Pengkhianat Bangsa Cuba Lagakan PM Dengan Mubarak

Share


Agak melucukan membaca tulisan Aspan Alian, bekas ahli UMNO yang kecewa dan kini menyertai DAP, yang cuba menabur persepsi buruk kepada UMNO seolah-olah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sedang terdesak meminta sokongan dari ahli-ahli Mubarak.

Kononnya, dua tiga orang ADUN dan bekas Exco kerajaan negeri menghubunginya memberitahu kemarahan mereka terhadap kepimpinan Najib, dan cuba membayangkan bahawa “ketika terdesak barulah Najib nak panggil dan hargai Mubarak”.

“Apa yang saya benci sekarang ini, jika BN masih dapat kuasa hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan dan kami ini hanya dijadikan landasan untuk mereka menyamun dan merompak kita,” kata bekas ADUN itu, dakwa Aspan Alias.

Sebagaimana maklum, Aspan Alias bolehlah disifatkan sebagai pengkhianat kepada Islam, Melayu dan Tanah Melayu memandangkan dia melompat menyertai DAP yang terkenal dengan sikap rasis, chauvinis dan ultra kiasunya lebih pekat dari komunis.

Meskipun DAP tidak mengangkat senjata seperti Chin Peng dan gerombolannya, DAP yang disertai Aspan itu meneruskan doktrin komunis secara halus melalui saluran kuasa politik. Buktinya begitu mudah untuk dilihat di Pulau Pinang.

Justeru itu, bolehkah kita pakai dan percaya segala dakwaan Aspan Alias itu bulat-bulat tanpa sebarang prasangka bahawa dia cuba menimbulkan persepsi buruk melaga-lagakan Najib dengan “orang-orang lama” UMNO/BN?

Sekiranya kita mengikut perkembangan pentadbiran Najib sejak beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri Malaysia dari Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau tidak pernah membelakangkan orang-orang lama dan veteran, terutamanya Mubarak.

Sedangkan bekas-bekas perajurit, bekas penjawat awam dan bekas-bekas polis pun Najib raikan dengan penghargaan dan kemuliaan, apatah lagi ahli-ahli Mubarak yang dulu pernah banyak menabur jasa kepada rakyat bersama UMNO/BN.

Sudah tentulah mereka diraikan dan dihargai sepenuhnya. Lainlah DAP yang kini langsung tidak menghargai Tunku Aziz yang menjawat jawatan tertinggi parti dan banyak menghabiskan umurnya bersama parti rasis tersebut.

Jika benarlah apa yang dikatakan Aspan mengenai kemarahan 2 – 3 orang ahli Mubarak itu, rasanya UMNO dan Najib tidak memerlukan individu yang menghubungi Aspan tersebut memandangkan dia sangat berpotensi menjadi talibarut DAP dan membelot kepada parti.

Jika direnung kata-kata salah seorang dari mereka yang berkata seperti di atas, ternyata ahli Mubarak itu mengharapkan habuan dari perjuangannya dan perjuangannya itu lebih bersifat berkepentingan peribadi.

Pendirian individu yang mengadu kepada Aspan itu jelas sangat bertentangan dengan perjuangan UMNO/BN yang mewajibkan diri mereka berkhidmat sepenuh hati kepada rakyat tanpa mengharapkan atau mementingkan kepentingan diri sendiri.

Sebenarnya, 2 – 3 orang yang bersikap seperti itulah yang memburukkan nama UMNO dan mereka sangat dialu-alukan untuk meninggalkan parti seterusnya menyertai Aspan Alias kerana sikap tersebut adalah sama dengan Aspan yang mahukan “sesuatu” dari UMNO sebelum ini, bukan?

Untuk pengetahuan Aspan, boleh dikatakan semua ahli-ahli Mubarak menyokong penuh kepimpinan Najib dan 2 – 3 orang yang menghubunginya itu dikatakan hanyalah mereka yang kecewa sepertinya setelah “permintaan” mungkin mereka tidak dapat dipenuhi.

Sepanjang lebih 3 tahun pentadbiran Najib, belum pernah sekalipun kita terdengar perselisihan pendapat atau rungutan dari Mubarak terhadapnya dan saya yakin bahawa jika ada yang tidak puas hati dengan Najib, sudah tentu sudah lama mereka bersuara.

Misalnya, Tun M keluar parti bagi menunjukkan protesnya terhadap kepimpinan Pak Lah yang lemah dan kembali menyertai UMNO setelah Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Perlu Aspan tulis didahinya bahawa Tun M merupakan ahli Mubarak!

Justeru, tak payahlah Aspan cuba melaga-lagakan Najib dengan Mubarak kerana mereka semua ahli politik dan mereka masak benar permainan politik DAP yang kini memperkudakan Aspan sebagai “tin kosong” mereka. Najib dan Mubarak tidak bodoh seperti Aspan Alias.

Apa yang Aspan perlu buat sekarang ialah pergi jumpa dengan kepimpinan DAP dan beritahu mereka bahawa bersedialah berdepan dengan kebangkitan rakyat yang sudah 4 tahun lebih tertipu dengan kata-kata dan manifesto Pakatan Haram pada PRU ke-12 dulu.

Rakyat tidak bodoh dan mereka mampu menilai KPI Pakatan Haram yang hanya bagai burung kakak tua, pandai berkata-kata tapi tak tahu buat satu perkara sekali pun. Dan bersedialah untuk menerima kekalahan Pakatan Haram yang paling teruk dalam sejarah.

Aspan, pergi beritahu “tuan” kamu. Pergi. Syuh..syuh…!!!


2 thoughts on “Pengkhianat Bangsa Cuba Lagakan PM Dengan Mubarak

  • July 13, 2012 at 6:09 pm
    Permalink

    Mereka tidak ada modal untuk mendapat sokongan rakyat melainkan mencipta persepsi baru agar rakyat yang diselembu oleh mereka menjadi pening seterusnya fanatik dan membawa kearah taksub.

    Sebab itu hari-hari ada sahaja isu-isu yang dimainkan oleh mereka bila diteliti sebenarnya untuk menguntungkan perjuangan pribadi demi mendapat kedudukan dalam pertinya,,tak hairanlah mangkut hayun pun layak berceramah dipentas-pentas politik pembangkang asalkan dibelakangnya ada orang pimpin tangan.

    Era ini maklumat diperolehi melalui hujung jari,,jadi yang taksub tetap percaya asalkan dari gerila pembangkan.manakala atas pagar pula melihat mereka ini sebagai penjenaka.

    Kenapa pula hendak dikaitkan Mubarak dengan PM,sedangkan Malaysia hari ini menuju transformasi bukan menuju reformasi sebagaimana yang dilaungkan oleh lembu-lembu pembangkang.

    Reply
  • July 13, 2012 at 10:39 pm
    Permalink

    Hampir kesemua mereka yang berada dipuak itu adalah manusia kecewa yang tukar kem selepas kecewa diatas sesuatu sebab.

    Jika orang kecewa keluar berjuang, untuk apakah perjuangan mereka. Untuk bangsa, untuk negara ?? Tentunya tidak.

    Mereka rasakan mereka tiada tempat lagi dikem asal, sedangkan nafsu mereka masih besar. Jadi apa nak buat. Menentanglah apa lagi.

    Kita mahu terus lihat hal yang berlaku dipersepsi positif. Kita mahu menerima yang tsunami politik yang telah diizinkan Allah sebenarnya memberi banyak hikmah kepada semua. Kita juga mahu mengambilnya sebagi ujian yang telah ditentukan pada kedua dua pihak.Satu pihak diuji dengan kehilangan yang mereka tidak pernah gambarkan . Lalu mereka ambilnya sebagai cabaran lantas telah bekerja keras untuk membetulkan keadaan dan mereka telah pun berjaya menukar banyak perkara yang dikira pincang sebelum ini. Satu pihak lagi telah diuji dengan kejayaan yang mereka jugak tidak menyangka dan ternyata mereka berada diawangan, enggan bersyukur dan menganggap kejayaan itu datang dari diri mereka sendiri. Mereka tolak faktor nasib, soal rezeki dan segalanya.

    Mereka ternyata gagal menangani ujian itu dan mereka perlu diajar.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *