Rezeki Menjelang Raya Aidilfitri, Bonus Minima RM500.

Share


Dulu waktu penulis baru mengenal alam pekerjaan, setiap kali pulang berhari raya ke kampung halaman di Kelantan, ayah penulis yang merupakan pesara kerajaan acapkali mendesak penulis memohon pekerjaan dengan kerajaan.

Katanya, “kerja dengan kerajaan pastinya terjamin, bila tua dan bersara wang pencen tiap bulan tetap akan diperolehi. Bila kakitangan awam dapat kenaikan gaji atau bonus, pesara pun turut sama memperolehi habuannya”.

Saban tahun pulang berhari raya, bait kata yang hampir sama itulah yang menerjah ke telinga penulis.

Bukan penulis tidak pernah mencuba memenuhi desakan orang tua, pernah sekali cuba memohon untuk menjadi guru tapi dek kerana sikap perwatakan penulis yang pendiam dan bila saja buka mulut slang Kelate yang agak pekat menerjah ke telinga penemuduga, tentu saja gagallah jawabnya.

Sehingga hari ini, setiap bulan lebih RM1,000 wang saraan dan wang bantuan kebajikan masyarakat yang diterima oleh ayah penulis. Pendek kata, dengan wang sebanyak itu dan tinggal pula di Kelantan seumpama memiliki gaji RM3,000 sebulan nilainya di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Walaupun sejak dari muda ayah penulis merupakan penyokong PAS dan acapkali juga waktu pulang bercuti di kampung, penulis sering diajak berdebat dan bersoal jawab pasal parti.

Namun bila masuk bab wang saraan dan tanggungjawab kebajikan yang dihulur oleh Kerajaan Pusat, dia tidak lokek untuk berterima kasih dan memuji keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional.

Ayah penulis bagaimanapun mula beransur menjauhi PAS kira-kira seminggu sebelum Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri rentetan dari penyiaran sekeping gambar dalam Berita Harian yang memaparkan Tun M sedang menuruni tangga keluar dari dalam Kaabah.

Bertahun-tahun sebelum itu, ayah penulis cukup anti dengan Tun M kerana terpengaruh dengan hasutan pemimpin PAS yang mempotretkan Tun M sebagai pemimpin zalim, kejam dan anti Islam yang kononnya tidak mungkin sama sekali diizinkan oleh Allah s.w.t untuk memijak Tanah Haram Kota Suci Mekah.

Hakikat sekeping gambar Tun M yang baru keluar dari Kaabah selepas mendapat nikmat solat di dalamnya, nyata telah membuka pintu hati ayah penulis untuk belajar mengenal realiti sebenar dan mula mendekati UMNO.

PRU 2004 akhirnya buat julung kali ayah penulis mengundi parti berlogo dacing, Barisan Nasional – parti yang dimusuhi sejak berpuluh tahun lamanya sekalipun pemimpin parti itulah yang saban tahun menerajui negara dan menjalankan tanggungjawab menjaga kebajikan kakitangan awam dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Coretan di atas hanyalah secebis ingatan yang tiba-tiba saja menjelma sebaik saja penulis terbaca berita yang mengembirakan lebih sejuta kakitangan awam apabila Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan kesediaan Kerajaan Barisan Nasional untuk memberi imbuhan bonus sempena menjelangnya hari raya Aidilfitri 2012.

Dianggarkan 1.27 juta orang kakitangan kerajaan termasuklah penjawat awam yang bekerja dengan kerajaan negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang (Kedah, Kelantan, Selangor dan P.Pinang) semuanya akan merasa bonus hari raya setengah bulan gaji atau paling tidakpun minima RM500.00 tiap seorang.

Bonus hari raya tersebut juga bakal dinikmati oleh pesara kerajaan yang jumlahnya hampir 700,000 orang apabila masing-masing akan memperolehi duit raya khas berjumlah RM500.00 seorang sebagai menghargai jasa khidmat mereka sebelum ini.

Tentu saja ayah penulis tidak terkecuali dan dapat dibayangkan tika ini ayah penulis mungkin sedang senyum sampai ke telinga sambil menadah tangan bersyukur ke hadrat Illahi dan berterima kasih pada Kerajaan BN atas pemberian bonus tersebut.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan. Sinar Harian, 25 Julai 2012

Bagi sesetengah pemimpin dan penyokong pembangkang barangkali pemberian bonus khas hari raya ini akan dianggap sebagai umpan pilihanraya kalau tidakpun mungkin mereka sekadar mencebik bibir menganggapnya sebagai nilai yang kecil dan tidak berbaloi.

Tiada apa yang pelik sangat pun sekiranya ada kalangan mereka berpendapat sedemikian.

Lagipun sejak dulu kala tabie pemimpin pembangkang hanya pandai menabur janji serta menjual air liur dan bila terpilih sebagai wakil rakyat sudah terbiasa menerima gaji beribu malah berbelas ribu ringgit di masa yang lain pula mereka mengharapkan pendapatan sampingan dalam jumlah besar hasil mengepau duit rakyat sepanjang ceramah di atas pentas politik.

Jadi tentu saja nilai setengah bulan gaji atau minima RM500.00 bagi mereka terlampau kecil dan boleh diremehkan begitu sahaja, walaupun dalam diam tentu saja ada YB pembangkang yang sedang berura-ura untuk joli sakan dengan wang bonus itu nanti.

Sekadar untuk pengetahuan umum, bonus setengah bulan gaji dan minima RM500.00 yang akan diterima oleh kakitangan awam termasuklah akan turut dirasai oleh penjawat awam di negeri-negeri pakatan pembangkang, bukanlah pertama kali diadakan.

Sejak Dato’ Seri Najib menggalas tanggungjawab sebagai PM, ini adalah kali keempat bonus sedemikian rupa dinikmati oleh penjawat awam dan pesara kerajaan.

Sebelumnya pada tahun 2009, 2010 dan 2011 bonus yang sama juga diberikan sebagai tanda penghargaan disamping untuk meringankan beban kehidupan rakyat tatkala Lebaran Aidilfitri menjelma.

Demikian halnya sewaktu di zaman pemerintahan Tun Abdullah Badawi dan  Tun Dr Mahathir juga tak terkecuali, yang mana bonus hampir sama juga pernah diberikan untuk kakitangan awam dan pesara kerajaan, pendek kata semuanya bergantung pada kemampuan kantung Kerajaan Pusat.

Bagi kita yang yang bekerja swasta ataupun bekerja sendiri, tidaklah perlu cemburu. Limpahan pemberian bonus tersebut sedikit sebanyak dapat dirasai juga oleh kita kelak kerana wang yang diterima oleh kakitangan dan pesara kerajaan tetap akan mengalir ke pihak lain sama ada melalui perbelanjaan harian mahupun pembelian kelengkapan untuk persediaan hari raya.

Ringkasnya, tiap kali kerajaan membelanjakan berbilion ringgit untuk menampung pemberian bonus, wang tersebut akan mengalir masuk pula ke pihak-pihak lain sekaligus merancakkan ekonomi negara. Penjual nasi lemak mendapat manfaatnya, pasaraya turut menerima impaknya, bengkel kereta turut sama merasainya – konsep asas teori ekonomi yang ramai orang fahami.

Kecualilah kalau wang bonus tersebut dibazirkan begitu sahaja oleh segelintir kakitangan awam yang pro pembangkang misalnya sengaja dicampak masuk dalam uncang duit dan tin milo yang diusung tatkala ceramah pemimpin pembangkang, tentu sahaja tiada manfaat pada perkembangan ekonomi setempat melainkan sekadar memenuhkan poket pemimpin tersebut untuk terus aktif menabur air liur basi.

Apapun, kepada semua kakitangan awam dan pesara kerajaan, semoga lebaran ini terus meriah disambut bersama sanak keluarga di kampung. Manfaatlah wang bonus tersebut sebaiknya dan usahlah lokek untuk berterima kasih pada Kerajaan Pusat dan pemimpin Barisan Nasional.

Paling penting, bersyukurlah ke hadrat Illahi kerana diberi nikmat menjalani kehidupan di bumi bertuah ini yang janaan pembangunannya, keamanan yang dikecapi serta kemajuan ekonominya adalah hasil kebijaksanaan para pimpinan negara sejak dulu hingga sekarang.

Bayangkan kalau PM 16 September memerintah, mahunya saban hari hidup kita dipenuhi dengan aktiviti politiking tak berkesudahan, akhirnya jadi tak keruan kerana terpaksa mengharungi tunjuk perasaan saban hari dan rusuhan ganas macam yang dilakukan oleh perusuh Bersih 3.0 tempohari.

Bila dah kacau bilau sedemikian rupa dan asyik berpolitik serta berpolemik saban waktu, mana nak adanya kemajuan ekonomi dan pembangunan, silap-silap pelabur menjauhi negara kita dan akibatnya kita sendirilah yang menanggungnya. Tak gitu?

 +++http://media.shahalamkini.com/wp-content/uploads/2012/07/fc75PERSAMAANREFORMASIx500.png

+++

* Sehari dua lagi, ada lah nanti seorang dua MB dari negeri pembangkang claim pemberian bonus raya ini hasil kejayaan pentadbiran mereka, walhal peruntukkan duit bonus Kerajaan Pusat yang hulurkan. Bukan kita tak tahu, peel perangai pemimpin pembangkang suka claim kejayaan orang lain sebagai kejayaan sendiri. 🙂



33 thoughts on “Rezeki Menjelang Raya Aidilfitri, Bonus Minima RM500.

  • July 26, 2012 at 2:03 am
    Permalink

    Kita dengar pula fatwa wali slipar al- kelantanis

    “Duit RM500 haram wat blanjo rayo tapi bulih jadi halal capur bulih pahalo lagi kalu duit tu wat bui dermo pojek lebuhrayo kelate”.

    Muehhhhahahahahahahaha

    Reply
  • July 26, 2012 at 4:28 am
    Permalink

    ALHAMDULILLAH..Alhamdulillah.. rezeki Allah berikan dlm bulan Puasa ini.. melalui pemerintah yg terbaik-menepati janji- UMNO BN!

    TERIMA KASIH DS NAJIB & KERAJAAN UMNO BARISAN NASIONAL-Moga Allah berkati dan pelihara pemerintahan Tuan!

    Terharu juga dgr berita ini tadi.. rezeki buat ayah bonda di kg… AMINN..

    Reply
    • July 26, 2012 at 4:31 am
      Permalink

      Seperti kata bapa saudara sy, DS Najib ni mewarisi sifat baik dan pemurah pd rakyat spt Ayahndanya, Allahyarham Tun Abdul Razak.. Semoga Allah jua berkati ruh Tun Abdul Razak atas segala kebaikan dan peninggalan dasar kpd negara..AMINN!

      Reply
  • July 26, 2012 at 5:48 am
    Permalink

    Syukur Alhamdulillah and thanks to PM semoga BN kekal memerintah…amin

    Reply
    • July 26, 2012 at 8:22 am
      Permalink

      Selain drpd bonus, Najib perlu lihat kpd Income tax yg ditanggung kakitangan awam yg membebankan. Potongan utk seorang anak di bawah 18 thn hanya diberi RM1,000. Bayangkan harga susu, kos mengasuh, tuisyen, makanan dan pakaian dsb sekarang, cukupkah dgn RM1,000 utk seorang anak?. Selain drpd itu, pendapatan upah yg diperolehi di luar waktu bekerja biasa jagnlah dicukaikan. Pekerja telah mengorbankan masa berehat mereka dgn penat & lelah utk mencari sumber rezeki tambahan. Perkara2 lain yg layak ditolak income tax ialah kos pembelian akhbar2 spt Utusan dan BH sahaja guna menggalakkan rakyat membaca berita yg sebenar.

      Reply
      • July 26, 2012 at 7:08 pm
        Permalink

        Income tax paras yg ok lagi bro.. aku exempted lagi wpun gaji Alhamdulillah..smpai aku sndiri rasa mcm salah kira.. tp yg kira tu e-Filling so betul lah.. lagipun benefit kesihatan rawatan hospital skrg amat terasa betapa nikmatnya berada dlm negara ini.. cubalah further study over seas.. tahulah u are granted or not..only by showing ur insurance policy.. hehe..
        Alhamdulillah

        Reply
      • July 26, 2012 at 11:21 pm
        Permalink

        Hai tak kan hang tak peghasan ada potongan RM500.00 untuk pembelian majalah & akhbar dalam borang taksiran cukai tahunan.

        Reply
        • July 27, 2012 at 4:04 am
          Permalink

          betul tu..rebat cukai bg belian buku, majalah, dan langganan Broadband pun di rebat jugak utk taksiran 2011.. lihat secara keseluruhan…

          Reply
  • July 26, 2012 at 6:22 am
    Permalink

    Ni yang aku jeles kat Penjawat Awam.. Hehe.. Setiap tahun dapat bonus.. Environment keje pun tip top…

    Aku apply SPA sampai lenguh tangan, sampai laptop hang, mata pun dah kelabu asap…Tak dapat-dapat..

    So bagi penjawat awam satu M’sia ni.. Bersyukur lah Barisan Nasional masih memerintah..
    Jangan dok sebuk nak sokong pakatan pula dan berpolitik dalam pejabat lepas ni..

    Ramai penjawat awam yang terang-terang menentang kerajaan kat luar tu…Maki hamun kerajaan kat luar…

    Bersyukur lah…Kalo kamu rasa kerajaan ni korup..berentilah keje…Ramai lagi orang (macam aku) yang boleh ganti tempat korang… Siap support dan sayang kerajaan lagi..

    hehe… 🙂

    Reply
    • July 26, 2012 at 11:25 pm
      Permalink

      Pegawai kerajaan yang selalu nya menentang kerajaan di sebab kan pikiran depa dah korup dek serangan virus dari pemimpin haprak korup yang berkurap…!!!

      Reply
  • July 26, 2012 at 8:32 am
    Permalink

    tak bleh ke tahun ni bagi 1 bulan gaji…kesian kat kitaorang yang gaji kecil…potong kwsp pulak…berapa sen sangat yang dapat

    Reply
  • July 26, 2012 at 8:52 am
    Permalink

    Alhamdulillah…bapak aku pun dapat sebagai pesara kerajaan…Alhamdulillah!!

    Terima Kasih BN!!!
    Memang betul betul Rakyat DiDahulukan..
    Alhamdulillah!!

    Reply
  • July 26, 2012 at 11:14 am
    Permalink

    Haaa imbuhan mcm ni lah yang DAP tak suka..kerajaan pi bagi kepada orang melayu..

    PAS pun apa lagi tompang semangkuk lah hantam UMNO kata bonus tak cukuplah, duit untuk rakyat lah..kelantan miskin lagi la, Selangor nak pakai duit buat loji laa..mcm-mcm la diaorang akan cakap..

    Hang tak caya? Tunggu saja..

    Reply
  • July 26, 2012 at 12:02 pm
    Permalink

    Percayalah kalau nuarbraham di tempat najib dia akan beri RM 1.000/. sama juga macam dia kata (dalam kes felda) rm 5.000/ tu skit sepatutnya rm10.000/ Lagi hebat….harga kereta proton akan diturunkan separuh harga !!! best kan ?????

    Reply
      • July 26, 2012 at 7:09 pm
        Permalink

        Abaikan..org sakit.. A.B.A.I.

        Reply
    • July 26, 2012 at 11:29 pm
      Permalink

      Satu lagi tibai pungkoq tak jadi salah lagi kerana akan di pinda perundangan yang lapuk kunun kalo dia pegang PM nanti..Leh caya ka..?

      Reply
  • July 26, 2012 at 12:49 pm
    Permalink

    apakah dengan memasuki Kaabah ..

    dah boleh masuk surga????

    Reply
    • July 26, 2012 at 1:07 pm
      Permalink

      tapi yang nyata… UNDI PAS TIDAK MASUK SYORGA

      Reply
    • July 26, 2012 at 1:08 pm
      Permalink

      tapi yang nyata… UNDI PAS BELUM TENTU MASUK SYORGA

      Reply
      • July 26, 2012 at 1:17 pm
        Permalink

        tiket dah koyak… tak boleh pakai

        Reply
        • July 27, 2012 at 4:07 am
          Permalink

          Undi PAS dgn niat utk masok sorga mungkin boleh jd syirik dan akhirnya menempah tiket ke neraka..nauzubillah…
          sudah2lah jd org yg jahil spanjang hayat.. tolaklah cara PAS yg cukup sesat tu!

          Reply
  • July 26, 2012 at 1:23 pm
    Permalink

    Bila dia kata diadah pasti masuk surga??? Yang kuat merapu , merepek dan mamai ialah najis yang kata undi pas masuk surga. undi BN tak masuk surga Yang duk kata orang ni masuk neraka (termasuk isteri Nabi Saidatina Aisyah) ialah puak2 ulammmak syiah. Tonton lah :vediosyiah.com.

    Reply
  • July 26, 2012 at 2:39 pm
    Permalink

    andai najib memerintah mse zaman sblm 1998..merasekah rkyat dgn semua kelebihan yg ade hri ini…fikirkan..

    mmg ptt berterima kasih pd org yg memberi..bersyukur pd Allah dimurahkan rezeki tp tdk bermkna menerima/redha dgn pemerintahan yg x adil,zalim pd hri ini.. mlh Allah pula mencela org yg zalim dlm ayat2 nya…patutkan kami menerima org yg zalim/x adil yg dicela dlm ayt2 Allah..

    Reply
    • July 26, 2012 at 7:12 pm
      Permalink

      Golongan org yg zalim spt dlm Al-Quran ialah org Munafiq dan penipu2 yg berada dlm PAS dan Pakatan Haram..
      Muhasabh diri betapa Allah itu luaskan nikmatny abg hamba2NYA yg tahu bersyukur pd NYA dan tidak meminta2.

      Cukup2lah dr menjadi pendusta wahai melayu_xislam, jadikan Ramadhan ini bulan koreksi diri, kalau syaitan dibelenggu jangan kita pula ambil tugas syaitan utk buat kerosakan, adu domba dan perpecahan.. lainlah kalau Nik Ajis.. dia rela bersahabat dgn syaitan.. terpulanglah pd dia..

      Reply
    • July 26, 2012 at 7:15 pm
      Permalink

      Andai…andai,…banyaklah hang punya andai…

      andainya anwar meliwat nik ajis…andaimya haji boroi berkhalwat….andai…andai…

      hang dok berandaian….orang lain dah jauh ke depan, lepas tu hang dengki tak berkesudahan…

      Reply
    • July 26, 2012 at 11:35 pm
      Permalink

      Apa hang maksud kan pemimpinn yang zalim & tak adil tu…? Jangan la suka buat kenyataan kaboq semata mata nak keliru kan orang bebai macam puak puak pak lebai hamPAs tu…!!!

      Reply
      • July 27, 2012 at 4:06 am
        Permalink

        dia nk maksudkan Anuwar Brahim tu.. pemimpin PR no1 yg zalim pd pengikutnya..paksa pencacai2nya buat kerja sia2 lg merosakkan diri..

        Reply
  • July 27, 2012 at 4:34 pm
    Permalink

    Selagi belum PRU, berbagai bantuan 1m’sia akan d tebur pada rakyat m’sia. Ambillah HAK anda semua, tapi ingat biar jinak2 merpati jangan sampai terkena jerat. Tak pernah k’jaan sepemurah ini, berbanding PM yg. lepas. Apakah itu bermakna UMNO/BN dah sedar kesilapan dulu atau tanda buang tabiat kerana dah nak tamat tempoh.

    Reply
    • July 27, 2012 at 6:05 pm
      Permalink

      Sifat su’udozn yg dipamerkan oleh bujuk adalah sifat tipikal munafik2 dlm PAS dn PR yg menghasut manusia sentiasa bersangka buruk wpun apapun nikmat yg Allah kurniakan.

      Jika kerajaan tidak beri mereka kata kerajaan itu rompak duit rakyat, bila kerajaan beri banyak dituduh pula jerat. Adakah dgn ambil duit bonus itu akan dtg sekali dgn AKUJANJI atau SUMPAH LAKNAT atau BAI’AH seperti PAS berbai’ah menceraikan Isteri?

      Adakah tuan masih jahil dan dibelenggu perangai IBLIS dan SYAITAN selama 11 bulan..wahai tuan bujuk? Inikah hasil tarbiah Ramadhan yg ko dpt bujuk?

      Hati yg penuh dgkn kotoran MAZMUMAH yg tebal lagi liat.. org mcm ko inikah yg dambakan syurga Allah?

      Siapa kata itu HAK kita? Rezeki atas muka bumi ni hak sapa bujuk? pemikiran sekular politik kotor jgnlah sehingga merosakkah Akidah org lain

      Jika kerajaan beri banyak bersyukur pd Allah dn terima kasih dn didoakan kerajaan itu bertambah baik dn diperlelokkan.. bukankan itu yg Islam ajar?

      Bagaimana pula dgn kerajan negeri si penipu yg perah keringat dn duit rakyat tetapi MB dan anak beranak senang lenang mewah.. pemimpin yg zalim secara halus.. memperdayakan rakyat dgn eleman2 agama tetapi dirinya penuh dgn Mazmumah, Riak dan Ujub.. org mcm tukah yg ko cinta sgt bujuk?

      Sorrylah bujuk.. jiwa ko sakit sbrnya.. ambilah Madrasah Ramadhan utk jdkan ko org yg Muttaqin.. bukan Munafiqun!!

      Jika dlm Ramadhan pun hati ko kotor.. bagaimana di luar Ramadhan nnt? Usah ckp lah pasal Islam yg menghinakan jika ko sndiri lalai dan tidak kenal siapa Allah siapa Nabi!

      Reply
      • July 28, 2012 at 4:15 pm
        Permalink

        Ini adalah kenyataan.. PM takkan perkenalkan puluhan subsidi 1m’sia kalau bukan nak undi PRU. Cara promosi subsidi dah boleh agak iklas ke tidak bila bendera UMNO dan BN penuh d setiap majlis penyampaiaan.
        Hari ini k’jaan terlalu pemurah, sedangkan 2 tahun lepas menteri(idris Jala) kata k’jaan akan bankrup jika terus bagi subsidi. Apakah hari ni k’jaan berhutang semata2 nak tarik hati/undi rakyat atau memang k’jaan terlalu kaya hingga mampu memberi bulan dan bintang kepada seluruh rakyat. Harap negara tak muflis seperti sesetengah negara eropah.

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *