PAS Bukan Tempat Ulama Sebenar, Tapi Tempat Tambah Bini Dan Makan Gaji Buta

Share


Sebagai bekas Ketua Penerangan PAS Pusat yang turunkan pangkat mungkin kerana selalu merapu, Idris Ahmad, baru-baru ini sekali lagi merapu dengan menyatakan bahawa UMNO kononnya bukanlah tempat untuk golongan ulama dan hanyalah tempat “cari makan”.

Kata Idris Ahmad, UMNO tidak menghargai ulama dan tidak mendengar suara golongan itu dan hanya mengikut telunjuk parti untuk mencari rezeki.

Tapi, dia mengakui dan memberikan nama-nama tokoh agama yang pernah berada bersama UMNO seperti Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad dan Datuk Dr Yusuf Noor yang memiliki ilmu yang tinggi sebagai ulama di dalam UMNO.

Nampaknya Idris Ahmad semakin hari semakin “buta”. Mungkin dia tidak buta matanya, tapi “buta hati” atau lebih tepat lagi “buta kayu” kata orang Melayu.

Sejak zaman berzaman, sejak UMNO mentadbir negara, belum ada satu pun keputusan atau dasar negara yang dilaksanakan didapati bertentangan dengan sumber perlembagaan iaitu Al-Quran, Hadith, Qias dan Ijma’.

Nak tahu mengapa?

Ini adalah kerana setiap dasar atau perlembagaan negara dikaji berkali-kali, diperbahas di peringkat kabinet dan parlimen, serta ditandatangani oleh Ketua Tertinggi Agama Islam di negara ini iaitu DYMM Yang DiPertuan Agung.

DYMM Yang DiPertuan Agong pula dinasihati oleh jemaah Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan barisan para sahibussamahah Mufti-Mufti yang jauh lebih tinggi ilmunya berbanding Idris Ahmad sendiri, mahupun Majlis Syura ciptaan PAS.

Sudah tentu juga Kerajaan Barisan Nasional juga memiliki Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, iaitu satu portfolio khas untuk menguruskan hal ehwal agama Islam serta dibantu oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Hujah Idris Ahmad yang mengatakan bahawa UMNO bukan tempat ulama adalah sangat bertentangan dengan apa yang diamalkan oleh UMNO dan Kerajaan BN.

Misalnya UMNO, Kerajaan BN dan Mykmu.net sendiri saban tahun berkali-kali meraikan, memuliakan dan menganjurkan majlis ilmu bersama para ilmuan Islam yang muktabar dari dalam dan luar negara.

Malangnya, kapasiti dan ilmu yang ada pada ulama PAS agak corot untuk dijemput bersama di dalam majlis himpunan para ulama muktabar yang diikitiraf dunia tersebut.

Apa yang menghairankan, setelah disampaikan cerita dan penjelasan secara menyeluruh kepada para ulama-ulama muktabar yang dijemput, mereka amat kagum dengan corak pentadbiran Kerajaan Malaysia dan mengiktiraf negara ini sebagai negara Islam contoh!

Maaflah kepada para ulama PAS. Sebenarnya umat Islam di negara ini hanya mengiktiraf kemuktabaran para ulama Islam sahaja dan kami tidak mengiktiraf ulama politik PAS yang sanggup menjual nama Islam untuk sesuap nasi!

Sejarah penubuhan PAS menunjukkan betapa parti itu ditubuhkan atas dasar gila kuasa. PAS ditubuhkan selepas Ustaz Fuad tewas merebut jawatan Presiden UMNO, bukan?

Katakanlah Ustaz Fuad ditakdirkan Allah SWT untuk menang bertanding sebagai Presiden UMNO ketika itu, saya fikir sudah tentu PAS takkan wujud dan pak-pak lebai PASlah yang akan bertenggek diatas kerusi empuk sambil menggoyang telur kerana tak tahu buat kerja untuk rakyat!

Saya berikan satu contoh PAS “goyang telur” yang sedang berlaku di dalam kerajaan yang ditadbir oleh parti itu.

Di Kedah, Menteri Besarnya Azizan Razak dan para Exconya satu haram pun tak tahu buat kerja, apatah lagi mahu menjana kewangan dan kemajuan negeri. Buat projek ikan keli pun boleh bankrap! Pandai apa begitu?

Bila wartawan tanya sesuatu kepada Azizan, jawapan paling popular yang diberikan ialah “Saya tak tahu”! Sebagai MB Kedah, apa yang Azizan tahu? Mungkin Azizan hanya tahu tambah isteri dan kerah KCS untuk buat kerja saja kot?

Mengenai para Exconya pula, lagi teruk dari Azizan Razak! Azizan sendiri tidak percaya pada mereka yang lebih sayangkan KCS yang tolong buat kerja untuk rakyat. Exconya hanya tahu berebutkan projek di sana sini.

Sudahlah tidak ada projek di Kedah, berebut projek mesin rumput pun bergaduh sebulan!

Itulah buktinya bahawa PAS merupakan tempat “ulama” PAS buat duit dan mengkayakan diri sendiri. Mungkinkah ulama jenis ini boleh dikategorikan sebagai “ulama us-suuk”? Saya tidak berani menghakimi sifat tersebut. Kita serahkan kepada Allah SWT untuk menilainya.

Justeru itu, saya berpandangan bahawa Idris patut cerminkan mukannya yang hitam itu dicermin lebih lama. Manalah tahu dia akan dapat melihat kelemahan diri sendiri yang cuba dipalitkan kepada orang lain.

Orang lain bersih dan terbukti mendaulahkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh, tapi PAS yang hanya mentadbir negeri pun tidak mampu membuktikan bahawa parti itu memperjuangkan Islam sepenuhnya.

PAS hanya tahu mengutuk dan mengecam, tapi tidak tahu membina. PAS hanya tahu komplen sana sini, tapi tak tahu buat kerja. Kalau PAS terus dibiarkan meracun fikiran rakyat, maka meranalah rakyat sebagaimana kami merana di Kedah!



27 thoughts on “PAS Bukan Tempat Ulama Sebenar, Tapi Tempat Tambah Bini Dan Makan Gaji Buta

  • July 24, 2012 at 11:22 am
    Permalink

    Luar tajuk…
    Aku rasa isu air@syabas d s’gor yg. nak d catu lebih aula d bincangkan. Terbaru TPM umumkan air d s’gor tidak akan d catu. Eh..eh.. takkan tiba2 air terawat boleh cukup serta-merta bila KI kata nak ambik alih SYABAS?
    UMNO tak serik2 nak ugut s’gor. Aritu isu PTPTN yg. makan diri bila UMNO kena buat U-turn bagi semula PTPTN pada penuntut UNISEL. Sekarang isu air pulak.. cukup la UMNO, jangan bodohkan rakyat. Nak ugut ahli UMNO boleh… dengan PR, ukur kail dulu. PR buat kerja bukan cakap kosong, sebab tu kalau CEO syabas nak kelentong dia kena tanggung risiko. Kita tau Rozali ni nak jadi calon(dulu ada wawancara isu calon kononnya dia calon boleh menang UMNO). Tapi jangan la, khianat pada rakyat dan negeri. Dari keputusan TPM tu aku rasa Rozali akan d kambing hitamkan. Takkan TPM lebih tau pasal air s’gor dari CEO syabas… hingga berani tarik semula catuan air d s’gor.

    Reply
    • July 24, 2012 at 11:00 pm
      Permalink

      wey bijik,

      baik ko diam dr keluarkan hujah bodo ko tu…makin lama makin menyampah lak kat ko,komen takde yg membina…makin ‘buta’ nampaknyer ko ni…

      Reply
    • July 25, 2012 at 3:10 am
      Permalink

      macam mr. bean bahalol ler…

      Reply
    • July 25, 2012 at 3:51 pm
      Permalink

      Kasian ko bujuk, ko xsedar2 diri lagi nk menempel2 diri ko yg jahil lagi dipandang jijik.

      Hujah basi dan rendah akal ko tu menyebabkan org yg baca tk respect ko..

      Org xnk ckp pasal masalah UMNO sbb PR yg bermasalah teruk2.. dari isu2 asas manusia-air sampai lah ke isu2 korupsi balak, projek2, sampah sarap, penyelewengan kuasa, pertumbuhan pusat galakkan zina dan maksiat, perkauman anti Melayu yg tebal, dan rosaknya kepimpinan2 PR yg palitan isu2 kotor dan jijik..

      Insya Allah PRU nanti PAS dn PR didoakan tumbang dan hinanya..sbg pengjaran bg umat Munafik penipu akhir zaman!

      Reply
  • July 24, 2012 at 11:57 am
    Permalink

    Berdebab sebijik saperti taik lembu jatuh atas kepala pak lobai PAS…

    Reply
  • July 24, 2012 at 12:18 pm
    Permalink

    Bila pulak KL kata nak ambil alih pengurusan bekalan air daripada syabas (setakat dengar kelentong PR boleh la). mengenai isu pencatuan air tu syabas baru bagi cadangan untuk pembaikan laa la bujuk ngok oii..
    apa yang nyata:- Dala mesyuarat tu Kerajaan selangor ke dan Syabas pun kena

    PUTRAJAYA 23 Julai – Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Isu-isu Air Selangor hari ini menolak cadangan kerajaan negeri Selangor untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jawatankuasa tersebut mendapati ada beberapa perkara substantif dan membabitkan prosedur yang tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan negeri dan juga Syabas.

    Reply
    • July 24, 2012 at 12:52 pm
      Permalink

      Aik…bujuk hang try nak pusing cerita nampak ?….baca tajuk tu betul-betul.

      labai PAS….ibadah nya tak ada…bini jer yang lebih !! buat malu Islam jer puak-puak ni.

      Reply
  • July 24, 2012 at 1:41 pm
    Permalink

    mana ada ulama dah pas skrg, dah diganti dgn artis2 .

    Reply
  • July 24, 2012 at 2:21 pm
    Permalink

    Memang betul PAS tidak punyai kapasiti untuk mentadbir sebuah organisasi yang besar seperti Kerajaraan Kedah.

    PAS juga tidak mempunyai kepakaran atau kebolehan untuk menjana ekonomi jadi tu pasal PAS nampak macam dungu sedikit jika hendak dibandingkan dengan PKR mahupun DAP.

    Ini adalah kenyataan. PAS mengharapkan untuk menang PRU-13 supaya apabila sudah menang nanti PAS akan cuba menarik golongan professional melayu yang kebanyakkannya orang UMNO juga..untuk menyertai PAS supaya PAS tidak dilihat stupid atau dungu dimata DAP dan juga PKR.

    Reply
  • July 24, 2012 at 3:11 pm
    Permalink

    Ada ke ulama dalam PAS???…yang pakai baju merah langgar polis tu ke ulama dalam PAS….tu level berok jea…

    Reply
    • July 24, 2012 at 3:17 pm
      Permalink

      hush..hang ni sting, yang pakai baju merah tu…tu la ulama depa…yang pakai sarban…tu yang level beruk mak yea !!

      Reply
  • July 24, 2012 at 3:18 pm
    Permalink

    nampaknya salah tempat laaa…
    blog ini bukan tempat info maklumat…
    rupanya tempat budak-budak tak cukup umur tengah belajar menulis, otak sempit, takde kerja lain, hanyak melepak saja….

    Reply
  • July 24, 2012 at 4:08 pm
    Permalink

    Aku belum dengar lagi ada Ibu-bapa yg. kata sejuk mata aku sejak anak aku joint UMNO. Nampak perubahan dari dulu… kalau dulu balik lambat sekarang lepas Isyak kalau takda ceramah, ada dia kat rumah.
    Tapi bila seorang Artis masuk PAS, 1m’sia dapat saksikan perubahannya dan mengucap syukur. Kalau dulu berpakaian seperti telanjang, Alhamdulillah dah tutup aurat sepenuhnya. Kalau dulu melalak siang-malam, alhamdullah dah boleh petik 2-3 hadis untuk d sampaikan dan berdakwah… fikir2kan.

    Reply
    • July 24, 2012 at 4:40 pm
      Permalink

      Sapa tu bujuk hang cerita mai sat…saja aku nak tengok akai hang….cerita laaaa

      Reply
    • July 24, 2012 at 9:02 pm
      Permalink

      Helo kalo artis setakat pakai tudung lum lagi islami nama nya. Islam tu syumul bukan takat bertudung liput tapi penghayatan islam mengikut alquran. Ayat pertama di turun kan ada la IQRA’ suruh umat nya membaca,berpikiaq secara kritikal,membuat kajian,mencari ilmu/maklumat,melihat secara rasional terhadap alam setiap tanda tanda yang ada di bumi ni. Kalo baca alquran berlagu lagu pun tapi tak paham makna tak guna jugak macam burung tiong di ajaq bercakap….!!!

      Reply
    • July 24, 2012 at 11:03 pm
      Permalink

      satu lagi komen bodo dr bijik…cuba komen pasal Karpal dgn Nasarudin…nak gak tau level intelek ko tu…

      Reply
    • July 25, 2012 at 3:25 am
      Permalink

      HAHAHA..PAS DAH JD PATI SUPERSTAR.. BUKAN PETIK HADIS LER BUJUK..TAPI JADI MAT JENING PETIK BINTANG BINTANG PULAK..ALAMAT PAS NAK MAMPOSS LER TUE…

      Reply
  • July 24, 2012 at 4:51 pm
    Permalink

    Apabila membicarakan mengenai BN, mengenai Umno khasnya mereka terlalu teruja emphasis pada 2 perkara. Perkara keramat yang mereka harap boleh mereka sandarkan untuk seterusnya jadi galah bawa mereka keatas, meninggalkan Umno dibawah.

    Mereka tekan mengenai rasuah. Mereka hentam sistem kronism dalam Umno.

    Kita tak nak menafikan terus menerus tapi bila kita terlanjurkan bicara mengenai isu tersebut, tekankan tentang sekalanya. Samada amalan tersebut bertahap sederhana, parah atau terlalu parah.

    Mereka menghentam semahunya tanpa berjaya mempamirkan kebersihan diri sendiri. Tanpa menyebut betapa tidak rasuah nya mereka, betapa tiada kronismnya dalam berjalanan puak mereka.

    Reply
  • July 24, 2012 at 6:23 pm
    Permalink

    mmg pas pandai berdakwah kita biasa tengok org islam bersembahyang pakai baju yg bertulis tapi bagi penganut pas pada kopiah nya pun ada lambang pas dia org nak tunjuk pada Allah mereka penganut pas.sampai nak menghadap Allah pun mereka nak tunjukkan mereka adalah penganut pas.setakat ni aku belum pernah tengok mana mana individu atau kumpulan ada logo pada kkopiah mereka kecuali penganut pas.lihat lah bagaimana riak dan takbur nya mereka ini.

    Reply
    • July 27, 2012 at 2:44 am
      Permalink

      Cuba bayangkan kalaulah orang UMNO yang pakai ketayap atau kopiah berlogo UMNO pergi solat.

      Sudah pasti puak2 PAS akan terlonjak2 mengutuk pihak UMNO.

      Tetapi oleh sebab kopiah berlogo PAS ini dipakai oleh pihak mereka, maka perkara ini tidaklah menjadi isu.

      Tersangatlah riak dan hipokrit PAS ni.

      Reply
      • July 27, 2012 at 4:33 am
        Permalink

        Itulah muhasabah yg saya pernah lalui.
        Kalau mereka (PAS) buat apapun semuanya betul baik.. kalau UMNO buat betul pn mereka kutuk.. itu perangai Munafik

        teringt dulu Nizar Lambai bila ceramah fitnah pasal salam 1 Malaysia yg konon menolak cara Islam.. di TV-TV, sedangkan ucapan pemberita atau DJ ialah Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.. sama seperti kita bg ucapan dlm majlis yg bercampur bukan Islam, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

        Punyalah busuk hati puak PAS ini sehingga sebegitu busuk cari dan fitnah.. tp pd masa yg sama Nizar Lampai yg popular dgn Sembah Derhaka itu lupa beliau sendiri yg popularkan amalan jahiliyyah dan kafir – lilin tafakur.. dan teriakan HIDUP! HIDUP! apa itu Islamik kah??

        sehingga jd ‘amalan’ balaci PAS!

        BENCI melihat kopiah berlogo PAS…melambangkan kebodohan bergama.. nk solat dpn Allah pun masih nk jolok masuk politik parti

        Reply
  • July 24, 2012 at 10:50 pm
    Permalink

    UMNO pun bukan tempat pejuang sebenar…

    tempat nak ambil rasuah dan memperkayakan diri sendiri ……

    Reply
    • July 24, 2012 at 11:09 pm
      Permalink

      sekurang-kurangnya UMNO tak jual nama ALLAH kat kapir…ohh yer,lupa lak..tolong keluarkan nama,bukti,video dan sebagainya untuk membuktikan yg ahli UMNO ader amik rasuah…

      Sebelum korang sempat nak type huruf kat keyboard nih,dah berduyun cybertrooper UMNO dok belasah ahli UMNO tu…takde skit pun dorang akan berkompromi…akan didedahkan sampai takde sehelai bulu pun yang tinggal…sebab apa??sebab dorang takmo jadik macam KORANG yang mendabik dada kononyer lebih telus,islamic dan sebagainya..padahal taik berlumuran kat pakaian sendiri org lain punya kain lak ko sebuk….cuci dulu taik kat pakaian korang tu baru sebuk nak tegur org beb…!

      Reply
  • July 25, 2012 at 4:15 pm
    Permalink

    Insya Allah sekarang UMNO semakin diperelokkan sebagai platform untuk pejuang2 sebenar yang cintakan Islam, keamanan, kepimpinan yg mewarisi janji ditepati.

    Ulama’2 muda yg tenang, yg berlapik ilmu mereka dgn elemen Tassawuf sudah awal2 lagi menolak PAS yg beramal dgn sistem ANGKUH SOMBONG TIDAK KENAL & BERSANDAR TUHAN. Merek selesa dgn perjuangan UMNO Insya Allah yg kini cukup matang untuk berhadapan dgn ujian dan kelemahan yg diperbaiki berbanding PR seperti LANUN!

    PAS bercirikan Muktazilah Moden yang mana satu kelompok sesat yg ditolak oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah, yg hanya meletakkkan kerja buat mereka itu shj beri bekas kepada hasil..mereka menolak elemen ‘Kuasa Allah’, iaitu makhluk itu ada ‘berkuasa’ melalui ‘ikhtiar’ secara HAKIKAT- maknanya – konsep logik akal – TUMBANGKAN UMNO dgn apa cara sekalipun wpun bertahhaluf dgn Kuffar yg jahat seperti DAP, barulah HUDUD (PAS) boleh ditegakkan…

    Inilah elemen2 doktrin dan ijtihad yg ditanam dalam2 oleh ceramah2 PAS kepada balaci2 mereka yg jahil.. yg baru nk kenal Islam tapi DILENCONGKAN dgn politik kotor PAS

    Kes ini berlaku pd artis2 yg bergelumang dgn maksiat sebelum ini tiba2 terdetik untuk berubah ke arah Islam.. tp diperdaya oleg PAS dgn mudahnya untuk diperalat sbg alatan politik mereka (PAS)

    Hati2lah dgn tipu daya akhir zaman!

    Reply
  • July 27, 2012 at 12:27 am
    Permalink

    Kita terkeliru dengan dakwaan puak ini bahawa BN perlu ditukar kerana BN tidak menerap syiar islam dalam pemerintahan.

    Sebagai orang melayu beragama islam aku sendiri sejak dari kecik sampai sebesar2 begini, tidak pernah rasa ketidak adilan sebagai didakwa berlaku. Malah kini suasana terlalu baik berbanding 10-15 tahun dulu. SEkarang kemana kita pergi kita tak payah terpinga2. Untuk solat disemua tempat ada kemudahan ini dari petrol station, shopping mall, restoran, hotel, tepi jalan, tepi highway, R&R dan dimana saja. Bagaimana wujudnya kemudahan ini kalau tidak datang dari dasar kerajaan yang mewajibkan kemudahan ini diadakan untuk public ditempat awam.

    Para ulamak, kaum ilmuan bebas berceramah kepada awam melalui forum terbuka diradio dan diTV. Rakyat diberi ruang seluas2nya untuk merujuk melalui forum yang diadakan juga melalui bahan bacaan yang dihasil dari ulama yang berkarya.

    Apa lagi yang kita perlu satu2 kerajaan adakan selain kemudahan untuk kita solat 5 waktu tanpa kena tangguh dan ganti dimana saja kita berada dan apa pun pun urusan kita. Kerana solatlah tunggak terpenting dalam kesempurnaan ibadah , kalau malas nak buat tak kan kerajaan yang pulak yang salah.

    Aku tak faham mungkin kerana aku tak pernah dengar ceramah mereka. Macam mana aku nak hadhir kalau tajuknya sendiri berbau serangan peribadi keatas sesaorang bukan program me-war war syiar islam.

    Kerana konpius ini lah aku jadi benci meluat.

    Reply
    • July 28, 2012 at 1:23 pm
      Permalink

      1 je x ade….syiar islam…ko phm x ape tu syiar islam..kalau ko x paham ko p blajar dgn ustaz dlm kt msjid..program2 agama…bru ko phm dan x konpius..kt dlm ni ko x paham ape2 melainkan kta2 kesat n pembohongan…jgn biar idup anda ldlm kejahilan…islam bkn sekadar solat, puasa zakat, nikah, buat masjid, sekolah shj..

      Reply

Leave a Reply to mat Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *