MB Kedah Lebih Pentingkan Perjuangan Bodoh Orang Luar Berbanding Rakyat Sendiri

Share


Agak melucukan apabila mendengar kenyataan Menteri Besar Kedah, Azizan Razak yang menganggap isu pembelian saham FGVH oleh PKNK sebanyak 500,000 unit itu selesai selepas dia mengarahkan anak syarikat kerajaan negeri itu menjual segera saham-saham tersebut.

Dia secara jelas mengakui bahawa dia terlepas pandang untuk menandatangani cek bernilai RM2,275,000 yang diberikan kepadanya oleh unit pengurusan PKNK yang menguruskan soal pembelian saham tersebut.

Lebih mengelikan hati lagi apabila dia secara terang-terangan mengaku Kerajaan Negeri Kedah rugi besar apabila menjual saham-saham FGVH itu dan ia terpaksa dijual demi menghormati “aspirasi” semangat ANAK dan GSF.

Saya sebagai rakyat Kedah sebenarnya sangat malu untuk memiliki seorang Menteri Besar yang pandai tapi bodoh dan lembik dalam menguruskan hal ehwal sumber pendapatan negeri.

Apatah lagi dengan prestasi Kerajaan PAS Negeri Kedah yang gagal menjana dan mempelbagaikan pendapatan berbanding Kerajaan BN Negeri Kedah yang lalu.

Apa yang Azizan dan Exco-Exconya tahu ialah mendapatkan wang dari sumber “rompakan hasil balak”, bijih besi, menaikkan tarif air dan “merakyatkan” lebih banyak pusat-pusat hiburan haram di negeri Kedah.

Dalam pada itu, Azizan tidak malu untuk mendengar dan bersetuju dengan hujah Mahfuz Omar yang menyalahkan pihak pengurusan PKNK yang membantu kerajaan pimpinannya menjana pendapatan lumayan.

Tidakkah Azizan sedar bahawa Mahfuz dan konco-konconya yang sedang merancang hebat mahu menggulingkannya dari jawatan Menteri Besar itu sedang ketawa guling-guling melihatnya kalah serta begitu mudah untuk diperbodohkan?

Azizan sendiri tahu bahawa saham-saham FGVH itu menguntungkan, tapi mengapa dia mengarahkan PNK untuk menjual saham-saham tersebut? Bukankah ia adalah satu tindakan bodoh?

Untuk memastikan dirinya tidak disembur dan dikecam Mazlan Aliman, Mahfuz dan Mat Sabu, Azizan sanggup mengenepikan kepentingan kewangan Kerajaan Negeri Kedah yang membawa kepada pembangunan rakyat di negeri itu?

Azizan tahu KUIN tidak berduit. Azizan tahu Kerajaan Negeri Kedah tidak berduit. Dan Azizan tahu Kerajaan Negeri Kedah pimpinannya tidak pandai buat duit.

Tapi untuk menjaga hati seorang individu dari Johor dan seorang individu yang bodoh dari Pokok Sena, Azizan sanggup mengenepikan kepentingan rakyat sendiri dan membiarkan Kerajaan Negeri Kedah rugi ratusan juta ringgit!

Penting sangatkah Mazlan Aliman, Mahfuz Omar dan Mat Sabu berbanding hak rakyat negeri Kedah yang dinafikan melalui kerugian yang disengajakan itu? Pelik benar bila seorang Menteri Besar mementingkan perjuangan bodoh rakan-rakannya berbanding rakyatnya sendiri!

Bayangkan, melalui urusan jual beli saham FGVH sebanyak 50,000 unit, PKNK menjana hasil keuntungan sebanyak RM47,000. Dan sekiranya PKNK memiliki saham sebanyak 500,000 unit, sudah tentu PKNK akan menjana lebih dari RM470,000!

Saya tidak pasti sampai bila Azizan akan terus tunduk kepada kemahuan bodoh para pemimpin Pakatan Haram di luar sana sehingga menganaktirikan rakyat sendiri.

Mungkinkah segala kebodohan, kebebalan dan ketidakcekapan Menteri Besar PAS ini hanya akan berakhir selepas Pilihanraya Umum Ke-13 nanti? Rasanya perit benar keadaan rakyat Kedah yang berada dibawah pemerintahan yang lebih mementingan politik berbanding rakyat!

Sudahlah tidak mengaku salah menandatangani cek, dia boleh pula menyalahkan pihak yang menegurnya? Patutkah begitu? Terima kasih pun tidak, tiba-tiba nak marah-marah. Mungkin itu maksud Azizan “buat kerja cara Islam”, kot?



8 thoughts on “MB Kedah Lebih Pentingkan Perjuangan Bodoh Orang Luar Berbanding Rakyat Sendiri

  • July 23, 2012 at 11:50 am
    Permalink

    Ni lah orang dok kata bila kita beri monyet menjaga kebun pisang kita jahanam semuanya..perkara semudah ini pun susah sangat jadinya..dah tu bulan puasa pun boleh kata terlepas pandang, apa azizan ni jenis main sign je ke tanpa faham apa yg dia sign???…apa ke bodoh sangat MB PAS ni?…dah sama taraf kebohohannya dgn Khalid MB Selangor tu.

    Reply
    • July 23, 2012 at 12:35 pm
      Permalink

      Macam mana kalau PRU13 ni kita tak bagi monyet jaga kebun pisang dah? Tak susah kan? Pasai PRU12 dulu pun bukan kita sokong depa, kita hanya buat undi protes UMNO.

      Itu la cerita orang tak sedaq diri. Ingat kita dah ubah kem. ingat kita bodo buleh dipekuda macam dongoi depa.

      Kalau Jijan pandai, PAS pandai, Kedah tak akan cempera macam ni. Bukan susah sangat nak jaga Kedah, majoriti Melayu Islam. Tapi rasa macam kapiaq pulak yang memerintah, tak jadi Negeri Kebajikan tapi jadi Negeri Kejijikan, tak jadi Negeri Pelancongan tapi jadi Negeri Pelacuran.

      PAS memang tak reti memerintah. Tak buleh nak tunjuk bukti walau satu pun yang kata ulamak PAS ni pandai buat kerja. Tak payah tunjuk kat Tanjung atau Selangoq, memang depa jadi anjing kurap. Tengok Kelantan yang sepatutnya jadi Negeri Kebajikan, dan Kedah. Kalau sepenggal lagi PAS pegang, aku rasa memang betoi2 jadi Negeri Kebajikan, di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

      Tapi apa nak kata, ulamak PAS pandai kelentong, itu saja kepandaian yang depa ada. Pikiaq balik apa sumbangan PAS untuk negara kita, untuk bangsa kita. Nak bagi porak peranda lagi, ada laaa…

      Reply
    • July 24, 2012 at 8:40 pm
      Permalink

      Pi..Mai..pi..mai…MB Selangor = MB Kedah = MB Kelate = semua diperBODOHkan olih siNuar dan DApigs

      Reply
  • July 23, 2012 at 12:06 pm
    Permalink

    Fathul Bari ada mengatakan dalam debatnya dengan Nasruddin bahawa kita perlu serahkan pada orang yang arif untuk membuat sesuatu perkara. Ye ini kita perlu memberi restu negara kita diterajui oleh orang yang layak meneraju. Layak merangkumi perspective yang luas termasok, berpengalaman, berkaliber, berilmu pengetahuan disamping berwibawa serta berakhlak.

    Azizan MB Kedah bukan tidak berilmu tetapi tiada pengalaman mentadbir. Tanpa pengalaman pemimpin akan jadi burung kakak tua. Sama saperti Khalid di Selangor. Pengalaman menerajui syarikat koperat besar saperti PNB, Guthrie dan lain2 tidak semestinya melayakkan Khalid untuk mentadbir sebuah negeri maju saperti Selangor. Walau negeri ditadbir secara concensus tetapi leader yang berpengalaman/kelayakan dengan leader yang ‘kureng’ tetap banyak bezanya dan perbezaan ini akan memberi impak pada cara pentadbiran yang merugikan rakyat.

    Apa yang Pakatan haram fikir tentang penaklukan yang sedang mereka buai mimpikan. Tentunya mereka fikir akan berlaku shopping besar2an buat mengisi ruang kosong jika mimpi itu jadi reality. Ada yang boleh dibeli tetapi mereka harus ingat ramai yang tidak boleh diniagakan. Jadi mereka akan mentadbir tanpa brains dan negara bakal jadi Burma sebelum negara itu dipanggil Myanmar sekarang.

    Reply
  • July 23, 2012 at 1:24 pm
    Permalink

    inilah mb yg paling bodoh dlm sejarah kedah. dia sanggup puaskan hati “anak” yg tah berapa kerat yg menyokongnya dibandingkan dgn kesejahteraan rakyat negerinya.

    Reply
  • July 23, 2012 at 2:57 pm
    Permalink

    Haha kalau pemimpin umno pandai memerintah tak la kedah kelantan p pinang. SelAngor jatuh ke tanhgan pr negeri bn lg la ngok 53 tahun perintah apa pun tak bleh nak selesai tanah rizab melayu makin hilang ni tanah org melayu felda plk d gadai main saham d pasaran terbuka….peNgundi melayu takan undi lg bn pru 13 nanti

    Reply
    • July 23, 2012 at 3:32 pm
      Permalink

      Mat kola kata: Haha kalau pemimpin umno pandai memerintah tak la kedah kelantan p pinang. SelAngor jatuh ke tanhgan pr
      Qalamqabut kata: Baguih la kalau org PR masih tak sedaq diri kata ramai orang UMNO dah tukaq parti. Pasai tu dok ghayan tak habeh2. Hangpa dapat undi protes la masa PRU12 dulu! Nak dapat lagi kali ni? Sori laaa…

      Mat kola kata: bn lg la ngok 53 tahun perintah apa pun tak bleh nak selesai tanah rizab melayu makin hilang
      Qalamqabut kata: Kalau hang sebut berapa ekar tanah rizab Melayu yang hilang dalam masa 53 tahun BN perintah, tentu dah aku sebut berapa ekar tanah rizab Melayu yang hilang dalam masa tak sampai 5 tahun di negeri2 PR perintah. Bercawat ekoq hang kalau tau…

      Mat kola kata: tanah org melayu felda plk d gadai main saham d pasaran terbuka
      Qalamqabut kata: Kalau tak tau pasai saham, toksah kelentong. Peneroka takkan hilang walau sejengkai tanah pun depa. Sama jugak bila PR kalah PRU13 nanti, BN takkan rampaih sampai hangpa telanjang bulat.

      Mat kola kata: peNgundi melayu takan undi lg bn pru 13 nanti
      Qalamqabut kata: Pengundi Melayu akan undi BN semula di PRU13 nanti. PR akan tekanjai. Penyokong Melayu PR dok mimpi di siang hari. Seronok menang PRU12 sampai lupa nak buat kerja. Setakat juai janji saja tak jadi laaa…

      Reply
  • July 25, 2012 at 10:57 am
    Permalink

    Bguih juga ada mb yg mgaku ksilapan,bndg dgn bn x penah mngaku lgsg, tau depa istilh menang2 last2 sume gabuih kt s,pore….org melayu putih mata…sbb btu pth dh terlapas. Tnjg pgar dh hilang msh berjalan angkt dada g…lama2 mlayu x dk ps dh,angkara bn

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *