Akhirnya Azizan Razak Tunduk Pada Mazlan Aliman Dan Pemandu…

Share


Nampaknya dengan kuasa yang ada pada seorang AJK PAS Pusat, Menteri Besar Kedah gagal mempertahankan keputusan GLC milik penuh negeri Kedah untuk menjana keuntungan untuk syarikat itu apabila terpaksa menjual kembali saham FGVH yang dibeli sebelum ini.

Ternyata, Mazlan Aliman yang hanya berjawatan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Johor lebih hebat pengaruhnya berbanding Azizan Razak yang berjawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedan dan memimpin sebuah kerajaan negeri.

Akhirnya, Azizan tunduk kepada kehendak bodoh Mazlan dan mengarahkan pihak pengurusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) untuk menjual saham sebanyak 500,000 unit, semalam.

Terus terang saya katakan bahawa tindakan Azizan itu merupakan satu kesilapan besar dan antara tindakan yang paling bodoh yang dibuat olehnya. Mungkin juga Azizan terpaksa tunduk ekoran keputusan PEMANDUnya…

Sebagaimana maklum, sebuah GLC ditubuhkan sesebuah kerajaan untuk menjana keuntungan pagi pihak kerajaan tersebut. Dalam ertikata lain, GLC seperti PKNK dipertanggungjawabkan untuk mencari wang untuk diisi di dalam tabung perbendaharaan kerajaan negeri.

Melihat kepada keperluan menjana keuntungan tersebut, PKNK telah bertindak pantas untuk memohon pembelian saham FGVH sebanyak 1 juta unit berdasarkan perspektif saham tersebut yang dijangka sangat menguntungkan.

Lagipun, takkanlah perancang kewangan sesebuah GLC itu akan menasihatkan supaya syarikat tersebut membeli saham yang dijangka rugi. Tidak masuk akal, bukan?

Namun, MITI hanya memberikan sebanyak 500,000 unit saham saja untuk dibeli oleh PKNK atas dasar kuota yang sewajarnya diberikan kepada GLC dan itu merupakan satu kelegaan kepada para pegawai yang terbabit.

Maklumlah, jika PKNK membawa keuntungan ke syarikat itu, sudah tentu para pegawainya akan dilihat sebagai “tidak tidur”, pandai buat kerja, kreatif dan bijak menjana sumber kewangan kepada syarikat terbabit.

Manakala sekiranya PKNK rugi, sudah tentu Kerajaan PAS Negeri Kedah akan marah pada anak syarikatnya itu dan mungkin timbul pula suara-suara sumbang dari pak-pak lebai PAS untuk menyalahkan para pegawai syarikat tersebut.

Lagipun, pak-pak lebai PAS itu dikhabarkan sudah lama mengintai peluang untuk mengambil alih jawatan-jawatan utama di PKNK, cuma mereka tidak punya cukup alasan untuk berbuat demikian…

Malangnya, tindakan yang membawa keuntungan kepada GLC Kedah itu dipandang serong pula oleh PAS dan jasa mereka yang menjana keuntungan yang halal dari sudut Islam itu seolah-olah dipandang haram pula hukumnya.

PKNK dipaksa untuk menjual saham FGVH yang membawa keuntungan dan ia dilihat satu tindakan tidak profesional yang paling buruk pernah dilakukan serta dijangka akan merugikan GLC itu pada jangka masa panjang.

Pelik betul perangai puak-puak PAS. Kerana politik, mereka sanggup rugi berniaga dan melepaskan peluang untuk menjana keuntungan meskipun urusan jual beli perniagaan tersebut adalah halal dari sudut agama Islam.

Kerana politik juga mereka sanggup bertindak bodoh menjual sesuatu yang amat menguntungkan kerajaan negeri pimpinan mereka. Kononnya tidak mengapa mereka rugi besar asalkan hati mereka puas memperjuangkan sesuatu yang bodoh!

Saya percaya, jauh di dalam lubuk hati Menteri Besar Kedah tersimpan satu perasaan yang amat marah dengan tindakan terpaksa tanpa rela menjual saham FGVH itu kerana dia tahu saham-saham tersebut adalah satu sumber kewangan yang baik untuk kerajaan pimpinanannya.

Azizan tahu bahawa dia bukannya pandai menjana sumber kewangan negeri Kedah, namun kerana busuk hati Mahfuz, Mazlan Aliman dan PEMANDU PAS, dia terpaksa menelan kebodohan tersebut serta membiarkan GLC Kedah itu rugi besar melepaskan saham FGVH itu.

Jelaslah bahawa PAS sememangnya mengamalkan dasar “bodoh sombong” dan “egois” yang merugikan diri sendiri dalam setiap tindakan mereka. Hakikat itu mereka sedar, namun mereka malu untuk mengakui kebodohan mereka sendiri. Itulah PAS sebenarnya.



9 thoughts on “Akhirnya Azizan Razak Tunduk Pada Mazlan Aliman Dan Pemandu…

  • July 20, 2012 at 11:16 am
    Permalink

    Hahahaha sungguh benar dan tepat sekali. Silap-silap DAP pun ada mempengaruhi keputusan PKNK ini untuk menjual balik saham tersebut.

    Reply
  • July 20, 2012 at 10:33 pm
    Permalink

    Begitulah kesan nasihat daripada pemungut sampah di lapangan terbang, pemungut sawit lerai di FELDA dan pemandu lesen L yang baru diberi tugas memandu.

    Reply
  • July 20, 2012 at 10:55 pm
    Permalink

    Sekejap kata Mahfuz d bodohkan Mazlan Aliman, sejap kata Azizan d bodohkan Mazlan dan Mahfuz… macam2 la. Yg. sebenarnya korang sakit hati bila pemimpin PAS begitu mudah bermaaf-maafan bila ada masalah dan cepat menyelesaikannya.

    Reply
    • July 21, 2012 at 12:42 am
      Permalink

      sebenornye yg bodoh tu hang la

      Reply
  • July 21, 2012 at 11:41 pm
    Permalink

    tak pelik.. sebab PAS ni ditubuhkan bukan utk kemajuan rakyat, PAS ditubuhkan oleh british supaya berlaku perpecahan di kalangan umat islam di malaysia, supaya hancur malaysia. maka langkah azizan itu bertepatan dgn kehendak master british..

    Reply
    • July 22, 2012 at 12:28 pm
      Permalink

      benar zahari, setakat ini kehancuran masih lagi boleh dibendung kerana pengaruh pas masih lemah dan senang dilipat macam lepat. Tambahan pula pas sekarang sedang mengalami fitnah besar melalui sengkongkolan (yang diislamkan istilahnya menjadi tahaluf siyasi) dengan kafir harbi DAP, jadi senanglah umno menjalankan kerjanya sikit. Kalau tak agak mencabar jugak sebab rakyat kebanyakkan telah termakan dan tertipu dek ‘islamnya’ pas walaupun tindak-tanduk berlawan dgn islam. bukan senang sesuatu parti ‘islam’ nak membasuh dosa DAP dimata orang melayu, tapi pas berani mati untuk menggalas t/jwb itu, itulah yang keluar pelbagai fatwa karut semata-2 nak menghalalkan selingkohan mereka. Pemimpin PAS sanggup berhadapan dgn Allah didlm menanggung sebarang risiko bersekongkol dgn DAP.

      Reply
    • July 24, 2012 at 2:36 pm
      Permalink

      saudara, nampak sangat kecetekan pengetahuan sejarah saudara ni. Saya mohon saudara pulang kembali belajar ke sekolah menengah berhampiran..ambil semula subjek SPM sejarah ya?

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *