Tolong Selamatkan Abby Abadi Dari Diracun Pemikiran PAS

Share


Pelakon terkenal, Abbay Abadi baru-baru ini melahirkan rasa kecewa atas tindakan beberapa pihak yang melemparkan kata-kata kurang manis kepadanya ekoran penglibatannya di dalam beberapa program anjuran PAS.

Kekecewaan Abby itu diluahkan melalui laman sosial Twitter miliknya baru-baru ini. Kata Abby…

“Kenapa bila saya ikut BN tak ada siapapun mengata saya, tapi bila saya berhijrah, PAS raikan saya, macam-macam cerita timbul. Sampai kata saya dapat ‘hidayah sesat’? Apa tu?,”.

Apa yang mengharu-birukan, PAS melalui lidah rasminya, Harakahdaily, cuba menjadi “batu api” apabila cuba memutar belitkan kenyataan Abby dan seolah-olah cuba menjauhkan pelakon itu dari Barisan Nasional atau UMNO.

Sebenarnya, saya menyokong penuh langkah Abby Abadi yang berhijrah mengenakan tudung di kepala, yang menandakan perubahan positif dari selebriti itu ke arah yang lebih Islamik berbanding sebelumnya.

Sama ada Abby masih lagi mengenakan pakaian yang ketat, menampakkan susuk tubuh atau tidak menutup aurat sepenuhnya tidak timbul buat masa sekarang.

Pada masa ini, saya bersyukur kerana dia mula diberikan hidayah untuk menutup bahagian kepala dan lehernya yang sebelum ini terdedah. Itu adalah lebih baik dari imejnya sebelum ini yang langsung tidak bertudung kepala.

Namun pada saya, kenyataan Harakahdaily yang mengatakan bahawa Abby naik ke pentas ceramah PAS adalah tidak benar sama sekali.

Abby Abadi sebenarnya hanya memenuhi jemputan anjuran PAS yang rasanya kurang berbaur politik seperti “talk show” Malam Keinsafan Bersama Selebriti  yang berlangsung di Dataran Kerdau baru-baru ini.

Program “talk show” setahu saya bukanlah ceramah politik yang menghentam UMNO mahupun BN sepertimana kebiasaan amalan PAS.

Sepatutnya, Abby tidak wajar dipersalahkan dalam hal ini kerana muncul pula beberapa pihak yang menghentam Abby yang baru saja mahu mengenal Islam dengan lebih dekat lagi.

Cuma pada pandangan saya, cara Abby mendekatkan diri kepada Islam melalui pendekatan politik adalah kurang tepat sama sekali. Apatah lagi jika Abby menganggap individu-individu seperti Nik Aziz Nik Mat dan Ustaz Azhar Idrus itu layak bergelar ulama.

Jika Abby nak tahu, Nik Aziz hanyalah boleh dianggap sebagai ustaz biasa yang mendapat pendidikan agama di India dan negara timur tengah, termasuk di universiti Al-Azhar. Namun ia belum boleh membuat Nik Aziz bergelar ulama.

Begitu juga dengan Ustaz Azhar Idrus. Dia hanyalah seorang ustaz yang mengajar dari masjid ke masjid. Saya kurang pasti sama ada dia ditauliahkan oleh Majlis Agama Islam untuk berceramah di beberapa buah negeri.

Namun, untuk menetapkan gelaran ulama kepada dua individu itu adalah tidak tepat sama sekali kerana tidak semua lulusan Al-Azhar itu layak digelar ulama meskipun mereka aktif mengajar atau mendapat tauliah mengajar di masjid dari Majlis Agama Islam.

Sebagai contoh, Kamariah Ali juga lulusan dari Al-Azhar. Tapi Kamariah merupakan pengikut setia Ayah Pin. Jadi, apakah Abby rasa Kamariah wajar digelar sebagai ulama dan apa saja yang dilakukannya tidak boleh dikecam atau dikutuk?

Untuk pengetahuan Abby, Nik Aziz menolak perpaduan umat Islam di negara ini meskipun pada awalnya dipersetujui oleh Presiden PAS dan majoriti Majlis Syura Ulama PAS. Nik Aziz menggunakan kuasa “veto”nya sebagai Mursyidul Am untuk menafikan perpaduan umat Islam di Malaysia.

Nik Aziz juga menghalalkan budaya memaki hamun dan mencarut dengan memberi alasan bahawa Allah juga “mencarut” di dalam Al-Quran.

Persoalannya yang perlu Abby fikirkan, apakah seorang hamba wajar mencarut? Allah mungkin boleh mengutuk Abu Lahab di dalam firmanNya, tapi apakah Rasulullah SAW memaki hamun musyrikin dan kuffar yang melontar najis kepadanya?

Justeru, saya memohon agar Abby memperbaiki pendekatannya kepada Islam melalui cara atau uslub yang lebih diiktiraf. Pergilah berjumpa dan rapatkan diri dengan program-program JAKIM, Majlis-Majlis Agama Islam atau ulama-ulama muktabar.

Nak kenal ulama-ulama muktabar, sila hubungi urusetia Mykmu.net kerana laman portal ini sering menganjurkan konvensyen bersama ulama tersohor bertaraf antarabangsa. Kalau setakat ulama politik, rasanya tak payah berguru pun tak rugi…


43 thoughts on “Tolong Selamatkan Abby Abadi Dari Diracun Pemikiran PAS

  • June 25, 2012 at 11:05 am
    Permalink

    Apa susah2.. ‘Al-ulamak warasatun Anbiya’. Apa dia waris nabi tu ialah meneruskan tugas2 nabi berdakwah.. iaitulah Amal ma’ruf nahi mungkar. Gelaran ulama bukan sekadar pada Ilmu dia tapi tugas/kerja dia. Sebab tu dulu, brig. jeneral Jamil Khir d katakan salah seorang ulama kerana aktifnya dia berdakwah seluruh pelosok t.air menyebarkan ilmu dia. Tapi sekarang bila duduk dalam pejabat dan ceramah politik saja… dah tak ramai sebut dia ulamak. Walaubagaimanapun UFB masih ramai panggil dia ulamak muda, sebabnya juga kerana dia sentiasa memberi kuliah dan nasihat agama.
    Pada Abby.. teruskanlah usaha berdakwah kerana ia akan memantapkan iman seseorang. Biasalah.. dalam Quran ada sebut lebihkurang maksudnya ‘apakah mereka fikir mereka telah beriman sedang mereka belum di uji’. Maknanya, orang yg. benar2 beriman pastinya Allah akan uji,tanyalah ustaz2 dan pendakwah2 apakah mereka pernah d uji. Dan pastilah ujian yg. berat itu bila kita membuat kebaikan, orang keji.

    Reply
    • June 25, 2012 at 10:24 pm
      Permalink

      Biarkan abby pilih jalannya sendiri. Tak perlulah PAS ambil kesempatan mengenai kenyataan abby. Kedudukan kita di sisi Allah bergantung kepada darjat iman, bukan parti yg disokong.

      Reply
      • June 26, 2012 at 5:06 pm
        Permalink

        Pepatah Arah…Bila dalam hati terbuka, yang luaran tertutup tapi bila dalam hati tertutup luaran pasti terbuka.
        Agak2 perempuan parti mana yang banyak terbuka kat luarannya?
        SENDIRI MAU PIKIR LAAAA.

        Reply
        • June 26, 2012 at 9:38 pm
          Permalink

          ex-umno, ahli PAS pun berlambak yg tak pakai tudung sekarang. Dulu memang la kalau sebut ahli perempuan PAS, boleh dikatakan lebih 90% pakai tudung. Tapi sekarang ni dah lain. Ramai juga yg tak menutup aurat. Jangan perasan la.

          Reply
          • June 27, 2012 at 12:52 pm
            Permalink

            ex-umno..mmg ramai je yg sokong pas, tp tgok blek akhlak diorang mcmne? yg muda2 masih je sosial, sembyang tak istiqamah..ckap bergegar2, pas bagus..pkr bagus..tp diri sndiri mcmane? sbb tu hati tu keras sgt, buta mata hati sampai akal jadi tumpul untuk melihat kebenaran yang sebenar…

          • June 27, 2012 at 8:05 pm
            Permalink

            betul ….

            tu yang harus kita tarbiyah kan…

            UMNO bagaimana ???? berapa ramai yg dah ditarbiyah kan….???

      • June 27, 2012 at 8:04 pm
        Permalink

        sekurang2 nya dia ada ambil tindakan untuk bertudung …

        mak mah kau org macam mana???

        Reply
    • June 25, 2012 at 11:06 pm
      Permalink

      bodo punya bujuk..aby bukan pakar agama nak berdakwah..patutnya dia kena belaja dulu hal2 agama bukan belaja ceramah pas..bodo piang lah lu..

      Reply
      • June 26, 2012 at 11:29 pm
        Permalink

        Inilah contoh pemikiran jahiliyah hasil asuhan sistem pendidikan negara.

        Reply
      • June 27, 2012 at 8:07 pm
        Permalink

        sekurang nya dia ambil tindakan untuk berdakwah ….

        macam mana mak mah kau, shahrizat …

        dah banyak ke ilmu agama nya ???

        Reply
  • June 25, 2012 at 11:14 am
    Permalink

    rasanya kita tak perlu peningkan kepala pasal hala tuju seleberiti spt abby abadi. Kalau dia rasa dia boleh mendekati islam hanya melalui pas lantak dia lah..
    Dia bukanlah celeberiti hebat yang punya banyak pengaruh. Malah abby cuma lebih terkenal sbg artis yang popular dgn cerita2 kontrovosi rumah tangga dari cerita2 dunia seni dia…

    Dia boleh saja menghiasi muka depan harakah tapi impak politiknya adalah zero… cuma kehadirannya di pentas2 ceramah politik atau program anjuran Pas akan memberi peluang kepada lobai2 Pas yang kepala atas berbalut kemas tapi kepala bawah tak boleh kontrol tu satu ruang utk berfantasi…

    Reply
    • June 27, 2012 at 8:09 pm
      Permalink

      tak apa lah berfantasi ..

      berbanding dengan merogol amah..

      dengan bayar sekali “jumpa” RM100K

      Reply
  • June 25, 2012 at 12:01 pm
    Permalink

    Bukan pasal sesat ke apa. Pasal gersang. Dengar cerita kuda tunggangan PAS kuat kuat belaka dan ramah.

    Berdiri sekeliling mereka yang melihat Abby dengan rakus pun dah menaikkan syahwat Abby.

    Reply
    • June 27, 2012 at 8:10 pm
      Permalink

      apa nak hairan kan kalau dia janda …

      ada yg sudi mengambil jadi isteri…

      bukan macam najib …

      rosmah tu sampah orang pun sanggup ambil jadi bini….

      Reply
  • June 25, 2012 at 12:32 pm
    Permalink

    teruskan perjuangan membina negara

    Reply
  • June 25, 2012 at 12:41 pm
    Permalink

    ALI HAMSA Ketua Setiausaha Negara yg. baru… kemana hilangnya MELAYU.
    Walaupun dia ni mungkin melayu jugak dalam IC, tapi dari Nama dan Rupa rayanya bukan melayu tulen. Apakah UMNO lebih utamakan orang luar berbanding orang melayu untuk jawatan paling kanan dan penting dalam K’jaan. Rasanya semua KSN sebelum ni berbeza dengan KSN yg. baru… orang UMNO tak perasan ke. Kenapa makin ramai bangsa ni dalam hiraki tertinggi UMNO dan K’jaan. UMNO tak takut jadi macam Kader syekh Fadil ke?
    Aku bukan rasis cuma kesian kalau UMNO hilang jati diri MELAYU.

    Reply
    • June 25, 2012 at 9:31 pm
      Permalink

      Apa salahnya Ali Hamsa jadi KSN yang baru walaupun dia keturunan Mamak tapi bukankah dia masih beragama Islam? Sedangkan Lim Guan Eng yang bukan beragama Islam pun boleh dilantik menjadi Khalifah dan didoakan oleh para jemaah sembahyang Jumaat di seluruh Pulau Pinang maka apa salahnya seorang bukan Melayu tulin tapi beragama Islam menjadi KSN? KatanyaPAS

      Reply
      • June 27, 2012 at 12:42 pm
        Permalink

        Aku dah agak.. kalau UMNO buat apa pun betul. Tapi kalau LGE jadi mualaf, pastinya UMNO akan pertikaikan keislaman dia.

        Reply
      • June 27, 2012 at 8:11 pm
        Permalink

        ya betul dimana ketuanan Melayu UMNO???

        yang disanjung selama ini ….

        Reply
    • June 25, 2012 at 9:32 pm
      Permalink

      Apa salahnya Ali Hamsa jadi KSN yang baru walaupun dia keturunan Mamak tapi bukankah dia masih beragama Islam? Sedangkan Lim Guan Eng yang bukan beragama Islam pun boleh dilantik menjadi Khalifah dan didoakan oleh para jemaah sembahyang Jumaat di seluruh Pulau Pinang maka apa salahnya seorang bukan Melayu tulin tapi beragama Islam menjadi KSN? Katanya PAS anti assobiyah.

      Reply
    • June 25, 2012 at 9:44 pm
      Permalink

      Melayu tulen lagu mana hah..? Setau aku kat Malaysia mana ada melayu tulen semua nya kacukan. Melayu tulen ada la ketururunan dari jakun,temiar,semai dll kerana depa tu penduduk asal tak dak tamadun tinggi Tanah Melayu sebelum kedatangan kaum kaum dari seluruh Nusantara Melayu. Depa tu kalo ikut istilah ahli antropologi sebagai melayu proto.

      Aku nak tanya hang ni melayu keturunan dari mana..? Ada ka hang dari nenek moyang bugis,banjaq,minangkabau,iban,dayak,sulu,batak,aceh,patani ato champa..?

      Ato hang ni keturunan arab,turki ato eropah ato cina..? Tolong jawab..!!!

      Reply
      • June 27, 2012 at 12:47 pm
        Permalink

        Melayu tulen tu.. kulitnya sawomatang, hidungnya pesek@ tak berapa mancong, matanya tak berapa bulat/sepet, bahasanya loghat kedah, perak, k’tan/ganu, johor atau neghori. Yg. pastinya tak cakap terbalik…

        Reply
      • June 27, 2012 at 8:13 pm
        Permalink

        kalau dah tak ada melayu tulen ….

        kenapa UMNO masih wujud….???

        bukan ke UMNO memperjuangkan melayu tulen…??

        Reply
    • June 26, 2012 at 12:43 pm
      Permalink

      untuk makluman bangsa melayu satu2nya bangsa yg ditakrif dibawah undang2 kt dunia nih. sesiapa pn bole jd melayu dgn 3 syarat iaitu bertutur bahasa melayu, mengamalkan cara hidup/adat melayu dan HARUS beragama ISLAM. bangsa cina ka, india ka, omputih ka, arab ka suma boleh jd melayu asalkan menepati 3 syarat terbabit.

      Reply
    • June 26, 2012 at 4:53 pm
      Permalink

      Semenjak daripada Kesultanan Melaka lagi beberapa jawatan penting spt Bendahara dijawat oleh golongan Mamak, sebab itulah wujud perkataan “MAMAK BENDAHARA”. Mamak ker apa, apa salahnya kalau mereka dah jadi melayu dan berjuang untuk melayu dan Islam.

      Reply
      • June 27, 2012 at 12:40 pm
        Permalink

        Sebab ‘mamak bendahara’lah melaka terjajah… itu sejarah. Tak tak mustahil berulang kembali. Masa tu mamak bendahar bernama Tun Ali kalau tak silap. Raja naikkan pangkat sebab nak kawin dengan adik/anak(tak ingat) Tun Ali. Tapi sekarang tak tau sebab apa.. mungkin sebab nak rebut undi kut.

        Reply
  • June 25, 2012 at 12:49 pm
    Permalink

    Luar tajuk..
    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menggesa masyarakat Cina supaya tidak tersinggung dengan golongan yang memanggil mereka sebagai pendatang kerana kenyataan itu dibuat oleh “yang tidak berapa betul.”

    Apakah PM kata pemimpin UMNO yg. kata cina pendatang tu orang gila?

    Reply
  • June 25, 2012 at 12:52 pm
    Permalink

    abbyyy ooo abby..lantak ko la…yang ko nak terasa sangat apasal??..hehehee..

    jangan jadi mangsa depa udah la…dalam koc keretapi pun lebai PAS ON!! hehehe

    Reply
  • June 25, 2012 at 1:33 pm
    Permalink

    tahniah abby kerana berjinak jinak dengan jamaah islam, islam hanya boleh ditegakkan dengan kuasa politik yang ada didalam jamaah pas dan tidak ada didalam UMNO.

    bagaimana mungkin UMNO nak menegakan islam kerana diri sendiri pun (tidak perlu disenaraikan nama) tidak mengamalkan islam total, mendedah aurat dsbgnye..ALLAHUAKBAR

    Reply
  • June 25, 2012 at 3:25 pm
    Permalink

    Sebenarnya penulis tak perlu memberi publisiti percuma dan murahan kepada Arbaiyah bt Abdul Manan nih.

    Reply
  • June 25, 2012 at 4:46 pm
    Permalink

    cantiknya abby.. semoga dia terus menyokong perjuangan Islam

    Reply
  • June 25, 2012 at 9:12 pm
    Permalink

    alaaa lantak la dia nak sokong mana pun…tak ada faedahnya nak komen pasal depa ni banyak-banyak, sokong pun tak bawak kelebihan apa-apa…tak sokong pun tak memberi kesan apa-apa pun.

    Reply
  • June 25, 2012 at 9:53 pm
    Permalink

    Minta tolong dari siapa. Siapa yang saudara rasa boleh bawa Abby ke UMNO. Sebelum Abby dampingi PAS tak ada pula UMNO pujuk dia masuk UMNO. Tak ada usaha dari UMNO nak tarik Abby masuk UMNO. Bila PAS dapat dia bising pula. Nak salahkan siapa… salahkan diri sendirilah

    Kita faham kenapa ramai dalam UMNO tak suka ramai masuk partinya ( dululah masa tengah hot) sebab mahu bolok semua… tak mahu share dengan ramai orang. Tak mahu hilang jawatan. Sekarang baru dok rayu sana sini…

    Hari-hari dok laungkan ” Melayu mesti bersatu”, “PAS dan UMNO patut bekerjasama demi Ugama dan bangsa”. Dulu orang nak masuk UMNO pun buat endah tak endah je…

    Reply
  • June 26, 2012 at 10:42 am
    Permalink

    Bujuk mmg bodoh piang tahap bangang

    Reply
  • June 26, 2012 at 10:43 am
    Permalink

    Pas bukan agama,pas parti politik..pas suka tabur fitnah…

    Reply
  • June 26, 2012 at 7:25 pm
    Permalink

    BUJUK…looor buat apa laaa kita nak berkisah sangat dengan dia…makalau dia lalu depan kaldai,kaldai tuh tutup muka sebab malu.Malu kerana ada menesia yang lebih Kaldai dari depa..heheheh…..dan berbalik bab Abby..heheh heheh..heheeh..nak raser abang lebai punya banana split kot…kita fahammmmm

    Reply
  • June 26, 2012 at 11:57 pm
    Permalink

    Sebenarnya, saya menyokong penuh langkah kak mah yang akan berhijrah mengenakan tudung di kepala, yang menandakan perubahan positif dari isteri vvvvip ni ke arah yang lebih Islamik berbanding sekarang nii.

    Sama ada kak mah masih lagi mengenakan pakaian yang ketat, menampakkan susuk tubuh atau tidak menutup aurat sepenuhnya memang salah dan berdosa buat masa sekarang dan masa ke depan ni

    Pada masa ini, saya bersyukur jika dia diberikan hidayah untuk menutup bahagian kepala dan lehernya yang sememangnya terdedah. Itu adalah lebih baik dari sekarang ini yang langsung tidak bertudung kepala.

    Reply
  • June 27, 2012 at 10:53 am
    Permalink

    Yang ni saya terpaksa sokong pada si Bujuk..memang sejak dua menjak ni banyak keturunan yang disebutkan oleh Bujuk berleluasa.

    Melayu jati mana??

    Reply
  • June 27, 2012 at 12:59 pm
    Permalink

    mmg ramai je yg sokong pas, tp tgok blek akhlak diorang mcmne? yg muda2 masih je sosial, sembyang tak istiqamah..malah ada gak tak smbyg..pergaulan bebas..tngok je khalid ismath, bleh je letak tangan atas bahu perempuan..ckap bergegar2, pas bagus..pkr bagus..segalanya dari pas adalah yg terbaik, dri pkr adalah yg terbaik..tp diri mereka sndiri mcmane? sbb tu hati tu keras sgt, buta mata hati sampai akal jadi tumpul untuk melihat kebenaran yang sebenar…sebab tu even diberikan hujah yg rasional pd pengikut pas dan pakatan, diorang susah nk terima coz tak nak berfikir scara mendalam setiap justify hujah2 tu..come on la..bersihkan hati tu dulu, then akhlak pn akn baik then akal pn akn lebih jernih..

    Reply
  • June 27, 2012 at 8:02 pm
    Permalink

    apa nak hairan UMNO pun ada artis nya sendiri….

    Umi Halfida yg telah diracun oleh UMNO…

    Reply
  • July 9, 2012 at 8:51 am
    Permalink

    Wanita Muslim wajib menutup aurat. Tanggugjawab setiap org Islam utk berdakwah. Sampaikan walaupun satu ayat.

    Reply
  • June 14, 2014 at 11:43 pm
    Permalink

    Dari dulu hingga sekarang asyik bercakap pasal tudong. Malu kat bangsa asing yang Islam ni hanya bertudung. Umat Islam berpecah belah tidak mengapa. Umat melayu/islam mundur tidak mengapa. Masalah sosial/moral tertutama di negeri serambi Mekah tidak mengapa, Masalah melayu hanya mampu berniaga dikaki-lima tidak mengapa., Masalah melayu/islam yang rendah tahap penguasaan ilmu dan kepakaran tidak mengapa. Masalah melayu kurang daya saing berbanding bangsa asing tidak mengapa.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *