Apa Salahnya Bila Janji Ditepati?

Share


Pelik betul melihat perangai pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang yang marah-marah tak tentu pasal dengan tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini yang menampilkan tema Janji Ditepati.

Seolah-olah bagi mereka tema tersebut bakal menyebabkan seseorang akan terpalit dosa jika tidakpun mungkin terus jatuh murtad.

Walhal tema Janji Ditepati sempena 55 tahun kemerdekaan tanahair yang tercintai ini jelas motifnya berunsur mendidik dan tulus murni maksud tersurat serta tersiratnya.

Jadi sewajarnya sama-sama diraikan kerana ia menjurus kepada nilai-nilai mulia yang tentu saja mampu mendidik anggota masyarakat untuk sentiasa berusaha menepati setiap janji yang dilafazkan.

Lagipun semua agama dan budaya pelbagai bangsa sudah cocok dengan amalan menepati janji dimasa yang sama mencemuh sikap tidak cakna seseorang pada janji yang diungkapkan. Jadi di mana salahnya tema ini?

Yang lebih pelik, mereka yang marah tak keruan itu rata-ratanya adalah orang Islam sedangkan Islam pula sejak sekian lama amat menitik beratkan umatnya menepati janji supaya tidak tergolong dalam kalangan orang munafik.

Dan kita semua maklum, orang munafik memiliki tiga tanda-tanda utama antaranya;-

  1. Bila dia berkata-kata, dia suka berdusta
  2. Bila dia berjanji, dia kerap ingkari
  3. Bila dia diberikan amanah, dia akan khianati

Mungkinkah disebabkan ramai pemimpin pembangkang sudah terbiasa mengamalkan sifat munafik maka disebabkan itu mereka menjadi panas dan berang tiba-tiba bila Janji Ditepati diangkat sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke 55?

Jika tema tersebut dikatakan berbau politik hanya disebabkan kebetulan sama seperti slogan parti Barisan Nasional (BN), apa salahnya? Sudah menjadi  menjadi pengetahuan umum sejak negara merdeka tiap janji yang dilafazkan oleh pemimpin Kerajaan BN ianya akan ditunaikan.

Tiap kata akan di kota, tiap janji termateri pasti ditepati dan tiap jasa bakti akan dikenangi. Jadi apa salahnya menepati janji dan menggalakkan amalan menepati janji dijadikan ikutan?

Sudah menjadi tradisi BN sejak lama dulu menepati janji dan ia sama sekali bukannya propaganda murahan seumpama menjanjikan hukum hudud terlaksana sebaik ayam jantan habis berkokok seperti pernah dilafazkan oleh Presiden PAS, Hadi Awang dulu.

Ada kebarangkalian agaknya perasaan berang dan amarah yang dihambur oleh pemimpin dan penyokong pembangkang terhadap tema Janji Ditepati ini bersangkut paut dengan sikap mereka sendiri yang gemar menabur janji tapi acapkali gagal ditepati.

Alang-alang muka panas pijar kemarahan dan ‘kemalu-maluan’, mahu tidak mahu untuk menutup aib sendiri yang kerap berperangai iras-iras seperti golongan munafikun maka terpaksalah mempolemikkan tema sambutan Hari Kemerdekaan ke 55.

Sekiranya tidak berperangai sedemikian apa perlunya untuk mereka marah-marah sehingga mahu memulau penggunaan tema tersebut? Tak gitu?



14 thoughts on “Apa Salahnya Bila Janji Ditepati?

  • July 24, 2012 at 10:39 pm
    Permalink

    sebab pakatan tak mampu nak tunai janji..semua janji depa tak leh pakai..semua janji manismu yang kosong..cam ustazah aisyah tu..hehehehe

    Reply
    • July 24, 2012 at 10:53 pm
      Permalink

      Ustzah umno tu Neelofa dan Fasha Sanda ka..?

      Reply
      • July 24, 2012 at 11:31 pm
        Permalink

        nih lagi sorang bagi komen bodo,atau pun org yg sama tp tukar nama?

        Terima jer la kenyataan yg Pembangkang mmg tak tepat janji.
        Terima juga kenyataan yg pemimpin korang rasis,jual agama utk kepentingan politik.
        Terima la juga kenyataan pemimpin korang ada masalah moral
        and lastly..terima la kenyataan yg korang semua ‘buta’ dan telah diperbodohkan.

        Reply
  • July 24, 2012 at 10:53 pm
    Permalink

    Tunku Abd Aziz semasa ditemuramah oleh media mengatakan,bahawa pembangkang seharusnya sedar akan kebaikan yang pihak kerajaan telah usahakan dan banyak yang telah berjaya dilaksanakan. Malang sekali katanya, pembangkang kita tidak akan menerima sebarang apa juga kejayaan pihak kerajaan. Mereka akan terus menerus menentang apa saja.

    Sama ada komen itu ikhlas atau tidak ikhlas tidak berapa penting . Tapi yang pasti ia nya datang dari seorang bekas pembangkang yang sering dilihat menentang dasar kerajaan.

    Tmbah beliau lagi, beliau yakin kali ini BN akan menang ditengah2 angan2 tinggi yang sedang dilayan oleh pihak pembangkang. Bukan setakat menang, tetapi beliau pasti satu kemenangan cemerlang .

    Jika kecemerlangan yang disebut, BN pernah mencatat kecemerlangan yang terlalu gemilang. Dimasa itu Karpal Singh kehilangan kerusi, Hadi Awang kehilangan kerusi. Ini berlaku diera Pak Lah.

    Maka kali ini dizaman DS Najib Razak jika kecemerlangan yang disebut, kita bakal lihat :-

    LKS, LGE, Karpal Singh, Govindasmy, Nuar, Nurul, Jijah, Azmin, Niko, Hadi semua BUNgkus… Ha ha begitu ?

    Reply
  • July 24, 2012 at 10:55 pm
    Permalink

    tak salah pun cuma pakatan menjadi fobia mendengar perkataan janji ditepati kerana slogan mereka janji dimungkiri

    Reply
  • July 24, 2012 at 10:56 pm
    Permalink

    Pembangunan kerajaan adalah hasil cukai yg dikenakan ke atas rakyat.

    Kalau UMNO tak ada kuasa lagi, maka akan jadi peminta sedekah lah..

    Reply
    • July 24, 2012 at 11:38 pm
      Permalink

      statement bodo lagi….aduhhhh bila la aku nak dpt baca statement yg lebih membina dr puak2 pembangkang ni?

      Andai kata la yg ko nih dibayar utk menjawab apa juga isu yg dipaparkan kat media UMNO ni..bermakna tahap intelek ko ngan tukang bayar tu sama je level…rendah serendah-rendahnya…

      Tp kalau ko tak dibayar…level ko tetap sama gak…bodo piang!

      Reply
      • July 25, 2012 at 1:36 am
        Permalink

        mmmmmmm.. sedap kena balun?? hahaha

        Reply
        • July 25, 2012 at 10:43 pm
          Permalink

          Macam pungkok hang dah kena seligi kat CIBAI kan…kan…!!!

          Reply
    • July 24, 2012 at 11:59 pm
      Permalink

      Kalau Umno tak ada kuasa lagi, pihak lain yang tentunya akan berkuasa. Apa perlu Umno minta sedekah jika mereka tidak lagi memerintah. Mereka akan ambil tempat pembangkang macam Pakatan haram sekarang. Mereka tak perlu banyak duit kerana mereka hanya pembangkang bukan pemerintah.

      Mereka boleh ambil tempat pakatan haram dan buat sama macam pakatan buat iaini mengutuk, menkritik, menghentam dan memfitnah.

      Tak kan ini pun tak tahu.

      Reply
  • July 25, 2012 at 1:09 am
    Permalink

    Pada kita memang tak salah, tapi bagi puak Pasmunafikun tema tu satu dosa besar…mana ada Janji Ditepati dalam kitab agama PAS…tu yang depa dok hangin semacam jea…standard ala2 setan la katakkan….

    Reply
    • July 25, 2012 at 7:13 am
      Permalink

      Bedesiu telinga depa tengok komen ko sting!! He he he!!
      Boleh tolong sapa2 bagi url untuk blok macai pembanggang yang macam mykmu ni, terbuka untuk dikomen? Tu pon kalau ada….

      Reply
  • July 25, 2012 at 2:04 am
    Permalink

    Marah-marah tu sebab kena batang hidung sendiri

    Reply
  • July 25, 2012 at 2:45 pm
    Permalink

    Pakatan Haram phobia dengan perkatan2 ‘janji ditepati’ sebab banyak janji2 mereka dah outstanding!!!
    Kecut kerandut bila dengar perkataan ‘janji’…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *