Rafizi Mengaku “Kebetulan” Tabur Fitnah Pada PM?

Share


Saya fikir, sebagai seorang anak muda yang dikatakan “well educated” dan berpengaruh di dalam PKR, Rafizi Ramli menghormati bulan Ramadhan dan menghindarkan diri dari menabur fitnah seperti amalan kebiasaannya.

Malangnya, meskipun mengaku beragama Islam dan berpuasa, dia masih juga tidak dapat meninggalkan perangai buruk yang dipelajarinya dari mentor merangkap “abang terangkat”nya, Anwar Ibrahim dan memfitnah Perdana Menteri.

Sebelum ini, kecoh di pentas-pentas ceramah mengenai dakwaan Rafizi yang menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya telah menyalahgunakan kuasanya dengan bertindak campur tangan di dalam kontrak lanjutan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang.

Dalam tuduhannya yang dicanang di serata ceruk negara, Najib bertanggungjawab dalam satu penyalahgunaan kuasa dengan memberikan projek berkenaan kepada Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana).

Tapi, setelah mendengar penafian tegas dari Perdana Menteri dan syarikat yang dikaitkannya itu, Rafizi terus membuat kenyataan bahawa kenyataannya itu lebih kepada sifat “bertanya” mengenai sesuatu yang berkait dengan kepentingan awam!

Kebetulan? Kebetulan melemparkan fitnah kepada Perdana Menteri?

Saya ingin bertanya kepada Rafizi yang kononnya “berguru” dengan seorang “Pak Syiekh” itu, apakah dia boleh jawab di depan Allah SWT nanti di Padang Mahsyar bahawa fitnahnya terhadap Datuk Seri Najib hanyalah satu kebetulan?

Jelas sangat dia menabur fitnah! Apakah dia fikir dia boleh lepas dengan dosa fitnah begitu saja di depan Allah kelak? Sudahlah begitu, Rafizi langsung tidak memohon maaf atas tohmahan yang dilakukannya itu!

Mungkin Rafizi cukup bernasib baik memandangkan Perdana Menteri begitu ehsan dan tidak bertindak menyamannya di mahkamah.

Namun saya percaya bahawa dosa fitnah sudah tentu “tidak makan dek saman” bila di depan Allah nanti selagi dia tidak memohon maaf kepada Najib.

Pada pandangan saya, sebagai umat yang mengaku Islam, Rafizi perlu meminta maaf secara terbuka atas fitnahnya terhadap pemimpin nombor satu negara itu.

Selain itu, Rafizi juga perlu “tawaf” ke seluruh negara mengadakan “roadshow” untuk membersihkan nama Datuk Seri Najib yang ditohmah sesuka hatinya di pentas-pentas ceramahnya itu. Kemudian, Rafizi perlu bertaubat agar tidak melakukan dosa fitnah lagi.

Sewajarnya, sebagai seorang anak muda yang berpelajaran tinggi, Rafizi perlu berfikir secara waras tentang mentornya, Anwar Ibrahim, yang banyak mengajarnya menabur fitnah, tohmahan, persepsi kebencian dan amalan berbohong setiap hari.

Rafizi perlu belajar dengan mereka-mereka yang rapat dengan Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu dan kini menjauhkan diri dari “Pak Syiekh temberang” itu. Pergilah jumpa Zulkifli Noordin, Ezam, Zahrain dan pengasas Keadilan yang dulu bermati-matian kerana Anwar.

Bekas Pengarah Strategi PKR ini juga perlu belajar sejarah dan latar belakang Anwar yang “gelap gelita” serta sama sekali tidak normal berbanding tabi’i fitrah kejadian manusia.

Bukan apa, usia Rafizi masih muda dan sayang sekali untuk disia-siakan dengan pembohongan mimpi “16 September” dan digula-gulakan dengan jawatan dunia. Berjuang memang bagus, namun ingatlah sama tentang perjuangan akhirat…

Ingat Rafizi! Jangan fitnah orang lagi dan periksa dulu fakta sebenar sebelum mengeluarkan kenyataan atau anda akan dituduh “syababul mufsidun” yang merosakkan pemikiran generasi akan datang. Wallahua’alam.



12 thoughts on “Rafizi Mengaku “Kebetulan” Tabur Fitnah Pada PM?

  • July 25, 2012 at 3:55 pm
    Permalink

    Dasar anak murid Dajjal laknatullah memang begitu. Perut tk boleh kenyang tanpa fitnah. Berbahagialah kamu wahai Rafizi dengan fitnah fitnah mu.

    Reply
  • July 25, 2012 at 4:31 pm
    Permalink

    Rafizi hidup untuk dirinya dan untuk orang2 tertentu disekelilingnya. Manusia serupa ini akan lupa segala hal lain selain dari matlamat yang dikejarnya. Manusia macam ini juga sering lupa untuk mati.

    Kita digalakkan mengingati mati. Kita digalakkan menziarahi kubur bagi mengingatkan diri kita bahawasanya satu hari kita juga akan bersemadi didalam kubur yang serupa, dihimpit tanah dan jasad jadi makanan cacing.

    Dengan mengingati mati manusia jadi redha atas ketentuan Illahi. Atas apa yang diberi kepadanya sebagai rezeki dan apa yang diberi kepada orang lain sebagai rezeki mereka. Dengan mengingati mati manusia berhenti jadi tamak haloba, manusia menjaga mulut, menjaga hati dan tingkah laku diri.

    Kita hidup untuk Dia dan bermuhasabah dirilah bahawa kita satu hari akan tetap kembali kepadanya walau pun kita lupa, kita enggan, kita takut, kita tak suka.

    Rafizi lupa satu hari dia jugak akan mati.

    Reply
  • July 25, 2012 at 4:36 pm
    Permalink

    diorang tu semua LIDAH IBLIS PAKATAN HARAM(PR).FITNAH DAJJAL berleluasa kembali walaupun di bulan ramadhan yang mulia ini…YA ALLAH,YA RAHMAN,YA RAHIM,KAU HANCURKAN KAUM MUNAFIK SEPERTI RAFIZI DAN SEKUTUNYA YA ALLAH..AMINN YA RABBAL A’LAMIN

    Reply
  • July 25, 2012 at 6:02 pm
    Permalink

    Bertuah nak minta maaf..dah nama pembangang…
    Tu jee la pun keje dorang tau buat

    Reply
  • July 25, 2012 at 6:14 pm
    Permalink

    totok PR dungu bahlol dah la kena perbodo ngan pemimpin lidah pemutar belit ditambahkan dengan kebodohan diri sndri bertambah2 dungu la jadi nya

    Reply
  • July 25, 2012 at 6:26 pm
    Permalink

    Apa guna pembangkang ada wakil di Parlimen ? Bukankah tempat yang sesuai untuk ‘bertanya’ hal-hal seperti itu adalah di Parlimen dan bukannya di ceramah-ceramah politik?

    Reply
  • July 25, 2012 at 10:31 pm
    Permalink

    Semua orang masuk PR akan di doktrin supaya membuat fitnah terhadap parti lawan betujuan hendak menumbang kan kerajaan yang sah pilihan rakyat.Depa tak peduli lagi etika,agama & undang undang janji cita cita depa tercapai untuk berkuasa.Ni la tabiat orang berwajah waraq macam tok lebai,pejuang demokrasi,reformasi,anti rasuah & pengamal autoritarianisme.

    Reply
  • July 26, 2012 at 3:33 pm
    Permalink

    huhu…laju je bab org lain suh mintak maaf..korang tuduh org lain tnpe bukti kukuh x nk plak mintak maaf…

    Reply
    • July 27, 2012 at 5:56 pm
      Permalink

      Xde bukti kukuh ke kalau jam 3pg kaunseling bini org.. senyap mana dh org tu? xcukup bukti lgkah jenayah seksual jika mimik muka, body language serta perut terpampang jelas dlm video.. bukti2 kehilangan jam Omega.. dusta apa lg wahai si munafik?

      xde bukti langsung tuduh fitnah Rosmah ex-wife Farid, tuduh bunuh Altantunya itu lg dhsyat.. mana dia rasa kehambaan seorang Islam dr PAS?

      Reply
      • July 28, 2012 at 1:35 pm
        Permalink

        xpyh ckp byk lah laknat..bukti yg ko sbt tu kukuh sgt ke..tu ke islam anjur..bukti yg ragu2 ko main sbb ko kte bukti kukuh..

        jika ko hdp zaman dulu aku yakin ko dlu yg kene sbat sbb tuduh org berzina tanpa bukti kukuh..saksi x ade..

        Reply
        • July 28, 2012 at 3:37 pm
          Permalink

          Ohh cmtu ke hujah bls ko melay-xislam.. Aku rada ko yg kena sebat dn khazaf dulu sbb join ouak yg tuduh DS Najib dgn tuduhan zina, bunuh, rasuah, tuduhn yg amat dhsyat lngsung tiada nas utk disabit hatta kpd hukuman TAKZIR sekalipun.

          Berbalik pd hujah aku, aku mintak ko jgn BEBAL sgt, bln puasa ni cuba ko cuci dn jernihkn hati ko yg kotor tu..hati yg busuk berulat akibat berada dgn puak yg rosak Agama!

          Ko yg patut koreksi diri, dn sedar jahilnya posting. Ko xsedar seolah2 meredhoi maksiat org lain. Meredhoi maksiat org lain seolah2 menghina Allah secara xsedar!

          Bukti apakh yg ko mahu jika jelas ditangkap khalwat dgn isteri org?! Itu termasuk jenayah syariah.. Inilh mslhnya balaci PASmereka disesatkn hyn kenal HUDUD sj..tp sistem syariah Islamiyyah itu mcm mn?? Lnaggar lmpu merah apa hukumnya dr sudut FEQH.??

          Video jelad buat zina dgn pelacor dr sudut Islam kesalahan itu tetap ada cuma pd hukuman mn?! Adakh jatuh pd HUDUD ( jika cukup ikrar 4 saksi yg berhak lg adil) atau jatuh pd hukuman TAKZIR bila bukti kurang strong.

          So aku rasa konyg jgn ckp banyak..dgn akal nfsu besar, otak jahil tp terhegeh2 nk nk hujah agams, silap2 ko blh jatuh kufur mengiakan kebathilan!

          Bro..ko suluh dulu diri..jgn perasan sgt dh bila pelok PAS. ..PAS ialah ujian fitnah utk umat Islam?.bukn wadah!

          Reply
  • July 28, 2012 at 3:43 pm
    Permalink

    Letak nick melayu_islam..tp pemikiran sekular.. Org beriman berhujah ikut hukum agama, puak ni hujah ikut parti.. Klu puak dia kena tngkap basah cpt2 lh kluar hukuman sebat si penuduh lh, konspirasilah, kerja UMNO lh.. Tp klu kn pd pihak lawan, cpt2 rekacipta gmbr superimpose, berpkat pula dgn org kafir supaya jatuhkn pemimpin Islam..PAS dn org2 nya adalh penipu agama!

    Reply

Leave a Reply to pasdaplaknat Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *