Cerita Lynas Dan Orang PAS Kuantan…

Share


Baru-baru ini saya berpeluang ke Kuantan untuk mengikuti satu kursus yang diadakan di sana. Kebetulan, kehadiran saya yang dikenali rakan-rakan sebagai penganalisis politik diketahui oleh beberapa rakan PAS yang berada di sana.

Saya diajak bertemu dan berbual mengenai isu yang agak panas di sana. Apa lagi kalau bukan isu “Lynas”. Menurut mereka, mereka ada “rahsia” mengenainya…

Rupa-rupanya, mereka adalah “musuh” kepada Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh…

Marah sungguh mereka pada Ahli Parlimen Kuantan itu. Menurut mereka, kenyataan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat, sangat benar dan kilang Lynas itu sebenarnya selamat untuk beroperasi di Kuantan.

Saya agak terkejut dengan kenyataan mereka dan saya mempersoalkan apakah mereka merupakan penyokong UMNO? Pertikaian saya mengenai sokongan mereka kepada UMNO itu dinafikan sekeras-kerasnya.

Menurut mereka, isu Lynas itu sebenarnya tiada hubung kait dengan politik. Cuma ia sengaja dipolitikkan oleh PKR di Kuantan bagi memenuhi permintaan dan menjaga kepentingan sekutu yang mereka benci iaitu DAP.

Mereka mendakwa bahawa mereka mendapat maklumat bahawa produk yang dikeluarkan oleh kilang Lynas di Gebeng itu akan merencatkan urusniaga import barangan dari China yang dikatakan bergantung kepada sumber nadir bumi.

Antara yang produk import yang dikatakan bakal terjejas ialah pengeluaran barangan elektronik, mikrocip dan beberapa produk lain yang membabitkan sumber tersebut.

Saya difahamkan bahawa China merupakan antara pengeksport terbesar sumber berkenaan dan sekiranya Lynas membuka kilang nadir bumi di Malaysia, ia akan menjejaskan jumlah eksport negara asal puak-puak DAP itu.

Kata mereka, memang benar , Dr. Che Rosli ada datang ke Kuantan untuk memeriksa dan menilai sendiri tahap kilang tersebut dan ia memang selamat memandangkan kilang tersebut dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang amat tinggi.

Memandangkan kepada kenyataan Dr. Che Rosli di Parlimen baru-baru ini menjadi bahan untuk membuktikan kebenaran isu tersebut memihak kepada BN, rakan-rakan PAS itu risau sekiranya PAS akan kekurangan seorang lagi pemimpin mereka.

Mereka tidak mahu Dr. Che Rosli senasib dengan Dr. Hasan Ali. Kalau Hasan Ali dipecat kerana PAS menjaga kepentingan PKR, mereka tidak mahu Ahli Parlimen Hulu Langat itu pula dipecat kerana DAP.

Saya bertanya mereka, kenapa mereka benci sangat dengan DAP?

Selamba mereka menjawab bahawa DAP merupakan sebuah parti yang paling mereka benci seumur hidup. Mereka lebih benci pada DAP berbanding UMNO. Dan memandangkan PKR juga dilihat condong kepada DAP, mereka turut membenci parti itu.

Namun pada mereka, para penyokong PAS tidak punya pilihan selain bersekutu dengan DAP dan PKR memandangkan ia telah diputuskan oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, meskipun pandangan Menteri Besar Kelantan itu dibantah ramai penyokong PAS.

Mereka memberitahu bahawa ramai golongan pro-ulama PAS yang marah keputusan kepimpinan parti itu untuk bersekutu dengan DAP dan PKR. Tapi apakan daya, mereka terpaksa wala’ terhadap pimpinan PAS memandangkan mereka sudah berbai’ah kepada parti.

Alasan itu menyebabkan saya terkedu dan bertanya, “kalau Tok Guru suruh fitnah UMNO, antum semua buatlah”?

Selamba mereka berkata, “kena buatlah…macam tu lah perang politik!”. Sekali lagi saya geleng-gelengkan kepala. Dalam hati saya berkata, “lantak hang la labu…”.



12 thoughts on “Cerita Lynas Dan Orang PAS Kuantan…

  • June 22, 2012 at 3:18 pm
    Permalink

    Anak Adam akan meninggalkan 3 perkara apabila matinya dia. Pertama amal jariah yang dilakukan sepanjang hayatnya. Kedua anak yang soleh yang akan sentiasa mendoakan dia dan ketiga ilmu yang diajar masa hidupnya dan dimanafaatkan oleh orang yang belajar dari nya.

    Kita tidak berhak menyoal perkara pertama dan kedua kepada pemimpin PAS yang ada. Kita percaya mereka jaga ibadah mereka & amal jariah mereka. Mereka juga tentunya memiliki anak anak yang dididik baik untuk menjadi anak anak yang soleh yang boleh mendoakan ibu bapa .

    TEtapi hal yang ketiga boleh kita perdebatkan. Ye ini apakah pemimpin pemimpin itu mengajar ilmu yang boleh dimanafaatkan sepanjang hayat mereka . Kerana jika mereka sekadar tinggalkan kepada cacai mereka ilmu sumpah seranah, itu memfitnah, ilmu tuduh menuduh, ilmu merempoh penghadang yang polis bina semasa berdemo , kita rasa ilmu begini sudah tentu ilmu yang membawa kemusnahan bukan menafaat.

    Reply
  • June 22, 2012 at 3:38 pm
    Permalink

    Nak komen apa lagi kalau mereka semua dah buat pengakuan macam di atas..Sekarang jelaslah apa yg mereka bantah dan fitnah kerajaan Umno selama ini adalah kerana mereka mengikut arahan orang paling atas PAS..Patutlah apa yyg Umno buat semuanya tak betul walaupun jauh di sudut hati mereka tahu perkara itu adalah benar.Tapi pada saya untuk para penyokong PAS di atas mereka masih belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan kerana mereka hanya berbaiah dgn sebuah parti politik yg di cipta dan dipimpin oleh manusia biasa bukan dgn ALLAH SWT..Sementara ALLAH masih memberi kita peluang ,kembalilah kepangkal jalan.Kalau tak nak sokong UMNO sekalipun tak ape tetapi sekurang2nya tinggalkanlah parti yg mereka sendiri tidak bersetuju dgn prinsipnya.

    Reply
    • June 22, 2012 at 3:47 pm
      Permalink

      Kita tak rasa kenyataan begini sengaja diadakan oleh penulis. Bukan senang untuk me-reka cerita.

      Maka kita harus percaya bahawa apa yang dikabarkan pada penulis adalah benar. Kita tahu apa rare earth atau nadi bumi. Kita tahu yang China merupakan pengeluar terbesar yang memerlukan market untuk bahan itu atau byproduct dari bahan itu. Jadi cerita ini memang menasabah.

      Reply
      • June 23, 2012 at 4:43 pm
        Permalink

        Wahai pencacai2 PAS ..kembali lah ke pangkal jalan..bertaubat lah anda sebelum padam..

        Reply
  • June 22, 2012 at 3:57 pm
    Permalink

    Tapi dekat sini ada jugak puak puak yang sokong DAP…..tengok lah nanti…depa akan melalak punya…hehehe

    Reply
  • June 22, 2012 at 4:08 pm
    Permalink

    Bila mengenangkan si fauziah ni…aku kesiankan anak-anak dia…apalaa nasib depa tu…dapat mak pun dah separuh biol…alahai kesiannya

    Reply
  • June 23, 2012 at 12:54 pm
    Permalink

    yg nak buat demo kat kuantan, Dumb Ass Party.
    yg sokong kapiaq harbi ni, bapak segala kapiaq, nik aziz , ularmak.
    pengikut PAS nya pulak pukimak.

    Reply
    • June 24, 2012 at 11:08 am
      Permalink

      Sokong. Kita perang habis-habiskan golongan anti Islam & pelacur agama Islam ni. Tok Garu Nick Najis tu no 1 sebab orang Islam sendiri. Memang BAPAK KAFIR!

      Reply
  • June 24, 2012 at 3:58 pm
    Permalink

    Bila kita telek siapa yang menjuarai tentangan terhadap Lynas ini bukannya PAS, bukannya orang Melayu tetapi orang Cina. Rasanya PAS hanya ambik kesempatan sahaja dari perjuangan NGO Cina dalam hal ini. Ramai juga orang MCA yang terlibat, jangan nampak PAS sahaja.

    Saya salah seorang yang menentang Projek Lynas ini atas hujah mudah.

    Bina sahaja kilang ini di gurun Autralia.. kenapa sibuk nak buka kilang ini di sini. Malaysia kecil sahaja.. kalau Autralia jauh ribu Km ke kawasan terpencil/gurun.. hanya ada Kanggaroo sahaja.

    Reply
  • June 26, 2012 at 11:09 pm
    Permalink

    mat sabu pun ade sekali dlm demo terbaru. tak tahu la ape nak jadi ngan parti, sebelah sini kata “mari tegakkan ISLAM, ekonomi ISLAM bla, bla, bla” sebelah sana bertiduran berama kapiak yg pastinya tidak terima ISLAM

    Reply
    • June 27, 2012 at 10:32 pm
      Permalink

      MCA dan MIC terima Islam ke?

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *