard pun dah mencecah beratus juta rupiah kalo kat Malaysia sama ngan RM200,000.00.

        Murah kan..kan..kan…ngok.!!!

        Reply
        • July 30, 2012 at 11:01 am
          Permalink

          Pak Malaun, murah ko ckp tu relatif pada angka mana? Main sedap mulut je bantai ckp.. guna otak ke guna lutuk Pak Malaoun?

          Toyota Vios (1.5G) di buat di Thailand, 720,000 baht = RM72K, murah ke ngok? harga petrol unleaded / liter di Thailand bape pak Malaun? = RM 4.991/ liter..

          otak lemah la balaci Pakatan Haram ni..

          Reply
          • July 30, 2012 at 1:44 pm
            Permalink

            Sengap ruyup pak maun kena balun !! tu la pak maun cai-cai pakatan haram macam hang bila buka mulut kat sini kena laaa ada sumber yang meyakinkan…kena la ada bukti….ni hang main sedap mulut jer…hehe kan dah kena !!

    • July 30, 2012 at 3:42 pm
      Permalink

      Setuju…hanya yang bangkrap tu kroni kroni UMNO bukannya Malaysia..bodohnya yang sokong BN yang suka beli kereta mahal pulak..bodoh..betul

      Reply
      • July 30, 2012 at 9:18 pm
        Permalink

        Hang kalau nak kereta murah…hang beli la kereta yang murah…hang nak kereta yang mahal….hang beli la kereta yang mahal…

        simple common sense macam tu pun payah sangat nak faham ke ??

        Reply
        • July 31, 2012 at 8:09 am
          Permalink

          Raplah, balaci PR ni diorng jd gitu sbb xde buat homework study, tmbh pula akal pendek..sedap je telan janji2 wpun dibodohkn bknnsekali, berpuluh kali… Air percuma lh, PTPTN mnsuh le, keta murah.. Diorng ingt buat kete blh turun hrga mcm jual sayur ikan ker… Hahaha..sian2

          Reply
  • July 29, 2012 at 3:46 pm
    Permalink

    Pemimpin2 Pakatan Haram majoritinya macam tu lah……nawaitunya apa2 dasar yg nak dicadang kpd rakyat kononnya akan meringankan beban sebaliknya sifir yg dipakai kebanyakannya akan memiskinkan negara TETAPI akan mengkayakan puak2 dia org sahaja……
    Berniaga buluh kasap untung kemana modal pun lesap!!!
    Tak caya buatlah ‘homework’ sendiri……

    Reply
  • July 29, 2012 at 9:23 pm
    Permalink

    kalau PR perintah, rakyat dpt nikmat sekejap aje lepas itu merana jadilah macam GREECE negara muflis.

    dulu GREECE adalah negara yg cantik, berkebajikan, rakyat mewah, ferrati merc bersepah atas jalan, sekarang tengok apa dah jadi pd GREECE, bajet tahunan dipotong, cukai dinaikan (mana nak dpt cukai kalau banyak biz dah tutup & rakyat takda kerja), ekonomi hancur, pengangguran yg melampau, gaji staff awam dikurangkan serta terpaksa meminjam dari IMF utk bayar gaji staff awam.. GREECE negara kecil yg dulu mewah bertukar miskin dan terus miskin dibuli oleh INF dan negara2 besar…

    Reply
  • July 29, 2012 at 11:53 pm
    Permalink

    Rancangan pembangkang hendak turun kan minyak,kenderaan,makanan,pendidikan percuma dll tak akan berjaya kerana faktor sebab & akibat. Kalao dah semua barang murah maka akan jadi kekurangan stok kerana lebihan permintaan sedang kan bekalan amat terhad dalam pasaran dan terdedah ngan manipulasi oleh pihak yang tamak dapat untung segera. Bila barang dah tak dak stok maka harga kan melambung berlipat ganda. Akibat nya rakyat sem akin menderita akhir nya akan bangun memberontak keghana tak dapat bekalan makanan untuk hidup. Jenayah bertambah parah keselamatan rakyat sentiasa terancam oleh penjenayah.Huru hara akan terjadi macam kat Syria la ni. Ni semua pemimpin haprak punya pasai nak taboq janji pada rakyat ngan janji janji tak masuk akai punya…

    Kita sebagai rakyat kena pikiaq secara waras jika manusia coba usik peraturan alam yang dah elok di cipta oleh Allah. Allah Mahabesar,Maha Mengetahui segala ciptaanNYA.

    Reply
    • July 30, 2012 at 1:29 am
      Permalink

      Betul tu bangKano, mereka org PR berada dgn tipu daya dan angan2 yang tak masuk akal. Mereka mengganggu sistem keseimbangan dan ‘sunnahtullah’ yg diciptakan Allah.

      Kesan rantaian akan berlaku dan akan merosakkan dengan cepat sistem ekonomi dan sosial negara.
      Dlm Islam ada peraturan Zakat, ada Baitulmal, ada Jizyah (cukai pd org kafir Zimmin) malah puteri kesayangan Rasulullah sendiri, Saidatina Fatimah R.A. yg diuji dgn kesusahan harta benda setelah berkahwin dgn Saidina Ali K.W.

      Adakah Baginda Nabi menajanjikan bulan dan bintang pd puteri yg baginda kasih itu?? Sebaliknya Nabi terus mendidik puterinya dgn kesusahan itu dan itulah sebaik2 ketentuan yg Allah.

      dgn janji2 ‘jenin mat’ pemimpin PR pula seolah2 mereka mahu mewujudkan satu model sosio-ekonomi yg berteraskan ‘kesenangan’ tetapi bersifat merosakkan rakyat. Sistem keseimbangan negara akan hancur dgn janji2 bulan dan bintang- jika mereka tunai, sebaliknya jk tk tunai pula itulah sejahat2 penipuan untuk memperdaya undi rakyat.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *