Fitnah 10 Tahun Terlerai: Bila Pembangkang Nak Minta Maaf Pada Rosmah?

Share


Rasanya lebih dari 10 tahun fitnah ini meniti dibibir para pemimpin dan penyokong Pakatan Haram, khususnya para penganut agama PAS. Lebih dari 10 tahun itulah mereka menjaja dosa yang terkutuk dan lebih teruk dari dosa membunuh.

Ketika mereka menyampai fitnah tersebut, boleh dikatakan tidak ada sekelumit pun perasaan bersalah atau berdosa kepada mangsa yang difitnah. Tohmahan itu dijaja di segenap pelusuk negara tanpa memikirkan balasan neraka atau syurga…

Itulah yang berlaku kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi sudah difitnah sebelum suaminya menjawat jawatan Perdana Menteri lagi. Dan fitnah itulah yang ditelan oleh “wanita besi” itu dengan tabah demi menjaga maruah suaminya yang tercinta…

Kira-kira lebih 10 tahun yang lalu, timbul dakwaan dari pihak pembangkang yang menyatakan bahawa Datin Seri Rosmah adalah bekas isteri kepada pembaca berita Dunia Jam 10 yang terkenal di RTM, Farid Ismeth Emir.

Dari mana sumbernya pun saya tidak tahu dan tiba-tiba timbul dakwaan yang tidak berasas langsung itu. Tapi, takkanlah cerita-cerita seperti itu akan timbul dari kanak-kanak sekolah di Tadika Kemas pula.

Rupa-rupanya, ini semua kerja pembangkang. Ketika itu, tiada siapa menyangka bahawa Datuk Seri Najib akan menjadi Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah diserang hanya semata-mata kerana bersuamikan seorang pemimpin kanan UMNO/BN.

Sejak itulah fitnah tersebut tersebar luas dan meniti dibibir rakyat, khususnya pak-pak lebai dan mak-mak aji PAS yang sememangnya gemar dengan gosip-gosip yang berkaitan hal “dalam kain” orang. Apatah lagi ia berkaitan musuh politik mereka!

Dan selama itulah dosa fitnah itu berkisar sehingga sebati di kalangan rakyat. Datin Seri Rosmah dilihat hanya bersabar dan berdiam diri, serta menyerahkan segalanya kepada Allah SWT berkenaan fitnah tersebut.

Agak susah juga untuk bersabar dalam tempoh selama 10 tahun. Rasanya, kalau Zuraida “Mak Lampir” yang difitnah begitu, sudah tentu dia akan meroyan bagai orang gila talak dan menyalak ke sana ke mari..!

Tiba-tiba, baru-baru ini Farid Ismeth tampil menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai fitnah terhadap Datin Seri Rosmah yang dikaitkan dengan dirinya itu. Rasanya macam nak terbalik serban puak-puak PAS yang selama ini menjaja tohmahan tersebut!

Peliknya, tiada seorang pun di kalangan mereka yang tampil memohon maaf secara terbuka kepada Datin Seri Rosmah, suami dan keluarganya, atau pun kepada Farid Ismeth, isteri dan keluarganya!

Lebih pelik lagi, lidah rasmi PAS, Harakahdaily menyedari mengenai penafian Farid Ismeth mengenai fitnah tersebut dan menyiarkan laporan berita mengenai penafian itu di laman webnya semalam!

Sesungguhnya, sekiranya para pemimpin PAS dan para penyokongnya benar-benar mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya, sudah tentu penafian tersebut akan menyedarkan mereka dan pastinya merekalah orang pertama yang akan memohon maaf secara terbuka.

Malangnya, biarpun tahu mereka berdosa kepada dua keluarga muslim berkenaan, hati mereka tidak terbuka untuk menyatakan permohonan maaf mereka kepada mangsa-mangsa mulut busuk mereka itu.

Mungkinkah hati puak-puak tukang fitnah seMalaysia itu sudah begitu hitam dan sangat susah untuk disental untuk menanggalkan kekotorannya yang jijik bernanah itu?

Rasanya, “tiket syurga” milik mereka tidak akan membawa mereka ke mana-mana. Silap haribulan, menjawablah mereka di depan Allah kelak di Padang Mahsyar atas fitnah jahat itu dan mungkin juga “tiket ke syurga” itu akan bertukar tangan menjadi milik isteri Perdana Menteri!

Benarlah Ramadhan adalah bulan keberkatan dan kebenaran. Fitnah berusia lebih 10 tahun yang dilemparkan pada Datin Seri Rosmah akhirnya dibongkarkan Allah SWT sebagai sebuah cereka ciptaan pembangkang yang berniat menyerang suami hanya kerana perbezaan fahaman politik.

Justeru itu, maka benar dan terbuktilah sifat semulajadi PAS yang menghalalkan segala cara untuk memenuhi matlamat dan nafsu serakah politik mereka. Pada PAS, memfitnah pun “dihalalkan”, asalkan hasrat “katak hijau” ke Putrajaya tercapai!



22 thoughts on “Fitnah 10 Tahun Terlerai: Bila Pembangkang Nak Minta Maaf Pada Rosmah?

  • July 24, 2012 at 2:11 pm
    Permalink

    Korang boleh kemuka-kan apa-apa bukti tetapi Pakatan Rakyat tetap akan kata Farid Ismeth ni telah dibayar..tak pecaya kita tunggu jer comments dari puak PR ni

    Reply
  • July 24, 2012 at 3:00 pm
    Permalink

    Satu yang mahal mengenai mengenai DS Rosmah yang tak ada pada orang lain ialah beliau tidak cepat melatah. Apa saja jenis fitnah, tohmahan yang di kena keatas beliau , beliau tetap dilihat biasa tanpa melenting jauh sekali menyaman pemitnah.

    Cara begini boleh menggalakkan orang yang berpersepsi berbeza, kalau dipihak benar saman saja. Kalau diam orang kata kita takut dan tohmahan itu nampak benar.

    Terbukti beliau mengamal prinsip yang berbeza dengan mengambil pilihan untuk sentaisa berdiam. Tak kuasa nak kecoh.

    Reply
  • July 24, 2012 at 3:05 pm
    Permalink

    Tanpa fitnah sapa lah K-PoP Nik & the macai’s….tak glamour la kalau parti ajaran sesat tak buat fitnah…

    Reply
  • July 24, 2012 at 3:07 pm
    Permalink

    aku rasa depa xkan mengaku pun depa yg dok jaja cerita ni..blh dikatakan cerita ni mcm dah diterima sbg benar oleh masyarakat apa..farid ni pun awat la ni baru nak buat penafian..tp ok la at least now kita dah tau cerita tu fitnah je ropenye

    Reply
  • July 24, 2012 at 3:39 pm
    Permalink

    Pakatan memang telah dididik dari kecil untuk memfitnah. Sempena bulan yang mulia ini marilah semua umat islam bersatu hati dan menegakan syiar islam. jangan sampai nafsu menguasai diri..

    Reply
  • July 24, 2012 at 4:20 pm
    Permalink

    kalau tak fitnah tak kenyang..

    Reply
  • July 24, 2012 at 4:38 pm
    Permalink

    Tapi fitnah dia orang ini dahsyat, boleh runtuhkan masjid.Langsong tak kaji dosa pahala. Tak fikir balasan Allah.

    Lu pukul gua, gua pukul lu..

    Reply
  • July 24, 2012 at 5:08 pm
    Permalink

    Isu besar ke tu..???

    Reply
    • July 24, 2012 at 5:53 pm
      Permalink

      Siapa yang jadikan kisah farid & rosmah tu sbg isu besar dulu…dah kantoi tahap siamang buat2 pelik pulak fitnah depa jadi isu….tolol…

      Reply
    • July 24, 2012 at 6:38 pm
      Permalink

      Depan Allah swt nanti hang tanya fitnah ni isu besar ke tu ??? mooooo…mooooo

      Reply
      • July 24, 2012 at 10:49 pm
        Permalink

        mooo mana kenal Allah..sesat dlm terang..

        Reply
        • July 25, 2012 at 2:59 pm
          Permalink

          Mooo terkantoi byk fitnah Rosmah tu.. dosa bertimbun.

          Moo mana kenal Allah..dia kenal LEMBU dan WANG (juta2).. Munafik

          Reply
  • July 24, 2012 at 6:35 pm
    Permalink

    hahaha..pembangkang pakatan rakyat makanan rutin dia hanyalah fitnah..hahahah

    allah bayar cash kat depa..jadi makanan ruji depa dah pakatan haram ni..bulan2 posa pun nak buat fitnah lagi pembangkang..

    Reply
  • July 24, 2012 at 6:56 pm
    Permalink

    Aku ingat rosmah pun tak tau dia pernah dikait dengan farith ismeth..anyway, aku tak nampak banyak isu, kawin dengan sapa saja pun..yang jadi isu ni pada balaci yg tuduh najib beli rosmah dari farith tula yg msalah skang…

    Reply
  • July 24, 2012 at 8:03 pm
    Permalink

    Aku teringat pada video kat internet menunjuk kan sorang ibu angkat pada Rosmah kunun nya buat pengakuan yang Rosmah ni jahat,tak sedaq diri,angkuh,tak gheti mengenang budi dsb nya. Aku dok penin sama ada nak pecaya ato dak.

    Kalo hang penah tengok video tersebut sila beri komen….!!!

    Reply
  • July 25, 2012 at 9:21 am
    Permalink

    LA NI PAKATAN HARAM TGH DOK PIKIR NAK FITNAH PM L;AK LEPAIH POSA NIH..TAK CAYA KITA TUNGGU LAH..MEMACAM DEPA DOK TRY NAK REKA BAGI BELIT RAKYAT…KITA TUNGGU JA NAH..CILAKA KALAU DAH BANGSA PAKATAN HARAM JADAH NI

    Reply
  • July 25, 2012 at 9:24 am
    Permalink

    RAKYAT DAH MUAK DAH NGAN FITNAH DEPA NIH..MEMANG PAKATAN HARAM NI DOK TEMPAH TIKET NERAKA BULAN2 POSA NIH..BUKANNYA TEMPAH TIKET PINTU SYURGA YANG TERBUKA LUAS..PAKATAN HARAM(pr) LAKNATULLAH

    Reply
  • July 25, 2012 at 4:19 pm
    Permalink

    Pakatan Haram darul fitnah..

    Reply
  • July 25, 2012 at 4:27 pm
    Permalink

    sampai la ni belum ada perkembangan depa nak komen..tu tgh dok anyam fitnah lah tu…sat lagi depa dok pos lah dalam nih…YA ALLAH,HANCURKAN DAN BINASAKAN PAKATAN HARAM(PR)DAN SEKUTU MEREKA YANG PENUH DENGAN FITNAH DARI DAJJAL.AMINN…

    Reply
    • July 27, 2012 at 4:35 am
      Permalink

      AMEEN AMEEN YA ROBBANA!!

      Reply
  • July 26, 2012 at 6:15 am
    Permalink

    Sebelum keluar video ni pun aku dah agak dah memang Datin Seri takda kene mengena dengan Farid Ismeth. Aku kagum dengan Datin Seri, berbakul-bakul orang pakatan maki hamun, tabur fitnah dan cakap macam-macam kat dia. Tapi sedikit pun dia tak balas balik.
    Mungkin ada orang akan cakap “adakah itu satu kayu pengukur yang cakap Datin Seri Rosmah tu baik?”

    Aku akan jawab dengan jelas dan kuat: “YA”

    ini kerana janji tuhan, orang-orang yang bersabar adalah orang yang menang!

    Datuk Seri Najib pun stylo, dia tak melenting. Banyak hal orang cakap pasal dia, tapi dia relaks je. Sebab orang-orang macam DS Najib dan DS Rosmah ni walaupun tak pakai serban setinggi KLCC @ tak pakai purdah sampai tutup mata, tapi mereka percaya yang ALLAH MAHA MENGETAHUI DAN MAHA ADIL.

    DS NAJIB dan DS Rosmah telah TERANIAYA!!!!

    DEMI ALLAH!!!! Orang-orang yang TERANIAYA ini, doanya akan sampai kepangkuan YANG MAHA ESA! YANG MAHA MENGETAHUI! dan YANG MAHA MENGABULKAN DOA!!!!!!

    Siap sedialah puak-puak yang suka buat FITNAH!!!! Mungkin ALLAH tak balas kat sini, tapi ALLAH pasti akan balas kat sana!!!!!!!!!!!!!

    KEBENARAN TELAH TERBUKTI!!!!

    ALLAHUAKBAR!!!! SEMOGA ALLAH MERAHMATI MUHAMMAD NAJIB BIN ABDUL RAZAK DAN ISTERINYA ROSMAH BINTI MANSOR!!!!!

    Reply
    • July 27, 2012 at 4:36 am
      Permalink

      AMEEN AMEEN..YA ALLAH YA KAREM.. SEMOGA ALLAH PERELOKKAN MEREKA SBG WADAH PENERAJU DAN PEMIMPIN KAMI! AMINN

      Reply

Leave a Reply to PASpartyNGOK Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *