Nasrudin Patut Cabar Karpal Singh Berdebat Pula

Share


Nampaknya kedunguan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Mungkin dia semakin teruk setelah disergah dengan hujah-hujah ilmiah oleh Presiden Sekretariat ILMU, Al-Fadhil Ustaz Fathul Bari Mat Jayaha baru-baru ini.

Semalam, Nasrudin mempertahankan dua fakta debatnya bersama ilmuan muda Islam itu dan menegaskan bahawa Presiden DAP, Karpal Singh serta parti sekutunya itu sedia berkompromi mengenai perlaksanaan hukum hudud.

Fakta kedua yang dipertahankan Nasrudin pula ialah mengenai dakwaannya yang menyatakan bahawa PAS merupakan sebuah parti “dominan” di dalam Pakatan Haram!

Malah dia yang tidak berpuas hati dengan pertikaian mengenai “fakta-fakta”nya itu mencabar mana-mana pihak untuk menganjurkan debat kali kedua antaranya dengan Ustaz Fathul Bari!

Terus terang saya katakan bahawa apabila mengetahui mengenai “penegasan fakta-fakta” oleh Nasrudin itu, saya di antara mereka yang ketawa berdekah-dekah melihat kebodohan Ketua Dewan Pemuda PAS itu.

Benar-benar saya tidak menyangka seorang yang dikatakan “ustaz berkaliber” dan dijangka menjadi calon PAS pada PRU ke-13 nanti boleh menunjukkan tahap IQ yang begitu rendah dan dangkal mengenai “fakta-fakta”nya.

Apakah Nasrudin pekak, bisu, tuli atau buta huruf untuk membaca kenyataan Karpal Singh yang membidas secara spontan dan tidak berpuas hati dengan kenyataannya mengenai soal DAP berkompromi dalam isu perlaksanaan hudud!

Suatu masa dahulu, Karpal pernah mencabar mana-mana pihak untuk melangkah mayatnya sekiranya mahu melaksanakan hudud di Malaysia. Atau mungkin Nasrudin belum lahir lagi ketika itu?

Atau tidakkah Nasrudin membaca laporan NST yang menyatakan bahawa Karpal begitu marah dengan kenyataan sesuka hati Ketua Dewan Pemuda PAS itu yang kononnya Karpal dan DAP sanggup berkompromi mengenai perlaksanaan hudud sekiranya Pakatan Haram berjaya menjajah Putrajaya?

Apa punya jenis manusialah Nasrudin ini. Sudah terang lagi bersuluh. DAP bertegas tidak mahukan hudud, apakah susah benar untuk Nasrudin memahami kenyataan Karpal tersebut?

Inilah yang dikatakan “tak reti bahasa”!

Lebih menggamatkan ketawa saya ialah mengenai kononnya PAS adalah parti dominan di dalam gabungan pembangkang itu. Rasanya, kalau disampaikan pada Datuk Dr. Hasan Ali mengenai kenyataan Nasrudin ini, berkemungkinan beliau akan ketawa guling-guling di hadapan rumahnya!

Kalau dilihat di Selangor dan Pulau Pinang, PAS bagaikan “melukut ditepi gantang”! Layaknya PAS bagaikan “hidup segan mati tak mahu”! Hasan Ali contohnya dipecat bagai “anjing kurap” atas “arahan” Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Di Pulau Pinang, sebelah mata pun Guan Eng tak pandang PAS!

Kalau di Kedah dan Kelantan pula, PAS dikawal oleh Pakatan Pembangkang di peringkat pusat. Pentadbiran Azizan yang serba tidak tahu itu dikawal sepenuhnya oleh PEMANDU yang rata-ratanya pro-PKR dan DAP!

Di Kelantan pula tak payah ceritalah. Rasanya, Nik Aziz itu seolah-olah sudah menjadi boneka Husam Musa yang rapat dengan Anwar dan golongan Anwarinas semakin menghakis golongan pro-ulama PAS di negeri itu.

Macam itu Nasrudin boleh katakan bahawa PAS itu parti dominan di dalam gabungan Pakatan Haram? Nasrudin berminat menyertai program realiti Maharaja Lawak?

Rasanya, tak payahlah Nasrudin mencabar lagi Ustaz Fathul Bari untuk berdebat kali kedua. Risau juga nanti kalau-kalau Dewan Pemuda PAS kehilangan Ketuanya yang semakin mengarut dengan “fakta-fakta” tahap tidak siuman itu.

Kalau Nasrudin mahu sangat berdebat, patutnya Ketua Dewan Pemuda PAS itu berdebat saja dengan Karpal Singh mengenai perlaksanaan hudud. Itu pun kalau Nasrudin ada “telur”lah!

Kalau tak ada “telur”, lebih baik dia saja dan tunggu Karpal mati. Sekurang-kurangnya, Nasrudin mungkin berpeluang untuk melangkah mayat Karpal Singh. Itupun kalau dibenarkan Gobind, anaknya. Atau tunggu saja hingga Nik Aziz selesai buat kajian draf hudud, itu pun kalau dia reti la…



23 thoughts on “Nasrudin Patut Cabar Karpal Singh Berdebat Pula

  • July 24, 2012 at 9:12 pm
    Permalink

    pemudi PAS pepsi Cola nak berdebat dengan kepala syaitan ni…hahahha lawak la..

    sorang memang Lemubt AUWWW..sorang lagi loyer oku nak jadi pemegang kunci hudud..haha

    Reply
    • July 25, 2012 at 6:11 pm
      Permalink

      Saya menyokong jika ada usaha untuk berdebat diantara Karpal Singah dengan Ketua Pemuda Pas tu. Kenapa riak sangat menajak orang lain berdebat. Let’s us finish up siapa yang bercakap bohong

      Reply
  • July 24, 2012 at 9:29 pm
    Permalink

    Kesian Nasrudin, dahlah kena belasah dgn Fathul Bari, lepas tu kena belasah dgn Karpal pulak. Ada ke Karpal panggil dia ‘ low rank’ atau budak mentah yang memandai mandai.
    Itu lah balasan orang yang berbohong.

    Reply
    • July 24, 2012 at 11:50 pm
      Permalink

      dah la berbohong pastu kantoi lak tu….

      Reply
      • July 25, 2012 at 8:31 am
        Permalink

        Assalamualaikum!
        Saya hairan bagaimana seorang ustaz spt Nasrudin Taktauwi mempertahankan pekara
        yang tidak betul. Perlu dingat kita bukannya mahukan siapa yang menang atau
        siapa yang kalah atau siapa yg pandai berhujjah atau siapa yg tidak pandai
        berhujjah. Apa yg kita mau ialah KEBENARAN…!….KEBENARAN !!!
        Kalaulah Siampunya diri itu (kapal sink) dah mengaku yg beliau telah terberak dan semua orang sudah lihat memang dia betul2 berak dan busuk taik, apakah kita perlu kata dia tak berak dan dia tak busuk..! Pelik betul?

        Reply
  • July 24, 2012 at 9:37 pm
    Permalink

    Mungkin ni lah agak nya KP pas paling

    bongok dalam sejarah

    Reply
  • July 24, 2012 at 10:52 pm
    Permalink

    klu tantawi debat dgn karpal, mau melutut terketar2 depan karpal si tantawi ni.

    Reply
  • July 24, 2012 at 10:59 pm
    Permalink

    prasannye puak korang..fakta ilmiah yg mne UFB tu sebut..fakta ttg x pyh tentang krajaan…nasihat je…balik2 ayat nasihat je yg diulang…tu krg ckp ilmiah..

    org kalau blh nasihat..dah lme buat…mslhnye pemimpin amno buta, pekak, buat derk dgn tgrn ulamak…

    x pyh prsan la..ade najib nk dgr nasihat UFB nasihat dier suh bini dier tutup aurat…hampeh…ade amno nk dgr nsihat UFB x pyh mkn rasuah…jgn buat program mksiat…ade ke…kalau ade….dah nk kiamat agaknye..

    Reply
    • July 24, 2012 at 11:46 pm
      Permalink

      so…maksudnya Karpal akan dgr cakap Nasrudin la??

      Reply
      • July 27, 2012 at 10:12 am
        Permalink

        Takkan hang nak samakan nasihat pada Karpal dengan najib/rosmah? takkan taraf Najib/rosmah serendah taraf Karpal KAFIR ni.

        Reply
    • July 25, 2012 at 6:56 am
      Permalink

      He he he !!! Mi suku sakat nasha…. Paham…. Pahamm he he he

      Reply
  • July 24, 2012 at 11:33 pm
    Permalink

    Kita tidak mahu cakap Nasruddin seorang yang tak berilmu. Nasruddin juga berilmu. Tetapi dalam debat mereka tempoh hari apa yang dipamerkan oleh Nasruddin hanyalah kebebalannya bersama sikap degil tak mahu kalah hingga sanggup berbohong mentah.

    Bohong mentah bukan bohong tidak masak tetapi pembohongan point blank yang diminit itu dia berbohong, diminit kedua juga orang terus tangkap dia berbohong.

    Kita tak perlu tengok debat kedua antara mereka lagi. Elok kalau Nasruddin fikirkan untuk ajak Karpal Singh berdebat atas tajuk ” HUDUD-BIla akan dilaksana dinegara kita “

    Reply
    • July 25, 2012 at 12:09 am
      Permalink

      setuju…..

      takyah nak ajak UFB debat lagi dah….ajak Karpal…dan aku caya org tua tu mesti ON punya sebab dia tak pernah pandang tinggi pun kat org ISLAM lelebih plak PAS yg dia anggap semua takde kelulusan setanding dgn dia.

      PAS bagi dia tak lebih dr macai membuat keje2 bodo,tak lebih dr kain buruk…dh pakai,dah lunyai dikerjakan buang jer kat tong sampah….takde respect skit pun…tu pun PAS tak sedar2 lagi.

      Nasrudin KP PAS dia leh kata ‘Low Rank’,tu position yg tinggi dlm PAS dia leh perlekehkan,kalau yg berilmu tu pun dia tak respect sebagai fellow members apa tah lagi macai2 PAS yg lelain…??

      Aku taktau la org PAS,tp kalau pemimpin yg aku respect kena sound camtu…tak cukup page org tua tu aku belasah,tak kira la ko lawyer ke aper ke takde rasa hormat skit pun,apa dia ingat dia hebat sgt ke?

      Tu kalau aku la….tp macai PAS takde telur…,nak tunjuk hebat gi belasah UMNO…cehhh…!!Sayang sgt kat DAP….kena jerkah skit terus takde suara…pondan!!

      Reply
    • July 25, 2012 at 7:01 am
      Permalink

      Alahh bro, kan sifat wajib bagi khawarij adalah suka cari gaduh dgn sesama islam, tapi lembut dan bacul bila berhadapan dengan puak kuffar.
      Sekurang2 nya mereka merealisasikan sifat khawarij mereka tu, supaya kita kenal.

      Reply
  • July 25, 2012 at 1:18 am
    Permalink

    KP PASPISPUSSY cuma terdaya berhujah menggunakan fahaman liberal….hehehehe…

    woii taliban gemok cawangan msia, pi buang la seraban sebelangga hang tu….buat malu puak taliban senior hang kat Afgan tu jea….

    Reply
  • July 25, 2012 at 8:26 am
    Permalink

    Pas paling dominan dalam pakatan ?

    Mintak buih pepsi cola tu balik kira smula brapa biji kerusi pas yang ada dalam pakatan sekarang, paling banyak dap di ikuti pkr dan paling ciput pas lah, buih pepsi cola ni reti kira ke tak.

    Reply
  • July 25, 2012 at 11:01 am
    Permalink

    Aku berani kata itu Nas tantawi (cucucicit Aallohyarham propesor Azhar Tantawi kot !!!) trak akan berani berdepan dgn kapalsink. walau pun dia loyar tua, tapi msih bijak lagi kelentong.

    Reply
  • July 25, 2012 at 12:15 pm
    Permalink

    Kalau tak pandai buat fitnah..menipu..dan reti menjatuhkan maruah orang bukan ahli PAS namanya..

    Reply
  • July 25, 2012 at 12:37 pm
    Permalink

    Berdebat dengan Karpal adalah merupakan pilihan yang ada dan yang tepat untuk mengesahkan pegangan hidup matinya yang pertama: Karpal Singh serta parti sekutunya PRK sedia berkompromi mengenai perlaksanaan hukum hudud atau tidak.

    Jika debat dengan Karpal tidak berjaya atau tidak berdaya diadakan, selagi itulah pelekat ‘PEMBOHONG’ akan tertampal di dahi Tantawi.

    Tak sampai hati untuk aku bunuh harapan 1.3juta penganut PAS untuk mengulas mengenai pegangan hidup mati Tantawi yang kedua: PAS merupakan sebuah parti ‘dominan’ di dalam Pakatan Rakyat.

    Cuma aku harap Tantawi dan juga PAS fikir sejenak:
    Karpal yang leka dan enak dalam perjalanan untuk meninggalkan dunia ini tiba2 saja bangun dan terus menyanggah kenyataan Tantawi.
    Tantawi dah kena tetegor ke?

    Reply
  • July 26, 2012 at 7:04 pm
    Permalink

    Tantawi tu berhujah sebijik macam ahli fikri barat..yg tiada agama..

    Selamber dia je dia petik2 ayat2 Allah kemudia tafsir ikut sedap mulut lidah die yg serong tu.

    dgn nada suara yg BONGKAK..itulah nada pemimpin PAS.. tiada nilai Islam dan tiada Tawadhu’.
    Mereka2 ini tidak akan diberkati..tidak akan berjaya sama sekali membawa agama Allah yg suci.. jika menang pun ia adalah Istidraj dan tiada kejayaan!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *