Lucu Bila Lihat Mahfuz Diperbodoh Mazlan Aliman

Share


Saya tersenyum sumbing apabila mendapat tahu bahawa PAS Pusat sengaja “menyuruh” Naib Presidennya dari Kedah, Mahfuz Omar, untuk menguruskan isu pembelian saham FGVH oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) sebanyak 500,000 unit baru-baru ini.

Menariknya, Mahfuz yang bodoh bukan kepalang itu kononnya cuba tunjuk bijak apabila menyalahkan para pegawai PKNK yang kononnya bertindak sendirian tanpa merujuk kepada Pengerusinya, Azizan Razak, yang juga Menteri Besar Kedah.

Dalam ertikata lain, Mahfuz menyalahkan Ketua Pegawai Eksekutif PKNK yang baru-baru ini mengesahkan bahawa anak syarikat kerajaan negeri Kedah itu membeli saham sebanyak setengah juta unit itu.

Justeru itu, Ahli Parlimen Pokok Sena yang bakal “tumbang” itu menggesa agar PKNK menjual seluruh saham tersebut dengan seberapa segera sebagai menghormati “boss”, semangat politik dan sokongan kepada Kerajaan PAS Negeri Kedah.

Mungkin Mahfuz malu bila dia dan PAS beriya-iya menentang penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia dan memburuk-burukkan penyenaraian tersebut dengan alasan akan merugikan para peneroka Felda, tiba-tiba anak syarikat kerajaan negeri pimpinan mereka sendiri pula menyokong penyenaraian tersebut…

Benar-benar memalukan, bukan?! Ia membuat saya tersenyum lebih lebar dengan reaksi dungu Mahfuz itu.

Tanpa Mahfuz sedari, hasil kecekapan pengurusan PKNK, GLC Kedah itu telah menerima keuntungan sebanyak RM47,000 hasil penjualan sebanyak 50,000 saham FGVH baru-baru ini.

Dalam ertikata lain, jika PKNK menjual 500,000 sahamnya, maka sudah tentu GLC utama negeri pimpinan Azizan Razak itu akan mendapat keuntungan lebih kurang RM470,000, bukan?

Saya ingin bertanya kepada Mahfuz, apakah keuntungan sebanyak RM47,000 itu padanya adalah sesuatu yang merugikan PKNK dan Kerajaan PAS Negeri Kedah?

Bayangkan berapa banyak perkara yang boleh diselesaikan oleh PKNK dengan wang sebanyak RM47,000 yang diperoleh dari keuntungan menjual saham FGVH itu? Bukankah ia cukup membantu sekiranya digunakan untuk membayar gaji para pekerja?

Mahfuz pun tahu bahawa Azizan dan PAS Kedah tidak berkemampuan untuk menjana kewangan bagi Kerajaan Negeri Kedah melalui hasil saham dan mereka hanya mengharapkan hasil “rompakan” balak mereka serta bersembunyi di sebalik alasan “Ladang Sejahtera”.

Sepatutnya, Mahfuz berterima kasih kepada PKNK yang bertindak bijak dengan mengambil kesempatan atas kuota GLC untuk membeli saham FGVH yang begitu menguntungkan anak syarikat tersebut.

Sewajarnya juga Mahfuz perlu tunjal-tunjal kepala Mazlan Aliman yang bodoh itu kerana menentang penyenaraian FGVH dan memperbodohkan dirinya serta para pengikut “agama PAS” yang lain untuk sama-sama bodoh berhimpun memakai baju oren baru-baru ini.

Seperkara lagi, Mahfuz perlu bertanya kepada Mazlan Aliman bahawa sekiranya PKNK menjual saham FGVH miliknya sebanyak 500 lot itu, apakah tanah-tanah para peneroka akan turut terjual sama?

Ini adalah kerana Mazlan Aliman selalu berteriak bahawa penjualan saham FGVH itu akan membuat tanah-tanah para peneroka akan terjual kepada pihak asing dan kononnya ia akan merugikan negara…

PKNK telah menjual sebanyak 50,000 unit saham FGVH dan apakah dengan penjualan saham itu menyebabkan tanah para peneroka terjual?

Dan sekiranya Mazlan Aliman menjawab “ya”, Mahfuz perlu tanya pada dirinya sendiri bahawa apakah penjualan saham milik PKNK sebanyak 500,000 unit itu akan menyebabkan para penerokan Felda akan kehilangan lebih banyak tanah?

Saya yakin bahawa Mahfuz akhirnya akan sedar bahawa penjualan saham FGVH itu tidak memberikan sebarang kesan kepada tanah-tanah peneroka dan para peneroka juga tidak akan kehilangan walau sejengkal pun tanah mereka sebagaimana yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Dan ketika itu, Mahfuz mungkin juga akan sedar bahawa Mazlan Aliman selama ini hanya berbohong pada rakyat dan para peneroka mengenai isu “tanah peneroka tergadai” itu dan himpunan oren baru-baru ini tidak lebih dari propaganda politik paling jijik dalam diari PAS.

Itu pun kalau IQ Mahfuz mampu berfikir, memahami dan menyedari hal itu dengan baik. Maklumlah, Mahfuz memang lemah IQnya. Namun saya yakin, Naib Presiden PAS itu takkan faham dan dia akan terus diperbodohkan Mazlan Aliman lagi selepas ini.

Kasihan Mahfuz. Dia terus dipermainkan dan diperbudak-budakkan oleh golongan yang lebih muda dan cerdik sedikit darinya. Tapi, mereka punya satu persamaan iaitu mereka sememangnya berkongsi kebodohan mengenai isu yang sama. Itu saja tahap para penganut “agama PAS”, bukan?



23 thoughts on “Lucu Bila Lihat Mahfuz Diperbodoh Mazlan Aliman

  • July 19, 2012 at 9:05 pm
    Permalink

    kesian melihat penyokong pembangkang diperbodohkan pemimpin mereka. masakan pembelian saham beratus2 ribu tu hanya boleh ditandatangani oleh pegawai sahaja, tanpa perlu mesyuarat yg sepatutnya dipengerusikan boss tertinggi.

    sebijik mcm alasan syabas tak ikut cakap mb selangor la kunun, sedangkan kerajaan negeri memiliki saham 30% dlm syabas, so adakah kerajaan negeri pimpinan pembangkang ni sebegitu bodoh sampai orgg bawahan mereka boleh melanggar arahan mereka dan buat keputusan sendiri?

    tak lain dan tak bukan, semua ni hanyalah alasan nak menutup kejahatan mereka semata2 dlm menipu rakyat.

    Reply
  • July 19, 2012 at 9:36 pm
    Permalink

    Dari sudut pemilik saham, once profit, just lockin the profit.

    Dari sudut peneroka pulak berbeza. Dilution of their potential gain/interest. Tapi apakah sebenarnya objektif Felda?? Nak kasi org lain kaya ataupun nak kasi peneroka yg kaya??

    Bila Isa Samad tu jadi peneroka Felda yer..??

    Reply
    • July 20, 2012 at 1:26 am
      Permalink

      nak kasi kroni UMNO kaya ..

      nak cari duit PRU 13 ni….

      Reply
      • July 20, 2012 at 7:28 pm
        Permalink

        he..he..kesian pencacai2 bodoh pakatan haram..mati kutu..

        Reply
  • July 19, 2012 at 10:01 pm
    Permalink

    Ko plak sapa? Peneroka ke atau anak peneroka? Aku anak peneroka..bangga jadi sebahagian daripada Felda.

    Reply
  • July 19, 2012 at 10:17 pm
    Permalink

    dua dua bodo..tapi pakatan pembangkang berganda ganda bodo..hahahah

    Reply
  • July 19, 2012 at 10:29 pm
    Permalink

    PAS bagi tukang tolak troli sekolah setakat LCE jaga pelaburan saham???????????????

    Reply
  • July 19, 2012 at 11:42 pm
    Permalink

    Bodoh bkn kepalang yg x tahan tuh..ha3 mahpus..mahpuss.. Tanda2 akhir zaman bila org bodoh d angkat jd pemimpin..

    Reply
  • July 20, 2012 at 12:06 am
    Permalink

    Salam!!!
    Allah maha besar,Allah maha besar,Allah maha besar.Ini lah kekuasa Allah yg amat nyata dan jelas,yg mana Rakyat Malaysia wajib mengshukurinya.Rakyat Malaysia juga harus faham,betapa doanya,yg mahu Allah tunjukkan kebenaran telah pun dimakbulkan.
    Kebenaran yg menyatakan peneroka akan kehilangan tanah atau tergadai apabila saham bertukar tangan seperti yg di nyanyikan atau dilaung2kan Pmbkg ternyata tidak benar dan dusta.Kebenaran yg menyatakan pimpinan Pktn Pmbkg tidak cekap,lemah dan tunggang langgang bila memerintah bukan cakap2 kosong,malahan benar sama sekali,contohnya yg paling jelas Allah tunjukkan yg muktahir ini dlm pembelian Saham FGVH oleh PKNK,yg mana MB Kedah sbgi pengerusinya boleh tak tahu dan boleh ditunggulkan.Hingga mana kemelut yg mereka sendiri timbul kan,akhirnya kemelut itu juga yg membodohkannya.Kebenaran juga Allah tunjukkan betapa Pktn Pmbkg tidak menggunakan akal dan selalu bertindak semberono bukan kiasan malahan benar2 belaka.Oleh itu jgn lupa,bila tiba masa PRU jgn lgi nak mencuba2,tolak saja mereka,kerana jika Pemimpin serupa ini juga yg dipilih itu tandanya kamu masih lagi buta dan bebal dgn kebenaran yg Allah tunjukkan.

    Reply
    • July 20, 2012 at 1:43 am
      Permalink

      soal utama kenapa Felda perlu untuk disenaraikan ????

      apa tujuan disenaraikan ???

      kalau syarikat disenaraikan tujuan utama nak cari modal….

      bila mahu cari modal, pemilik modal terdiri dari bukan melayu …

      apa kah ianya tidak memberi peluang kpd bukan melayu untuk memiliki Felda???

      tahu tak kenapa Maxis …. ananda krishnan tidak mahu disenaraikan ????

      mudah untuk dia kawal…. Maxis

      tapi arahan kerajaan suruh senaraikan…

      Reply
      • July 20, 2012 at 7:05 am
        Permalink

        Kalau penyenaraian tu tak betul,kenapa pknk anak sykt kedah beli?malah ckp beli atad dasar perniagaan,malah sempat buat untung lagi?

        Tapi lagi lawak bila azizan sbgi bos besar pknk boleh ckp tak tahu pembelian tu? Gila anak sykt kerajaan negeri beli saham ratus ribu tak bwk meeting malah bos besar tak tahu,apalagi tak luluskan?

        Reply
      • July 20, 2012 at 1:04 pm
        Permalink

        maxis dh kena lego oleh ananda krishnan dr dulu lagi la ngok, dulu maxis bawah binariang..anada krishnan la ni dok kaya ngan saham shell n astro (measat licensing) fgvh plak senarai unit bkn dlm tanggungan sepenuhnya di bawah felda, sbb tu namanya venture..kalau ngok tlg la p blajaq bg pandai2 dulu…

        Reply
  • July 20, 2012 at 12:55 am
    Permalink

    siapa kata mahfuz bodoh!!!! ,betul lah dia mmg bodoh lagi bengap.

    Reply
    • July 20, 2012 at 1:30 am
      Permalink

      Najib yang paling pandai …

      275 ekar tanah keretapi tanah melayu kat singapura ….

      bagi kat china singapura ….

      Reply
      • July 20, 2012 at 7:34 am
        Permalink

        2750 ekar kat pulau pinang, pukimak anjing PAS bagi kat singapura, melalui tuan dia DAP.

        Reply
  • July 20, 2012 at 1:22 am
    Permalink

    that’s why he is called ‘Mr.Bean’.

    Reply
  • July 20, 2012 at 8:56 am
    Permalink

    Kalau PAS bodoh, dah lama Najib announce PRU13. He..he…

    Reply
    • July 20, 2012 at 12:27 pm
      Permalink

      habis yg mb selangor taknak bubarkan dun selangor awal kalau pru awal, tu tak plak dikomen?

      Reply
  • July 20, 2012 at 9:09 am
    Permalink

    pasal PAS bodo la..rakyat nak tengok kebodohan PAS..lagi lama tak announce..lagi banyak kebodohan terserlah..hahahha

    Reply
  • July 20, 2012 at 9:48 am
    Permalink

    Itu lah hasil dari parti ajaran sesat…PAS

    Reply
  • July 20, 2012 at 10:04 am
    Permalink

    pas memang bodoh la..tu pasal yg education background tahap samdol punya boleh menang bertanding… yg brialliant..yg cerdik2..hafiz quran..boleh bertutur berbagai bahasa international..cerdik sains teknologi..ekonomi..selamanya tenggelamm.. A SIMPLE JUSTIFICATION of PAS IQ…

    Reply
  • July 20, 2012 at 10:46 pm
    Permalink

    Pemungut sampah dilapangan terbang disuruh memandu kapal terbang, pasti tak bergerak kapal terbang, akhirnya jahanam, macam tikus disuruh membaiki labu,Bagi pemungut buah lerai kelapa sawit tidak boleh disuruh jadi pengurus kilang sawit, nanti tidak setitik pon CPO yang boleh dikeluarkan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *