Negeri-Negeri Pakatan Haram Bubar DUN Pada Musim Haji?

Share


Ya, saya tahu. Saya tahu bahawa Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat mengandaikan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya “takut” untuk membubarkan parlimen dan menyifatkannya sebagai satu kemenangan moral buat Pakatan Haram.

Nik Aziz menuduh bahawa BN punya masalah sehingga Najib menangguh-nangguhkan PRU ke-13 dan yang terkini, Perdana Menteri membayangkan bahawa beliau akan mencukupkan penggal PRU sehingga genap 5 tahun, iaitu kira-kira pada bulan Mac depan, sebelum April.

Tapi, betulkah Najib “takut” untuk membubarkan parlimen lebih awal? Mengapa dia takut? Kerana BN bermasalah? Benarkah BN bermasalah? Dan jika benar BN punya masalah, apa masalahnya?

Ya. Mungkin juga betul kata-kata Mursyidul Am PAS itu. Maklumlah, selalunya kita difahamkan bahawa nabi-nabi Allah punya mukjizat dan mungkin “nabi PAS” itu memiliki mukjizat yang memberitahu padanya tentang perasaan seseorang.

Betulkah Najib “takut”? Setahu saya, jika Najib “takut”, dia takkan berani menggantikan tempat Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri. Dia tahu bahawa mengambil alih jawatan Tun Abdullah adalah sesuatu yang amat berat untuk dipikul.

Najib tahu bahawa BN dan UMNO khususnya ketika itu sangat bermasalah. Maklumlah, baru lepas dilanda tsunami dan BN hilang kerusi 2/3 di Parlimen, sudah tentulah sukar untuk mengetuai barisan kerajaan yang menang kurang selesa.

Jika Najib “penakut”, sudah tentu beliau tak berani mengambil alih tanggungjawab untuk mengetuai kerajaan. Kalau Najib penakut, sudah tentu beliau beri orang lain menggantikan Pak Lah.

Tapi, Najib buktikan beliau “anak jantan”! Beliau sahut cabaran yang paling sukar itu dan beliau hadapi keadaan politik dan sosial yang kian mencabar ini dengan tenang dan berhemah. Dan berkat restu Allah SWT dan keberaniannya itu, UMNO dan BN kembali gagah dipersada negara.

Maka sebab itulah Pakatan Haram takut! Takut pada Najib sehingga terpaksa menyerang beliau dengan pelbagai taktik dan fitnah-fitnah melampau yang begitu terancang. Malah, Najib berjaya menumpaskan propaganda “16 September” sehingga memalukan Ketua Pembangkang sendiri!

Nampaknya, keadaan sudah terbalik! Jika dulu pembangkang tidak takut pada Pak Lah, tapi kini nampaknya pembangkang sendiri takut kepada Najib!

Jelaslah kenyataan Nik Aziz itu sangat dangkal dan bertentangan dengan apa yang berlaku di dalam dunia politik tanahair. Kenyataan Nik Aziz itu nyata tidak tepat sama sekali dan cuba berselindung di sebalik realiti sebenar.

Najib tak umum tarikh PRU dan umum mahu genapkan penggal PRU dikatakan “takut”? Tolonglah, kalau mahu berhujah pun biarlah berpijak di alam realiti yang nyata…

Sebelum ini pembangkang beriya-iya menegaskan bahawa mereka tidak mahu mengadakan pilihanraya di negeri-negeri jajahan mereka serentak dengan PRU ke-13. Masing-masing nak tunjuk keras kepala dan mungkin sengaja berbuat demikian untuk menyusahkan SPR.

Contohnya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan bahawa dia tidak akan membubarkan DUN Pulau Pinang serentak dengan pembubaran Parlimen dan sekaligus enggan mengadakan pilihanraya di negeri itu serentak dengan PRU ke-13 nanti.

Dan sekarang, Najib terang-terang menyatakan bahawa beliau akan menggenapkan tempoh pentadbiran BN untuk sepenggal.

Jadi, apa tunggu lagi? Takkan nak tunggu bubarkan DUN serentak dengan Parlimen? Kalau Najib menggunakan tempoh penggal itu secara maksimum, sudah tentu negeri-negeri jajahan Pakatan Haram perlu membubarkan DUN masing-masing lebih awal!

Mengapa tidak bubarkan DUN-DUN di negeri-negeri Pakatan Haram sekarang? Takkanlah negeri-negeri Pakatan Haram nak bubarkan DUN pada musim Haji? Nanti ada pula yang terpaksa batalkan tiket ke Mekah!

Kenapa tak bubar DUN sekarang? Nik Aziz, Azizan Razak, “Khalifah” Guan Eng dan Khalid “gagap” takut, kah? Atau Pakatan Haram kini sedang menghadapi masalah besar sehingga takut nak bubar DUN? Atau nak tunggu jumpa jam tangan OMEGA dulu baru nak bubar DUN..???



12 thoughts on “Negeri-Negeri Pakatan Haram Bubar DUN Pada Musim Haji?

  • July 3, 2012 at 10:18 am
    Permalink

    nik aziz orang politik, jadi statement dia pun berunsur politik lah biasa lah tu

    nik aziz kan cakap ayat quran, dari a’izubillah sampai lah kepada minal jin nathi’wan nas semua nya politik….

    najib takut lah, yg benor nya nik aziz yg takut, sobab nik aziz tau rata2 orang melayu yg nyokong PAS dulu nak bagi undi pado najib

    yg nyokong PAS ni , banyak orang kelantan, yg datang rusuhan bersih tu pun ramai orang kelantan

    yg kena tipu orangyg kurang ilmu agama, asal pakai serban sebakul jer , dah di panggil ulama

    asal jual nama Allah jer dah terpedaya…

    dulu nabi adam pun macam tu jugak, bila Iblis jual nama Allah , nabi adam/hawa akan kekal dalam syurga kalau makan buah larangan tu…..

    kepada PAS totok, belajar lah quran dari yg layak, contohi lah sebahagian besar bekas penyokong PAS negeri yg lain selain kelantan

    jadi jangan terpedaya dgn pihak2 yg juai nama Allah nih…

    pakai akai…. betul ka Lim Guan eng setaraf dgn saidina Umar Al-Khattab kalau di ikut kan kata pemimpin PAS

    betul ka kita boleh berketua kan orang kafir(ambiga BERSIH) yg benci islam dan menyokong orang islam yg ingin murtad

    betul ka , solat dgn ibadah umrah / haji sama macam demonstrasi terhadap Allah???

    ambil lah pengajaran dalam quran bagaimana Nabi Adam di tipu iblis dgn ilmu iblis mengenai Allah

    Reply
    • July 3, 2012 at 8:25 pm
      Permalink

      Peritiwa Adam & Hawa diturunkan dari bumi dari syurga ado la takdir Allah juo. Konsep Sebab & Akibat ado la penetapan dariNYA. Sebab bermulo dari Adam & Hawa mengikut kehendak bisikan syaitan supaya memakan buah dalam syurga. Akibat dari faktor Sebab maka Adam & Hawa dikeluarkan dari syurga untuk ditempatkan di bumi untuk membiakkan zuriat anak cucu Adam di bumi sebagai khalifah jagat. Allah memang telah menetapkan sejak azali bahawa Adam & Hawa mesti ditempatkan di bumi bukannya di syurga. Seandainya Adam & Hawa masih kekal di syurga takkan manusia bercambah jumlahnya di bumi ketika ini, Ini semua kehendak Allah Yang Maha Esa. Sudah tontu bumi ini dipenuhi dongan manusia-manusia kera – Homo Erektus bukannya Homo Sapien hasil rekaan teori ahli falsafah/antropologi British.

      Reply
  • July 3, 2012 at 10:25 am
    Permalink

    pakatan sebenarnya takut kalau najib bubarkan parlimen sekarang, kalau mereka benar2 berani mereka akan bubarkan dun masing2 sekarang tetapi tak buat pun.

    Reply
  • July 3, 2012 at 10:41 am
    Permalink

    Apa pnya pelik lah pakatan haram ni???nik aziz nak suruh bubar parlimen cept…yang ambigoat suruh tangguh…diaorg ni tahu memerintah ke tak????

    Reply
  • July 3, 2012 at 10:58 am
    Permalink

    alahai… nik aziz dgn hadi nampak dah PR gernti tumbang PRU13 ni, terutama sokongan orang melayu terhadap depa

    alasan jer tu, tuduh nak UMNO buat pru 13 musim haji…. nak cover malu lah tu..

    Reply
  • July 3, 2012 at 2:10 pm
    Permalink

    DS Najib tidak pernah kesaorangan dalam menggubal dasar, membuat keputusan atau pun melancar program baru untuk faedah rakyat.

    Demikian halnya dengan menetapkan tarikh membubar parlimen. Membubar parlimen bukan macam memilih untuk pergi ke2 kemajlis kahwin yang dibuat serentak. Boleh pilih2 , pergi boleh, tak pergi tak apa kerana ada alasan sesuai yang hos boleh terima.

    Bukan macam keputusan nak pakai setokin warna apa untuk pergi kerja . Yang hitam atau yang kuning. Pakai kuning pun boleh walau sebelum itu niat nak pakai warna hitam . (Orang BN seharusnya pakai setokin hijau.. warna pas hanya layak letak dikaki).

    Itu lah kelebihan menjadi PM, premier sebuah negara. Siapa boleh paksa dia. Jadi bagi pihak lawan mereka tahu mereka tak boleh ubahkan fikiran PM dalam hal ini. Jadi bila sudah tahu, duduk diam diam dan ubah strategi sendiri, duduk sebok buat apa. Bila sampai masa terjadilah dia , apa yang pasti tarikh itu tetap sampai.

    Reply
  • July 3, 2012 at 5:00 pm
    Permalink

    Si tua kutuk ajaran sesat tu jangan la hangpa ambil serious sangat cakap dia…dia dah gilo isim, dulu ada hati nak jadi PM, sekarang terpaksa beri laluan kepada mat liwat, dulu ada hati nak jadi ulamak termashur, sekarang ahli-ahli ilmuan Islam tak kenal pun malaun tu.

    so tinggal la dia jadi pak pandir…serba tak kena, sana salah…sini salah, banyak masaalah si tua ni seekor.

    Reply
  • July 3, 2012 at 11:06 pm
    Permalink

    Tok Mislan bagitau, satu hari nanti PM akan ajak wakil wakil dari PR untuk berbincang bila nak diadkan PRU 13, masa tuh tempoh tamat mandat semakin hammpir dan BN mmg dah confident boleh tapau 2/3 dan dapat balik Selangor & Kedah. Masa tu lah tekong tekong PR nih terkulat kulat ikut jer cakap PM sebab tangan, kaki & mulut diorang dah di ikat. Tak boleh nak spin lagi….Najib mmg genius bab bab politiking nih. Kalah si Anwar tuh. Sebab tuh Anwar takut sangat bila Najib jadi PM.

    Reply
  • July 4, 2012 at 10:13 am
    Permalink

    Apa yang pasti mereka sebenarnya terkejut beruk sebab niat asal nak kenakan najib tapi sekarang terbalik pulak sebab kena atas muka sendiri.Kita tengok berani tak mereka bubar dun dulu sebab dulu heboh satu negara mereka tak nak bubar dun serentak.Sekarang la masanya nak tunjuk jantan itu pun kalau berani.

    Reply
  • July 5, 2012 at 3:23 pm
    Permalink

    bubar parlimen bukanlah isu berani atau takut tapi kebertanggungjawaban kpd rakyat itu lebih utama. bg pembangkang yg dah takde kerja lain selain drp menjumudkan pemikiran rakyat, mesongsangkan tabiat manusia blablabla…. cuba mula dgn satu yg lebih positif….. mula dgn menyedari yg kita ini ada akal dan diberi akal….. memang susah bila dah lama tak guna akal …. dah lebih drp 60 tahun tu babe, setgh abad dgn hidup menipu rakyat….. cuba yg ini tgk!!!! hehehe……

    Reply
  • July 6, 2012 at 5:02 am
    Permalink

    bubar parlimen tu pm punya hal. suka hati ds najib ler bila dia nak bubar. tak kan dia nak ikut cakap nik aziz lak.. pembangkang kalau boleh sampai mampos tak nak bubar dun..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *