Hadi Perlu Tanggung Kezaliman Yahya Terhadap Che Hasnah

Share


Seorang suami beragama Islam berhak untuk menceraikan atau mentalakkan isterinya mengikut kemahuan sendiri. Talak atau penceraian bukanlah satu permainan di mana seorang isteri boleh jatuh talak meskipun hanya bergurau, tanpa niat, mabuk atau berlakon.

Dan sebagaimana yang kita tahu, perkara halal yang paling dimurkai Allah SWT ialah talak.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan seorang warga emas, Che Hasnah Che Ahmad, 61, di Kelantan yang diceraikan suaminya, Yahya Ibrahim, 78, hanya kerana dikatakan tidak menyokong PAS.

Suaminya pula membalas kenyataan tersebut menyatakan bahawa dia menceraikan isterinya itu kerana tidak mengamalkan ajaran Islam dan menafikan penceraian di usia lanjut itu adalah kerana politik.

Kemudian, Che Hasnah menegaskan bahawa dia yang merupakan seorang guru agama taat kepada semua ajaran Islam, mengerjakan solat lima waktu dan mengajar orang ramai membaca Al-Quran bagi lebih mengimarahkan Kitabullah itu.

Lebih menarik, di sepanjang perkahwinan mereka yang berusia 14 tahun itu, Yahya tidak pernah menegur segala amalan hariannya yang membabitkan agama Islam kecuali bertengkar kerana politik.

Menurut Che Hasnah, Yahya suka berceramah mengenai politik dan dia sebagai isteri dan rakyat yang berhak mengundi hanya mengeluarkan pendapatnya sahaja. Dan dikatakan bahawa kerana perbezaan pendapat politik itulah suaminya marah padanya.

Meskipun begitu, Che Hasnah tidak diketahui sama ada seorang ahli UMNO, PPP, PAS, PKR, atau DAP. Mungkin juga dia hanya golongan “atas pagar” yang tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik, namun celik pendirian mengenai sesuatu pendapat yang bernas.

Sebenarnya pada saya, ini bukan insiden penceraian perkahwinan pertama yang disebabkan oleh politik. Sebelum ini memang banyak terjadi, khususnya apabila ketaksuban melampau mereka melebihi had yang sepatutnya. Dalam kata lain, ekstrim!

Pada sekitar tahun 1980’an dulu, selepas Hadi Awang mengeluarkan amanatnya yang terkenal, maka ramailah suami isteri yang bercerai berai kerana perbezaan fahaman politik. Ada isteri yang sokong PAS, suaminya sokong UMNO dan ada juga yang sebaliknya, jodoh mereka berakhir dengan penceraian.

Ketika itu memang gawat. Solat dua imam bukanlah satu perkara yang asing di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Selain itu, haiwan sembelihan orang yang menyokong UMNO juga diharamkan oleh PAS untuk dijamah penyokong mereka. Payah jugalah tuan rumah nak buat kenduri-kendara ketika itu…

Saya percaya, orang-orang lama sudah tentu tahu dengan budaya mengkafirkan orang UMNO pada ketika itu dan lebih menyayat hati, ada anak-anak yang tidak mengaku ibubapa sendiri sebagai ayah dan ibu kandung sendiri kerana ibubapa mereka itu menyokong UMNO.

Bagitulah pepecahan umat Islam ketika itu, hasil dari amanat seorang individu yang kini bergelar Presiden PAS. Dan pada saya, insiden penceraian Yahya dan Che Hasnah adalah salah satu kes contoh membuktikan bahawa amanat itu masih kukuh dipegang oleh orang-orang PAS.

Pada para penyokong PAS berpegang kepada prinsip, “sesiapa yang tidak menyokong parti itu akan dianggap sebagai tidak lengkap keIslaman mereka dan boleh dikatakan tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar”. Mungkin kerana itulah Che Hasnah diceraikan Yahya yang merupakan seorang penyokong PAS “totok”.

Saya tertanya-tanya, sejak bila rukun Islam bertambah menjadi enam perkara? Sejak bila “memberi sokongan kepada PAS” diiktiraf sebagai rukun Islam yang ke-enam?

Saya tidak pasti jika Rasulullah SAW pernah bersabda “barang siapa yang tidak menyokong PAS maka tidak Islamlah dia”. Anda pernah dengar hadis begitu? Siapa periwayatnya? Riwayat Nik Aziz dan Hadi, kah?

Sebetulnya, PAS dan Hadi perlu memperbetulkan aqidah para umat Islam yang menyokong parti mereka. PAS bukan Islam dan Islam itu bukanlah PAS. Itu perlu diterangkan dan diberikan pencerahan kepada para penyokong PAS.

Jika tidak, tanggunglah kezaliman Yahya di akhirat nanti. Bukankah melakukan sesuatu yang tidak kena pada tempatnya itu bermaksud zalim. Dan Yahya memang bertindak zalim mempergunakan haknya menceraikan Che Hasnah begitu…


57 thoughts on “Hadi Perlu Tanggung Kezaliman Yahya Terhadap Che Hasnah

  • July 13, 2012 at 7:23 pm
    Permalink

    Salah satu kejayaan SYAITAN..didefinasikan kepada apa yg telah terjadi..hmmm..pas..pas..bodoh

    Reply
  • July 13, 2012 at 7:25 pm
    Permalink

    Apa rasionalnya PAS nak tegakkan hudud kalau begini tindakannya?..bai’ah bodoh!!

    Reply
    • July 13, 2012 at 7:48 pm
      Permalink

      Mana tak nya semua penganut PAS ada la terdiri dari orang yang bodo,bangang,tak leh bepikiaq secagha waghaih,jumud lagi taksub. Tu sebab senang tok guru depa ni nak meghacuni & membasuh otak yang bekaghat tu…..!!!

      Reply
  • July 13, 2012 at 7:59 pm
    Permalink

    salah UMNO la tu

    Reply
  • July 13, 2012 at 8:14 pm
    Permalink

    Takpa….dalam PAS sendiri, bibit bibit perjuangan pro perpaduan semakin segar berkembang…buang yang keroh ambil yang jernih….

    Reply
    • July 14, 2012 at 5:01 am
      Permalink

      buang terus..haramkan pas..
      paling kuat pon sebulan jer dorang demo. lepastu lupa ler..

      Reply
  • July 13, 2012 at 8:29 pm
    Permalink

    apa komen nik ajis?? dah sure dia ikut bisikan syaitan salahkan bini yahya tu..tak caya tengok la…sedangkan allah pun dia mencarut semata mata nak halalkan apa totok PAs buat..

    Reply
    • July 14, 2012 at 1:39 am
      Permalink

      ambo tak tahu… nanti ambo tanya exco berkenaan.

      Reply
  • July 13, 2012 at 8:41 pm
    Permalink

    selalunya bila kejadian ini berlaku, pihak PAS akan mengatakan bahawa umno yang bersalah…..

    Reply
    • July 15, 2012 at 9:50 am
      Permalink

      Pok Ya tue nak menikah lain kut…? Saja jer nak wat pasal!!

      Reply
  • July 13, 2012 at 8:51 pm
    Permalink

    Dua kejadian .amukan di Putrajaya dan kezaliman Lebai Yahya sememang nya manifestasi dari amanat Haji Hadi yang sesat lagi menyesatkan.Jangan lupa juga peristiwa Memali sebahgian dari produk sesat si HADI.Pesanan kepada si HADI Sebelum kamu kojol tarik amanat kamu tu .Kalau tak kamu tanggung lah kat sana nanti

    Reply
  • July 13, 2012 at 9:05 pm
    Permalink

    betul ke cerita tu….???

    atau sekadar UMNO nak meraih sokongan politik????

    bila org munafik macam UMNO bercakap …

    kena cek dulu ….

    Reply
    • July 13, 2012 at 9:09 pm
      Permalink

      kalau ko cakap memang CONFIRM munafik..takyah nak cek2 pun..hehe

      Reply
      • July 19, 2012 at 11:01 am
        Permalink

        Lu memang klas bro
        Orang Pas kalu cakap hanya satu yang betul
        bab poligami…yang lain2 tu jangan caya..

        Reply
    • July 13, 2012 at 11:08 pm
      Permalink

      kalau kena kat hangpa nak cek dulu la apa la..walau pun dah ada bukti.. kalau kat orang tak bukti apa pun hangpa bawa cerita satu dunia… memang palat la puak pembangkang ni

      Reply
    • July 14, 2012 at 5:08 am
      Permalink

      mana2 rakyat yg teraniaya dgn fatwa songsang pas wajar kemukakan saman pada hadi&co..

      Reply
  • July 13, 2012 at 9:08 pm
    Permalink

    UMNO sudah merapu bawa cerita murahan kat sini …

    Reply
    • July 13, 2012 at 9:09 pm
      Permalink

      ala..komen ko pun bukan ada nilai ape2..

      Reply
    • July 16, 2012 at 7:20 pm
      Permalink

      engko tu taksub ko sedar ke tak???bodo nya otak ko mana pegi akal ko sian kt ko

      Reply
  • July 13, 2012 at 9:10 pm
    Permalink

    mana tahu entah2 bini dia cakap…..

    hukum hudud tu … tidak berpijak dibumi nyata…. tak sesuai lagi dah ….

    Reply
    • July 13, 2012 at 9:12 pm
      Permalink

      itu ko punya imaginasi je..ko yg tsk berpijak dibumi..mcm berok hehe

      Reply
    • July 14, 2012 at 5:11 am
      Permalink

      hudud kepala hotak pas..

      Reply
  • July 13, 2012 at 9:16 pm
    Permalink

    BODOH la cai2 pas tak boleh nak bezakan yg benar dengan yg bathil..

    Reply
  • July 13, 2012 at 9:24 pm
    Permalink

    Di sebabkan kedengkalan fikiran, walaupun dah tua gayut..cai tua PAS ni sanggup ceraikan isterinya…perkara halal yang sangat tidak di sukai Allah swt.

    atau…isterinya tak izinkan dia realisasikan enekmen 14 kanun jenayah PAS…hehe

    Reply
  • July 13, 2012 at 10:14 pm
    Permalink

    Pengikut pas yang waras yang telah di FATwakan begitu …” bahawa jika masok pas sajalah TERislam nya sesaorang itu. Diluar islamlah sesaorang itu jika dia bukan ahli pas ”

    SEHARUS nya mereka bertanya begini ” bagaimana pulak halnya orang islam di Arab Saudi, Iran, Iraq, Syria, Jordan, Libya, Indonesia, China, Pakistan, India, Bangladesh, Thailand dan lain lain,,,ada pAs jugak ke disana???

    Soalan sama harus ditanya oleh beberapa artis yang masok Pas yang kedengaran bersyukur dan mengaku mereka telah bertaubat, kembali kejalan Allah, dan merasakan diri teramatlah islam. Kerana sebelum ini hidup mereka rosak tak tentu arah. Anak anak mereka tidak dididik dengan betul dan menyalahkan Umno merosakan anak mereka.

    Kita gembira dengar artis ‘masok’ islam kerana dulu mereka tidak rasa diri mereka islam. Mungkin kerana cara hidup mereka membuatkan mereka kena minum arak, dikelab malam, dikaraoke dan diperjumpaan sosial anjuran mereka sesama artis. Mereka pelok bini kawan, raba buah laki rakan… masa jadi artis dan semenjak masok islam, semua amalan buruk itu tiada lagi. Kita bersyukur mereka diberi hidayah oleh Allah dan kita mahu mendoakan mereka semoga keimaman itu kekal hidup dihati mereka dan bertambah tingkat iman mereka dari hari kehari. Amin. Semoga tempat mereka ialah surau, masjid, masjlis ilmu, perhimpunan dakwah, tidak lagi kelab dan karaoke.

    BERbalik pada cerita diatas, SIsuami tak perlu nafikan pun bahawa bininya dicerai kerana fahaman politik. Jika bininya seorang guru alquran yang miliki 100 orang murid, tentang mana tak betulnya bini nya. Tak akan guru baca quran tak puasa, tak sembahyang cukup 5 waktu, tak tutup aurat, pakai seksi, pimpin tangan lelaki .. tak menasabah. Jika ini berlaku apa yang dia nak cakap dengan anak murid dia.

    Dakwaan dia bahawa bininya tak taat dengan suruhan agama, tak mengikut syariat jelas ditafsirkan kerana dia tak masok pas, menentang pas.

    Hal begini hanya berlaku di 3 buah negeri yang disebut itu dan kita bersetuju sangat.

    Reply
  • July 13, 2012 at 11:34 pm
    Permalink

    Seorang anak WAJIB TAAT pada IBUnya, kerana SYURGA d bawah tapak kaki IBU. Manakala seorang Isteri wajib taat pada suaminya… selagi tak bercanggah dengan ISLAM. Kalau dah suami suruh pakai baju hijau dan larang pakai baju merah, maka sebagai Isteri ia wajib taat kerana tidak bertentangan dengan Islam. Lainlah kalau suami suruh buka aurat d luar rumah, yg. tu tak wajib taat.
    Islam bukan sekadar solat, puasa, zakat dan haji…. tak tau lah kalau ustazah sorang ni tak tau bab taat pada suami.

    Reply
    • July 14, 2012 at 1:36 am
      Permalink

      anjing2 UMNO bukan faham untuk menilaikan benda tu …..

      Reply
      • July 14, 2012 at 1:43 am
        Permalink

        Pasal anjing2 pas terlebih pandailah maka baju hijau pun boleh disamakan ngan penyebab isteri ingkar. itu belum lagi nik aziz keluarkan fatwa kena gunakan kondom hijau yang ada lambang bulan untuk berjimak… hee..hee, terlebih pandai anjing2 pas sampai buta perut.

        Reply
        • July 14, 2012 at 7:29 am
          Permalink

          Dalam hadis ada sebut ketaatan Isteri itu.. hingga jika Suami berkeinginan, ia perlu melayan suaminya hatta d belakang unta. Bukan nak cerita lucah, tapi begitu beratnya ketaatan Isteri pada suami.

          Reply
          • July 14, 2012 at 5:16 pm
            Permalink

            Itulah salah satu KEJAYAAN syaitan…setan

          • July 19, 2012 at 11:11 am
            Permalink

            hang ni giler seks ke?
            cuba bagi dalil kalau suami minta nak tutuh belakang isteri……

    • July 14, 2012 at 1:42 am
      Permalink

      talak sebab tak pakai baju hijau. agak2nya lepas mati mailaikat ada tanya kot masa hidup pakai baju hijau atau tidak?. Dasyhat doktrin pas nie. Patutnya tua lahanat tu kahwin saja dengan janda2 yang jadi ahli kelab taat suami diketuai oleh janda pemimpin arqam.

      Reply
      • July 14, 2012 at 7:36 am
        Permalink

        Ini bukan permasaalahan baju, tapi ini cerita ketaatan Isteri pada suami. Belajar dan bacalah kitab2 tentang ISTERI SOLIHAH. Ini bukan doktrin PAS tapi ISLAM suruh begitu. Dalam masa yg. sama, SUAMI tidak boleh pulak sengaja menyusahkan Isteri dan d suruh bertolak ansur dan menghormati Isteri.
        Seperti taatnya seorang ANAK pada IBUnya, tidak boleh mengatakan uuuh pada ibu.. begitu juga pada Isteri, Allah akan melaknat mereka jika sengaja mengguris hati suami.

        Reply
        • July 14, 2012 at 9:16 am
          Permalink

          Isu nya sekarang seorang isteri diceraikan kerana menghadhiri ceramah Hassan Ali. Kita go direct to the point.

          Isteri mengaku selama ini pergeseran mereka suami isteri hanya berkisar pada isu politik, tak pernah ada yang lain. Jika begitu lagu yang didendangkan dirumah warga emas ini tiap hari mustahil untuk mereka bercerai atas sebab lain secara spontan dan tiba tiba.

          Lakinya sampai berak batu pun tak akan mengaku, sedangkan trend ini adalah cara hidup mereka. Mereka dibelenggu dengan bakyah, taklik dan entah apa apa lagi ciptaan Nik Ajis/Haji bakal penghuni tetap syurga. Dan inilah jenis insan idola ko orang, Sang bahalul.

          Reply
          • July 14, 2012 at 11:42 pm
            Permalink

            Seorang Isteri tak boleh pun langkah keluar dari rumahnya, waima untuk jenguk ibu-bapa yg. sakit/mati tampa izin suami. itu yg. kita belajar dalam kitab2 dan ustaz2. Apakah pergi majlis DHA lebih utama dari ziarah ibu-bapa?

          • July 15, 2012 at 3:15 pm
            Permalink

            hehe….bujuk..bujuk, tu la yang hangpa reka cipta sek 14 tu yea ? bini tak mau bagi…laki kata itu perintah suami…kena taat !!

            kesian aku tengok kelat-kelat muka bini orang PAS pada pagi jumaat…

            dah la tu bujuk…hehe

          • July 15, 2012 at 9:12 pm
            Permalink

            Tak pulak disebut oleh lakinya yang bini dia keluar tanpa izin dia. Kerana kita boleh agak selama ini bini nya pun sering keluar kemasjid, surau, majlis ilmu (maklumlah seorang guru agama).

            Bezanya majilis kali ini dianjurkan Hassan Ali seorang pemembak tepat yang paling digeruni. Maka upah yang terbaik untuk seorang isteri yang hadhir dimajlis anjuran musuh mereka ialah cerai talak satu.

            Alangkah baghalnya jenis pengikut pas yang ini termasok semua yang lainnya.

          • July 16, 2012 at 10:38 pm
            Permalink

            Hang baca utusan memang takda la…. takkan dia nak tulis alasan suami dia. Siapa lagi yg. nak sokong UMNO kalau sebut alasan suami dia….

    • July 16, 2012 at 7:24 pm
      Permalink

      ohh..bab ni pandai pulak suruh taat pada suami la apa la… tapi ada engkau taat pada pemerintah ke??tak pun kau hentam lagi ada pukul polis la fitnah orang la tu xnk pulak guna hukum??

      Reply
      • July 16, 2012 at 10:45 pm
        Permalink

        kalau tak taat pada pemerintah, m’sia dah hancur. Rakyat hari ini hanya menyatakan ketidakpuasan hati melalui saluran2 yg. d benarkan undang2. Dalam Islam pun d suruh tegur pamimpin yg. zalim dan salah. Malah khalifah islam bila naik takhta meminta rakyatnya menegurnya dengan pedang. Ketika satu peperangan, seorang pejuang minta pada rasulullah untuk membalas tindakan rasulullah padanya yg. d anggap zalim dan rasulullah benarkan dia untuk membalasnya. Itu ketika hendak berperang.. rasulullah masih menegakkan keadilan. Apakah tuan faham apa itu taat pada pemerintah yg. d gariskan dalam Quran dan hadis?

        Reply
  • July 14, 2012 at 10:16 am
    Permalink

    Artis2 kat Malaysia yg bercerai tu slah Najib lah nampaknya.

    Eh jumlah artis yg bercerai lagi byk actually.

    Bodoh sungguh article ni…

    Reply
    • July 14, 2012 at 5:17 pm
      Permalink

      Ko samakan lebai2 ngan ustzah ko tu mcm artis ye..hehe..patut la

      Reply
  • July 14, 2012 at 11:40 am
    Permalink

    sapa kah org yg lebih zalim…??

    bila dia cakap hukum alquran tidak berpaksi pada realiti …???

    lebih jelas lagi alquran tidak sesuai lagi dah pada hari ini…..

    Reply
    • July 14, 2012 at 5:20 pm
      Permalink

      Al Quran tak salah..tapi keBODOHan korang yg tak boleh menerima hakikat..hehe

      Reply
  • July 14, 2012 at 12:47 pm
    Permalink

    JAKIM patut haramkan juga PARTI AJARAN SESAT ni!!!!

    Reply
    • July 14, 2012 at 11:46 pm
      Permalink

      Kita CABAR lah jika JAKIM boleh HARAMkan PAS dengan hujah QURAN dan HADIS. D mana sesatnya PAS dan d mana LURUSnya UMNO.

      Reply
  • July 14, 2012 at 1:15 pm
    Permalink

    PAS adalah parti ajaran sesat.Hadi tanggung lah dosa dengan Amanat Hadi. Tak masuk PAS kena cerai, memang bodoh dunggu lah pencacai PAS.

    Reply
  • July 14, 2012 at 11:48 pm
    Permalink

    PAS parti bodoh, didik ahli jadi bodoh dan taksub pada parti.

    Reply
  • July 16, 2012 at 1:41 am
    Permalink

    ni hanya sebahagian dari masalah yg timbul dari fahaman dan ajaran politik pas. sebenar nya tersangat banyak masalah yg timbul yg tak ditulis .klu aku nak ceritakan apa yg berlaku kat kg aku pasal pengikut pas ni 3 hari 3 mlm pun tak habis.

    Reply
    • July 16, 2012 at 7:26 pm
      Permalink

      cer citer cer citer bagi puak Taksub ni sedaq sikit ooppsss dah nama nya pun x taksub mmg x kn sedar la der…

      Reply
  • July 16, 2012 at 9:53 am
    Permalink

    pas parti org dungu..org dungu sentiasa rasa dia je betul org lain semua salah..org dungu juga mudah diexploitasi

    Reply
  • July 16, 2012 at 3:23 pm
    Permalink

    knpe mahu slhkan TGHH..amno2…semua slh pas..x de isu ke…

    dua2 dlm hal ni brslh..knpe x blh berbincang elok2..tp mk cik yg konon x de buat slh dgn laki tu dah melampau..dah la heboh sluruh malaysia nk burukkan bks suami..knpe x leh taat pd suami…
    kalau dah suami mkcik mmg x ska DHA knpe msh pergi dgr ceramahnya…mesti kuar tanpa kebenaran suami…mak cik…syurga istri bwh tpk kaki suami mk cik..mk cik dah kira x hormat n derhaka pd suami..

    kalau ada yg bslh dlm kes ni..DHA orgnye..ramai xsuke..msh nk but cramah juga..hancur rmh tngge org lain..kene brtgjwb…kawin dgn mak cik tu..haha…dh bekenan sgt dgn DHA tuh..

    Reply
    • July 16, 2012 at 7:34 pm
      Permalink

      engkau lagi la pelik apsal nak salah kan Datuk Harun Din??? keja nak slh kn orang lain ja Datuk Harun Din yg xda kena mengena pun di slhkn…pas…pas…agama islam bukan hak milik mutlak pas…jgn nk hukum orng lain sesuka hati…ckup dgn 5 rukun islam aku tak perlu kan PAS utk aku masuk syurga…PAS xda hak nk tentu kn siapa masuk syurga…Allah s.w.t lebih mengetahui…PAS maha mengetahui ke? PAS cma tahu ahli pas tanguh kan pegi haji sbb pru13 musim haji nati pas mmg terer dalam meramal sesuatu hahahah

      Reply
      • July 16, 2012 at 7:36 pm
        Permalink

        alamak silap nama la Datuk Hasan Ali bukan Datuk Harun Din maaf kan saya Datuk Harun Din!!

        Reply
      • July 16, 2012 at 10:35 pm
        Permalink

        Tuan… pasal ‘syurga isteri bawah tapak kaki suami’ ni bukan PAS yg. cakap, tapi memang itu yg. quran dan hadis sebut. Sebabnya suami yg. tanggung segala makan pakai isteri dan mereka jugalah yg.menanggung segala salah-laku dan dosa isteri. Ustaz2 dan pendakwah hanya menyampaikan.. kalau tuan percaya pada quran dan hadis maka ikut la, kalau tidak maknanya tuan telah kufur.

        Reply
  • August 13, 2012 at 2:51 pm
    Permalink

    elok la dok bawa cerita macam ni. kalau tak betol. jadilah fitnah. kalau betol ok. tapi masih tak boleh dedah aib orang. tak tau la tempat kamu nanti semua di akhirat di mana. bertaubatla semua.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *