Sejak Bila Pakatan Kisah Intergriti Polis?

Share


NAK terkincit pun ada membaca amaran Teras Pengupayaan Melayu (Teras) – sebut Pakatan haram, yang baru-baru ini keluar kenyataan kepada pihak polis agar jangan besar-besarkan isu elemen Jemaah Islamiyah (JI) dan komunis yang dikatakan sedang subur di dalam Pakatan haram.

Masalahnya disitu bukan sangat tentang soal elemen keganasanan itu tapi lebih kepada sejak bila pulak Pakatan haram yang siang malam cuba jatuhkan imej polis, secara tiba-tiba bercakap tentang nak pelihara intergriti polis?

Soal itu sepatutnya biarlah polis sahaja yang buat kerja.

Lagipun, perkara itu (elemen keganasan) bukan mengejutkan kerana selama ini memang kita tahu wujud dalam Pakatan haram. Ditambah pulak lagi dari betapa cepatnya beberapa pihak yang kita tahu ada kaitan dengan unsur-unsur JI dan komunis ini mengeluarkan kenyataan balas – dalam Harakah pulak tu, lagilah bertambah yakin kita.

Antaranya Parti Artis & Sosial (PAS) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) – dua parti komponen/sekutu Pakatan haram.  Makan cililah tu.

Special Branch (SB) tak payah sebut pun pihak mana dalam Pakatan Rakyat, kita dah boleh agak.  Bila kedua-dua pihak diatas keluar statement menafikan, maknanya betulah tu.

Gambaran yang cuba nak diberikan Pakatan haram melalui Teras, isu komunisme ini isu lapuk, isu zaman perang dingin.

Konon-konon mana ada ancaman komunis lagi dah.  Ini sebetulnya kenyataan kelabu asap, sebab kita semua tahu idealogi komunisme ini masih wujud dan menjadi ancaman kepada demokrasi.

Orang Malaysia memang menolak idealogi komunis, sebab itu depa nak keluar bertanding secara terang, takut ada penolakan, maka itu apa yang lebih baik selain dari menyelinap masuk dalam parti-parti yang konon mengamalkan demokrasi di negara ini.

Malah tak keterlaluan kalau penulis katakan disini, semua parti komponen dalam Pakatan haram ini memang mengamalkan idealogi komunis dalam organisasi pentadbiran masing-masing, secara tidak langsunglah.

PAS diketuai Mursyidul Am, DAP diketuai Penasihat, PKR diketuai Ketua Umum – jawatan yang tidak dipilih secara demokrasi.  Ahli peringkat bawahan hilang hak untuk memilih ketua sebenar dalam parti masing-masing.

Komunislah tu, kalau tak komunis nak cakap apa lagi?  Itu belum disebutkan unsur-unsur diktator yang dipegang masing-masing, kalah pulak Presiden (PKR & PAS) dan Setiausaha Agung (DAP) sendiri pun.

Jadi bila elemen keganasan komunis dan JI ini meresap dalam komponen Pakatan haram, dia macam lengkap melengkapilah.  Apa nak hairan, apa nak bising?

Kalau benar Pakatan haram bebas dari unsur-unsur keganasan yang disebutkan di atas, sepatutnya mereka bekerjasama dengan polis, bukan bagi amaran kepada polis!!  Orang ini (polis) buat kerja demi keselamatan negara, bukan suka-suka keluar kenyataan.

Lagipun, siapa nak dengar amaran Pakatan?



7 thoughts on “Sejak Bila Pakatan Kisah Intergriti Polis?

  • July 24, 2012 at 12:04 pm
    Permalink

    TERAS ni bukan NGO yg. anjurkan HIMPUN yg. bagi Hassan Ali pentas untuk teruskan nyawa politik dia ke. Mykmu waktu tu tiap2 minggu ada tajuk HIMPUN dan DHA ni.
    Tugas polis jaga keamanan negara bukan jaga kemenangan UMNO dalam PRU. Pemuda UMNO melalui KJ ada menubuhkan sekatariat dengan parti komunis cina, hubugan diplomatik negara takyah cerita la. Ni apahal pemuda UMNO perlu ada hubungan dengan parti komunis… cuba jawab. lagi satu ada gambar SU UMNO serah perjanjian dengan parti komunis cina jugak. Takkan nak terima camtu aje cakap Zahid Hamidi UMNO dalam sejarah takda hubungan dgn. komunis.

    Reply
    • July 24, 2012 at 3:27 pm
      Permalink

      siapa yg jaga keamanan negara ni bujuk ngok???…Anwar Aljuboxs ke??…Pok Nik yg bg suap kat perusuh tu ke???…Adi Boroi yg bunuh Ibrahim Libya tu ke???…

      Patut pun Polis menjaga UMNO, sebab UMNO yg perintah negara dan menjaga keamanan negara ini……puak hangpa tu cuma pandai nak pelingkop kan negara jea…

      Reply
      • July 24, 2012 at 4:01 pm
        Permalink

        Keamanan, kesejahteraan, kebahagiaan semua milik Allah. Persoalannya adakah kita bersyukur atau bongkak, bangga diri dan kufur atas nikmat yg. Allah bagi. Jika kita bersyukur maka jalankanlah tanggungjawab sebagai HAMBA Allah d muka bumi ni dengan melaksanakan SELURUHNYA perintah Allah dan Meninggalkan selgala LARANGANNYA.
        POLIS bekerja dengan K’jaan bukan dengan UMNO. Bila bekerja dengan UMNO sebab tu huru-hara masa BERSIH dan himpunan2 PR. Apakata UMNO bayar gaji/suap polis, jangan ambil duit rakyat/k’jaan bayar gaji POLIS.

        Reply
        • July 24, 2012 at 4:37 pm
          Permalink

          hehe…bujuk..bujuk…. keamanan, kesejahteraan, kebahagaiaan semuanya milik Allah dah di atas rahmat Allah juga la kami dapat menikmati semuanya itu….alhamdulillah.

          lain la macam hangpa….yang di suruh Allah hangpa amat benci…yang di benci Allah hangpa amat suka !!

          tu la hidup hangpa tak pernah aman…pi sana kena kelengkung dek FRU…mai sini di cotakan pulak dek RELA….sebab kelakuan tu dah macam jebon..

          Reply
        • July 24, 2012 at 5:22 pm
          Permalink

          tengok tu ayat si bujuk… bak seorang penyair atau seorang sufi je ayatnya, tapi keengkarannya terhadap kebenaran boleh mengejutkan seorang sufi. semua bait-2 perkataannya hanyalah umpama bunga yang dihias pada tahi, baunya kejap wangi, kejap busuk. inilah contoh perkataan baik untuk tujuan jahat… nak tau.

          Reply
  • July 24, 2012 at 1:48 pm
    Permalink

    dgn cara gerakan bawah tanah inilah yg dapat membuat pakatan mencapai cita2 utk merampas putrajaya, kalau ikut sumber sah iaitu pilihanraya , tak menang puak2 ni.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *